Showing posts with label cerita hati. Show all posts
Showing posts with label cerita hati. Show all posts

October 28, 2015

Baba, kini di syurga.

Dah dua minggu.

Saya hanya mampu untuk merenung skrin kosong. Tak jumpa ayat untuk memulakan, dan setiap kali hanya akan berakhir dengan skrin yang dimatikan.

11 Oktober 2015.

Mr. Hasnul perlu hadiri assessment di KL. Saya dengan berat hati melepaskan dia pergi sendiri. Rasa sedih dari malam sebelumnya tapi saya sendiri tak pasti apa yang saya sedihkan. Bukan tak pernah kena tinggal pun sebelum ni. Saya sendiri juga yang tak mahu ikut sekali.

Pagi Ahad, suasana pagi seperti yang biasa. Saya singgah di rumah mama sebelum bergerak ke tempat kerja. Dalam terkocoh-kocoh mahu cepat, saya sempat kucup baba yang sedang tidur.Salam dan cium tangan mama. Dah dua malam baba nampak 'letih"..banyak tertidur dari berjaga. Dah banyak hari menolak minum susu, apatah lagi mahu menelan makan.

Kakak dah atur untuk panggilkan doktor ke rumah untuk drip baba, harapan agar baba kembali bertenaga.

Jam 2.30 petang, sedang saya dalam bilik mesyuarat, saya baca mesej-mesej dari Bang Itd dan Adik. Doktor yang merawat baba kata baba tenat. Saya semacam tak percaya. Dah setahun lebih baba terlantar, memang ada hari yang baba penat, bukan "tenat". Rasa bergelodak dalam hati, saya telefon mama.

" Macam mana Ma? Nak kena balik ke ni?"

"Entahlah..Mama tak tau nak cakap.."

Bukan jawapan yang biasa. Sebab selalunya mama akan kata, Baba okay, jangan bimbang.Tapi kenapa hari ni lain jawapan Mama? Terus lemah lutut saya, saya bergegas simpan barang-barang..memohon izin untuk keluar awal. Sampai di rumah, mama dan ada disisi baba..sedang membacakan Al-Quran. Bukan fenomena baru pun..selalu Mama buat begitu. Mata baba terpejam tenang, dada sesekali nampak berombak. Saya kucup baba dan mencapai Yasin untuk dibaca. Bang Jad sibuk buat panggilan maklumkan Baba seperti tenat. Selang beberapa minit, sampailah sahabat baik yang kami dah anggap seperti anak angkat baba, Ustaz Sarbini. Sahabat karib yang bermula sebagai pembantu baba, yang setia menghantar baba ke masjid-masjid dan majlis-majlis. Saya menyaksikan sendiri bagaimana Baba bantu Ustaz Sarbini daripada seorang yang biasa, hingga kini bergelar Ustaz yang disegani.

Ustaz Sarbini tanpa berkata apa-apa terus mencapai surah Yasin dan memulakan bacaan Yasin dengan lantang. Kami anak-anak terus dekatkan kerusi berada disekeliling katil baba untuk sama-sama membaca Yasin.Mama di sebelah sisi kiri, Bang Itd memegang tangan kiri, Dik An di hujung kaki kiri, saya di sudut kaki kanan, Paktam di sebelah kanan bersama Bang Jad dan Ustaz. Di pertengahan surah Yasin, saya lihat dada baba berombak bagai mahu melepas batuk. Mama urutkan dada baba, dan hampir di hujung surah, sekali lagi dada baba berombak. Bang Jad menerpa terus dikucup dahi baba dengan linangan air mata. Bang Jad selaku doktor dalam keluarga yang baba selalu banggakan, menjalankan tugas akhirnya ke atas baba dengan penuh tenang. Diperiksa nadi dan jantung baba. Di suluh lampu ke mata Baba yang nampak berair mata, dan melepaskan ayat syahdu yang menusuk kalbu. Baba dan tiada. Kami yang lain sudah menangis sedih.

Pergi sudah kekasih hati kami. Ketua keluarga yang kami sayangi. Pergi sudah Baba kami bertemu Rabbul Izzati.


Kami bergilir-gilir memeluk dan mencium Baba. Mama menangis sambil berkata.. "Baba orang baik..baik sangat..".. Ungkapan syahdu isteri solehah..bagai merelakan Baba pergi.

Terus terasa lemah badan saya. Hilang segala kekuatan saya, pergi bersama nafas akhir Baba.

Bang Jad mengarahkan saya untuk menyampaikan khabar sedih pada Kakak, Kak Cik, Hisan dan Dik Qah. Tugas berat yang saya cuba jalankan sebaik-baiknya. Menyampaikan khabar sedih, sambil sama-sama turut menangis di talian telefon. Kalaulah sampai tangan ini, mahu dipeluk setiap seorang, biar sama-sama dapat berkongsi rasa.


.............................

Setahun empat bulan Baba dah terlantar di atas katil, selepas jatuh sebelum Ramadhan tahun lepas. Baba bukan sehari dua sakit. Allah dah uji sejak 2005 apabila disahkan menghidap kanser tekak pada Tahap 3. Tapi keazaman yang luar biasa, untuk pesakit pada usia Baba, sel kanser berjaya dilawan hingga Doktor mengesahkan Baba pulih sepenuhnya. Magical! Itulah yang pernah doktor katakan.

Menjadi seorang cancer survivor, apa yang perlu ditanggung pasca rawatan kanser adalah lebih mencabar. Kesan sampingan rawatan telah melemahkan deria pendengaran Baba, membataskan tugas Baba sebagai seorang penyampai ilmu. Ditambah dengan insiden jatuh yang menyebabkan Baba tidak lagi mampu berjalan. Hanya terbaring di katil memerlukan perhatian sepenuhnya dari keluarga. Mama lah isteri solehah yang setia di sisi, menyuap makan, menyalin pakaian dan menurut setiap satu permintaan Baba.

Setahun empat bulan Baba terlantar sakit, bukan tidak pernah terlintas di minda kami, tentu sampai masa Baba akan dijemput pergi. Mati itu pasti. Pernah juga terlintas, jika Baba dah sakit lama, mungkin nanti ketiadaannya tak begitu terasa, mungkin kami akan cukup bersedia. Saya silap sama sekali. Setahun empat bulan Baba tak kemana-mana..berada di atas katil, berada di pandangan mata kami. Bila dia tiada, Allah sahaja yang tahu..betapa setiap kali saya terseksa mengharapkan Baba masih ada tertidur di sudut ruang tamu itu.

Allah sahaja lah yang tahu, betapa rindunya saya untuk pergi ke sisi katil Baba, mengucup tangan dan dahi Baba setiap kali sebelum keluar rumah. Memang setiap hari, sayalah yang paling lama di rumah Mama. Itupun setiap kali meminta diri, Baba selalu akan berkata, "Nak balik dah? Duduklah dulu.." Dan saya hanya mampu cakap.. "Dikna balik dulu..esok Dikna datang lagi.."
Kini semua tu tinggal memori.

Seribu satu memori..memang tak mampulah untuk saya luahkan di ruang ini.

....................................


Baba dah selamat bersemadi di tanah perkuburan tak jauh dari rumah kami. Perkuburan yang saya akan lalui setiap hari. Saya cuba memujuk hati, membayangkan Baba hanya berubah tempat tidur,sekarang sedang berehat di taman syurga, yang tentunya lebih selesa. Itulah juga doa kami setiap hari, moga Allah kasihi hero hati kami, diterangi kuburnya dengan sinar terang mendamaikan, dilapangkan ruang pembaringannya dan dikasihani dia dari seksa azab kubur. InsyaAllah akan tiba masanya kami semua akan kembali bersatu sekeluarga di Syurga. Memang itulah destinasi akhir kita.

Allahummaghfirlahu, warhamhu, wa'afihi, wa'fuannhu. Amin.

Baba, Dikna rindu Baba. Dikna sayang Baba......


Nami Island, Korea. 2012.

Aidilfitri 2013. Mama dan Baba, Cinta hati kami.

Aidilfitri 2013. 

Aidilfitri 2015. Aidilfitri terakhir dapat dipeluk Baba.:'(

Aidiladha 2015. Sebulan  sebelum Baba ke syurga. 





August 31, 2015

Not funny.

I uploaded a photo of me and my husband posing on our friend's dais. And then came this one man, my husband's friend..commenting about "cawangan" blablabla.. I don't get the joke..cause it is not funny at all. Oh man, this is not me being emotional. But marriage is a serious matter.

Why would you make a stupid joke on someone's marriage? And the worst part is..it is a lovely photo of two happily married couple. Show some respect. Kalau tak ada benda baik nak komen..tak payah lah nak tulis apa-apa.

Sometimes I wonder..memang orang laki teringin sangat ke ada banyak bini? Or "cawangan" as they said?

Well now I am emotional. 😈😈😡😡

August 9, 2015

6 tahun jagung.

I have to write something, and I actually write for myself. But I'll let you read my thoughts.

07.08.09-07.08.15

Dah 6 tahun.

Terasa macam ada perasaan lega. Susah juga nak gambarkan lega yang bagaimana.

Kebetulannya 3 hari sebelum anniversary ke 6 ni, Mr Hasnul ada training di KL. Dan dia bersungguh minta saya ambil cuti supaya boleh ikut dia. Anak-anak pun dah lama sangat tak dibawa berehat-rehat.

Alhamdulillah.Allah mudahkan. Cuti lulus, dan Mr Hasnul dapat suite yang sangat selesa untuk kami anak-beranak.

Kalau sebelum-sebelum ini, saya suka berangan sambutan itu ini, dilayan begitu begini, tapi kali ini saya jadi lain. Entah kenapa, kali ini saya menjadi sangat hmm..tenang (kot?..tak jumpa perkataan nak describe). Saya dah faham betapa suami saya bukanlah jenis romantik dan mampu ekspresi segala rasa dia seperti saya. Jadi saya berhenti berharap pada segala impian dongeng fantasi. Saya ubah cara. Saya sendiri yang suka sambutan-sambutan remeh pada tarikh-tarikh yang saya rasa bermakna bagi saya. Jadi biar saya yang buat. Biar saya yang sambut.. =)

Sebulan lebih awal, saya dah pun beli hadiah untuk kami berdua. Beli hadiah untuk suami, dan beli hadiah untuk diri sendiri,. hehe. Cuba nak buat surprise, yang hampir-hampir kantoi di hujung. Mr Hasnul tanya apa plan untuk celebrate, saya kata saya akan ikut saja apa cadangan dia.

Rupa-rupanya bila saya serahkan sepenuhnya, dia sendiri dah ada rancangan yang lebih manis. Selesai training, dia minta saya dan anak-anak bersiap untuk dinner. Dinner dengan anak-anak lelaki yang tengah lasak kan. Apalah sangat yang boleh dijangka. Seorang panjat meja, seorang main-main bawah meja. But for us, the dinner went on well. tak ada yang menangis, tak ada yang mengamuk, tak ada pinggan pecah kira ok lah tu=)

Masa tengah dinner, unexpectedly Mr Hasnul pegang tangan, and wish happy anniversary. Panas juga pipi saya,.hati memang tentulah berbunga-bunga. Sejak kawen and ada anak ni, dia makin pemalu rasanya. Bukanlah selalu dia sempat pegang-pegang tangan ni. Lagipun selalunya kan masing-masing sibuk dengan anak. Dia bersungguh cerita pada Yim, "Hari ni lah hari mama dengan papa kawen.."

Sambil-sambil jalan pun sesekali dia pegang tangan, peluk pinggang..macam dulu-dulu..haha.. Dia nak belikan handbag untuk saya, tapi tak jumpa pula yang berkenan.Saya pun taklah rasa kecewa. Perhaps, i don't fancy gifts anymore. 😅

The next morning after the breakfast, I hand him the gift.Hadiah jam tangan untuk gantikan jam tangan hantaran yang dah rosak. Dia cuba buat-buat terkejut walaupun saya dah tau dia terjumpa kotak jam tu masa cari pampers anak dalam beg.haha. Saya gelakkan dia bila tengok cubaan buat-buat terkejut tu. Sweet juga bila tengok dia cuba ambil hati saya.hehe .We both laughed out loud. And we ended up hugging each other. Despite all the fights we had throughout these years, we know how much we love and need each other.This is us.

Rumahtangga kami bukanlah yang paling bahagia, Bukanlah aman setiap masa. 6 tahun hidup bersama bukan ketawa sahaja yang kami pernah rasa. Banyak lagi jerit pekik tangis yang kami dah redah sama-sama.

Banyak lagi perlu diperelok. Saya sungguh-sungguh berdoa semoga Allah limpahkan rahmah dalam ikatan ini. Janganlah diuji iman kami yang nipis ini, permudahkanlah urusan kami. Semoga perkahwinan ini menjadi tiket mudah untuk kami ke syurga. Kita doakan sama-sama. =)

.Nyawa.












April 5, 2015

4/12

Keja banyak. Badan letih. Jiwa sakit. Otak penat.

Dia punya penat tu..tahap masuk toilet, mengadap cermin nak gosok gigi. Sambil otak melayang tembus dinding..sedar-sedar je rasa pahit melekit dalam mulut. Sh** lah! Boleh silap letak cleanser kat berus gigi.

Bazir je..selalu picit cleanser hujung jari je..kena jimat lah dah era gst ni..


Nak cuti...
Nak lari tengah padang bunga.
Nak melunjur kat pantai tunggu ombak cecah kaki..

Paling tak pun...nak sangat tidor nyenyak tanpa perlu remind myself apa nak kena buat pagi esok.

😢😢😢😢😢😂😂😂😂😂

March 20, 2015

It's a tote bag. Just a bag.

I was scrolling on my FB news feed when I saw a Saiful Nang's post. It's an advertisement of Sarcasteek tote bag. A very cute bag with "Cikgu Baik" design printed on it...I read the comments..ada 2-3 orang perempuan tagged their husband's name. So I was like.."Best jugak ni kalau ada orang bagi hadiah.."

Instead of tagging Mr Hasnul's name, I showed him the post..

Papa..mama nak ni.. *sambil senyum sipu-sipu penuh pengharapan*

Apa ni?

Beg.

Beg apa? Nak buat apa?

Alah..beg lah.

Berapa??

70..             *senyum lagi*

Mahalnyaaa..


Duuhh.. Terus drop mood saya. Being a working woman. I have become very independent. I buy most of my things by myself. I hardly asked for a gift, or even money. But today sesaja lah gatal nak manja..teringin pulak kalau ada orang  bagi hadiah. So I directly asked him. Bila dia query banyak-banyak tu..i memang dah rasa tak nak pun. Merajuk. If I really want it..nak beli seratus bijik pun boleh. But you know lah..hmm..saja je I nak rasa fefeeling dapat hadiah.

Kalau masa bercinta dulu kemain lah..jeling sket je kat mall..sah-sah dah dapat surpise gift.. But now dah nak masuk 6 tahun kawen..what do you expect kan?huhu.. But I don't blame my husband. I know him well..my husband..he is very realistic..benda kalau tak nampak sangat keperluan tu..memang dia tak tunjuk minat..Sebab tu dia suka soal.. "Nak buat apa?" or "Bukan dah ada ke?". Tapi kalau benda yang memang dah planned nak beli,dan ada keperluannya..sedaya upaya dia akan cari.. Don't get me wrong..this is not about the money..Mr Hasnul adalah orang paling pemurah..cuma dia tak suka benda tak da tujuan..totally opposite of me..heeehe..

Menghampiri 30 tahun ni, I think I've become very sensitive. Asyik terasa je. Rasa orang tak sayang, rasa failed, rasa macam tak cukup baik, rasa insecure. Tapi yang lawaknya, dia tak perasan pun.haha. Macam sekarang, I am actually sulking, but he just act normal.. Adalah jugak dia tanya, "Ada yang tak kena ke eh?"..  Maybe sebab dia perasan saya tetiba tak banyak cakap.. Merajuk takkan nak jadi ramah tamah lak kan. Mestilah tunjuk jugak rebel tu. Tapi takkan sampai nak mengaku cakap merajuk kan..huhu.. Dah tua ni, sendiri merajuk, sendiri lah pujuk. Gitu hah kekdahnya...huhuhu. Aihetttccyuuu!!







March 1, 2015

Abah.

Ini adalah satu catatan penuh rasa.. Ada rasa sedih......dan ada banyak rasa sedih...

Tanggal 18.02.2015..pagi Rabu yang dingin..abah mertua saya telah dijemput pulang oleh penciptanya. Sungguh mudah..sungguh cepat. Baru sahaja kami bertemu Ahad sebelumnya..Ahad tu lepas sesi sekolah..Mr Hasnul jemput saya di sekolah dan dia ajak lunch di rumah mertua..saya memang penat tapi saya tak menolak..hati saya mmg terasa nak ke sana..sampai sahaja di pintu rumah..Tok Abah dah standby belakang pintu..nak mengacah Yim..benda biasa dia buat..sepanjang petang kami berbual dengan abah macam biasa. Abah tanya jadual kelas saya sebab nak plan untuk makan-makan sempena cuti raya cina. Memang selalu abahlah yang beriya plan untuk gather kami anak beranak. Tok Abah beriya layan Yim.. Mula-mula dia basuh tempat wudhuk dengan Yim..selesai basuh dia ajak pulak Yim kutip sayur di laman rumah dia..abang Yim memang happy main dengan Tok Abah..naik moto sama2..siram pokok sama2..tengok fish sama2.. sebelum balik kami minta diri nak pulang..saya salam cium tangan Abah..memang saya ingat..ayat yang  saya ucap ..terima kasih abah.. ( sebab jagakan anak-anak saya)

Kami melambai dan berlalu pergi..tanpa kami ketahui..itulah gurau senda, bual bicara dan gelak ketawa terakhir kami.. :'(

Pagi Selasa. Mr Hasnul call maklumkan dia dalan perjalanan pulang sebab abah ada di ward emergency..nak buat ecg sebab dia sakit dada..saya minta izin nak ikut sama..tapi Mr Hasnul kata tak payahlah..Mungkin check up biasa saja..saya pun sambung kerja macam biasa..tapi setengah jam kemudiannya Mr Hasnul cal lagi..Dalam esak dia minta saya datang hospital segera. Saya tinggalkan semua urusan di tempat kerja..rasa lemah lutut..tapi pantas saya ke kereta. Sampai di hospital semua dah menangis. Abah kena heart attack.Abah yang selalu saya lihat sihat pertama kalinya diserang sakit jantung. Doktor tanpa selindung memaklumkan keadaan abah yang kritikal..tekanan darah terlalu rendah dan nadi terlalu lemah. Terbaring lesu di zon merah..

Seharianlah kami disitu. Berdoa mohon Allah berikan keajaiban..berikan lebih masa untuk kami bersama. Kali pertamalah juga disitu saya lihat kesedihan Mr Hasnul. Anak sulung yang sentiasa patuh pada ayahnya. Berkali-kali Mr Hasnil titipkan doa yang sungguh syahdu untuk kami aminkan.. Surah Yasin tak henti dibacakan..

Petangnya..saya masuk bertemu abah di ward CCU. Nurse sedang sedut darah dari mulut abah..badan abah bergerak..mungkin tahan sakit..kaki abah juga terangkat mungkin tak selesa..mungkin refleks sebab nurse sedang masukkan tiub.Nurse cuba tenangkan Abah. Saya pegang tangan abah.. "Abah..yus datang ni..abah kena kuat.."... dan ayat-ayat berikut hanya penuh sendu tangis..tapi saya nampak abah jatuhkan kaki..seolah-olah abah dengar cakap saya..Sebaknya tuhan sahajalah yang tahu. Saya terpaksa pulang maghrib tu .Sebab anak2 ditinggal di rumah mama..sebelum tamat masa melawat..Mr Hasnul kumpulkan kami semua dalam ward CCU tu. Bilik nombor satu. Mr Hasnul minta semua dari kami agar memaafkan salah abah andai ada..dan redha dengan  takdir Allah. Di atur seorang-seorang dari kami agar mengucup abah dan bisikkan kalimah syahadah..Matang suami saya petang itu...Serta merta menjadi ketua keluarga .Ruang bilik nombor satu hanya penuh dengan duka..Syahdu hanya tuhanlah yang tahu. Surah Yasin dibacakan sekali lagi..Cukup masa..saya minta undur diri..terpaksa tinggalkan abah dengan mereka yang lain.

Pagi Rabu.

Saya dirumah mama menguruskan anak-anak. Cadangnya lepas selesai sarapan saya nak ke hospital melawat Abah lagi.

10.20 pagi.. saya terima panggilan paling sayu dari Mr. Hasnul.. "Yus..abah dah takde..kita redha ye.."
Airmata saya mengalir laju. Pergi sudah bapa mertua saya. Menjadi menantu hampir enam tahun,terasa saya sungguh rapat dengan abah. Saya kenal Abah sebelum saya dan Mr Hasnul bercinta lagi. Abah adalah kenalan baba..sebelum apa-apa lagi Abah dah banyak berhubung dengan mama baba.

Selepas berkahwin dan balik dari Germany, kami berjumpa hampir setiap minggu,sebab memang destinasi wajib hujung minggu adalah rumah mertua saya. Dan saya selaku menantu yang peramah, semua benda saya akan cerita pada Abah. Dari hal anak-anak, ataupun hal kerja. Dan Abah selalu layan saja cerita saya. Terbayang sekali sekala bila rindu cucu-cucu, abah akan whatsapp minta saya post gambar anak-anak. Atau setiap kali Mr Hasnul outstation abah akan mesej tanya saya dan anak-anak ok tak. Satu-satu bayangan bermain semula difikiran..dan tentunya diiringi dengan sedu sedan.

Abah disemadikan selepas Asar hari Rabu, bersebelahan kubur ayahandanya selepas solat jenazah berimamkan anak sulungnya, iaitu suami saya. Syukur tuhan permudahkan Mr Hasnul untuk menunaikan tanggungjawab akhir seorang anak, sebelum menghantar Abah ke taman syurga. Abah meninggalkan Mr Hasnul pada hari  yang sama sepatutnya dia meraikan ulang tahun genapnya usia dia 30 tahun. Saya dah sediakan kejutan untuk Mr Hasnul, tapi Allah lebih berkuasa membuat kejutan untuk kami semua. Mr Hasnul di'hadiah'kan dengan amanah yang besar dan berat.. Subhanallah..moga Allah bantu kami semua..

Selamat tinggal abah..Terima kasih atas segala yang Abah curahkan selama ini. Insya Allah, Allah akan balas kebaikan Abah dengan kebaikan..tenanglah disana, kami akan selamanya merindui Abah..

Al-Fatihah.

January 2015, Aqil's first birthday- our humble celebration with Tok Abah.

March 2014, Langkawi.

February 19, 2015

Aqil Laith. My Baby Boy.

This post is specially dedicated to my baby boy... Muhammad Aqil Laith Bin Hasnul.Munir.

Adik sayang,
Walaupun mama tak buat catatan milestone adik secara details..tapi mama ingat dan mama raikan setiap kejayaan kecil sepanjang pembesaran adik.penuh gallery mama dengn gambar adik ( juga gambar abg yim dan tentunya gambar mama selfie..hehe.)


Di hari pertama adik lahir..lawatan pertama mama ke nursery hospital untuk susukan adik..mama tak lah larat sangat..tapi mama gagahkan diri..kuat sebab rindu adik..padahal baru berapa jam terpisah lepas mama lahirkan adik..Nurse letak adik atas pangkuan mama..adik nangis nak susu..tapi susu masa tu tak keluar lagi..mama mula2 gelabah kekok tak tau nak pujuk adik cara apa..semua koleksi zikir-zikir yang biasa mama lagukan untuk dodoi abang yim dulu macam hilang..tiba-tiba satu je terlintas..asma-ul husna..99 nama Allah...mama dodoikan adik.adik terus berhenti nangis..lelap semula dalam pelukan mama...itulah dodoi pertama mama untuk adik...





Sebelum adik ahir lagi mama dah berhasrat nak jadi lebih baik..banyak kelemahan mama masa besarkan abang yim..mama nak perbaiki..

Detik berpantang memang mencabar, mama nak manjakan adik..tapi abang Yim pun tak oleh luak perhatian. Mama selalu sedih bila terpaksa bahagikan perhatian. Adik dan Abang Yim dua-dua mama sayang..setara..tapi banyaknya Allah saja tahu..

First outing Adik lepas mama pantang, kita ke tepi laut..raikan Teh Yai sebelum dia balik Mesir. Mama teruja sebab buat pertama kalinya  mama kendong Adik (outdoor). Ilmu baru yang mama belajar. Adik sangat selesa dalam wrap, sentiasa dekat dengan hati mama..dan kepala adik sentiasa jadi spot mama cium. Dalam masa yang sama mama boleh pimpim tangan Abang Yim..Boleh pegang tangan papa..rasa adil untuk semua.. Dengan Adik mama belajar dan mula berubah menjadi babywearer tegar. =)








Adik membesar normal dan dengan jayanya.. lepas pantang kita pulang ke rumah kita, tapi enam bulan pertama adik di jaga oleh Siti.. takdir Tuhan, pertengahan bulan 6, Sidi jatuh dan patah kaki..Siti tak mampu lagi nak jaga adik sebab kena jaga Sidi..tapi Allah atur cantik untuk kita, Tok Mama baru je berpencen..jadi Tok Abah dan Tok Mama rela hati jagakan adik..masa tu bulan Ramadhan..sepanjang bulan puasa tu Tok Mama, Tok Abah dan Acik jaga adik..lepas raya mama hantar ke Taska sama-sama dengan abang Yim. Abang Yim memang protective jaga adik..walaupun sekali sekala dia akan serang adik bila tak tahan cemburu. Sebab tu adik jadi lasak..adik memang kuat dan berani..segagah nama adik.. Laith..

Syukur mama berjaya juga memenuhi 6 bulan untuk menyusukan adik secara ekslusif.. Sayangnya lepas enam bulan, masa Sidi sakit, mama pun turut sama tak stabil..asyik pitam sebab blood pressure rendah..bulan puasa pulak masa tu kan..so dalam terpaksa adik diberi juga formula..tapi masa tu adik dah memang mulakan solid feeding.. sebagai ganti tak mampu sediakan stok susu untuk adik..mama memang bertekad untuk sediakan homemade food sahaja. Alhamdulillah..sehingga adik setahun..mama berjaya sediakan bekal untuk adik setiap pagi..tak langsung disuap makanan segera (cerelac ke nestum ke..baby biscuit ke) untuk adik. Kadang-kadang papa yang masakkan bubur untuk adik..ikutlah siapa yang sempat..kira sama-sama ganding bahu nak menjayakan misi homemade food untuk adik.. =)


Adik mula langkah pertama bulan Disember 2014...hampir setahun jugak..sebab adik manja..hehe..tapi lepas setahun sebulan adik dah boleh lari..

 Hari lahir adik yang pertama, mama papa bawak kita sekeluarga ke photoshoot..memang mama yang beriya-iya carikan photographer..book tarikh and pilih tempat..tapi of course la dengan sokongan papa..sama macam masa birthday abang Yim. Kalau boleh mama nak jadikan tradisi..kalau direzekikan ada lagi adik-adik lepas ni..biar setiap kali hari jadi pertama kita ada gambar sama-sama.. Biar ada kenangan yang boleh dilihat mata..=)








Alhamdulillah...indah mama rasa setiap hari dengan adik..Sihatlah sayang..besarlah dengan baik..jadilah anak soleh yang akan doakan mama..jadilah mukmin sejati yang akan pertahankan agama..berjayalah dalam segala-gala sayang..doa mama yang terbaik untuk anak-anak mama..

Mama sayang adik..Moga Allah satukan kita sekeluarga sentiasa. Moga dia limpahi kita dengan rahmat yang sangat banyak, Moga terpelihara kita dari kejahatan dunia dan akhirat.


December 17, 2014

A wife's rambles

Ada orang pernah cakap..kita sebagai isteri..memang tak mampu dan tak berdaya nak kawal apa yang jadi pada suami kita di belakang mata kita.

Ke mana dia menyinggah sebelum sampai rumah.
Dengan siapa dia lunch.
Pada siapa dia lemparkan senyuman.
Apatah lagi hati siapa yang dia sentuh.

Kalau seabstrak itu kita nak kawal..gila lah kita jadinya.

Saya selaku isteri acahacahsolehah..try jugak untuk tak ganggu dan hormati privacy dia.  Tapi naluri kewanitaan yang penuh dengan syak wasangka ni bukan senang untuk disembunyi. Kadang2 teringin jugak nak tau..dengan siapalah laki aku lunch hari ni..seboleh-bolehnya saya kawal rasa ingin tahu tu. Tapi kalau dah tak tahan sangat..terpaksalah mesej jugak..tapi sedaya mungkin akan cari ayat yang tak obvious sangat..hehe.

Hi.
Dah lunch?
Sedap?
Makan dengan siapa?

Samalah jugak dengan mesej2 dia dalam kumpulan whatsapp..rasa malas nak ambil tahu. Kononnya nak hormat ruang peribadi dia. Tapiiiii mana boleh!!

Ada jugak pernah saya gatal tangan baca mesej2 kat group whatsapp kerja dia. Amboih kemain melawak sesama ahli group. Mula-mula simpan je perasaan, tapi being me, mana oleh pendam. Saya luahkan jugak kat Mr Hasnul. Saya cakap saya tak suka dia melawak lebih-lebih. Kalau dengan saya dia reply sepatah dua je,,kenapa nak reply banyak-banyak dengan kawan (especialy kalau perempuan kan?)haha .

Walaupun saya ramah..tapi di tempat kerja saya adalah sangat profesional. Saya tak pernah makan semeja dengan kawan kerja lelaki, Nak tumpang2 naik kereta memang lagi lah tidak. Sebab apa? Because I am someone's wife. And I want to save everything for my dear husband..saya akan mengelak apa saja perbuatan yang saya tak suka kalau dia buat..


Nampak macam cemburu gila kan saya ni?But I believe this is not about jealousy only.Tapi lebih kepada menjaga hati. Syaitan ada di mana-mana. Benda sekecil kuman pun syaitan boleh guna buat modal nak sesatkan kita. Jadi kita yang iman seciput ni, eloklah kalau mengelak apa yang patut.

Dan jangan pula ingat saya tak percaya. Mana ada tak percaya...Percayaaaaaaa sangat!! hehe.








p/s: Abang, senyum jangan marah. I love you!

October 15, 2014

That awkward moment.

Hari tu...saya jumpa sorang kawan lama. Kawan lama dan kawan baik.

Duduk dekat tapi dah setahun jugak tak jumpa. God knows how much I missed her.

Tapi bila dah jumpa, jadi kelu tak reti lah nak borak macam dulu.

Awkward.

Tak tahu nak mula bicara tentang apa. Being a mother, I can't help myself but to tell people about my kids. Tapi kadang-kala rasa takut orang terasa. Especially untuk kawan-kawan yang masih single ataupun belum dikurniakan anak. Secebis zarah pun tak ada niat nak menunjuk perihal anak/suami/keluarga. Tapi benda tu dah jadi terbiasa.

Dah...itu je pun yang kita ada. Takkan nak borak berlagak bujang pulak kan.

Saya cuba kawal diri depan kawan saya, cuba untuk bersembang hal-hal yang tak sensitif. Sembang tentang business, kerja etc. Kalau Fynn Jamal kata bincang pasal weather...cer tanya dia..berapa lama boleh discuss pasal weather bila sembang dengan kawan?..

"Hari ni panas kan"
"Aaah...setiap hari pun panas."
"Lama tak hujan.."
"Tu ah...panas sungguh.."

Hah..Lepas tu nak sambung apa pulak?? Hmm..

Biasalah kalau jumpa kawan sekolah, mesti terkeluar jugak cerita kawan-kawan lama. Tapi tetap janggal tu ada.

"Eh..hari tu aku jumpa XYZ..."
"Dia datang dengan sapa?"
"Dia bawak anak.."
"Oooh.."

Then sambung lagi cerita...

"Hang tau...PQRS la ni duk couple dengan MNO..depa duk plan nak kawen dah.." Eh.

Pendek kata semuanya jadi tak kena.

Selalu saya baca kat FB pasal luahan orang-orang single atau yang belum punya anak yang terasa dengan pertanyaan orang, "Bila nak kawen?' ""Anak dah berapa?"

Saya tau betapa terasa menyucuknya soalan begitu ketika kita betul mengharapkan kita punya apa saja yang dipunyai orang. Tapi kadang-kadang bila letakkan tempat kita di pihak berbeza, saya percaya tak semua orang yang ajukan soalan begitu berniat jahat sengaja nak lukakan hati. Ada yang ikhlas bertanya sekadar membuka bicara, sekadar mengharapkan dapat berkongsi segala cerita. Ada yang bertanya, dengan harapan boleh mendengar khabar gembira. Tapi ye lah, tak nafikan.. ada yang bertanya memang niat untuk sakitkan hati. Manusia ni kan banyak rupa, banyak ragam.

Lepas kawan saya dah balik, saya rasa sayu. We used to be very closed. We used to share so many secrets. And she used to be my person. Mana entah hilang semua tu. Salah saya kah sebab cepat ketemu jodoh? Silapkah saya saat saya terpaksa utamakan anak-anak?huhu..

I wish I could always be there for you, in your every ups and downs. I pray that God will grant everything that you've wished for. May God keep you safe, happy and shower you with lots of love.


ok. Sedih.




August 28, 2014

Papa Yambat Syangat

Dua malam yang lepas.

Jam dah pukul 9.40 malam, kami singgah ke mini supermarket dekat rumah. Hujan lebat. Mr Hasnul cakap nak turun sorang je sebab nak singgah beli diapers je pun. Tapi macam biasalah, anak sulung yang cukup manja dengan papa dia tu mana pernahnya tak ikut. Mr Hasnul mengalah, dibukanya payung dan didukung anak lelaki tu masuk bersama-sama.

10 minit berikutnya, keluarlah kedua beranak tu dengan plastik mainan ditangan. Mr Hasnul hantarkan Yim ke kereta, dan dia masuk semula dalam kedai untuk ambil barang-barang lain yang dah dibeli. Pekerja kedai dah mula tutup lampu, dah turunkan pintu kedai separuh tanda masa perniagaan hampir tamat. Yim yang mulanya leka dengan mainan baru tiba-tiba bangun berdiri.

"Mama...mana papa ni.. yambat syangat ni.."
"Ala tunggu la jap..papa masuk ambil barang..tadi kan papa dukung Yim..tak boleh angkat barang banyak..."

Dia senyap kejap..termakan pujuk saya. Tak sampai seminit, bangun lagi sambil mata terarah ke pintu kedai. Kelihatan pekerja kedai turunkan pintu lagi sebelah...

"Hoooi orang...jangan tutup..papa Yim mana...orang...jangan la tutup..tunggu papa Yim."

Meraung-raung anak syurga tu dari dalam kereta..ketara gelisah dia bila pintu kedai makin tutup tapi papa kesayangan dia belum pun keluar.. Suara dia dah mula bergetar tanda nak menangis..

Saya di sebelah terasa sebak. Anak kecil tu sungguh ikhlas. Sungguh risau bila papa yang disayang-sayang, 'hilang' seketika dari pandangan dia. Saya tak mampu bayangkan apa gelodak hati anak sekecil tu. Dan saya cepat-cepat tepis gambaran sedih yang terlintas di hati. Tak sampai seminit berikut, keluarlah seorang lelaki tinggi dengan beg plastik penuh di tangan.

"Mama ...tu papa Yim mai dah.."

Tersenyum ceria. Nampak kelegaan di mata dia.

Hati saya menangis sebak.


Ya Allah, aku mohon Kau satukan kami sentiasa, pinjamkan kami kebahagiaan ini hingga ke syurga. Tuhan yang Maha Kaya.

August 14, 2014

What five years did to us.

We survived the first five wonderful years of our marriage. Yay!

Our biggest "achievement" at this point, obviously is our growing family. Dari berdua dah jadi berempat, dan mungkin akan bertambah lagi..=)

But we, didn't 'grow' too much..be it physically or even mentally.haha. I'm still at my pre-wedding weight..tak bertambah pun..still sekeping macam tu jugak. Ketinggian memang tau dah la kan mustahil nak tinggi dah. Still paras ketiak Mr Hasnul..

Saya masih lagi seorang perempuan tak matang yang selalu berangan yang bukan-bukan. Kadang-kadang bila Mr Hasnul balik lewat atau lambat jemput saya dari rumah mama, saya berangan dia ada kat rumah tengah set-up roses atas katil, pasang lilin untuk candle light dinner....wahahaha..  See? Dari first anniversary tak habis-habis berangan nak candle light dinner.. Banyak tengok drama camtulah jadinya.hehe. Saya masih lagi merajuk bila dia tak 'like' post2 manja di facebook. Saya masih lagi tarik muncung bila dia tak puji pun even after saya dah bersiap..masih lagi perangai budak-budak walaupun dah jadi mak budak.

Dan dia pun masih lelaki yang sama. Masih lagi lelaki yang jawab sepatah perkataan, untuk seratus patah perkataan dalam soalan saya. Masih lagi lelaki yang percaya dalam perkahwinan ada keperluan yang mesti diutamakan dulu sebelum boleh tunaikan angan-angan saya yang tak pernah sudah. Lelaki yang percaya realiti perlu dirancang teliti, bukan boleh main redah sesuka hati. Dan tentunya dia masih lagi lelaki yang tak mungkin buat ucapan sayang secara terbuka. Pemalu rupanya.haha.

Selepas 5 tahun, saya masih lagi dalam fasa 'mengenali hati budi' lelaki yang saya kahwini. Kadang-kadang rasa macam kenal sangat dah. Tapi kadang-kadang rasa banyak lagi yang nak belajar tentang lelaki yang seorang ini. Banyak yang saya tak dapat nak duga. Samalah juga saya rasa dia masih 'mendalami' hati saya..sebab saya kadang-kadang rasa dia 'tak kenal' saya sepenuhnya..hmm..

But to think it positively, rasanya bagus jugak bila kami masih 'berkenalan'. Nama pun life-time partner kan..memang ada banyak masa untuk 'kenal-kenal' ni..

To my dear husband, thank you for choosing this immature girl as your partner. You are my best friend, my lover, my bittersweet coffee. Delicious, tasteful and addictive..hahaha. 

Thank you...for everything. 


May 14, 2014

Another year.

11 Mei 2014
10.30 malam

Senyum sorang-sorang, ajak Qayyim ikut dia.

"Yim sinilah...ikut papa jap.."
"Yim tak mau..Yim nak main.." sambil tekun mengadap longgok mainan yang penuh bersepah depan tv.
"Alaa..Yim...kejap je.."

Berlalu di sebalik dinding..datang dengan paper bag besar.. 
"Happy birthday..Yim cepatla cakap kat mama..papa dah ajar tadi kan.."
"Epi...yuuuuuu.."

Haha. Tak surprise pun, sebab Yim dah pecah rahsia cakap siang tadi papa bawak pi Alor Star Mall. Dah agak lah ada hadiah.  Memang saja je tunggu nak tengok permainan dia. =)

Memori sangat isi dalam tu, sebab dia bagi hadiah yang sama macam birthday tahun 2006.
Nescafe tu biasalah, nak tambah efek sweet. Tau sangat kita suka kopi kan..=)

12 Mei 2014
12.00 tengah malam

Mesej bermakna, dari sahabat lama. Terharu.




12 Mei 2014
12.45 tengah hari


Paparan handphone, “Mamaku Sayang”

“Assalamualaikum, ada kelas tak?’
“Baru habis kelas, ma..”

“Mama teringat kat Dikna. Hari ni hari lahir Dikna kan..dikna lahir tengah hari..”
“Aah..dalam surat beranak 12.35 tengah hari”
“Tu yang mama cal ni..Selamat hari lahir, semoga panjang umur, murah rezeki, sihat, sentiasa dirahmati,jauh dari dengki khianat manusia,bahagia dunia akhirat…..”  
*I can't actually recalled semua ucapan mama, sebab terlalu banyak doa dan terlalu cepat mama cakap..*

“Mama….terima kasih ma”

Sebak. Sebab tengah bersedih, dengar suara mama rasa cam air sejuk simbah hati yang tengah panas. Rasa macam hujan yang tiba-tiba turun masa hari terik.

“Ni Yim duk tunggu Dikna balik, hari ni dia rindu sungguh kat mama dia. Dari tadi asyik tanya bila mama nak balik, nak tidor pun dia ajak mama tidor dalam bilik Dikna. Ni tengah tengok gambar mama papa dia…”

“Eh, Yim tak pi sekolah ek?”

“Hmm..dia pujuk papa dia..takmau p sekolah hari ni..”

Masa drive balik keja, saya rasa nak hadiahkan mama sesuatu. Tanya diri sendiri, apa yang akan buat saya senyum sekarang? Otak laju je jawab, "Bunga!"..so laju je pegi singgah florist, tapaukan ros merah untuk mama, then nampak bunga daisy longgok-longgok dalam baldi, beli untuk diri sendiri.. =)




..........................................................


Alhamdulillah. A'la kulli hal. Allah, kau gandakan kebaikan mereka terhadapku dengan kerahmatan darimu. Rahmati juga usiaku agar tidak sia-sia..Amin.






May 12, 2014

Jauh dari sempurna.

Today, is a mother's day. It's the day when everybody were busy posting a picture of their mothers, sending love messages and being emotional thinking of how good their mother had treated them.

Saya pun tak terkecuali. Tulis caption kat instagram sambil air mata menitik-nitik sebab terbayang mama yang baik sangat. Allahu..ni rasa nak menitik lagi. And I kept thinking of this one question? Macam mana mama boleh jadi sebaik, sesabar, sekuat, dan sehebat itu??

Saya dah jadi mak. Tapi saya tak rasa saya baik, sabar apatah lagi. huhu. Satu hari nanti, adakah anak-anak saya akan menangis jugak masa update status hari ibu bila mengenangkan kebaikan saya??huwaaaa!!

Maybe I won't deserve a mother's day wish.huhu. Saya selalu rasa down, rasa banyak kurang dalam mendidik anak-anak. Especially bila dah ada dua anak ni. Contoh kadang-kadang balik keja, penat, Aqil nangis for only-God-knows-why. Then tambah pulak bila Aniq si abang tu start nak mengamuk. Selalu saya akan cuba untuk cool down, pujuk tantrum dia dengan cara peluk, cium, semua ayat-ayat positif bagai yang di ajar dalam seribu satu artikel " Cara-cara mengawal kemarahan anak".. Tapi budak kecik ni, tak reti penat..kita dah penat memujuk, dia kadang-kadang still tak ada perubahan, so I'll always end up meletus jugak..huhu.. dan beberapa minit selepas tu, saya akan jadi orang yang paling menyesal..=(

Saya banyak spend masa di rumah mama, dari situ saya nampak cara mama kawal emosi. Contoh, bila Aqil nangis tak jugak stop, mama akan ambil Aqil dari saya, mama riba Aqil and she will recite Yasin. I always stunned to see how graceful and calm she is. Bila lah saya akan jadi setenang itu? Saya selalu rasa malu, sebab dah ada anak dua pun, still saya perlukan mama untuk anak-anak saya. But seriously, mama yang banyak 'didik' saya dalam 'mendidik' anak-anak. Mama jarang bagi nasihat secara terus, no. Dia akan buat saya belajar dengan tak sengaja. Contoh (lagi) kalau saya cakap, saya letih. Mama sambil santai-santai akan cakap..
 "Kalau dah ada anak, memang tak akan ada rehat dah.."..
" Syukur kan, cucu-cucu mama sihat semua, boleh berlari, boleh buat sepah-sepah ni..maksudnya dia sihat.. kalau dia demam, masa tu rumah mungkin kemas, tapi kita la pulak teringat dia kan"

Pang!! Memang menamparlah ayat-ayat gitu. Buat saya tersedar betapa saya perlu bersyukur. Ye, memang saya besyukur. Cuma saya rasa saya yang banyak kurang, saya nak anak-anak dapat yang terbaik. Saya nak jadi mak yang akan buat anak-anak bangga. Saya nak jadi wanita yang paling istimewa di mata anak-anak, walaupun saya jauh dari sempurna. Supaya nanti even bila dah duk asrama ke, universiti ke, anak-anak still nangis belakang pintu loker sebab rindukan saya..hehe~

Happy mother's day.

Tired eyes, because we are mothers.hehe~

I love this pic.
Aniq pijak kasut, baju bau susu, dan sebelah bahu basah dengan Aqil's drools.
It's ok because I love being a mom.











May 10, 2014

Pencair hati

*This entry was written about 2 weeks ago*

Meet Mr. Muhammad Aqil Laith, my precious baby.=)


Lagi seminggu cukup 4 bulan. Cepatnya. Alhamdulillah perkembangan sangat cemerlang.

Setakat hari ini Aqil Laith sudah pandai ketawa bila diagah. Dah pandai menangis bila saya tinggalkan, dan dah pandai buat bunyi-bunyi bising. Ramah macam mama dia jugak.=)

Belum boleh roll over..tapi dah tunjuk sign nak meniarap tu ie; dah selalu mengiringkan badan bila letak di bawah.

He already has good head/neck support, dah boleh toleh kiri kanan dan boleh tegakkan kepala. Good job my boy!

Being the second child, saya dapat rasa Aqil Laith banyak mengalah.huhu.. Abang Yim memang sesekali akan express his jealousy..sampai kadang2 dia akan cuba nak buat adik Aqil. So selalunya adiklah yang mengalah..terpaksa orang lain yang tolong pegang adik bila abang mood tak baik. Sebab saya akan cuba kawal tantrum abang Yim masa dia marah.huhu.

Bila dah ada dua anak, kadang-kadang saya rasa lost. Rasa tak pandai nak handle..rasa tak jadi mak yang baik.huhu. Tapi saya sedaya upayanya nak anak-anak dapat yang terbaik. Entahlah. Lambat lagi rasanya nak jadi mak yag baik macam mama saya.huhu. *start entry happy-happy...tiba-tiba rasa down*

Tapiiiii....macam mana pun rasa..bila tengok senyuman anak-anak..dengar anak-anak bergelak ketawa, masyaAllah..macam magic boleh hilang semua rasa-rasa yang tak best tu...mencair hilang entah kemana.

Allah, terima kasih untuk rahmat yang melimpah-limpah ini. Pinjamkan mereka lebih lama buatku. Sihatkan mereka, limpahkan mereka dengan kasih sayang, kesihatan, keselesaan, kegembiraan dan segalanya yang baik. Amin.




March 4, 2014

Always be my baby.

I have so many unpublished entries. Ada yang dah published but deleted after few hours, ada jugak yang tulis separuh pastu tak ada mood nak publish.hehe.

So I've completed my 44 days confinement periods. Cuti masih berbaki lebih sebulan. Agenda utama sekarang adalah menyediakan anak-anak sebelum saya bekerja semula.

We decided to send Aniq Qayyim to pre-school a.k.a. Taska.

Dia memang dah terdedah dengan suasa sekolah sebab sepupu-sepupu dia semua dah masuk Taska. Selalu sangat dah dia dengar cerit-cerita sekolah, kawan-kawan, cikgu-cikgu ni. Sampaikan dia sendiri selalu sangat cakap nak pegi sekolah. Harapnya itu satu petanda baik.Saya memang x sanggup nak hadapi scene-scene tarik baju tak nak pegi sekolah nanti.huhu

Semalam kami keluar survey Taska dia. First taska yang kami pegi, tak jauh dari rumah Siti. Sampai je taska tu, saya nampak 6-7 orang tengah kerumun cikgu, tak pasti apa aktiviti masa tu..mungkin tengah bercerita. Saya jumpa seorang lagi cikgu muda di taska tu, tanya tentang silibus, aktiviti, etc. Katanya di situ tak ada kelas formal sebab majoriti budak bawah 2 tahun kat situ. So lebih pada day care je. Just duduk-duduk main sendiri..activity pun biasa-biasa je..just ajar doa-doa and benda asas i.e ABC, 123.. Tapi cikgu tu suggest saya ke pusat induk Taska tu, di kawasan lain, tapi tak jauh jgak dengan rumah saya.

Sampai ke Taska kedua, suasananya lain sikit. Ada 5-6 orang budak under 2 years tengah minum susu berjemaah..baring atas 2 tilam lusuh. Cikgu yang melayan saya tu lebih ramah, dan saya dimaklumkan di situ ada kelas untuk budak 3 tahun ke atas. Taska tu di rumah dua tingkat. So kelas di tingkat atas. Tingkat bawah untuk daycare. Saya minta untuk masuk melawat 'kelas'. Tapi cikgu tu tak izinkan dengan alasan waktu tu waktu rehat pelajar. Katanya untuk budak 3 tahun ke atas ada jadual kelas, ada buku belajar, ada sesi menonton video, qiraati dan riadah. Pelajar 3 tahun ada kurang 15 orang , 2 tahun kebawah ada 10 orang dan seorang baby. Cikgu ada 5 orang termasuk yang mengasuh baby.

Mendengar penjelasan cikgu tu, saya rasa berkenan jugak dengan taska tu, tapi since belum discuss dengan owner taska dan kami rasa nak survey lagi 2-3 tempat, so saya cakap dengan cikgu tu, kami akan call back kalau jadi.

Masuk dalam kereta, I felt a sudden meltdown. I have mixed feeling..rasa sebak, sedih, teruja, risau...semua ada.

Aniq Qayyim sejak lahir dijaga oleh mama saya a.k.a Siti, orang paling saya percaya di dalam dunia ni. Kadang-kadang saya rasa Aniq Qayyim lebih 'terjaga' bila bersama Siti dia. Sebab mama for sure lebih pandai, lebih penyabar, lebih baik dari saya.huhu. Bila sampai masa nak 'serahkan' Aniq Qayyim pada orang lain..saya rasa sangat risau. I have so many "What if..." in my mind.

What if.. Aniq ask something to his teacher/friend and they don't understand his special 'language'? Dia banyak cakap, pandai buat ayat, tapi perkataan dia banyak dia amik hujung-hujung je. Even his papa pun sometimes tak faham, kena mama yang translatekan. I can understand each word very well.

What if..Aniq sembelit masa kat Taska, siapa nak pegangkan dia meneran? It was me who always hold him every time dia nak poo-poo. And after he's done with his business, he will scream "Yayy!!"

What if..ada budak ketuk kepala dia..siapa nak larang?

What if...tiba-tiba dia rindu mama dia?? Atau mama tiba-tiba rindu dia?? huwaaaaa..

Ok. Saya yang sedih. I have to be strong. Whatever it is, this is the reality. My son will be ok. Insyallah.

Satu je nasihat mama yang saya pegang sekarang. Nasihat yang sangat berkesan. Serahkan anak pada Tuhan, Tawakkal dan percaya Tuhan jagakan anak kita.




January 24, 2014

Dua cinta. Sama rata.

#1

"Yim tak mau kawan mama..yim nak kawan papa je.."

#2

"Ni papa yim..."

 Papa tanya:
"Tu mama tu..sapa punya?"

"Mama baby..."

#3

Baring bertiga..mama di tengah-tengah. Adik dah tidor..jadi mama mengiring mengadap Yim, peluk rapat.. Mama dah lama rindu nak peluk rapat dengan kekasih sulung mama.

Adik terjaga, nangis..mama nak beralih mengadap adik pulak..

Mata yim sedang pejam, tapi tangan Yim cepat2 pegang tangan mama..

"Ni mama Yim....ni mama Yim.."

Nangis. Yang kecil sedang menangis laparkan susu. Yang abang menangis dahagakan perhatian.

Hati mama menangis rasa berdosa pada kedua-dua. :'(

January 12, 2014

My 2nd baby boy, the labor experience.

Alhamdulillah. Our second baby was born on new year's day. 01.01.2014. Such a lovely new year's gift.

Subhanallah.

So here's the labor experience story. Enjoy!

..................................................................................

Malam menjelang tahun baru. Saya dan Mr Hasnul rehat-rehat depan tv. Saya duduk atas sofa. Mr Hasnul dan Aniq Qayyim bergolek atas carpet. Mr Hasnul tengah tengok Transformers, Aniq Qayyim dah tidor sebelah papa dia. Saya masa tu dah rasa contraction. Tapi rasa biasa..sebab dah 3 malam berturut-turut saya rasa contractions. Tak regular, tak kerap..dan tak kuat.. So saya assumed semua tu Braxton Hicks contraction je..

Malam tu saya macam rajin..lipat semua baju-baju..kemas-kemas bilik. Masa tu tengah merajuk dengan Mr Hasnul, sebab dia x layan saya lepas saya dah mandi. Selalu kan lepas mandi dah siap comel-comel, wangi-wangi, dia mesti usik-usik..malam tu fia buat tak tau je..huhu.So dalam-merajuk tu dia pujuk jugak saya..dia suruh duduk sebelah dia.. Sambil kami gurau-gurau cakap.."Macam mana kalau esok baby lahir? Syok kan kalau dapat jadi anak tahun baru?"..  Tak lama lepas tu dengar bunyi bunga api..kami senyum je.. saya dah siap lipat baju..saya ajak Mr Hasnul naik tidor kat bilik atas. Tak ada apa yang 'pelik'. Semuanya biasa je..

Pukul 4.30 pagi. Tiba-tiba rasa nak pee pee.. Saya bangun, rasa sakit belakang, sakit pinggang..tapi gagahkan jugak ke toilet. Selesai urusan, masa nak flush..saya nampak ada blood dalam toilet bowl tu. 2-3 kali saya tenyeh mata, nak pastikan saya tak mimpi, and tak silap tengok.. Eh, betullah tu darah. Saya tak rasa gelabah, sebab kalau ikut pengalaman anak sulung dulu, lepas keluar darah lambat je lagi nak bersalin..

Saya keluar toilet, kejutkan Mr Hasnul, "Abang, dah ada tanda la..tapi tak rasa sakit pun..sakit sikit biasa-biasa ja.. "
Mr Hasnul dalam mengantuk mamai tu, dia tanya, "Nak kena pegi hospital sekarang ke nak tunggu pukul 8?Doctor masuk keja pukul 8 kan?"

"Abang tidor dulu la..japgi masuk subuh kita solat, pastu hantar Aniq..pastu baru kita p hospital..macam ok je lagi..tapi jomla turun bawah..nak kemas beg.."

Haha..konfiden je kan..nak pegi pukul 8.. Saya turun bawah, masak air panas untuk mandi. Sambil-sambil kemas beg baju. Masa mandi dah perasan ada lagi darah. Then masa tu dah mula rasa sakit. Makin lama makin sakit.Kerap pulak tu. Paling obvious bila nak keluar toilet kena berpaut kat pintu sebab sakit sangat. Terus saya kejut Mr Hasnul, suruh dia mandi. Masa tunggu Mr Hasnul mandi, sakit makin kuat. Saya dah mula cuak. Saya duduk kat sofa masa tu sambil baca Yasin. Tak sempat pun habiskan satu surah..sebab terhenti tahan sakit.  Cepat-cepat saya ajak dia balik rumah mama, nak tinggalkan Aniq kat sana.

Dalam kereta nak ke rumah mama, sakit tu rasa sangat-sangat kuat. Tak tertahan dah. Saya tengok jam dalam kereta. Saya rasa contraction tu datang selang 5 minit. Eh, betul ke ni? Takkan cepat sangat? Saya rasa sakit sampai tahap suruh Mr Hasnul langgar lampu merah. Takleh tunggu dah rasa. Awal pagi mana ada orang pun kat traffic light.. Sampai rumah mama masa Subuh. Saya terasa nak poo poo pulak. Sakit, tapi rasa nak poo poo sangat..selesai urusan rasa cam lega sket. Saya tunggu Mr Hasnul solat Subuh. Mama bancuhkan secawan koko panas, dan sebiji telur separuh masak. Saya makan separuh je telur tu. Sakit sangat ya Allah. Rasa nak tercabut urat badan. 

Sejak heboh kat FB pasal mak yang meninggal lepas bersalin kat rumah tu..saya banyak baca pasal hypnobirth dan gentle birth. Walaupun saya memang bantah and tak setuju pasal unassisted home birth yang dorang amalkan, tapi sebenarnya bila baca tu bagus jugak sebab dari pengalaman yang dorang tulis tu, dorang ni sangat positif dan jadikan proses bersalin tu macam mudah. So saya ambil positive side dari apa yang saya baca. Saya cuba bayangkan benda-benda positif dan indah masa sakit tu. Memang sangat membantu, Sambil tu mulut tak lekang baca doa nabi Yunus. Masa sakit tu (rasa sakit belakang, sampai punggung, kaki..pastu contraction kuat side depan jugak..tak tau lah nak explain..memang sakit gila), mama saya tolong gosokkan belakang badan. Aniq pun sama kalut..dia datang picit-picit tangan saya. Baik sungguh. Saya nampak muka dia berkerut macam sama-sama sakit dengan saya. Saya sempat cakap kat dia, "Mama sakit ni..mama nak jumpa doktor..Yim duk rumah dengan Siti ok? Jap lagi mama balik".. Dia kata nak ikut jugak, kelam kabut pakai jam tangan Superman dia(tiru papa kalau nak keluar pakai jam).. Tapi saya cakap elok-elok. Then saya peluk cium dia..nangis sikit, pastu dia ok. Dah besar, dah boleh faham.. Sempat lagi salam baba mama, mama peluk cium saya erat sambil bacakan doa, mama kata, mama tau sakit sangat-sangat, mama doakan semuanya mudah... Mungkin doa mama tu yang jadikan semuanya mudah. :'(

Nasib baik awal lagi masa kami nak ke hospital tu, so jalan tak sesak. Dalam kereta sempat lagi saya cakap kat Mr Hasnul, "Yus kalau boleh tak nak dah amik epidural, tapi kalau tak tahan kena amik la jugak.." (haha lawak bila ingat balik). Sampai hospital,guard dah buka pintu luas, wheelchair pun dia dah sedia, memang kami dah call inform dorang cakap nak datang.. Tapi saya cakap nak jalan sendiri. Rasa lagi sakit kalau duduk atas wheelchair, Saya genggam kuat tangan Mr Hasnul. Sesekali kena berhenti jalan sebab sakit. Sampai je kat labor room, nurse terus suruh baring atas katil, saya mengadu sakit sangat. Sorang nurse datang, dan buat vaginal examination. Doctor still on da way katanya. Dia buat VE, then saya dengar dia jerit kat nurse sorang lagi, "Ya Allah 9cm dah..almost there dah pun.."..Terus melompat sorang nurse datang, cucuk untuk pasang drip, then sorang lagi mintak nak shave. Nurse tu sempat lagi bebel " NI awat yang lambat sangat mai ni, dah nak bersalin sangat dah ni.." =)

 Mr Hasnul disuruh keluar jap.Bila contraction stop dia suruh saya salin baju. Datang je contraction rasa sakit sangat. Saya cakap sakit, dia suruh tahan jangan teran lagi. Dia pesan suruh tarik nafas. Masya Allah. Memang sakit sungguh. Rasa dah lupa cara nak tarik nafas. Doctor still tak sampai. Saya tanya lambat lagi ke doctor sampai, nurse cakap doctor tengah pecut. Masa tu Mr Hasnul dah boleh masuk temankan saya.Then tiba-tiba sakit tu rasa sangat-sangat kuat, macam ada something nak keluar, nurse cakap jangan teran, tapi saya dah tak tahan..terteran jugak sikit. Meletup pecah air ketuban..lega sikit rasa, tapi lepas tu sakit datang lagi. Saya nampak nurse dah pakai baju hujan tu (anak dah dua, still tak tau nama baju tu). Nampak gaya dorang dah nak get ready sambut baby tanpa doctor. Saya doa dalam hati mintak yang terbaik. Sejak mula mengandung saya taruh kepercayaan pada kepakaran doctor tu,doctor yang sama sambut Aniq Qayyim dulu, tapi kalau ditakdirkan saya bersalin di tangan nurse je, saya redha..cuma harap semua selamat. 

Selang berapa minit, saya nampak doctor dah sampai, dia tenang je terus pakai baju hujan tu. Dia duduk depan saya, then dua orang nurse datang ikatkan kaki saya supaya dalam posisi bersalin. Doctor cakap kalau rasa sakit, terus teran panjang-panjang. Then saya sakit, saya teran panjang, lama..Subhanallah. Sakitnya. Doctor cakap, teruskan lagi, jangan lepas. Mr Hasnul cakap dia dah nampak kepala (it helped actually, bila dia cakap camtu). Habis nafas, saya teran sekali lagi, kepala baby keluar..then sambung teran..keluar semua badan baby.. Rasa lega yang amat. Hilang semua sakit. Saya nampak doctor sambut baby,saya nampak baby saya keluar dengan tangisan kuat. Doctor alunkan azan masa baby keluar dan dipotong pusat, Mr Hasnul pun ikut sekali azan. Subhanallah. Leganya, indahnya.. Doctor tunjuk baby pada saya, then dia bagi pada nurse. Lepas tu saya rasa ada lagi benda nak keluar. Since dah banyak baca dalam gentle birth, saya dah faham, lepas lahirkan anak, barulah placenta atau uri akan keluar. Sebelum ni saya tak tau, tambah pulak dulu I was on epi..tak rasa apa..so dulu cam pasrah je. Saya teran sikit lagi, dan keluarlah uri. Totally lega. Dengar baby nangis kuat, saya sempat tanya doctor, berapa Apgar score? Dia cakap, excellent, full mark..then saya cakap, jangan cucuk ubat lagi..saya nak pegang baby dulu. Doctor panggil nurse dan mintak bawak baby. Saya pangku baby atas dada. Subhanallah. Anak mama, selamat datang sayang...indah sangat saya rasa. Mana-mana ibu pun, the moment boleh pangku anak, terus hilang semua sakit. At least hilang untuk saat tu. Tapi lepas tu nurse dan doctor bagi sign takleh lama-lama..so saya bagi balik anak tu pada Mr Hasnul, then saya tak sedar apa-apa dah.



Ahlan Ya Bunayya..
Saya bangun semula pukul 9. Ada jam betul-betul mengadap katil. Saya bangun dengan rasa segar yang amat. Rasa macam baru bangun dari mimpi yang indah, dan bangun dari lena yang panjang. Saya dengar bunyi bising dari bilik-bilik sebelah, then saya panggil nurse.  Saya tanya saya dah boleh masuk ward ke? Saya nak jumpa anak, nak susukan dia. Nurse kemudian panggil Mr Hasnul dan bawakan anak saya, saya sempat susukan dia tapi nurse suruh jaga-jaga sebab takut saya masih unconcious (Sebenarnya saya memang lupa langsung bab breastfed anak ni, nampak sangat tak betul sedar masa tu, tengok balik gambar and tanya Mr Hasnul baru ingat..seriously hilang ingatan.huhu).Lepas dah breastfed,sorang nurse datang dan cuci apa yang patut, kemudian saya ditolak atas wheelchair ke ward.

Syukur Alhamdulillah.Allah mudahkan saya untuk bersalin sekali lagi. Alhamdulillah semuanya selamat. Memang sepanjang mengandung saya berdoa supaya kesakitan saya tak panjang, itupun Allah makbulkan. Malunya Ya Allah banyak sangat yang Dia bagi untuk saya hamba yang hina dina ini..huhu. Semoga anak yang lahir ini akan menjadi anak yang sihat sempurna, anak soleh yang bijak cerdik, yang akan menjadi kebanggaan agama dan keluarga. Semoga dengan bertambahnya zuriat, bertambah juga iman dan amalan mama dan papanya. Amin.

3 hours after delivery. I'm a happy mommy. Alhamdulillah.

Muhammad Aqil Laith bin Hasnul Munir
01/01/14
7.44am
3.05kg /52cm
INS Specialist Centre Alor Setar, Kedah
My 3 heroes. Nyawa cinta jiwa raga..

December 16, 2013

37th week

Hi.

So I already reached my 37th week of pregnancy. Baby is now can be considered as full term..and I am only 3 weeks away from my estimated due date. Fuh.

One word that keep hitting me this past few weeks is...takutnyaaaa...

Walaupun this is my second pregnancy, rasa takut tu sebenarnya lagi kuat. Satunya sebab dah tau apa yang akan dihadapai saat sakit nak bersalin nanti. Dan juga takut pada benda-benda yang tak dapat nak di explain. Saya takut saya tak reti..sebab my first labor dulu..saya ambil epi..so saya tak betul-betul rasa sakit. This time kalau boleh nak natural..moga Allah mudahkan.huhu..

Saya jugak takut sebab persediaan belum lengkap.huhu.. Hospital bag and baby stuffs pun tak complete lagi tau tak..huhu.. Entahlah apa yang busy sangat sampai tak sempat tu. Maybe sebab dah ada Aniq Qayyim..so banyak benda jadi tak sempat. Nama baby pun belum ada. Bilik nak berpantang pun belum siap. Semua benda tak ready.huhuhuhu.. Tapi sejak semalam dah dapat keinsafan..nak cepat-cepat selesaikan preparation tu. Takut jugak kalau-kalau baby decide nak keluar awal.hehe

So far, baby is in good condition. Hopefully he is healthy, strong and will be born in perfect condition. Semoga selamat sejahteralah semuanya..huhu. Selalu rasa bersalah sebab banyak benda saya tak buat untuk second pregnancy ni i.e, kurang baca Quran, tak minum susu..tak amik supplemen..makan pun tak menentu. Bayangkanlah, setakat ni I've only gained 7 kg..doctor pun tegur cakap saya naik berat sikit sangat..beza masa pregnantkan Aniq dulu..berat naik sampai 20kg. Melampau sungguh!hehe..

Apa pun..satu je saya doa..semoga Allah permudahkan semuanya..selamatkan semuanya..jadikan semuanya indah dan gembira. Insyallah.

On other side note, Aniq Qayyim dah menunjukkan symptom protest yang melampau. Maybe dia dah faham akan ada saingan lepas ni, so dia banyak meragam untuk tarik attention kami. Last 2 days, dia tuang air atas S3 saya, semalam dia baling bekas sampah kat kepala sepupu dia, dan pagi tadi dia baling gelas kaca kat Siti..nasib baik tak pecah. Saya sangat serba salah..nak marah kang takut dia sedih..sebab tau dia memang sengaja nak dapatkan perhatian. Lagi pulak dia memang tak faham apa-apa..Tapi kalau tak marah langsung takut jugak dia ingat benda tu tak salah. So kadang-kadang saya marah..tapi lepas tu..bila dia tidor..tengok muka dia rasa macam sayu sangat. huhu. Dialah cinta pertama saya. Harap-harap saya tak buat tindakan yang salah.huhu..Doakan saya.


Ok. Nanti sambung lagi. Si gemuk boyot ni nak pegi cari makan jap.kui3..


September 23, 2013

abu

Benda paling kejam dan menyedihkan dalam dunia ni..adalah kebaikan yang diungkit.
Biarlah secara sengaja ataupun tak...tetap terhiris hati setiap kali dikenang.
Betapa gembira tatkala dihulurkan kebaikan itu..sekarang dah berkecai jadi abu.

Kalau sedari mula tak sudi, kenapa berbuat baik dalam sembunyi hati?






------sedih.


September 10, 2013

Turning a house into a home -Part 1 (tapi tak pasti akan ada sambungan ke tak)

MasyaAllah..it's been nearly 5 months since we received the house key and yet we haven't move to that house. We never knew that process nak masuk rumah baru sangat complicated and undoubtedly very tiring.huhu. So apa yang kami dah buat setakat ni?

1) Ok, first kita buat house grills. Setelah di recommend oleh sorang kawan, and lepas buat survey, kami decide untuk amik chinese contractor. Uncle tu tua dah. Tapi macam-macam dia janji. Katanya maksimum 2 minggu boleh siap, then dia janji finishing grills tu akan jadi sangat kemas bla bla bla.. Guess what? He took almost 3 months to finish the work.Puaslah gaduh, merayu, pujuk, merajuk barulah siap. Itupun saya frust jugak sebab ada pekerja dia yang kasar..ada part dinding yang rosak and kotor masa dia pasang grills tu. Kita dah terbiasa dengan tradisi "orang cina buat kerja cepat, bagus". So bila sekali terjumpa yang tak sama macam yang kita biasa , kita jadi pelik. Rasanya dah sampai masa kita boleh buang pemikiran stereotaip tu. *totally reminding myself*

2) Dalam masa grill tu nak siap, kami cuba juga untuk buat survey untuk kitchen cabinet. Mula-mula jumpa chinese contractor jugak, tapi price yang dia quote tinggi sangat. Lebih dari our budget. Then Alhamdulillah terjumpa dengan seorang contractor Melayu, dia boleh bagi harga yang lebih murah ntuk materials yang sama. So bermulalah cerita kabinet dapur. First step kena measure dulu, nak senang masa nak discuss dengan contractor tu, kita bawak siap-siap ukuran atau pelan ruang kita, so lebih mudah untuk buat estimation. Dah ada ukuran, then kita kena design. Bukanlah kita yang design, tapi as customer for sure lah kita kena decide apa rupa bentuk kabinet yang kita nak. Saya memang dah lama ready dengan design ni. Ye la kan, dah lama berangan nak ada dapur impian.=)

 Contractor Melayu ni sangat bagus, tak sampai seminggu after amik measurement dan confirm 3D design, dia dah siap pasang frame, then worktops.Then saya dan Mr Hasnul sekali lagi berhempas pulas kena survey electrical appliances yang nak masukkan dalam cabinet tu i.e hob, hood, oven, fridge, etc. Last skali pasang glass door and wall panels. The outcome is really good. Sama seperti yang saya harapkan. Alhamdulillah. Padanlah, harga pun tak semurah yang kami budget masa mula-mula. Sebab sepanjang nak siap tu, asyik upgrade ke bahan yang lagi mahal.contractor tu pandai promote, dan kami pulak memang cair bila orang tunjuk benda best ni..huhu..tak sedar diri namanya tu.. Tapi takpelah nak sedapkan hati, anggaplah cabinet tu pelaburan jangka panjang..bukan hari-hari buat kan.hehe~

Tadaaaa! Cantik tak? hehe.. bukan dapur saya.kui3
*Ini google search punya gambar, which acts as our reference..kira our cabinet inspired by this picture la..haha

Yang ni baru betul..hehe.masa baru siap rasa macam nak tidur-guling-guling kat dapur. haha ..Excited gila..
Kena buat satu entry khas untuk cerita pasal dapur nanti. But seriously, this is my dream comes true. Alhamdulillah. =)



This one after dah pasang blinds.

3)  Serentak dengan cabinet jugak, kami settlekan tentang wiring. Yang ni pun kena banyak buat survey i.e nak lampu jenis apa, nak lighting concept yang macam mana. Tapi untuk lighting kami buat yang basic je. Nak cut cost. Dan kami pilih dua orang wireman untuk buat kerja wiring ni. So far untuk lighting and wiring ni puas hati la.


4) Next, masa untuk deco-deco dan penuhkan rumah. Haha deco lah sangat, buat curtains je pun. Rumah tu banyak jugak tingkap dan sliding doornya..so banyak lah jugak kena spend untuk curtains. Yang ni pun kami buat yang simple je. Asal tertutup tingkap tu dah la. Dan kami tak cat semula dinding rumah tu, pakai default yang pemaju bagi, except for guest room. Bilik tu je yang kami cat balik sebabnya bilik tu cat asal dah rosak teruk due to kerja-kerja wiring dan pasang cabinet. Nanti dah lapang sikit, baru cat bahagian lain secara berperingkat. Tapi pun, saya memang dah puas hati dengan cat sedia ada sebab memang saya suka warna putih. Bersih je nampak. Lapang rasa masuk-masuk nampak putih.

Guest room

Aniq Qayyim's. Kosong lagi..heee~

5) Untuk furnishing, kami baru beli 3 barang untuk rumah tu, sofa, katil dan meja makan. Perabot lain masih pending sebab belum cukup bajet.hehe. So, tak boleh la nak duduk rumah tu lagi. Sabar. Sabar.. Tapi seriously rasa seronok bila tengok sebuah rumah biasa, dan semakin berubah menjadi 'syurga' kami. Insyallah.

My advice, untuk sapa-sapa yang nak beli rumah. Kumpullah duit banyak-banyak. Sebab seriously kerja nak masuk rumah ni pakai duit banyak. Macam kami berdua yang tak banyak simpanan ni, memanglah terasa sangat. Seronok tengok kawan-kawan yang boleh masuk rumah siap deco bagai. Takpelah rezeki masing-masing kan. Ini pun saya dah syukur sangat..banyak dah urusan yang tuhan mudahkan.. Semoga makin murah rezeki lepas ni. Banyak lagi perancangan nak buat (read : walk-in wardrobe, baby's room, workspace etc.)hehe.. berangan tak pernah kalah..~