Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Monday, 9 May 2011

Lontong Goreng


Aritu ada buat nasi impit untuk makan dengan kuah lontong...tiba-tiba mengidam nk makan kuah lontong, kes tak puas makan lontong masa jamuan majlis hari kecemerlangan kat sekolah bulan lepas...so, aku buat sendiri. Tapi macam biasa ler aku sorang jer yang makan..yang lain mmg tak suka nasi impit dengan kuah lontong. Lebih nasi impit tu aku try ler buat lontong goreng ni...
Goreng biasa-biasa jer...ala-ala goreng mee. Inchik hb setakat rasa-rasa jer, dia jenis orang yang lambat sikit nak menerima sesuatu yang luar biasa dalam rutin harian dia terutama bab makanan...anak-anak langsung tak pandang....ermmm, pening nak fikir nak masak apa hari-hari supaya kena dengan selera anak tekak diorang ni, kalau masak benda yang sama jer selalu pun bosan jugak kan!!

Saturday, 16 April 2011

Nasi Dhal

yumm...yumm ....makan dengan lauk kari ayam/daging bersama acar rampai dan papadom, perghhh pasti terangkat...rasa lemak-lemak kacang dhal membangkitkan selera. Teringat masa zaman sekolah dulu, aku tinggal di Asrama...kami disajikan nasi dhal ni pada setiap hari rabu tengahari, aku tak pernah miss utk ke dewan mkn setiap hari rabu...Dah dekat 20 tahun aku tinggalkan zaman persekolahan, tapi masih teringat-ingat lagi nasi dhal ni, masa menyelongkar Mesra.net terjumpa lah resipi ni...alhamdulillah rasanya sama dengan yang aku makan 20 tahun yang lalu tapi aku ada alter sikit mengikut logik...ehehe, terubat rindu aku nak makan nasi dhal...

Dulu pernah aku cuba buat nasi ni, tapi bila makan sesuap dua mula rasa muak...cubaan kedua ni alhamdulillah. Dari cubaan pertama dan kedua aku membuat kesimpulan bahawa penggunaan bawang putih lah yang menjadikan nasi dhal ini tak sedap...Cara masaknya sama seperti nasi minyak yang lain cuma semasa menumis hanya dengan bawang besar dan halia sahaja...jom tengok cara membuatnya.

Ramuan

3 cawan beras basmathi- (cuci, rendam 30min dan toskan)
2/3 cawan kacang dhal (rebus hingga empuk dan toskan)
1 labu bawang besar, potong dadu.
1/2 inci halia, potong memanjang
31/2 cawan air
1/4 cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi
bunga lawang, cengkih dan pelaga
garam secukup rasa.
daun pandan

Panaskan minyak sapi, tumis bunga lawang, cengkih dan pelaga dan daun pandan. Masukkan bawang dan halia , tumis hingga naik bau dan keperang-perangan. masukkan beras, gaul sebati. Masukkan kacang dhal, gaul sebati. Akhir sekali masukkan air dan susu cair serta garam secukup rasa..tanak nasi hingga masak. Taburkan bawang goreng ketika menghidang.

Friday, 28 August 2009

Nasi Pulut

Photobucket

Tak sempat nak hidang...amik gambar dari dalam periuk jer, bila dah berbuka nnti sure tak sempat nk berposing2 sbb dah lapo giller...maklum ler berbuka puasa kat sini kul 8++pm...

Two tumb up!!...sedap giller nasi ni, haku suka banget...
anak aku yang tak suka makan nasi pun suka Nasi pulut ni...hb kata mcm nasi kenduri...baunya yang sangat harum dah bole agak betapa sedapnya nasi ni...Ala-ala Nasi kat The chicken Rice shop pun yer jugak...best!!.

TQ kepada penyumbang resipi ni, aku amik dari MyResipi
Bole makan dengan apa jua lauk...kali ni aku buat acar jelatah dan Kurma kambing.

2 1/2 pot beras
1 1/2 pot pulut
1/2 kiub pati ayam
1/2 biji bawang besar-kisar
3 ulas bawang putih-kisar
1/2 inci halia-kisar
2-3 putik daun bawang...kolor keputih2an di bahagian bawah daun bawang, yang berakar tu.
2 sb mentega
1 sb sos tiram
1 sk garam
1 set rempah tumis(bunga cengkih, lawang, pelaga.bla..bla)
1 helai daun pandan
air secukupnya(4 1/2 pot beras)

**campurkan kedua-dua beras, cuci bersih dan toskan

Dalam sebuah kuali yang besa, panaskan mentega, masukkan rempah tumis.
tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan putik bawang, kacau hingga layu, masukkan kiub pati ayam, sos tiram dan beras yang sudah di cuci tadi.
kacau sebati dan masukkan daun pandan...tutup api.
Pindahkan beras dari kuali tadi ke dalam periuk Rice cooker, tambah air dan garam..sebatikan.
masak nasi macam biasa...

Sunday, 2 August 2009

Nasi Goreng Kerabu

Ramuan...

Daun kesum,bunga kantan,serai, cili merah, ~ kena hiris nipis

Dada ayam~potong kiub

Bawang besar dan bawang putih~ cincang
sos tiram
sayur ikut suka~ paling best kacang panjang yg di potong kecil2

**lain2 tu macam biasa kita goreng nasi...kita yg buat dia kan, no hal x ada salahnya!

Photobucket

Thursday, 30 July 2009

Bubur Nasi Bersantan

First entry setelah lama berehat.....sure ngkorang dah boring giller tgk asyik2 bila dtg sini sardin jer memanjang...eheheh

rindu sgt kt semua...

Bubur Nasi ada orang panggil Kanji kali ni di campur dengan santan pekat style mak aku...
masa bubur macam biasa, bila dah nampak nak siap masukkan santan pekat dan didihkan sekejap...tutuplah api :)

Mak aku di kampung, kalau dia sebut nak buat bubur nasi maknanya bubur nasi bersantan ni lah...
tak pernah dia buat bubur nasi yang biasa2 tu..biasanya kami makan dengan sambal tumis ikan bilis, rendang atau lauk2 yang lain semua boleh!

Masa kecik2 dulu aku suka campurkan sesudu gula pasir ke dalam mangkuk bubur..kacau sebati. yummy2 dan lemak-lemak manis, sedap di makan begitu sahaja...

Bubur nasi bersantan kali ni aku makan bersama sambal goreng kering ikan bilis(crunchy bilis sambal) dan bergedil daging...yummy!!

Photobucket

Thursday, 2 July 2009

Nasi Minyak

Nasi Minyak yang serba serbi tak lengkap...

Belasah jer apa yang ada kat dalam fridge, bekalan dah makin habis, tapi tak ada masa nk pi shopping lagi...kepala haku dah pening mikir nak masak apa, ni jer yang terlintas kat kepala...
makan dengan Ayam Masak Merah...

aku buat acar sket...
timun dah tak ada...
yg ada cuma daun ketumbar, carrot, bawang dan nenas dalam tin...
cuka dah abis, lemon juice pun tak ada. yang ada cuma asam jawa..buh ler air asam jawa...:)
dah jadi macam kerabu plak kan...
tapi alhamdulillah tekak ni bole terima, so layan jer lah!

Photobucket

Friday, 19 June 2009

Moi Sup

Take a break jap pasal strawberry ni...
layan moi sup plak...kalau mkn strwberry jer memanjang , kembung plak nanti kan...:))

Haku buat sup tulang...dah terlanjur buat sup tulang, aku buat ler moi/bubur nasi/kanji sket(buat pekat-pekat gitu baru best)....

Sup tulang-
Sup tulang biasa2 yang kita slalu buat kat rumah tuuu


Moi/Bubur kanji/Bubur nasi-
masak beras dengan air yang banyak...(2-3 kali ganda jumlah air yang kita letak kat dalam beras masa masak nasi....)


Bahan tabur-

Bawang goreng
daun bawang
daun sup
lobak asin
sambal cili/sambal kicap pun bole

**Letak moi/bubur nasik dalam mangkuk, tuangkan sup tulang dalam mangkuk moi tu(curahkan ke atas moi)...

tabur daun bawang,daun sup, bawang goreng, lobak asin...pas tu aku suka buh daun koriander, yummy...yummy.

kalau kat Utara, diaorg buh sambal cili yang dimasak(campuran bawang merah, bawang putih, cili kering cuka dan gula dan garam yang di masak hingga pekat),
tapi sambal kicap pun ok gak...

haku tak buat, kes malas sbb dah ngeces sgt nk ngap...huhuhu!!

Moi sup ni terkenal kat sebelah utara Malaysia, aku pes time mkn moi sup ni pun lepas kawin ngan cik hb..agaknya ala-ala nasi air kat Kelantan kot (eh, betul ker??)

Masa besday Icha Febuary lepas aku ada buat moi sup ni, rupanya ramai yang pes time mencuba...eheheh

Photobucket

Wednesday, 17 June 2009

Nasi Beriyani(Johor?)

Photobucket

Guna rempah Beriyani Faeza...
Daging Beriyani tu dah pernah buat sblm ni, selongkar2 lah yer kat bawah tajuk 'Daging'

Tuesday, 9 June 2009

Nasi Daging

Photobucket

Tuesday, 2 June 2009

Nasi Goreng Butter

Photobucket

senang jer...
panaskan butter...masukkan nasik pas tu gaul rata, pecah kan telur sebijik....

resipi MyR

Sunday, 24 May 2009

Nasi Kerabu

kerabu

Buat hari jumaat lepas...kuah Tumis budu dan sambal kelapa tu aku buat sehari sebelum nak ngap, kuah tumis tu yang paling mencabar skit nak buat...selama ni kalau aku buat tak pernah terbit minyaknya, kali ni alhamdulillah berjaya!...makan dengan ayam goreng dan sambal belacan, yummm..yummm!

Nasi Kerabu kuning---->> Beras, serbuk kunyit, serai dititik...masak nasi macam biasa, tapi lebihkan skit airnya supaya nasik lebih lembut....

Sayur Kerabu

Taugeh
kobis
daun salad
timun
serai
daun kesum

Ayam Goreng berempah- Bawang besar, bawang putih, halia, sedikit serbuk kari, garam.

Sambal Kelapa- kelapa parut, lada hitam, bawang besar, halia, garam dan gula secukup rasa
**kisar bawang dan halia, masukkan ke dlm kelapa parut goreng tanpa
minyak hingga berderai dan kekuning2an kemudia kisar halus tapi jgn
sampai keluar minyak...gaulkan dengan isi ikan.
ikan kembung panggang- ambil isinya, kisar/tumbuk halus- gaul dengan
kelapa...

Tumis Budu- Santan, bawang merah, halia, budu/belacan,cili kisar, serai,air asam jawa, gula
merah, garam..Renehkan santan dulu hingga keluar minyak, masukkan bahan2
lain, renih lagi hingga pekat.

Sambal Belacan
Keropok Ikan

Tuesday, 19 May 2009

Nasi Lubenon

Photobucket

Senang jer nak masak nasi ni....
sumber-Myresipi

2 cawan beras
1/2 cawan vermicelli(patah-patahkan)
3 cawan air
4 sudu makan butter
1 sudu teh garam

Panaskan butter dalam periuk, goreng vercimilli hingga garing dan keperangan.
masukkan beras, air dan garam...tanak nasi macam biasa.

**aku guna soon biasa, lepas nasi ni dah masak tak soon tu mcm tak berapa kelihatan...so, dalam kuali yang lain aku goreng soon hingga kekuningan, toskan minyaknya dan tabur kat atas nasi tadi...tapi hasilnya mcm menjemukan pulak....ermmmm, aku bagi 2.5 star!

Thursday, 12 March 2009

Nasi Arab(Khabsa)

Photobucket

Resipi amik kat blog DianA
TQ for sharing the recipe
Aku kopipes jer dari blog beliau...
Bahan-bahannya
1 kg daging kambing, dibersihkan dan dipotong ikut suka
5 cawan air
5 sudu makan mentega

1 kg beras basmati, dibilas bersih direndam 15 minit dan ditoskan
1 liter air
3 biji bawang besar, didadu
5 ulas bawang putih, dicincang
4 sudu makan tomato puri
2 biji tomato, didadu
1 batang (3 inci) kayu manis
3 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
5 kelopak bunga lawang
3 sudu teh serbuk lada hitam
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
hirisan badam, digoreng
kismis, digoreng
mentega secukupnya
minyak sapi secukupnya

Cara-caranya
1. Panaskan 5 sudu makan mentega dalam kuali. Kemudian goreng daging kambing sehingga bertukar warna. Kasi luarannya garing sedikit.
2. Kemudian panaskan periuk (D gunakan periuk rice cooker), masukkan secukupnya mentega dan minyak sapi. Masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang. Masukkan juga bawang putih dan bawang merah dan tumis sehingga ia layu dan bangkit baunya.
3. Masukkan pula tomato, tomato puree, garam, serbuk perasa dan serbuk lada hitam. Dan tumis lagi sehingga baunya bangkit.
4. Kemudian masukkan daging kambing yang telah digoreng tadi dan juga 5 cawan air. Dimasak sehingga daging kambingnya empuk. Jika daging belum empuk dan air kuahnya telah mula kering. Boleh tambahkan air lagi dan masak sehingga dagingnya empuk.
5. Bila daging telah empuk, tengok paras kuah yang ada. Jika ada dalam 1 cawan – 2 cawan boleh masukkan beras dan juga 1 liter air kedalam masakan. Biarkan airnya mendidih dan kering sedikit. Disini tengok nasinya jika masih keras dan beras lagi boleh tambahkan lagi sedikit air dan masak lagi sehingga airnya kering sedikit. Kemdian baru boleh alihkan ke rice cooker dan masak nasinya sehingga ia tanak.
6. Hidangkan nasi dengan taburan kismis dan badam yang telah digoreng.

Friday, 13 February 2009

Pulut Kuning

rior (10)

Pulut yang ada skit2 dalam simpanan aku satukan...dapat ler untuk kami anak beranak makan untuk breakfast sorang sikit(x bole tambah...ahahha)
ikut selera hb, makan dengan kari daging dan telur dadar...

Wednesday, 24 December 2008

Nasi Butter(Mediterranian)


Nasik yang masih dalam rice cooker...Sedap makan dengan Daging Masak Hitam!

Monday, 10 November 2008

Nasi Biryani

n

Ikut resipi kat belakang pack rempah Biryani Faizah jer...
tengok gambar dulu lah ekss

Tuesday, 26 August 2008

Nasi Goreng Kerabu

Collage40

Wednesday, 20 August 2008

Nasi Kerabu

Nasi Kerabu orang Rembau...

Collage22

Thursday, 14 August 2008

Nasi Minyak

Baru-baru ni aku telefon ke kampung, sembang ngan mak aku.. mak aku pun buka cerita

"...bla..bla..blaa..si polan tu bla..bla..bla nak buat kenduri..bla..bla anak pompuan dia..bla..si anu..bla..bla..buat kenduri..bla..bla nak bertunang...besan di Kelantan bla..bla nak kenduri..bla..bla..
"

semuanya kisah kenduri sana sini..maklum lah dah nak cuti sekolah khabarnya di Malaysia. Aku jadi rindu nak makan nasi kenduri...teringin sangat nak makan nasi ada kismis, ada gajus dan badam..huhuhu, nak buat Biryani karam CMG aku tak rajin..Nasib baik ter rajin plak nak buat nasi minyak nih..

Collage16

Bahan

4 pot beras basmathi (rendam 1/2 jam dan toskan)
4 1/4 pot air
1/4 pot susu cair
1/2 labu bawang besar- hiris halus
3 ulas bawang putih-hiris halus
1/2 inci halia-hiris halus
sedikit cengkih, bunga lawang, biji pelaga, kulit kayu manis
2 sudu minyak sapi - aku tak buh..tak ada stok
2 sudu butter
kismis
sedikit biji gajus
sedikit kepingan badam
bawang goreng
sedikit kiub pati ayam

Cara
Panaskan minyak sapi bersama butter, tumis cengkih dan kawan-kawannya hingga naik bau
Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga kekuningan.
masukkan beras , gaul sebati.. biar seminit.
masukkan air, susu cair dan kuib pati ayam., perasakan garamnya..masak nasi seperti biasa.
apabila nasi hampir masak bolehlah masukkan kismis, gajus dan kepingan badam..sedia untuk di ngappppp...

Wednesday, 9 January 2008

Nasi Serai



Resipi daripada Erin di Australia, TQ sudi share resipi ngan akak...Ampunnnn! akak tukar sikit jer method menyediaannya mengikut kebiasaan akak. Nasi ini sedap di makan dengan ayam masak merah atau daging masak hitam... simple dan menyelerakan.

Bahan

3 sudu besar minyak sapi(boleh juga guna minyak masak)
5-6 batang Serai- Di ketuk dan pecah-pecahkan

Bahan A * blend halus

1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
Bahan B

3 pot susu beras basmathi
3 3/4 pot susu air
garam secukup rasa
kiub pati ayam(optional)

Cara

-Rendam beras selama 1/2 jam, toskan airnya.
-Panaskan minyak sapi, tumis bahan A hingga naik bau.
-Masukkan serai, kacau sekejap ~ tunggu hingga kekuningan.
-Masukkan beras, ratakan dan gaul sedikit hingga semua beras di saluti bahan tumis.
-Masukkan air, gaul rata dan perasakan dengan sedikit garam.
-Teruskan memasak nasi seperti biasa.