Salam.. Sejak Ryan sambung study, aku memang jarang memasak.Hari kerja di waktu siang mmg x ada sapa2 di rumah manakala malam aku dan inchi suami tak makan, setakat nk bagi 2 mulut makan, aku biasanya beli jer dekat Kak Bie jiran selang beberapa rumah dari rumah aku. Mudah!
Hujung minggu macam ni pun jarang memasak, biasanya kami akan keluar berjalan- jalan bawa anak- anak. Hari2 kerja rutin nya membosankan, hujung minggu nak juga rasa happy2. Kerja rumah tolak tepi๐.
Semalam dah pegi tengok wayang dgn anak2 cerita Venom. Kemudian makan di Restoran Nando's , disebelah malamnya kami makan Chapathi di gerai Pakistan yg terletak beberapa meter jer dari rumah.Layannn!
Selalu sangat makan di luar, bosan juga. Memandangkan Ryan pulang hujung minggu, keluarga kecilku lengkap hujung minggu ini, Bersemangat lah sedikit untuk aku memasak.
Masakkan yang aku anggap istimewa tetapi mudah , aku.memilih Nasi minyak , kurma daging, jelatah dan Papadom sebagai hidangan sepanjang hari ini.
Memasak dengan penuh kasih sayang tanpa gangguan didapur sangat menyenangkan dan menjadi terapi jiwa yang baik. Kali ini aku menggunakan beras terpilih "extra long parboiled basmathi rice", taburan kismis dan aku masukkan juga capsicum yang dipotong kiub untuk menaikkan aroma nasi minyak dan warna agar membangkitkan selera, namun jika diletak kapsikum merah pasti lebih menarik. Tapi kali ni kurang bernasib baik, tiada kapsikum merah...
Ramuannya aku tumis dengan campuran 3 jenis minyak iaitu minyak sapi , butter dan minyak sawit biasa.
Kali ini nasi minyak aku gandingkan dengan Kurma Daging . Seperti nasi, aku pelbagaikan ramuan seperti Tomato, cili merah, bawang potong baji, kentang di dalam kurma daging untuk mendapatkan rasa yang pelbagai pada kuah kurma๐
Memasak pun kena ada seninya untuk membangkitkan selera dan menzahirkan perasaan kasih sayang kita untuk keluarga. Sangat berbeza hasilnya jika kita memasak dengan separuh hati, masa yang suntuk dan tertekan berbanding bila kita enjoy memasak, bersama keazaman dan kasih sayang .
Rasa tak lengkap pula jika nasi minyak tidak diserikan dengan acar jelatah, gabungan warna warni pada acar jelatah pastinya menarik tumpuan mata yang melihat. Setiap bahannya dihiris nipis dengan pisau tajam, menambahkan lagi serinya. Masa menghiris acar, berbayang penyediaan bahan masakkan orang Korea dan Jepun yang teliti , secara tidak langsung terpapar kesantunan situkang masak..aku memang sentiasa mengagumi mereka.
Alhamdulillah, sempurnalah hidangan makan tengahari aku untuk hari ini insyallah menu yang sama di bawa ke sesi makan malam ๐๐
PAKAI TONGKAT DAH
4 weeks ago