Kenali mereka

Showing posts with label Bagaimana Mentakwilkan Mimpi. Show all posts
Showing posts with label Bagaimana Mentakwilkan Mimpi. Show all posts

Tuesday, November 29, 2011

Bagaimana Mentaqkwilkan Mimpi (Part 2)

Bagaimana mentaqkwilkan Mimpi (Part 2)

Mimpi mempunyai pelbagai ragam…

1. Benarkah mimpi adalah alamat dari alam GHAIB?

2. Benarkah mimpi tidak perlu dihebahkan terutama pada mereka yang tidak ada asas untuk menta’birkan mimpi?

3. Benarkah untuk menjadikan mimpi itu menjadi kenyataan perlu mengambil wuduk terlebih dahulu?

4. Benarkah untuk mentaqwilkan mimpi harus tidur mengiring kekanan?

5. Benarkah mimpi burung melambangkan ‘ROH’

6. Benarkah mimpikan seorang pembesar sedang duduk ditempat yang tinggi manakala orang ramai hanya memerhatikannya menandakan pembesar negara itu akan mati?

7. Benarkah mimpi bumbung rumah runtuh menandakan orang yang bertanggungjawab memberi kita makan akan mati?

8. Benarkah melangkah ular menandakan sesuatu keuntungan?

Tidak ada satu buku pun dalam dunia ini yang boleh menghasilkan taqwil mimpi yang lengkap…

Minta Maaf banyak-banyak, sesungguhnya saya tidak ada ruang untuk menulis dalam keadaan tenang ketika ini disebabkan tetamu yang datang kerumah saling berganti.

Nanti saya sambung lagi (Part 3)

Bagaimana mentakwilkan mimpi (Part 1)

Tuesday, October 11, 2011

Bagaimana mentakwilkan mimpi (Part 1)

Bagaimana mentakwilkan mimpi
(Part 1)

...Yang ghaib hanyalah kepunyaan Allah...
Pihak-pihak yang percaya kepada mimpi haruslah merenungkannya dengan mendalam

Mentakwilkan mimpi merupakan suatu pengetahuan yang paling terawal diajarkan pada manusia. Mimpi itu mempunyai kebijaksanaan dan kesan emosi serta fizikal yang dapat dinyatakan. (Surah Yusuf ayat 4-6, ayat 21, ayat 36-37 dan ayat 100)

Mimpi itu adalah unik, rumit dan berbeza maksudnya. Mimpi ketika tidur disiang hari lebih kuat jika dibandingkan dengan malam dan lebih lemah pada malam yang sejuk.

Ada yang menangis, tersenyum dan ketawa ketika bermimpi. Mentakwil mimpi perlu diselitkan dengan pengetahuan (nilai-nilai spiritual, tradisi moral serta budaya) agama daan sosio-budaya. Mimpi boleh dikatogerikan kepada 3 jenis

a. Mimpi dari Yang Maha Esa (Ilham)
b. Mimpi dari Syaitan (mimpi yang membawa tekanan kerana sifat kita yang terdorong kepada duniawai, imiginasi, ketakutan, penipuan dan lain-lain. Ianya selalu terjadi kerana terlalu kenyang, lapar dan tertekan)
c. Mimpi yang dipengaruhi oleh keadaan/kesihatan diri dan faktor sekeliling

Ada yang terjaga semasa bermimpi kerana samada gembira atau takut.

Mimpi yang benar juga dapat dialami oleh orang yang tidak beriman seperti Firaun bermimpi api membakar dengan marak bermula diSyria dan merebak ke Mesir. Pentaqwil mimpi menafsirkan bahawa keluaraga Ya’qub akan lahir. Oleh kerana mimpi tersebut, beliau terpaksa mengarahkan tenteranya membunuh setiap bayi yang baru dilahirkan di Mesir namun Musa dilahirkan dalam perlindungan Allah

'Lemparkanlah dia ke dalam tabut (peti), dan lemparkanlah dia ke laut, dan biarkanlah laut melemparnya ke tebing. Seorang musuh-Ku dan musuhnya akan mengambilnya.' Dan Aku melemparkan kepada kamu kasih sayang daripada-Ku, dan supaya kamu dibentuk di bawah mata-Ku (pengawasan-Ku)- Surah Taha ayat 39.

Mimpi yang diragui
a. Mimpi yang mengelirukan oleh kerana tekanan, terlalu mengharap dan terlalu banyak berimiginasi
b. Mimpi yang berunsurkan seks
c. Mimpi yang menakutkan (berkaitan dengan makhluk paranormal)
d. Mimpi yang berkaitan dengan sihir
e. Mimpi yang berkaitan dengan penyakit yang dialami.

Mimpi yang benar (mimpi yang datang secara langsung daripada Allah SWT, tanpa perantara)

a. Mimpi melihat Allah dan Nabi/Rasul
b. Mimpi melihat malaikat
c. Mimpi kiasan (kewujudan dan simbol yang dapat difahami)
d. Mimpi bersaksi (melihat diri sendiri membaca alquran dan lain-lain)

Apabila kita tertidur, jiwa kita seperti pancaran cahaya. Perasaan jiwa lebih kuat daripada kesedaran fizikal. Jiwa mewakili kebenaran manakala pancaindera hanya mengetahui apa yang dapat dilihat, dengar, rasa secara fizikal sahaja.

Adalah sebaiknya untuk mentakwilkan mimpi, pengetahuan tentang psikologi, ubat-ubatan, astrologi, numerologi dan lain-lain yang berkaitan diperlukan supaya mudah menafsirkannya.

(Klik Imej)

Sekiranya kita terlupa mimpi (klik) yang dialami hendaklah ingat semula ‘keyword’ mimpi. Sebagai contoh mimpi tentang pokok, (ada lima abjad dan berangka ganjil) selalunya petanda kurang baik begitulah sebaliknya.

Bersambung…

Artikel Mimpi dan Interpretasinya (klik) boleh membantu sebagai asas untuk mentakwilkan mimpi.

Yang pandai mentafsirkan mimpi hanyalah Nabi Yusuf.

Bagaimana Mentaqkwilkan Mimpi (Part 2)