Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

Friday, 18 March 2011

Kobis Gulung


Makanan orang Jepun...aku amik resipi kak Hani di MyR, dah pernah buat 2kali...yum...yum suka!!!

Sunday, 5 December 2010

Ayam Golek Madu

Buat ayam golek ni minggu lepas untuk makan dengan Nasi Ayam Ipoh, resipi diambil dari Majalah SAJI dec 2010...masa memasak aku ubah suai sedikit. Memang sedap, aku rekomen pada sapa-sapa yang nak cuba tengoklah di bhgn dada ayam golek aku tu dah kena kidnap sikit, huhuhu, yummmm...yummmm.

Ayam golek aku ni tak letak bijan sbb malas nk selongkar lemari ajaib aku nk carik bijan...

Bahan

1 ekor ayam
45ml madu
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit bijan~ disangai

Bahan A~ cincang(aku blend )
5 ulas bawang puth
3cm halia
2 labu bawang besar
4 batang serai

Bahan B
60ml sos cili
45ml sos tomato
45ml sos tiram

Cara:
-Satukan bahan A dan B, kacau rata, masukkan sebahagian madu, garam dan lada sulah sebatikan dan lumurkan pada ayam. perap semalaman di dalam peti sejuk.
-keesokkannya, keluarkan ayam seketika dan kemudian bakar di dalam oven bersuhu 150C-200C selama 1jam 30 min hingga 2 jam(hingga masak).
- Selepa ayam masak, keluarkan dari oven, sapukan dengan sebahagian madu tadi dan taburkan dengan bijan...sedia untuk dihidangkan!!

Tuesday, 16 February 2010

Chicken Chop lagi....

Friday, 18 December 2009

Chicken chop


Chicken chop ni buat semalam...dah boring dah nak masak apa,
so tukar selera dengan western food pulak...
sib baik semua makan dengan seleranya,
kecuali anak daraku yang agak konservertif skit seleranya dan tetap minta nasi,
Nasik baik juga ada lauk kari ikan salmon belen tengahari...

Sejuk2 ni malas nak duk kat dapur lama2...
so aku buat chicken chop yang paling simple jerkk.
Sebabkan dah jemu dengan Chips, this time i just ignore the chips,
kecuali untuk anak-anak sahaja aku buatkan chips...
yang dalam gambar di atas tu ialah portion untuk si tukang masak...

2 keping chicken chop
boiled kacang buncis
boiled broccoli
boiled cauliflower
mash potato
chicken gravy wif mushroom

Chicken Chop

Boneless chicken di perap beberapa jam dengan sedikittttt garam dan lada hitam
pukul sebiji telur, celupkan ayam ke dalam telur dan salutkan dengan oat yang telah dikisar sedikit. Goreng terendam hingga masak.

Simple chicken gravy

1 - 2 mangkuk stok ayam(1-2 mangkuk air suam + 1/2 - 1 kiub ayam)
1/2 biji bawang besar~ cincang
2 sudu besar olive oil
1 1/2 sudu besar tepung jagung~ bancuh dengan sedikit air
beberapa ketul button mashroom dihiris
1 sudu besar worchester sauce(aku tak der sos ni, aku tukar dengan 1 sudu kecil kicap habhal, untuk seimbangkan rasa)..
serbuk lada hitam
secubit daun parsley.

Panaskan olive oil, tumis bawang besar hingga kekuningan,
masukkan stok ayam dan didihkan.
masukkan worchester sauce/ kicap habhal, lada hitam dan daun parsley...
x der daun parsley pun ok jer.
masukkan mashroom, didhkan lagi.
akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung, kacau hingga pekat.

Mash Potato

Bersihkan 1 biji ubi kentang saiz besar dan buang kulit ,
Potong 4 dan rebus hingga empuk.
Bila dah empuk, terus lenyek bersama dengan 1 sudu besar butter ketika kentang masih panas.
bila dah siap melenyek kentang tu, letak pulak 1/4 cawan susu segar.
Gaul sebati, siap!
makan dengan chicken gravy

Wednesday, 18 November 2009

Tom Yam Putih

Photobucket

Tomyam simple tak perlu pakai pes...
lepas tu aku tambah sedikit santan
Biasanya orang leburkan jer kat dalam periuk, tak perlu tumis...tapi aku pulak suka tumis skit bawang putih sampai naik bau dengan minyak yang sedikit, lebih wangi kot :)...dah terbiasa dari dulu lagi...

Photobucket

1 Labu Bawang Besar, potong baji
2 ulas Bawang putih, hiris halus
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
4-5 tangkai cili api
2 batang serai
1 sudu besar sos ikan
5 helai daun limau purut
2 sudu besar jus lemon
1 1/2 liter air
1/2 ekor ayam di potong kecil
garam secukup rasa
1/2 sudu besar gula
1 sudu besar minyak masak
1 biji Tomato di potong 4
1/4 cawan santan
sayur-sayur lain seperti carrot, coliflower, putik jagung dan lain-lain..

Panaskan minyak dalam periuk,
tumis bawang putih sampai naik bau..masukkan ayam,
kacau hingga ayam separuh masak, masukkan air. didihkan.
Bila dah mendidih, masukkan semua bahan2 lain kecuali sayur...renihkan.
Masukkan santan.
perasakan garam dan gula.
akhir sekali masukkan sayur2 kesukaan...
didihkan lagi beberapa minit, siap!

Sunday, 30 August 2009

Kerabu Ayam

Photobucket

Resipi Azie, ceduk dari MyR....
Errrmmmm...dari feedback yang aku tengok kat MyR, ramai yang sangat menyukai Kerabu Ayam ni,Antara resipi yang fofular dikalangan pengunjung MyR...

Tapi, sejujurnya tak kena dengan selera kami sekeluarga..mungkin cara aku buat tak berapa menjadi, kena import taukeh resipi kerabu ayam ni datang rumah tulun buatkan kot baru ada kick...ehehhe.

Anyway, TQ kerana sudi berkongsi resipi...

Friday, 28 August 2009

Soto Ayam Lagi...

Photobucket

untuk kesekian kalinya, maklum ler seisi rumah ni memang suka sgt soto...tapi yg ni pakai rempah khas untuk soto, MIL Bawa dari Malaysia jenama Mak Siti...

Thursday, 27 August 2009

Tomyam tanpa pes

Photobucket

Ambil resipi dari Myr, aku alter skit ikut selera dan sukahati aku...
kalau buat tomyam, aku biasanya akan buat telo dadar...kalau makan tomyam kat kedai pun aku akan order telo dadar sekali...dah terbiasa...ehheee

2 ketul dada ayam- potong kecil
2 sb sos ikan

2 sb cili kisar
1/2 biji bawang besar- kisar
2 ulas bawang putih-kisar
1/2 inci lengkuas-kisar

4 helai daun limau purut
sebiji buah tomato- belah 8
sebatang serai

4 cawan air
sayur2 kesukaan
2 keping asam gelugur
perahan air limau, ikut selera masing2...kalau nk masam letak lebih
garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar belah 4(potong baji)

Tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan ayam...kacau beberapa minit hingga ayam masak. Masukkan air, didihkan...
masukkan sos ikan, daun limau purut, serai yang telah di titik, tomato dan asam gelugor.
didihkan lagi..perahkan asam limau , perasakan garam dan gula.
akhir sekali masukkan bawang yang dipotong baji...didihkan hingga bawang agak layu...siap!

Monday, 6 July 2009

Black Pepper Chicken Chop

Laporan masakan hari ini....yummy...yummy

Photobucket

TQ untuk aeda78 yag sudi berkongsi resipi...
mintak izin kopipes...:)

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • *UNTUK DIPERAP*
  • 2 paha ayam (kalo suke, debone kan. kalo malas, biar je tulang nye)
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 cm halia (cincang)
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos Lee & Perrins
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar madu
  • garam secukup rasa
  • *SOS BLACK PEPPER*
  • 1/2 botol sos lada hitam
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 3-4 cendawan butang (cincang)
  • 1/2 biji bawang besar (cincang)
  • garam/gula secukup rasa

Cara-cara

  1. gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok.
  2. selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak.
  3. balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy).
  4. lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap.
  5. tapi kalo rase tak cukup je sos marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya spt yang tertera di atas.
  6. caranya dengan memasak bahan2 sos black pepper selama satu minit dan adjust la kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa.
  7. **sos black pepper aku guna lebihan bahan perap yang di campur dengan sedikit kiub ayam dan 1-2 sudu tepung jagung

Friday, 22 May 2009

Nasi Ayam

Photobucket

Nasi Dagang dan Gulai Ayam Darat

Photobucket

Aritu masa cik hb pi kedai oriental, aku suh dia beli beras wangi Jasmin barang sekilo dua...saja nk buat campur2 nak amik aroma jer...tapi cik hb aku ni sudah tersilap beli, dia pi beli beras nasi dangang...lama dah aku peram beras ni...so aritu tergerak hati nk wat nasi dagang....ni ler rupa org Neghori buat nasi dagang...blum pas lagik...eheheh.
Aku ikut resipi kak Alma di MyR...Ayam gulai daat ni mmg best, tapi aku buat tercair sket...

Tuesday, 19 May 2009

Ayam Masala

Photobucket

Ayam Masala ni aku belajar dari seorang kawan kat sini...ala-ala masa sembang kosong jer, tak ada pen dan kertas...

senang jer buatnya...macam kita masak kari ayam..cuma ada sedikit jer perbezaannya.

1 ekor ayam
2 ulas bawang putih-kisar
1 labu bawang merah - kisar
3 biji tomato-potong dadu
1 cawan santan
1 1/2 sudu rempah Garam Malsala
kulit kayu manis,bunga lawang
secekak daun koriander-mayang halus
garam

panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
Masukkan ayam yang telah dipotong ikut saiz kesukaan. biarkan beberapa minit sambil di kacau, masukkan rempah Garam Masala..biarkan seketika.
masukkan tomato, gaul rata..biarkan 1-2 minit.
masukkan santan, biarkan mendidih.
bila dah mendidih, kecilkan sedikit api...renih hingga ayam lembut dan kuah sedikit pekat.
sesuaikan rasa garam...
agak-agak dah pekat, taburkan daun koriander tadi, kacau sebati dan bolehlah ditutup apinya.

**kalau kat Myr pun ada gak resipi ayam masala...aku rasa skit lebih kurang jer...

Friday, 15 May 2009

BBQ

Photobucket

Ayam BBQ dan Ayam tandoori

Photobucket

Satay

Friday, 20 March 2009

Sandwich Ayam

Photobucket

senang dan simple...breakfast pagi tadi.

tomata-potong dadu
daun salad kesukaan, potong kecil
ayam goreng lebih smlm(aku pakai ayam goreng tempura)- potong kecil dan nipis
2-3 sudu besar mayonise
serbuk lada hitam (optional)
sos cili dah mayonise untuk hiasan(optional

gaul semuanya ...sapukan pada roti kesukaan, kali ni aku buh kat white sandwich baquetes dan roti sandwich biasa. Kalu pakai croissant pun sedap!!

Sunday, 15 March 2009

Ayam Golek

Photobucket

Thursday, 12 March 2009

Ayam Masak Kicap

Photobucket

Wednesday, 31 December 2008

Tom Yam Ayam

Big Bos balik Malaysia...so kemalasan melanda, masak Tom Yam jer untuk makan tengahhari membawa ke malam...sib baik bebudak tak banyak kerenah, makan jer apa yang aku masak...

tomyum

Friday, 5 December 2008

Beehoon Sup

2 minggu lepas aku ke Manchester..ada jamuan makan-makan, salah satu hidangannya ialah beehoon sup...

hoosup

Kes tak puas makan, balik rumah aku buat pulak...
Resipi biasa-biasa jer, tak ada yang luar biasa!
Tengok gambar jer lah key..

Friday, 28 November 2008

Ayam Golek sukahatiku

Collage69

layan gambar lagik..

Wednesday, 26 November 2008

Kobis Gulung

kobisglg

Resipi Kak Ringo@ Hani yang duk kat jepun nuuu...aku rasa ini mungkin makan orang Jepun, sedap ngko!! Aku makan gitu jer , nak buat pun senang. Aku peram resipi ni dah hampir 2 tahun, kali ni baru sampai seru nak buat...Thanks pada empunya resipi.

Resipi kejap2 lagi ler, aku nk pi mandi jap..ahakksss
kalau nak cepat pi cari kat myresipi nu, aku pun korek dari situ gak