Showing posts with label lain-lain. Show all posts
Showing posts with label lain-lain. Show all posts

Thursday, 25 November 2010

Oven dan Coklat


Salam Sayang...bertemu kembali di arena blogger ni...Rinduuuu serindu, rindunyaaaaaaaaaaaa..!!!ahahaha.

Sedar-sedar rupanya cuti sekolah dah selesai seminggu, ada lebih kurang lima minggu lagi nak aku lalui...kalau setakat duduk nganga jer sepanjang cuti sekolah ni tak best jugakkan...sure kehidupanku sangat-sangat membosankan!! masa ni ler aku termangu tak tau nak wat apa, ada jer benda-benda yang aku nak selongkar kat dapur tu...setakat nak masak biasa2 ni dah malas, aku dah bosan...aku nak sesuatu kelainan, maksudnya aku nk life membaking seperti suatu ketika dulu di UK...ehehehhe, ngada-ngada kan...kan..kan.

Nak membaking tak der oven, sedih kan....konon-konon, orang kata alang-alang nak beli oven biar ler beli yg high end, teringin nak pakai Zanussi yang harga ribu riban tu...tgh kumpul-kumpul duit tiba-tiba aku derhaka, pi beli baju...kasut...make up...jam tangan...duit simpanan aku yang tak berapa nak ada tu rata balik , macam tu ler dari bulan ke sebulan. tak pasal-pasal skrg ni Jam tangan jer dah ada 5pasang...cukup utk 5 hari bekerja wokehhh!!

Sekarang aku dah insaf dan sedar diri.....akhirnya aku berjaya kecek poket inchik hubby belikan oven kecik satu tak kisah ler kalau bukan dari jenama Zanussi sekali pun...hureyyyyyy!!! jadi ler buat lepas gian ^____^....TQ dear!!

Hari ni aku buat cekelat...dah mcm tsunami pulak, satu fenomena baru kebelakangan ni, tiap kali pi kedai baking(kedai Yummie) masing2(pelanggan) berebut2 membeli brg2 buat cekelat ni, aku pun tak nak ketinggallan lah kalau macam tu...hehehehe
Amacam?? ok tak??? testing utk buat hantaran pertunangan adinda bongsu aku mid of dec...

Macam Homemade chocolate yang pernah aku buat sebelum ni...click dekat SWEET, kat situ cari homemade chocolate....Maklum ler kan, dah ada kat Malaya, this time aku guna chocolate compound , white chocolate dan strawberry chocolate....godak-godak jer!..yang penting ada acuan yang cun dan color combination yang kelasss, mmg "fool proof ler" sure jadi nyerrr....you all bole tinggalkan msg kalau nak step by step yang detail key!

Sunday, 12 September 2010

Rania Aleeya

Salam Aidilfitri...

Perkenalkan ahli baru dalam family kami...cute baby girl,like mother like dotter..ahakkss!! Rania Aleeya bt Ahmad Rizal. Lahir di Hospital Putrajaya pukul 9.30pg pada 23 ogos 2010, hari ini genap 21 hari...kisah lanjut leh zasss ke sini

Thursday, 10 June 2010

Salam Sayang Dari Bangi

Salam untuk semua pengunjung blog aku yang dah bersawang ni....
Pejam celik, pejam celik dah 3 bulan setengah aku berada di tanahair....alasan yang dah lapuk dan selalu aku bagi ialah sibuk dengan tugak harian demi keluarga dan Negara terchenta...ahakkkk!!

Sekarang cuti sekolah, baru rasa boleh bernafas dan dikesempatan ini aku pun ambil peluang untuk jenguk blog Dapur Kayu ni....ampunnnnn untuk semua yang sudi menyinggah ke sini, tapi tuan rumah selalu jer tak de, terima kasih banya-banyak yer...

Mood nak membaking dah mula balik, tapi apa kan daya dapur kat rumah aku ni belum begitu sempurna lagi, oven pun tak mampu nk beli lagi..masih sabar dan bertahan...orang kata alah membeli menang memakai, aku dalam proses mengumpul dana...ehehehh. KA mixer pun masih dalam kotak lagi belum boleh di keluarkan...barang2 baking yang aku bawak dari UK aritu jugak masih dalam kotak....

Tensennnnn sungguh rasanya bila keinginan yang membuak-buak ini terpaksa di tahan-tahan, nak membaking oven tak der, nak beli oven pulak dana masih tak cukup...ngkorang imagine ler macamana rasanyakan!!

Harap2 Birthday anakanda aku yang bakal menjelang bulan Julai nanti semuanya dah tersedia dan aku boleh melepaskan gian untuk mendeko lagi...Begitu jugak keinginan aku untuk membuat kek berdeko sempena majlis pertunangan adik aku yang bakal tiba...membuat kek dan cookies sempena hari raya ......arghhhh!!! banyak plan yg dah aku susun, doakan semuanya menjadi kenyataan....

Wednesday, 17 February 2010

Khas Untuk Kak Azah KK

Lain-lain hal kita cerita kat Email yer...



Monday, 23 November 2009

Sup Bunjut


Meh buat sup bunjut sendiri...

aku amik resipi kat sini

Bahan A

1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
3 bunga cengkih
3 buah pelaga

B

1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh lada putih
3 keping kelopak bunga lawang
sedikit buah pelaga yang di pecah-pecahkan
secubit mustard seed(biji sawi??)
secubit biji poppy
1/2 sudu teh jintan manis

Pecah2kan bahan B...tak perlu hancur sgt.
masukkan ke dalam kain kasa, ikat dengan benang.
siap untuk digunakan.

Friday, 28 August 2009

Soto Ayam Lagi...

Photobucket

untuk kesekian kalinya, maklum ler seisi rumah ni memang suka sgt soto...tapi yg ni pakai rempah khas untuk soto, MIL Bawa dari Malaysia jenama Mak Siti...

Thursday, 20 August 2009

Ramadhan Al-Mubarak


Dikesempatan untuk yang kesekian kalinya ini, sempena bulan yang mulia ini...
aku menyusun sepuluh jari memohon maaf sepanjang perkenalan kita sesama blogger di alam maya ni kiranya ada salah silap atau apa-apa sahaja yang menginggung perasaan kalian sama ada sengaja mahupun tak disengajakan...

semoga ramadhan kali ini memberi peluang untuk kita gunakan sepenuhnya dengan amalan yang baik....

Insyallah, Dapur kayu akan beroperasi seperti dalam bulan Ramadhan ni...maaf di atas kekangan yang berlaku dan berterusan hinggakan aku tak mampu nak mengupdate Dapur Kayu secara konsistent...

kenapa aku menyepi..???

Family dari Malaysia dah selamat datang menziarahi kami di Sheffield dan sudah selamat pulang ke tanahair...

kami pun baru pulang dari holiday,

alhamdulillah sejak kebelakangan ini rezeki makin bertambah , aku buat macam2 kerja maka masa makin suntuk rasanya aku lewati dari sehari-kesehari...

dan aku juga sedang dalam "kebuyong"...alhamdulillah masalah "morning sickness " tidak aku lalui setakat ini...

Monday, 13 July 2009

Sambal Belacan

Photobucket

sila tengok gambar...tuan rumah sibuk melayan tetamu dari Malaysia utk 2-3 minggu ni...

Monday, 6 July 2009

Diet Rasullullah

Salam Hari Isnin...

Tertarik dengan satu fwd yang di hantar oleh inchik hb ...
aku tempek kat sini, bole lah kita buat rujukan dari masa ke semasa untuk info kepada sapa-sapa yang tak tau jugak!....

JENIS MAKANAN
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan minum SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan minum SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

  • CARA MAKAN
  • JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
  • TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI. (yang nie tak boleh buat kat office...;))
  • JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM .. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
    Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya..... cubalah..... ......... .
    Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.
  • Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
    Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.
    • Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat
      amalan antara lain:
    • Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
    • Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
    • Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
    • Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam...

      Sama-samalah kita mengamalkannya. ......
      WallahuA'lam

    Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah... Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya..

Tuesday, 30 June 2009

Kembali...

Seminggu penyepi...phewww!!
Lepas dah settle semua baru ler hati aku ni senang sket...ekekekek
3-4 hari mengadap drama kat Youtube melangsaikan 40 episod...
haru biru tul...
Maklum ler...aku yang kegersangan drama melayu :((.

Tapi best arr citer tu,syok sendiri, senyum sengsorang, sapa yang sentimental leh nangis berjuraian air mata...ekekek

utk sapa-sapa yang pernah baca dan suka Novel "Kau Sayang ku" ,
Bikash Nur Idris. terbitan Alaf 21...
dan yang tengah goyang kaki macam aku ni dan masih blum tgk drama ni
aku syorkan ngkorang tengok ler...mungkin ngkorang akan suka.


Dari Mata Arisa

wokeh...esok masuk dapur seperti biasa dengan tenangnya :))

Wednesday, 24 June 2009

Jeruk strawberry kering

Photobucket

Belasah jer lah kan...buh nama ikut sukahati jer.
Segment menghabiskan strawberry aritu...bila tengok strawberry ni, mula ler teringat kat jeruk strawberry kering yang jual kat Cameron Highland nunnn...adoi lah meleleh air liur kalau teringat jeruk kat Cameron Highland tu...

Kat sini strawberry banyak tapi yg jeruk2 ni kirim salam nk jumpa, maklum ler makanan "kurang" sihat kan...ehehehe. Tapi sesekali apa salahnya, hapa aku peduli kan...
Disebabkan keinginan yang melampau...aku usahakan jugak buat jeruk ni,walaupun hantam keromo jer...dapat rasa ala-ala pun jadi ler kan....

aku buat macam ni....

buah strawberry tu aku potong 4...lebih kurang dalam semangkuk/25 biji
pas tu aku letak 1/2 cawan gula ngan 1/4 cawan cuka...kalau cuka tak ada bole ler letak lemon juice jer kan....kacau sebati then
perap ler...
kalau ikutkan aku nak perap sehari semalam...
tapi, aku tak berdaya nak menahan sabar...so aku perap tak sampai 1/2 hari jer :)
lepas tu aku tos kan skit air jeruk tu...then bole ler di jemur.
Kat sini masa aku proses jeruk ni cuaca mendung jer....
so apa aku buat ialah...aku letakkan jeruk tu kat dalam tray then masukkan ke dalam oven dengan suhu 70C sampai nampak buah strawberry nampak kering(2-3 jam gak ler dlm oven).
tu pun tak berapa kering sangat...tak sabar nak ngap...muahahah

bila dah siap...alamak ciputtt jer rupanya.
aku dapat ler merasa 4-5 ulas...(jadi ler untuk lepas kempunan)
lain tu habis kena rembat dek anak-anak aku...

**sedap! haku rasa dah menjadi ler tu...

Award...

Dah lama peram award ni...Biasa ler aku ni bukan macam blogger yang lain, memblog ni ikut sukahati jer...kalau rajin banyak ler entry baru dan kalau malas alamatnya bersawang ler blog ni...

Aku dah dapat award lama tapi nak amik mood nak menggantung tu punyalah lama kan...huhuhu
so, hari ni aku amik peluang nak menggantung award2 ni...harap2 kengkawan tak kecik hati di atas kelewatan ini...Aku sgt hargai setiap pemberian kalian, cuma masa nak lama-lama kat depan pc ni saja yang tak mengizinkan.

Walaupun jadi blogger yang agak pasif macam aku ni, rupanya masih ada gak org yang ingat kat aku, TQ very much...aku sangat2 terharu...

Actually aku rajin jugak merayau ke blog kawan2-kawan semua, cuma jarang-jarang tinggalkan jejak....aku lebih suka jadi silent reader jer, lagi pun tak reti nak bagi komen..ehehhehe.

Ni award dari kak Intan....dah lama sangat dah aku peram...sejak bulan 3 lagi...muahahhaah.
harap kak intan tak berkecil hati sebab kelewatan yang melampau ni...TQ very much!! hutang dah langsai keyyy..:)


Yang ni pulak award dari kak Azah KK.....aku dapat bulan 4 yang lepas kalau tak silap...
TQ very much...jarang-jarang bg komen kat blog kak azah ni pun dapat award...eheheh

yang ni pulak daripada Hana yang duk jepun nuuuu...baru dapat smlm, TQ hana...nice pic n color, mmg kena dengan citarasa aku....!

kengkawan yang datang sini, meh ler amik award-award ni untuk gantung ke blog ngkorang...sudi-sudikan lah yer...!!

Friday, 19 June 2009

Strawberry Jem

Photobucket

terlebih strawberry kat rumah...muahahhaah
hari isnin tu aku buat strawberry jem, projek besar-besaran dengan strawberry ler kan sebab takut buah strawberry tu busuk membazir pulakkan...

Aku suka ngan jem ni, fresh from my kitchen...tanpa bahan pengawet, atau pewarna!
tapi jem ni dah selesai, licin dan botolnya pun dah cuci...aku buat hari isnin lepas...
pagi jumaat dah settle...sukaaaa!!

Ini adalah resipi dari manual breadmaker yang telah diubahsuai oleh aku..tapi aku rasa kalau kurangkan gula tu skit mesti lagi best!

sukatan utk dapatkan jem sebanyak 1 botol(320gm)

2 cawan buah strawberry..(anggaran 25 biji campuran saiz buah yg beso dan kecik)
1 cawan gula(lenkali kena kurangkan ker 3/4 cawan)
3 sudu beso lemon juice
2 sudu beso madu
sedikit serbuk agar-agar(aku letak tak sampai 1/2 sudu kecil)

**buah strawbeyy tu belah 4 atau 6 setiap satu
masukkan dalam breadmaker, letak gula, lemon , serbuk agar-agar dan madu
pilih setting jem pada breadmaker...biarkan sampai siap.

**breadmaker aku bekerja utk buat jem ni selama 1 jam 30 minit...lepas dah siap tu, aku tengok macam kurang pekat dan buah strawberry pun masih tak hancur.

pas tu... aku pilih semula setting jem, dan ulang proses

barulah dapat jem yang marvelous...

kalau tak ada breadmaker, masak dlm periuk dengan api yg kecil dan sentiasa di kacau.

Photobucket

Monday, 15 June 2009

Jelly Epal Hijau

Photobucket

Gambar kurang clear sbb hari dah gelap, cahaya lampu kuning...
tengok gambo dulu....
hasil experiment beberapa minggu lepas...masa tu teringin sangat nak buat fruit jelly madam Yani kat MYR, tapi masa salin resipi tu, MYR tengah ada masalah tak leh buka.
Dalam keadaan macam cacing kepanasan tu aku pun reka ler sendiri...eheheh

2 biji epal hijau
3/4 cawan gula(bole kurangkan)
4 cawan air
1 sk serbuk agar-agar
1 sb lemon juice

Cuci epal
Kupas kulit epal hijau, ketepikan kulitnya dan cincang isinya.
rebus isi epal yang telah dicincang bersama kulitnya sekali dengan 2 cawan air dan gula hingga isi epal lembut.
toskan air epal tadi, ketepikan isi epal, buang kulitnya.
Didihkan semula air epal tadi dan campurkan 2 cawan air lagi dan serbuk agar-agar.
tambah lemon juice, didihkan
akhir sekali masukkan isi epal, tutup api.
tuangkan ke dalam bekas2 kecil
sejukkan

Tuesday, 2 June 2009

Bawang goreng rangup

Photobucket

hiriskan bawang nipis-nipis...pas tu lumurkan bawang tu dengan sedikit tepung gandum, pastikan semua tersalut...goreng, siap!

** amik di MyR

Friday, 15 May 2009

Rojak Buah

Photobucket

Friday, 27 March 2009

10th Anniversary

Pejam celik dah 10 tahun kawin....kejap jer rupanya 10 tahun nih.
maka terciptalah decorasi kek coklat yang penuh dengan kasih sayang ni...muahahhaha.
Permukaan atas tu tempek dengan Marzipan lebih aritu (kek Barbie)

Photobucket

aku ikut resipi Kek Coklat Kukus MyR..kalau tak silap resipi hana.

kek coklat ni sedap kat tekak aku sebab :-

- tak pakai soda bicar
-moist sangat, macam makan coklat
-tak berapa manis.
-kukus atau bakar sama jer sedapnya

Bahan

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
250ml susu perisa coklat
2 biji telur
1 cawan gula halus
1/2 cawan butter
3 sudu besar susu pekat manis
1/4 cawan minyak masak
sedikit esen vanilla

pukul telur, butter dan gula hingga kembang, titiskan esen vanilla, pukul lagi hingga gebu.
Ayak tepung gandum bersama koko dan baking powder, masukkan ke dalam adunan tadi..kaup balik.
masukkan susu coklat, susu pekat manis dan minyak, gaul sebati.
masukkan dalam loyang, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 45 minit...kalau nk tahan lama, kukus ler lebih masa...

** aku buat 11/2 adunan di atas sbb kek ni kalau satu adunan comel sgt.

Ganache

1 cawan whipping cream(250ml)
250gm cooking chocolate
1 sudu besar golden syrup
1 sudu besar butter/shortening

cairkan coklat dgn kaedah double boiler, masukkan shortening/butter.
bila coklat dah cair, masukkan whipping cream.
akhir sekali masukkan golden syrup...sebatikan...

***kek yg telah di sejukkan, letakkan di atas redai kek. Bahagian bawah redai kek tersebut tadahkan dengan bekas besar seperti loyang atau besin kecil. Curahkan adunan ganache tadi ke atas kek, ratakan cepat2 supaya rata keseluruhan bahagian kek, jgn terlalu di sapu atau di kacau untuk mendapatkan permukaan coating yang licin...biarkan lebihan ganache turun menitik ke dalam loyang tadahan tadi...sejukkan kek sebelum dipindahkan ke atas kek board. lepas tu boleh lah di deko....

Yang ni kaedah bakar di oven...

Photobucket

Try deko kt cuppies dulu baru buat kat atas kek yg beso...first time deko kek dengan buttercream roses...yeay, berjaya!!

Photobucket

Tuesday, 24 March 2009

Happy Birthday

Malam ni gantung periuk...ada celebration untuk tuan tanah!

Photobucket

Friday, 20 March 2009

Basic Almond Soft Nougat

Ekxperiment gatal tangan petang semalam...

Photobucket

Sunday, 15 March 2009

Oven Baru

Oven baru...ehhehe
tapi bukan aku yang punya,
landlord bagi aku pakai selama aku tinggal kat rumah dia jer..
Oven ni ler yang bertanggungjawab merentungkan projek baking aku semenjak 2 menjak ni...
tapi skrg ni dah ok skit, semenjak bekerja 3-4 kali seminggu ni...
nampak jer comel...tapi dalam, omputih kata deep inside!
aku rasa leh masuk muat-muat loyang 12"x12"...
tak ada ler oven fan turbo dah mcm kat rumah dulu...
tak kisah ler kan, janji oven ni sanggup layan kerenah baking aku sudah ler...
syukurrrr sgt2, kalu tidak ...rasa tak sempurna serba serbi.

Photobucket