Kenali mereka

Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Thursday, November 17, 2011

Saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki

Saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki

Salam berkah pada semua pembaca setia blog ini. Saya telah bermimpi agar buat kenyataan ini pada anda semua.

Hari ini 17hb November 2011. Saya Syed Abdullah bin Syed Hussien dengan rasa rendah diri memohon maaf pada sesiapa saja yang pernah menonton video-video kontroversi mengenai diri saya terbitan dalam negeri dan luar negara.

Sepanjang 6 tahun saya menyimpan rahsia ini. Rasanya terlalu lama sangat berdosa pada anda semua kerana semua video tersebut sebenarnya telah 'dirancang terlebih awal'.

Bagi mereka yang pernah mencerca dan memfitnah saya dalam ruangan komen video tersebut, saya maafkan anda semua kerana anda tidak tahu perkara sebenar.

Saya tidak menyalahkan syarikat penerbitan kerana 'kontroversi' diperlukan untuk menaikkan rating didalam sesuatu program supaya dapat tarik lebih ramai penonton.

Disini saya sertakan beberapa video yang sempat saya cari dalam youtube lebih kurang 10 minit. Mungkin ada lagi yang tertinggal tapi biarlah..


Saya halau krew Melodi


Saya halau pengacara TV9. Tak silap saya ada lebih dari 3 video.


Berkenaan program Tanya Linda ada juga saya lihat komen yang perlu diperbaiki.

Ali b. Abi Talib - 1-Al Baqarah, 2-Yusuf
Mas’ud - 1-Al Baqarah, 2-An Nisa
Kairo - 1-Al Fatihah, 2-AlBaqarah
Ubay - 1-Al Fatihah, 2-AlBaqarah
Ibn Abbas - 1-Al Alaq, 2-Al Qalam

Sumber :
Ubay bin Kaab dari Ibn Al Nadim – Fihrist, halaman 61
Ibn Mas’ud dari Ibn Al Nadim – Fihrist, halaman 57
Ibn Abbas dari Az Sanjani – Tarikh, halaman 101 - 103
Ali dari Az Sanjani – Tarikh, halaman 95f



Penunggu Istana juga adalah sebuah 'Filem'. Anggaplah ianya hiburan semata-mata. Saya bukan penerbit atau boss filem ini tapi hanyalah seorang pelakon pembantu.


Semua episod dari musim pertama dan musim kedua adalah benar semua rakaman makhluk paranormalnya cuma kalau tak silap hanya episod ini sahaja yang diragui sikap sukarelawan tersebut kerana beliau telah minum minuman keras dengan banyak sehingga Mabuk!


Wakenabeb – Saya telah diarahkan oleh penerbit supaya tidak melepaskan Marsha kerana ditakuti Marsha lari dari set sepanjang lelaki tersebut kononnya dirasuk. Mohon jangan menuduh saya pelbagai rupa.

Destination truth (maaf tak ada masa nak cari video tu dalam youtube) juga begitu termasuk lain-lain video adalah dirancang sebenarnya untuk tujuan kontroversi dan publisiti.

Sekiranya boss-boss tv dan filem nak saman atas pengakuan saya selepas ini saya terima seadanya kerana tidak mahu lagi menutup rahsia ini selama bertahun-tahun.

Selepas ini saya memohon pada anda semua janganlah bertanya lagi tentang semua video-video kontroversi tersebut...

Sekali lagi saya menyusun sepuluh jari memohon maaf..Maafkan saya.. :(

Kenapalah mereka sanggup buat video sebegini pada saya? Macam-macamlah dia orang ni..


Khairy Jamaluddin vs UncleSeekers

Tuesday, April 26, 2011

Aku akan bersara sebagai pengkaji paranormal hujung tahun 2011.

Aku akan bersara sebagai pengkaji paranormal hujung tahun 2011.

Pengakuan persaraan ini telah diumumkan dalam rancangan Malaysia Hari Ini - 25-4-2011 - 8.40pagi.

Saya akan memulakan perniagaan sepenuh masa selepas ini. Perniagaannya adalah membekalkan keperluan asas makanan/minuman rakyat Malaysia setiap hari. Akan saya umumkan nanti bila tiba waktunya

(Klik imej untuk lebih besar)

Semuga perkenalan anda dengan Aiqqal Azman di (Facebook) mampu memberikan sinar baru dalam hidupnya.

Dikesempatan ini aku mohon jasa baik pelawat blog yang saya hormati agar dapat mendoakan adek Aiqqal bin Azman supaya segera sembuh dari mengidapi penyakit misteri yang dihadapinya. Kesnya sungguh unik. Aku bersama Team PSI telah dimaklumkan oleh keluarganya yang Aiqqal sangat berselera untuk makan sehingga lima pinggan nasi setiap hidangan namun tubuhnya semakin kurus setiap hari sehingga terpaksak dimasukkan kedalam ICU selama 4 hari minggu lepas kerana tiada zat dalam tubuhnya!

Doktor pakar (Maaf saya terlupa mencatat nama doktor yang berkata demikian pada orang tua Aiqqal) dalam Hospital Pakar Ampang Puteri telah surrender kerana gagal mengesan penyakit yang dihadapinya! Bomoh dan para ustaz juga gagal mengubati penyakitnya minggu yang lalu (mungkin tidak serasi kot).

Alhamdulillahirobbil’alamin kini penyakit Aiqqal sudah hampir sembuh dan berat badannya semakin naik.

Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih pada saudara Mazli Hassan Golddust kerana memperkenalkan Aiqqal pada kami. Terima kasih bro Mazli.

"Wahai orang-orang yang percaya, kebanyakan habr (ulama agama), dan rahib, sesungguhnya mereka memakan harta manusia dengan cara palsu, dan menghalangi daripada jalan Allah." (At- Taubah:34)

"Ikutlah orang yang tidak meminta upah (dalam menyampaikan agama) kepada kamu, merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk yang benar." (Ya Sin : 21)

Allah yang disanjung

To Seek The Truth


Nota
Dapatkan kisah benar pengakuan benar ayah, ibu, saudara-mara serta pesakit sendiri yang mengahadapi gangguan saka di dada akhbar XXXXX tidak lama lagi (eksklusif!)