August 3, 2010

to-do-list? wish list?..*sigh*

gambar cilok sini

satu masa dulu, macam-macam saya plan nak buat sepanjang cuti yang panjang ni..sekarang habuk je kot..haha..takpe, masih banyak masa..boleh buat nanti-nanti..insyallah.

  1. buat aerobik setiap pagi untuk dapatkan body yang tip-top
  2. hafal surah-surah yang dah tak ingat.(Al-Waqiah, Yaasin, Al-Mulk etc.)
  3. tulis catatan perjalanan ke setiap tempat yang pernah saya sampai
  4. edit dan compile gambar-gambar travel, then boleh print as a storybook
  5. belajar bahasa german
  6. belajar dan practice guna dslr sampai terer
  7. study chemistry supaya sentiasa tak lupa dan nanti boleh mengajar tanpa perlu susah-susah study lagi..
  8. memasak dengan hebatnya
  9. enjoy cuti dengan jayanya

dan laporan pencapaian setengah tahun adalah :


  1. pagi-pagi bangun mandi, minum kopi, bekfes, duduk mengadap laptop sampai malam.jadi anggap je la aktiviti membasuh baju, mengemop lantai dan vacuum rumah adalah senaman yang sihat ye.. in addition, abang cakap badan berisi pun comel..hahaha..*alasan malas nak senam2*
  2. hafal surah?erkkk..ok..insyallah bulan puasa nanti kita pulun..huhu
  3. mm..hangat-hangat taik ayam..tulis jugak sikit2 dalam blog..tapi kalau banyak sangat nak cita dah jadi malas nak tulis, lepas tu baru bising2 cakap "menyesal tak tulis, kan dah lupa nama tempat tu..."..
  4. edit dan uplod kat fesbuk adala..nak compile jadi storybook ntah bila nak buat..huhu
  5. *checked*...yay!lulus ujian bahasa german..kalau rajin boleh further lagi..tapi still tak boleh bercakap dalam Deutsch..Ich kann nicht Deutsch sprechen..huhu
  6. belajar, praktis, dan lupa..
  7. chemistry??..was ist das? Ich vergesse Chemie..haha
  8. hehe..~
  9. 6 bulan pertama sangat enjoy. tapi sekarang asik homesick je..tapi masih enjoy dan tak sabar menanti sonata musim salju..huhu~



2 comments:

Anonymous said...

hahahahahha
mwahahahhahahaha

pencapaian yang hebak~
aku pon blajar, lupa... dan terus tak reti guna dah~

asrulmimhamimda said...

do wish equal dreams? u waiting for snow..then wheres winter.?