Showing posts with label cerita di Germany. Show all posts
Showing posts with label cerita di Germany. Show all posts

March 8, 2011

Billets doux

Hari tu masa kemas-kemas barang, saya jumpa satu plastik surat dan kad-kad cinta yang saya hantar dekat Mr Hasnul. Dari zaman suka-suka, bercinta, bertunang..semua ada. Kira koleksi tu dia dah simpan almost 10 years, sebab kad yang paling lama, bertarikh 2002. Lama gila kan? Tapi rasa macam baru je..hehe. Semalam bila dah letih kemas-kemas barang, kami take five kejap sambil sama-sama baca kad-kad tu sebelum masukkan dalam kotak untuk ship balik. Malu ok. Saya jenis tak reti tulis pendek-pendek. Dalam kad pun berjela-jela saya tulis walaupun niat hantar kad sebenarnya cuma nak wish birthday.=) *that explains why it's always hard for me to post a short entry.hehe*


Revealing, the secret collection of mommy's and daddy's billets doux...*sila sediakan baldi untuk muntah*

Semua comel-comel, ada love-love.hehe
Birthday card 6 tahun lepas. Mahal kad ni.
Wakakaka..tak bleh blah duk ber'hugs n kisses' segala..
Siap berangan jadi mat saleh lagi, bercanda di tepian pantai.haha
Tak kreatif tapi ada hati nak buat kerastangan. Cinta punya pasal.
Ini paling legend. Saya pun tak sedar ada kad ni. Kad raya tahun 2002, ada sign naza sekali.
Alamat pun tulisan naza. Masa ni baru duk minat-minat je kat Mr Hasnul. tak couple lagi, baru nak amik SPM.
Bila kita duk hantaq kad ni weh?

Kenangan kan? Boleh dikatakan, saya akan hantar kad kat Mr Hasnul setiap kali birthday, anniversary, hari raya (kad raya wajib ada music), dan kadang-kadang good luck card bila time dia nak exam. Ada jugak kadang-kadang kad yang saya bagi masa takda apa-apa special event. Saja bagi kad sebab rindu. Biasalah, cinta jarak jauh kan? Memang cintan habis la masa tu agaknya. haha. Eh, sekarang pun cintan-cintan lagi tau. Actually, saya pun ada simpan satu kotak barang-barang and card yang Mr Hasnul bagi dulu. Ada kat rumah mama. Nanti boring-boring boleh godek koleksi yang tu pulak.hehe. bagus jugak sekali sekala mengimbau kenangan lama. Baru kita sedar, betapa suatu masa dulu kita adalah sepasang kekasih yang penuh dengan harapan, impian dan cinta. Eceh. Alhamdulillah, sekarang Tuhan  mudahkan kita untuk bercinta tanpa perlu libatkan posmen lagi. 

Nak sambung kemas rumah. Bye.


March 6, 2011

3 days to go..awww..~

Ok. First, tak tau kenapa mesti ada 'awww' dan 'ewww' pada tajuk entri..faktor gedik mungkin.

Hari ni dah Ahad. Esok Isnin, lusa Selasa, tulat Rabu. Khamis pagi-pagi dah kena keluar rumah. So ada 3 hari je lagi nak duduk sini.sob..sob.. Bukan sedih taknak balik, tapi duk serabut pikir menda-menda yang tak setel lagi ni..


  • Beg tak siap kemas lagi.
  • Kotak untuk ship pun tak setel lagi. Malas betul.
  • Tak decide lagi berapa pasang baju nak bawak pegi Turki. Tentatif nak jalan pun tak buat lagi. (Kami berjalan mesti ada tentatif, baru terancang sket perjalanan..hehe)
  • Barang yang orang pesan ada yang tak beli lagi.(p/s: saya sangatlah tak gemar sangat dapat job belikan barang untuk orang ni..susah! Citarasa kita tak sama..huhu)
  • Rumah tak cat lagi (ini keja Mr. Hasnul. Saya tolong pantau je..)
  • Peti sejuk dan kabinet dapur tak kosongkan lagi. Banyaklah yang nak kena buang tu. Sayangnya..
  • Tak terminate visa lagi.
  • Borang-borang untuk claim tax free pun belum terisi.
  • Apa lagi ek?..

Nak balik pun susah kan..huhu..~

March 3, 2011

Less than a week..ewww..~

Perasaan adalah bercampur-campur. Seronok pun ye, sedih pun ada jugak. Alhamdulillah. Kami dah book flight untuk pulang untuk kebaikan (read : back for good) ke Malaysia next week. Isk3.. Excited, sebab akhirnya dapat bertemu semua kesayangan dan kerinduan di Malaysia. Tapi sedih dan syahdu pulak untuk tinggalkan bumi Germany yang indah dan banyak simpan kenangan ni. (Walaupun setahun lebih je duduk)

Hari ni kami start kemas rumah and packing barang sikit-sikit. Baru perasan, banyak jugak barang saya.hehe. Dasar tak reti hidup dengan barang sikit dan tabiat membeli yang sukar dikawal.hehe. Asalnya kami dah ship 1 kotak dengan Putra Venture. Tapi lepas tengok barang macam banyak je lagi, and leceh nak usung pegi airport, we decided to ship another box. Balik nak melenggang kangkung je kalau boleh.wahahaha.

Ini longgokan barang yang nak bagi as ole-ole untuk family and closed friends, ini je pun dah penuh 1 beg.haha.. Barang baby pun ada sket. Mommy punya banyak.haha lagi..
Saya ada beli dompet baru, so alang-alang nak balik dah, dompet lama tu nak buang. Then tadi masa kemas-kemas dompet untuk susun dalam dompet baru..saya jumpa ini..


Tiket bas sepanjang duduk sini..kenangan nih..huhu
Lepas tu godek-godek lagi..jumpa ini pulak..waaaaaaaaaaaaaaaa...~


Sape cakap housewife xde duit? Simpan sket-sket lama-lama jadi banyak.hehe~
Itu sebahagian je tu..haha..takleh tunjuk banyak-banyak,kang jadi macam website Login Facebook Hari-hari Dapat 100 pulak..haha..Saya jenis yang suka simpan duit banyak tempat. Celah-celah beg, dalam poket, laci, almari semualah..so bila kemas-kemas, mesti seronok bila jumpa duit yang kita pun dah lupa kita ada.hehe. Duit dollar kat atas tu, yang baba bagi masa saya nak fly datang sini dulu. Tak pakai pun. Banyak jugak duit yang orang sedekah sebelum fly. Terharu sangat rasa. And terbayang lagi macam mana Tok Wan senyap-senyap selit duit RM50 kat tangan saya bila saya salam dengan dia kat airport dulu. Duit tu pun ada lagi.. Saya memang sentimental sket kalau duit-duit or barang yang orang bagi..Sayang nak guna..huhu.Kecuali duit Mr Hasnul bagi je. yang tu memang cepat je guna..haha..~

Doakan semuanya mudah dan selamat..banyak lagi nak kena kemas ni..and sorry tak mampu beli souvenir untuk semua. Walaupun tak dapat souvenir, anda tetap di hati.Eceh..~



February 28, 2011

takde motif

Ini cerita minggu lepas. Hari jumaat lepas. Disebabkan Mr Hasnul dah selamat present projek, dan untuk membolehkan saya pijak tanah (read: keluar rumah) lepas seminggu tak keluar, dia ajak kami keluar petang tu. Saja keluar takde sebab. Ronda-ronda altstadt je. Tapi haruslah dah ronda-ronda tu nak jugak usya barang kan. Kalau bukan barang untuk saya, untuk orang lain pun takpe. Banyak jugak la kedai saya masuk, tengok-tengok handbag, baju, cardigan, baju baby, etc. Masuk Mango untuk kesekian kalinya, dengan harapan, ada lagi beg murah after sale tu. Dan seperti yang dijangka, sale season dah lama habis sejak saya terperuk kat rumah ni. Semua beg mahal. Baju pun mahal. Tapi...dalam mahal-mahal tu, sempat jugak saya menerai satu baju ni. Konon-konon love at first sight la. Tambah 'love' bila Mr Hasnul cakap, "P la try..kalau padan elok..ambillah, abang bayar.."..

Yeeehuu..orang offer nak bayar beb..haruslah semangat berkobar-kobar menuju ke fitting room kan. Seriyes saya berkenan baju tu. Dan memang padan elok je saiz S tu. Cumanya..bila tengok cermin, baru perasan. Ada boncit plak kat perut.huhu. Macam mana boleh lupa tengah pregnant ni? Siap ada hati p try baju ikat-ikat kat pinggang. Cis!!!.. Frust mak tau...huhu. Saya panggil Mr Hasnul, tanya dia, boleh ke pakai kalau dah ketat kat perut camtu. Dia cakap rugi la..perut cepat besar skang. Kang sempat pakai berapa kali je..huhu. Terpaksalah sangkut balik baju tu...Babai baju best..~

Saya jarang ambil gambar dalam fitting room. Tapi hari tu macam semangat sket.hehe. Boncit!


Keluar dari Mango, masuk Zara. Ada lagi seminggu dua je nak duduk sini kan. Baik masuk kedai-kedai ni puas-puas. Nanti kat Kedah takde kedai-kedai branded ni. Ada butik Clarks satu tu, kira dah besar rahmat. (Ke dah ada Zara sekarang? Kedah Maju 2010 katanya kan?haha).. Tak ada apa yang menarik pun. Beli sehelai baju dekat anak buah, and sepasang jeans untuk Mr Hasnul. Tu je. Tak menarik sangat sebab takde pun yang sesuai dengan saya.huhu. 

Malamnya lapar, pegi makan. Tiba-tiba gedik rasa nak makan ikan. Mr Hasnul bawak pergi Nordsee. We had this for dinner.


Fish fillet with champignon and cheese sauce. Not bad.

Mix box. Feveret nih.

Walaupun pulang dengan tangan kosong, tapi perut kenyang. hehe. Dan takde la frust sangat bila pagi-pagi sabtu, Mr Hasnul belikan sesuatu. Beli online je. Nanti pegi collect dekat kedai.hehe..macam mana lah kita tak sayang dekat buchuk macham yang sorang tu kan..hehe..*orang buat baik kita kena ambil hati dia, penting tu.haha* ~

February 26, 2011

petang yang damai

Di suatu petang,

Me : Yus ada baca kat satu blog ni, dia cakap cara nak rasa baby gerak, kita kena tekan perut. Kalau ada 'blup..blup' maksudnya baby tengah bagi respons la tu..tapi yus dah tekan, takda pun blup blup tu. Cuba abang plak tekan..

*instead of 'tekan' dia cuma usap-usap je..memang takde la blup-blup tu kan*


He  : Baby tengah rehat kot..biaqla kat dia..nanti dia gerak la tu..
Me : *tak puas hati, cepat-cepat tepuk perut*..Bangun..bangun..siang-siang jangan tidor..cepatla gerak, mommy nak rasa ni..

Nak tau apa Mr Hasnul balas?
He : Ish..apa buat macam tu..kesian baby tengah tidoq tu..terkejut dia satgi..*sambil tepis-tepis tangan saya*

Taktau apa yang lawak, tapi saya tak boleh stop gelak. Sweet jugak Mr Hasnul ni kadang-kadang. Macam tak logik je baby nak terkejut bila mommy tepuk-tepuk perut. Tapi cara dia marah saya tu memang bersungguh-sungguh. Risau sangat kat baby dia tu..=)

Kalau gini gayanya..rasanya nanti, macam Mr Hasnul akan sayang baby lebih dari sayang saya je.huhu.

February 23, 2011

Getting better

Alhamdulillah. Pembedahan baba selesai dengan jayanya. Masa saya cal tadi, baba dah sedar, dan dah boleh makan. Alhamdulillah. Leganya hati tak terkata.

Semalam, sepanjang malam saya gelisah. Buat apa pun serba tak kena. tidor pun, asyik terjaga je..sekali terjaga dalam esak2 tangis..mimpi!.. Kerap sangat saya menangis dalam mimpi kan? Rasa macam benda dalam mimpi tu betul-betul jadi, dan bila sedar, memang tengah menangis atau meracau-racau..Kesian orang sebelah.hehe

Syukur, semoga baba cepat pulih sepenuhnya. mesti terus berdoa kan..

On the other note, esok Mr Hasnul akan present untuk final project dia. Rasa macam nak ikut pergi tengok dia present, tapi takut dia cuak pulak kalau ada bini jadi observer.hehe. Good luck sayang!

February 20, 2011

tiga dalam satu

The jamuan-makan-kecil-kecilan was a success. Entah dari mana tenaga saya datang hari tu, that I managed to do things on my own, dan tak rasa penat. Masak satu periuk besar kuah kari, rebus almost 3 kilo spaghetti, sebiji cheesecake, sebiji tiramisu, kemas-kemas rumah, basuh toilet etc. I guess, semangat nak sambut birthday Mr Hasnul, dan teringat kesanggupan mereka untuk datang baca yasin kat baba buat saya jadi kuat. Seronok sangat bila orang datang rumah kecik ni, semayang jemaah sama-sama walaupun kena berhimpit-himpit, dan sama-sama baca Yasin. Tetamu datang bawa rahmat kan?..Tapiiiiiiiii, hehe ada tapinya..lepas je semua orang balik, Tuhan je yang tahu macam mana sakitnya peha dan punggung saya. Tak pernah rasa sakit camtu. Maybe sebab lama sangat berdiri hari tu. Isk3.. Mungkin jugak sebab baby dah membesar, the lower part of my body dah ter'efek dengan pembesaran dia.hehe=)

This is my favourite shot. Walaupun ada pantulan lilin kena baju.hehe~

Mr Hasnul almost cry in excitement (exxagerated) bila balik lab dan nampak kek dia dah siap.

Tiramisu seriyes sedap. Saya sempat makan 1 suap je..
Saya tak belikan apa-apa hadiah pun untuk dia. Tak sempat lagi. Nantilah. Tahun depan pun boleh..haha  Ini pun entah berapa kali dia cakap "Terima kasih..susah-susah untuk abang.."=)

Sekian laporan dari saya.

Dan...sebagai penyeri entry yang tak semenggah ni..terimalah untuk pertama kalinya, gambar ekslusif mommy at 17 weeks of pregnancy. Mr Hasnul cakap, "Letak kat blog bleh, kat fesbuk tak payah.."hehe..
.
.
.
.
.
.
.
.

Takde beza sangat pun kan? Boncit sket je..tapi mommy sukeeeeee..~






February 17, 2011

Daddy's turning 26..

Saya ada kurang 24 jam, untuk merasa jadi rakan sebaya Mr Hasnul.hehe. Esok dia dah 'tua'.=)

A few days before, I asked him,
"Dulu, abang pernah tak berangan, dalam umur 26 tahun abang dah ada bini dan anak?"
Macam biasa, jawapan tak semenggah dari Mr Hasnul, "Ntah..."
Menci tau,  bukan boleh nak ajak small talk sikit..payah betul nak layan orang..huhu

Tapi ada satu yang buat saya senyum, bila saya tanya dia.
"Abang nak yus bagi hadiah apa tahun ni?.."
"Abang nak anak...."
"Ni, dah ada dalam perut, kira dah ada la hadiah abang ni..."
"Mmm..jaga diri, and jaga anak kita elok-elok..itu ja..."

Tak tau la part mana yang sweetnya, tapi saya suka jawapan dia tu....rasa bahagia. Sama macam mana saya rasa bahagia bila dia marah saya basuh kaki kat sinki masa amik wudhuk. Takut jatuh katanya. Biarpun kena marah tetap rasa bahagia, sebab tahu ada yang sayang. Eceh..~

Saya plan nak buat makan-makan esok. 3 dalam 1. Sempena birthday Mr Hasnul, mini farewell, dan sekali dengan bacaan Yasin untuk baba. Rabu depan baba akan buat operation tu. Doakan semua ok.








Happy birthday daddy. We both love you...~

February 11, 2011

week 16 : the (only)10-minutes-checkup

Serius tak puas hati! (what a nice intro huh?)

Begini ceritanya..

Hari ni, seperti yang tertulis dalam Mutterpass, kami ada appointment untuk 4th month check-up. Saya dan Mr Hasnul macam biasalah kan, excited tahap gaban setiap kali nak buat check-up. Mr Hasnul semalam siap duk bercakap sorang-sorang (bercakap dengan baby actually), sambil main-main perut. "Baby daddy ni lelaki ke perempuan ye?", "Esok daddy dengan mommy boleh tengok baby..." bla..bla..bla..

Kami sampai dekat Frauenartzpraxiss, right on time. Sampai-sampai macam biasa, medical assistant suruh ambil sample urine, timbang berat, check blood pressure. Then, terus doctor tu ajak masuk bilik. Kalau sebelum ni, ada sesi soal-jawab dulu, tanya keadaan saya etc, hari ni, the only question that she asked was " When will you fly back to Malaysia?". Since kami memang tak tahu lagi exact date, Mr Hasnul cakap, most probably on March la kan. Then dia angguk-angguk, ajak saya masuk examination room. Mr Hasnul tunggu dekat ruang consult. Biasanya dekat exam room ni, dia buat pelvic exam je, untuk ultrasound, akan masuk bilik lain. Tapi hari ni, lepas je buat pelvic exam, terus dia buat transvaginal ultrasound(not the one on the tummy), saya pulak macam blur-blur lagi. Saya tanya dia, nak buat ultrasound kat sini je ke? Dia angguk. Masa buat ultrasound tu, dia ada cakap, "Everything is good..". Saya tanya dia, mana baby?. Endah tak endah je dia tunjuk, "Ini heartbeat, ini kepala."   Saya tak sempat nak nampak apa sangat pun masa ultrasound tu. Ye lah, bukannya kita ni ultrasound technician, boleh nampak sekali lalu je. Mesti la kena orang guide tunjuk kan. Rasanya dalam dua minit je kot dia buat ultrasound tu, terus dia cabut, bagi kain suruh lap. Saya tanya, "Eh, dah siap ke, cepatnya...." Dia senyum-senyum je. Saya tanya jugak, tak boleh check baby's gender ke, dengan konfiden, dia cakap, "Next time datang baru kita check". Arrrrggghhh.. tak puas hati! Bukan apa, dia tak try pun. Saya pun tak sempat tengok keadaan baby saya, tau-tau je dah habis. Dan cara dia buat ultrasound tu, macam nak tak nak je. Biasanya dr ukur kan saiz baby masa ultrasound tu, saya tak nampak dia buat pun. Saya mintak gambar ultrasound, dia cakap, nanti ambil kat kaunter depan. Ok, fine. Sampai kaunter depan, dia bagi tarikh untuk next appointment, then dia blah. Saya mintak gambar ultrasound kat penjaga kaunter, dengan harapan dapat ultrasound scan macam selalu tu. Sekali, dia print guna kertas biasa je. Apahal dorang ni hari ni? Tiba-tiba buat discrimination nih? Baru hari tu saya puji melangit pasal service dorang yang bagus, hari ni betul-betul dah jadi lain. Adakah sebab saya dah cakap nak balik Malaysia? Sebab tu dorang malas layan? Ataupun dorang memang ada masalah hari ni? Mana tau, ada kes-kes berat ke kan..(bersangka baik)..huhu.. Apa pun alasannya, saya rasa cara dorang tak professional. Kami pun bayar  health insurance apa, kami datang pun dah ada appointment. Patutnya layan lah baik-baik. Untuk first time parents macam kami ni, setiap check-up tu adalah pengalaman yang sangat berharga. Bukan selalu boleh tengok imejan bayi dalam rahim. Nak jugak tengok, apa perkembangan dia selepas sebulan kan. Sebab baby membesar dengan sangat cepat, memang lepas sebulan banyak beza dia.huhu.

Sepanjang jalan nak balik rumah tadi, rasanya monyok je muka mommy dengan daddy. Senyap. Dua-dua frust. Takpelah. Nak buat camna kan.. Adalah hikmah tu. Yang penting, semua ok.=)

Here are the ultrasound scan images of our baby at 16 weeks.



Rasa nak nangis pun ada tengok ultrasound images ni...Nak nangis sebab, mommy tak tahu, which part of baby's body is this..huhu..Kepala kah? Badan kah? Atau kaki kah? huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...Ada sape2 yang pandai interpret ultrasound scan kat sini? Boleh tolong tunjukkan?

Saya cilok ultrasound image dari google..at 16th week, the scan should look something like this..

tak sama langsung macam kami punya kan? huhuhuhuhu~

February 8, 2011

Kunfayakun

Dalam entry Bila nak balik? saya ada cerita pasal mama yang tiba-tiba sibuk sangat tanya bila saya nak balik kan. Sekarang baru saya faham, kenapa mama asyik tanya soalan macam tu. Saya cal kakak sulung saya tadi. Dia cakap, sebenarnya dorang dah tau pasal baba ni dah lama. Dah lebih 2 bulan. Tapi mama dan baba berkeras tak nak cakap dekat saya. Sebab tu bila saya saya cal, mama buat-buat macam tak ada apa, tapi sikit2 tanya, bila nak balik, bila nak balik. Salah satu sebab mama tak nak cakap, sebab takut Mr Hasnul takleh tumpu buat exam. So, ni memandangkan Mr Hasnul dah habis exam, barulah mama cakap. Itupun lepas kena paksa dengan Hisan.

Tapi kan, satu benda yang saya rasa terharu, ialah hubungan hati antara saya dan parents saya. Saya rasa dah lama saya dapat 'rasa' ada benda yang tak kena. Salah satunya, perasaan rindu, yang terlalu tebal, sampai saya boleh rasa, hati saya bukan lagi dekat sini. Hati saya ada di Malaysia, lebih tepat lagi, di rumah saya. Minggu lepas, saya terjaga dari tidor, sebab saya terdengar ada 'suara' bagi salam di telinga kanan saya. Serius, tak tipu. Suara tu betul-betul dekat telinga saya, suara lelaki yang saya tak kenal, cakap 'Assalamualaikum'. Then saya terjaga, mula-mula rasa ok je. Bila saya terfikir, "Eh, sapa pulak nak bagi salam malam-malam kat Germany ni?", terus badan saya menggigil. Saya jadi takut. Then saya kejut Mr Hasnul, suruh dia peluk. Bila tengok jam, rupa-rupanya dah dekat subuh pun. So, kami bangun ambil wudhuk solat subuh sama-sama. Lepas subuh baru saya cerita kat Mr Hasnul.

Esoknya, masa cal mama, saya cerita lah pasal mimpi org bagi salam tu. Mama cakap, hati saya tak tenang tu, itu yang tidor mimpi and dengar macam-macam. Pastu mama cakap, dia pun mimpi saya malam tu. Dia mimpi saya berdiri betul-betul depan pintu bilik hotel (masa tu mama pergi cuti kat Langkawi), sambil senyum kat dia. Then dia jaga, dia cari-cari tengok saya takde pun. Kesiannya mama..huhu.

Tadi plak, mama baru bukak cerita, mama kata, hari yang lepas saya cal cerita mimpi tu. Kakak saya cal baba, then baba dengan excitednya jawab.."Hello..ha diknaa..."  Kakak cakap, suara baba punyalah excited ingat saya yang cal, padahal dah sah-sah naik nombor hp kakak kan. Sampaikan suara kakak pun baba boleh dengar macam suara saya. So, mama cakap, memang malam sebelum tu, dua-dua mama dengan baba tengah rindu kat saya. Sob..sob..sob..meleleh lagi air mata saya tadi. huhuhu

Saya percaya dengan kuasa Tuhan ' Kunfayakun..' Kalau Tuhan dah tetapkan sesuatu, apalah daya kita nak mengubahnya. Saya cuma berdoa, Tuhan dorongkan hati kami untuk buat keputusan yang terbaik, dan mudahkan jalan yang terbaik untuk kami semua. Terima kasih untuk semua yang mendoakan, Tuhan sajalah yang membalasnya. Semoga semuanya baik-baik saja..~



Umrah 2007.  Rindu. :'(

February 5, 2011

Can I feel you now?

Saya baca di sini, sini dan sini. Katanya, seawal minggu ke 16, dah boleh rasa baby's movement. Wahaha..bestnya. Tapi bila saya baca dekat forum-forum, kebanyakan first-timer mother tak perasan pun movement tu, sebab dia sama je dengan pergerakan angin dalam perut. Ye, bila pregnant, memang banyak angin dalam perut. Sebab tu kentut pun kerap. Eh, malu plak cakap pasal kentut.hehe. Tapi itulah kenyataannya. Cumanya saya pandai cover kalau depan orang.hehehehehe...~

Lagi satu, masuk minggu 16, dah boleh cek baby's gender. Minggu ni saya baru 15 minggu, next week baru 16, dan next week memang ada check-up. Hopefully boleh lah tengok, our kesayangan hati ni lelaki atau perempuan. Dah tak sabar nak panggil dia dengan nama dia. Dan dah tak sabar jugak nak beli baju-baju baby ni. Sebenarnya sejak minggu ke-6 pregnant dah beli pun.haha. Semangat gila. Mr Hasnul lagi semangat dari saya sekarang ni. Each time masuk kedai, mesti dia nak jugak tengok baju baby. Pastu dia yang beriya-iya nak beli.hehe. Tapi yang saya dah beli tu, semua warna untuk unisex macam putih and gray. Takde specific untuk baby boy or girl. Dan baju yang saya pernah cakap dalam entri merapu dulu-dulu, saya dah beli yang lebih kurang macam tu..hehehe..sekarang ni hajat hati nak cari baju yang ada ciri-ciri Deutschland kat baju tu untuk baby, sebagai kenangan that she/he was made here.haha.

Selamat Hari Sabtu.

.
.
.
.
.
.
.

p/s: mee kari yang saya masak hari ini adalah seriyes sangat sedap. tak percaya tanya baby..=)

February 4, 2011

Setahun di perantauan

04.02.2010 - 04.02.2011

Hari ni cukup setahun. Cukup setahun saya tinggalkan Malaysia, dan cukup setahun saya menetap di Germany. Pagi tadi, Mr Hasnul buat soalan quiz, "Cuba teka, apa yang special dengan date hari ni?", saya cakap, "Entah."
Pastu dia sengih-sengih, "Cukup setahun dah..." Saya tanya, "Abang set kat reminder ke?".. Dengan muka berlagak tak boleh blah, dia cakap "Ni ha, orang pasang reminder kat sini.." Sambil jari telunjuk tekan-tekan dekat kepala.. Eceh, macam tak percaya je dia boleh ingat.hehe

So, apa yang saya dapat sepanjang setahun ni?

  • Menikmati kehidupan rumahtangga yang penuh warna warni, dan sentiasa dekat dengan suami. Rasanya, bila kita hidup jauh dari keluarga, lebih tinggi peluang untuk kita mengenali pasangan dengan lebih dekat. Semua masalah kena settlekan sendiri, semua benda kena bergantung sesama sendiri. Contoh, kalau gaduh-gaduh pun, tetap muka tu jugak yang kita kena hadap, tak boleh nak lari-lari balik rumah mak..hehe.
  • Travel ke 7 negara eropah dengan jayanya. Wow, 7 negara dalam setahun?? How lucky I am..Alhamdulillah..hehe. Dalam list ada lagi 2 negara, tapi kita tengok keadaan kewangan macam mana dulu.=)
  • Dari dinginnya salju, ke indahnya musim bunga, dibawa ke bahang musim panas, dan syahdunya musim luruh..semua saya dah rasa..cukup empat musim!
  • Pertama kali saya berjauhan dengan family dan kawan-kawan untuk tempoh yang lama macam ni. Homesick tak payah cakap la kan...itu semua orang dah lebih dari tau..
  • Menambah bilangan kawan-kawan baru di sini. Kata orang berkawan biar seribu..
  • Menjadi suri rumah sepenuh masa. Tak sangka dalam setahun saya boleh berubah daripada anak mama yang boleh buat dua-tiga jenis lauk je (dan yang paling kerap kena komplen dengan Bang Jad n Bang Id), kepada isteri Hasnul yang boleh masak almost everything. You name it, you got it..Haha..ada nada perasan di situ ye tuan-tuan..
  • Setahun dah tak pegang stereng kereta. Tak sabar nak balik drift dengan KCG hitam tu..
  • Setahun jugak tak pegang duit gaji sendiri. Berapa gaji saya sebulan pun saya dah tak ingat..huhu. Tapi takpe, duit nafkah tetap dapat tiap-tiap bulan. (Mmm abang, ni dah masuk bulan 2 ni...dah gatal-gatal tangan I)hehehe..
Banyak lagi sebenarnya. Tapi cukuplah kot yang ni je dulu. Apa-apa pun, setahun ini adalah tempoh setahun yang sangat bermakna. Bukan semua orang boleh merasa apa yang saya rasa. Bukan semua orang dapat, apa yang saya dapat. Untuk itu, meh lah kita bersyukur. *tadah tangan ke langit*

Oh. Lagi satu, sebelum pegi lab pagi tadi, Mr Hasnul cakap.."Kalau rasa nak kemas barang, kemaslah.."
Yeeayy!!! Dah dapat green light nak kemas barang. Mr Hasnul dah abis paper semalam. Tinggal nak siapkan project je. So, kalau saya packing-packing pun, takdelah dia nak tertekan sangat kan..hehe.~

p/s: bila buat list macam ni, teringat pulak entry Wishlist saya dulu..banyak je yang tak buat-buat sampai sekarang..*sigh*~

February 2, 2011

Bila nak balik?

Dah lama tak cerita pasal perempuan cantik dan baik hati kan?

Kalau dulu, bila saya mengadu cakap rindu, homesick, tak tahan sejuk, nak balik Malaysia bla bla bla..dia selalu neutralkan saya balik. Mama selalu pujuk cakap..

"Alah, tak lama mana dah pun..sabarla.."


"Tahanlah sikit, bila lagi nak merasa duduk bercuti panjang kat tempat orang..."


ataupun ayat paling tak logik

"Alah, balik Malaysia pun bukan ada apa sangat..dudukla sana dulu.."

Tapi kan, sekarang ni macam terbalik pulak dah. Almost setiap kali telefon (saya call dia setiap hari), dia akan cakap..

"Bila nak balik ni..mama rasa dah tak boleh tahan la..mama rindu sangat dah ni" *sob..sob*


"Dah tau ka bila nak balik? Berapa haribulan?" *walaupun dah berkali-kali saya cakap, kami tak ada exact date lagi bila boleh balik*


"Dah packing barang ka? Banyak tak nak bawak balik nanti?" *haha*

Bila perempuan cantik buat perangai macam ni, saya jadi sedih sangat. Saya cakap kat Mr Hasnul, "Mesti mama dah tak boleh tahan rindu sangat dah tu..kalau tak mama okay je kan.."

Saya sendiri pun memang dah rasa sampai dah limit homesick saya. Macam dah tak boleh tahan, tapi terpaksa gagahkan jugak. Kadang-kadang kesian jugak kat Mr Hasnul, mesti dia tertekan bila orang asyik tanya bila nak balik, bila nak balik. Kalaulah saya ni pandai engineering, lama dah saya ikut pegi lab, tolong siapkan final project dia.hehe. Tapi tu lah, nak tolong tengok bolehlah..huhu..

Sangat berharap boleh balik awal sket. Kalau boleh nak rehat-rehat dulu kat rumah sebelum kena lapor diri bulan April nanti. Doakan semoga mudah urusan kami berdua ye..Semoga panjang umur semua, dapat bertemu lepaskan rindu..huhuhu..

February 1, 2011

Bercanda dalam salju.

 Tajuk tak menahan. Sila muntah beramai-ramai.hehe~

Ini cerita hari jumaat minggu lepas. Saya cancelkan kelas, sebab..mmm..kami ada hal..haha. Ye, tak tipu, memang ada hal di malam jumaat yang syahdu itu. Best woh kalau keja nanti bole buat camni. Agak ada hal je, cancel kelas. Agak tak sihat je, cancel kelas. Tak yah amik cuti, tak yah jumpa doktor mintak MC. =)

Ok. Kembali pada cerita kita. Pagi Jumaat tu langit cerah gila. Matahari memancar-mancar dengan galaknya (segalak ayat ini) walaupun suhu dibawah paras negatif. Dan untuk menjawab soalan pada entri Is winter over yet? , winter memang tak habis lagi. Saja je dia acah-acah panas kejap hari tu, sekarang dah sejuk balik.huhu..Walaupun dah tak se-ekstrem masa awal winter hari tu, still ada lagi salji yang turun pada hari-hari tertentu. Saya memang dah plan dengan Mr Hasnul, kalau ada matahari, kami nak kuar pegi main salji sambil berphoto-shoot dan melunaskan impian saya untuk berguling-guling dalam salji sebelum pulang ke Malaysia, nanti tak tahu bila pulak lah boleh jumpa salji ni kan. So pagi tu lepas dah setel-setel, kami keluar. Pegi tempat biasa, tepi sungai dekat area rumah saya. Alah, tempat yang sama yang  saya pergi amik gambar masa musim luruh hari tu. Entahlah sebab apa, dah jadi tempat feveret plak kat situ. View cantik, orang tak ramai (senang nak buat gila tengah-tengah hari), dan dekat dengan rumah.

Cakap banyak tak guna, tengok je la gambar-gambar nih..(sama je macam gambar yang dah uplod kat fesbuk, kalau menyampah nak tengok banyak kali, bole pegi main jauh-jauh..hehe)






ce tengok gambar kat header n tepi sidebar blog ni,
walaupun takde yang tanya, saja nak cakap, tu gambar kat pokok yang sama. musim je lain.
kira dah chop pokok tu jadi 'pohon cinta'..memang bajet hindustan abis..hahaha~
Tak tahulah macam mana saya boleh jadi kalis sejuk hari tu. Rasa macam ok je guling-guling dalam snow walaupun jeans dah basah. Kesian Mr Hasnul plak yang tak tahan. Tapi dia layankan jugak saya main-main sampai puas.(memang macam budak kecik kan?).hehe. Alhamdulillah, rasa puas hati dah sampai hajat. Sekarang anytime nak balik Malaysia pun boleh dah.

Balik dari main salji tu, baru rasa letih. Biasalah kan, mak buyung kan memang cepat letih. Saya tidor je lepas balik tu. Petang tu, Mr Hasnul balik dari solat Jumaat dengan rambut baru. Pendek!! Saya dah la baru bangun tidor masa dia sampai rumah, hampir-hampir tak kenal masa dia masuk rumah tu. Ingatkan mamat mana lah masuk rumah kan.hehe. Rasa lain sangat bila tengok dia rambut pendek. Nampak muda pun ada. Tapi mestilah tetap hensem di mata saya.hehe. Sedihlah pulak, dah tak boleh nak ikatkan rambut dia pagi-pagi sebelum dia pegi kelas. Tak boleh nak main-main dandankan rambut dia, tak boleh buat fesyen pelik-pelik masa hari boring lagi dah.huhu..

January 19, 2011

perangai pelik seorang lelaki

Nak tahu satu perangai pelik seorang lelaki bernama suami? Tak tahulah kalau lelaki lain tak macam tu, tapi dekat sini ada sorang perangai macam ni.

Perbuatan pelik ni memang simple je. Tapi tetap boleh jadi penyebab ber'perang'.haha. Semalam, saya tengok video Chori Chori Chupke Chupke. Lepas tengok sambil bergoyang-goyang ikut nyanyi lagu tu, tiba-tiba je rasa teringin nak tengok cerita hindustan sambil feeling-feeling. So saya ajak Mr Hasnul layan Kabhi Kushi Kabhi Gham sama-sama. Sebelum start movie saya dah bagi sinopsis cerita tu kat dia, sebab nanti malas nak layan kalau dia duk tanya-tanya masa tengah feeling.

Then, kami pun sma-sama  start tengok. Mula-mula ok. Especially part-part happy tu, best je kami siap nanyi sama-sama.(Mr Hasnul tak reti pun nak nanyi, tapi sebagai tanda support dia buat bunyi ala-ala beat box tu je, kira ok la tu..). Dalam lebih setengah jam duk enjoy tu, soalan-soalan yang dia asyik tanya saya, "Eh, yang ni sapa nama dia, Kajol eh? Ke yang ni Kareena? Abang konfiusla, muka sama je.." Watak mak Rahul dengan nenek Rahul tu pun, berapa kali dia duk tertukar. Haishhh...

Abg, sila namakan dua perempuan dia atas..tak kenal lagi?

 Pastu bila masuk scene-scene sedih, perangai pelik dia dah mula datang. Cerita Shah Rukh Khan kan, even 18 juta kali (eksejeret melampau) tengok pun mesti akan tetap sedih ok. So, bila saya mula nak feeling tu, masa tu lah dia sibuk nak buat lawak (yang memang tak lawak pun), dan start komen yang menyakitkan hati. Contoh, masa yang mak Rahul tu pergi London and terserempak Rahul dalam shopping complex tu, kan tiba-tiba je jadi slow motion, pastu siap ada angin lagi tiup2 sebelah Rahul, walaupun masa tu dalam shopping complex.. Standard la kan, efek angin-angin dalam cite hindustan ni. Mr Hasnul boleh pulak nak komen, "Fuuuhhh...tiba-tiba ada angin la pulak..."..Ok takpe sabar lagi. Pastu scene Shah Rukh Khan tengah confront ngan bapak dia a.k.a. Amitabh Bachan tu. Kan setiap kali dorang cakap, mesti keluar bunyi petir guruh semua. Siap langsir terbang-terbang walaupun tingkap nampak macam tutup je. Mr Hasnul duk bagi komen "Eh, takde hujan tiba-tiba ada pettiiiir plak.." Sambil dia gelak terkekek-kekek. Sakit hati tau. Hilang feeling. Dari rasa nak nangis, terus rasa nak marah. Saya cakap ngan dia, masa tengok Inception apesal tak komen banyak plak, even cerita tu pun sah-sah tak logik. Bila tengok hindustan sibuk je nak komplen itu ini. Itu tak cukup dengan tu, sesekali dia akan tepuk-tepuk tangan tanpa sebab masa scene sedih. Saya memang hangin betul.


huuuuusssss...angin pun datang tiup-tiup rambut..haha

Lepas saya mengamuk and cakap, tak nak dah tengok cite hindustan dengan dia pasni, Mr Hasnul mintak maaf. Dia cakap dia tak suka tengok cita sedih. Sebab tu dia buat perangai. Lagipun cerita hindustan kan 2 jam lebih. Dah boring la kot, lama sangat. Okla, Saya pun sejuk balik. Then sambung tengok babak-babak last tu sambil baring and membelakangkan Mr Hasnul. Tup-tup kan, dekat-dekat nak habis cerita tu, saya dengar dari belakang ada suara orang tengah tahan nafas. Alah, tahan nafas sebab hidung sumbat, nak hembus malu takut bini dengar.hahahahaha. Bila saya nak pusing mengadap dia, dia tahan badan saya siap tolak-tolak lagi. Ok, sekarang giliran saya pulak nak tepuk tangan kuat-kuat.hahahahahaha..


Ok now mengaku je la, u pun feeling scene ni kan? haha

p/s: Malam ni kita tengok Kal Ho Naa Ho pulak ek? hahaha..

January 16, 2011

Is winter over yet?

Memang susah nak puaskan hati seorang perempuan bernama Yusrina. Hari tu masa winter tengah memuncak, dia nangis-nangis dan berdoa semoga cepat-cepat salji berhenti. Sekarang, bila matahari dah tak malu menonjolkan diri, langit kembali biru dan salji cair sepenuhnya, dia berharap agar ada kesempatan sekali lagi untuk dia berguling-guling buat snow angel.

Minggu lepas, memang satu minggu lebih saya tak keluar rumah. Tak keluar rumah maksudnya tak jejak tanah, sebab rumah saya tingkat atas kan. Saya cuma turun jejak tanah sebab terpaksa keluar pergi buat check-up hari Jumaat tu je. Masa turun bawah tu, macam terkejut dan teruja sangat bila nampak ada hijau-hijau warna rumput. Eh? Mana hilang semua salji-salji ah? Bila masa cair? haha..itulah..Duduk terperuk atas rumah. Mengalahkan Rapunzel. Rasa selesa sangat boleh keluar pakai 3 lapis je baju. Tshirt, cardigan dan jaket. Berbanding sebelum ni kena pakai long john segala bagai kan. Dan rasa best, bila jalan-jalan boot tak tenggelam dalam salji. Boleh berjalan tak payah berpaut dekat lengan Mr Hasnul. hehe..

Dec '10
Jan '11
Gambar di jalan yang sama, dalam bulan yang berbeza.

Tapi, bila tengok jalan semua dah clear macam tu. Rasa rindu pulak nak tengok salji tersangkut dekat ranting-ranting pokok. Saya tanya Mr Hasnul, "Ni memang dah habis ke winter ni?". Mr Hasnul selaku peramal cuaca tak bertauliah dengan confidentnya cakap. "Nanti turun lagi ni. Sebelum winter officially habis,dia akan turun lebat sekali lagi". Tersenyum saya dengan jawapan tu.hehe. Ada chance lah nak guling dalam salji kalau macam tu. Hari tu masa salji tengah banyak tu, saya tengah mabuk teruk. Jangankan nak keluar main salji, nak bangun pun susah. Sebab tu tak ada sessi photoshoot untuk winter pun. Cadangnya nak pergi main salji sambil ambil-ambil gambar. Tapi semua tak jadi. So, sekarang ni rasa confident sket nak buat aktiviti-aktiviti camtu. Itu pun kalau salji turun lagi lah. Dah seminggu matahari terang, suhu pun lebih 5°C. Hari ni 10°C. Memang best sangat rasa, buka langsir kena cahaya matahari. Mungkin tahun ni spring bermula cepat dari tahun lepas kot. Dan mungkin tuhan nak makbulkan salah satu doa saya kot. Sebab saya berharap jugak, semoga sempat rasa spring sekali lagi sebelum balik.hehe. Kan mama saya pernah cakap, saya sesuai dengan musim bunga?. Mama cakap, musim bunga nampak muka saya segar dan ceria. Kalau winter, nampak pucat je.hehe.

wajah-wajah pucat

Kalau ada yang rasa nak bertanya mana pergi salji-salji yang banyak tu. Ini jawapannya. Salji-salji yang menggunung tu telah mencair, dan menghasilkan ini...


Limpahan air sungai yang telah menenggelamkan keseluruhan laluan pejalan kaki di persisir sungai belakang rumah saya. Regensburg diancam banjir besar. Harap-harap taklah.

Apa-apa pun keadaannya, meh lah kita enjoy je hidup ni. Nikmati musim yang boleh berubah-ubah ni sebelum pulang ke Malaysia yang sah-sah cuma ada 1 musim je. Immer Sommer kan?. Kalau salji nak turun sekali atau berkali-kali lagi pun, saya redha je. Boleh tengok salji free, terima je lah. Kat Malaysia kena bayar nak masuk Rumah Salji.=)

January 2, 2011

2010 - in memory

Tahun lepas pun saya buat benda alah macam ni. So tahun ni pun nak buat. Ye, tau dah terlambat...patutnya buat menjelang tahun baru ke kan..baru cambest..

Jan - Awal Jan sedih, sebab cuti tanpa gaji tak lulus pun lagi, membawa diri kembali ke Langkawi. Tapi tak sampai separuh bulan mengajar, dapat good news yang cuti dah approved, sekali dengan visa.
Hujung Jan, sibuk buat persiapan ke Germany. Dan sedih sebab akan meninggalkan Malaysia dan kesayangan-kesayangan di sana.


Feb - 4 Feb, berlepas ke Germany. Naik flight sorang-sorang semata-mata untuk jumpa suami tersayang. Excited tahap dewa bila first time dapat tengok salji, dapat pijak bumi Eropah. Celebrated birthday mr hasnul, 1st time as husband and wife. Me and mr hasnul made a plan that we will visit at least one place each month. Tak kesah la tempat tu within Germany atau negara lain. We start with Neuschwanstein Castle. Everything was as dreamy as a fairytale....~

Neuschwanstein Castle.



March - Menyesuaikan diri as a fulltime housewife. Skill memasak semakin improve, dah pandai jemput orang datang makan kat rumah. Winter comes to its end, teruja bila nampak ranting-ranting pokok dah mula berpucuk..Place of the month, Salzburg, Austria.
Festung Hohensalzburg, Austria


April - Daftar diri masuk kelas Deustch. Seronok merasa jadi student balik. Dah pandai berdikari sket since Mr Hasnul suh belajar naik bus sorang-sorang pergi kelas. Went to Chiemsee, and had a lovely, great time in Holland. I really love spring!
Chiemsee

Keukenhof, Holland


May - Suku abad dah hidup. Mr Hasnul baked a cake and handed me a present. Disebabkan bulan April dah pergi banyak tempat, so bulan May ni, no outing. Lagipun banyak event, kenduri, Rentap etc..~


June - London everyone!!.. (itu je yang ingat..haha)

London, England.


July - Summer yang sangat panas (dan hujan yang tak menentu). Dipanaskan lagi dengan World Cup season.  Menamatkan pengajian dalam kelas Deutsch dan lulus exam dengan warna-warni berterbangan. Ikut rombongan student Malaysia pergi Alps walaupun tak jadi mendaki due to hujan yang taknak berhenti sampai petang.huhu.
Walchensee, Germany

August - Our 1st wedding anniversary and our second Ramadhan as husband and wife. Alhamdulillah. Ramadhan yang sangat indah dan tenang, yang juga telah membuka hati kami untuk tekad mengambil satu lagi langkah besar dalam hidup. Place of the month?..Munich Zoo, itupun pergi sebelum start puasa.


Munich Zoo.

September - Homesick melampau-lampau sebab tak dapat balik beraya dengan family. Tapi tetap bersyukur sebab dapat merasa pengalaman Aidilfitri di perantauan (dan dapat hantar Salam Perantau) dan dapat berpiknik hari raya di Rheinfall, Switzerland.

Rheinfall, Switzerland


October - Birthday mama dan baba. Daun-daun pokok mula gugur dan saya suka bunyi  daun kering kena pijak. Itu je untuk bulan ni. No outing, simpan duit untuk next month.

Fall 2010, Regensburg.

November - Celebrated Aidiladha in a very humble and simple way. Most likely macam tak celebrate pun. Menyambut ketibaan keluarga mertua, dan berjalan-jalan dengan jayanya ke Paris. Oh, dan yang paling penting (dan paling indah) , tentunya hadiah dari Allah yang tiada ternilai dengan kata-kata. Syukur.

City of Love, France.
Kesayangan kami.
December - It's an extreme cold winter. Sampai  satu tahap saya menangis tak tahan sejuk.huhu. Had a sweet escape (from the cold winter) to Venice, dan merasa dimanja-manja akibat sakit pening yang tak menentu. Juga terharu saat pertama kali melihat ada degup dari jantung kecil dalam badan saya..

1st day of snowing at Regensburg

San Marco, Venice

New year celebration.

All in all, 2010 was a beautiful year, filled with lots of memories, emotions, ups and downs and experiences. Syukur sebab dapat merasa, dan dapat mengingat semua pengalaman dan kenangan-kenangan itu. Mari kita berdoa semoga tahun akan datang lebih baik untuk kita. Dan kita juga akan lebih baik untuk tahun akan datang. (dua ayat yang macam sama, tapi lain maksudnya..)