Melayu Benci Melayu
Email yang diterima dari pesakit saya.
Semuga berkekalan hingga keakhir hayat.
Ayah saya selalu pesan "sharing, caring, loving & forgiving" . Harapan saya agar anda juga dapat teruskan pesanan beliau dalam meneruskan kehidupan ini. Kim salam kat suami.
Assalammualaikum Uncle.. Semoga dirahmati Allah sentiasa.. Ameen
Uncle... Sy mengucapkan terima kasih pada Uncle kerana telah bersama mendoakan saya dengan izin Allah. Alhamdulillah saya semakin pulih. Saya juga telah diijabkabulkan pada (dipadam). Semuanya berjalan lancar. Saya masih mengamalkan amalan 2 ayat yg pernah uncle berikan pada saya dulu. Kini telah menjadi satu kalimah yg tidak pernah putus dan sentiasa dibibir saya. Alhamdulillah.. dengan perkahwinan ini, hati saya semakin tenang dan bahagia dan berharap kekal dan bahagia hingga sepanjang hayat.. Ameen..
Sebenarnya uncle, pihak pengerusi yg menggunakan penduduk 433 org (yg telah pindah tanpa sebarang agreement yg telus dan diberi RM5000 setiap pemilik dan kononnya mereka diberi rumah sementara di PPR Pantai Dalam -- sedangkan sehingga kini pihak pemaju belum membayar utk mereka duit rumah sewa DBKL tu dah tertunggak hmpir RM2 Juta... pddk 433 tidak tahu dan percaya bulat2 pada pengerusi dan mrk menyalahkan 34 org yg membantah, mereka 433 juga diberi upah RM30 seorang dan makan free sebelum membuat kecoh di kerinchi).
Inikah nilai bangsaku? Siapalah 'mastermind dibelakang semua isu ini. Hebat sungguh...
Uncle, sebagai anak jati di situ, saya berasa amat kecewa kerana berlakunya MElayu tipu Melayu disebabkan cina hendakkan tanah itu secara percuma... Salahkah 34 org pemilik meuntut hak mengikut undang2 Malaysia... Sedangkan Akta Pengambilan Tanah 1960 pun, Raja Nong Chik abaikan dan tidak mengikut prosedur yg betul, Notis Pengosongan iaitu Borang J tidak dikeluarkan tetapi 34 pemilik telah dihalau dengan secara paksa oleh pihak DBKL dan pejabat tanah. Mereka kononnya berkata memberi rumah ppr tetapi sehingga kini hanyalah palsu semata2 dan apabila diperiksa, akaun yg diberi kononnya dikeluarkan oleh Raja Nong Chik dan DBKL adalah palsu dan tidak wujud. Untuk pengetahuan uncle, pembangunan semula tersebut pun tidak wujud dalam konsep plan mereka.. ini semua adalah mimpi. Saya mmg sedih diatas kenaifan penduduk 433 kerana memegang perjanjian yg palsu dan tidak terjamin. Mereka menndatangani tanpa difahamkan... Mereka kata 34 pddk yg melewatkan pembangunan tetapi sebenarnya pemaju yg melewatkan... pddk 34 meminta pemaju dan pihak raja nong chik mengeluarkan surat bertulis dan sebagainya tetapi sehingga kini pihak pemaju dan pihak terlibat membalas surat. Mgkin mereka takut segalanya akan direkodkan untuk dibawa ke mahkamah...
Sekarang semuanya talah selesai dan Raja Nong Chik pun berjaya menghalau org Melayu di sana utk kepentingan projek. Namun 34 pddk masih berjuang ke mahkamah dan ke titik akhir.. bagi membongkarkan hal sebenar org2 membodek ni.. apabila membaca blog uncle, sy tergelak besar apabila uncle menggelarkan Raja Nong Chik sebagai siput sedut... Ya mmg betul...
Kalau unlce nk tau sekarang Kg Abdullah Hukum iaitu kampung Melayu ada sebahagian tanah lot dpn TNB Bangsar, di situ adalah keturunan Pahlawan kita bernama Abdullah Hukum... dan Raja Nong Chik da berjaya keluarkan mereka... tanpa menghormati keluarga asal pahlawan melayu terdahulu... mereka dibayar dengan pampasan serendahnya... Uncle, dulu terdapat Flat2 Kg ABdullah Hukum now da jadi MId Valley.. itulah tapak org Melayu asalnya.. terjual akibat kerakusan Pemuda UMNO Lembah Pantai... kini nasib Melayu Kg Kerinchi telah pun lenyap... esok pula Kg Baru.... Wallahualam
Bukan apa Uncle.. UMNO parti org Melayu tetapi attitude org dalam UMNO yg busuk dan kotor menyebabkan UMNO semakin busuk... Sy sedih sebab bangsa lain terus mencuba untuk memerintah negara kita nih...
By the way.. Uncle... Semoga sihat selalu.. dipanjangkan umur dan dirahmati Allah.. Ameen...
Dipadam
Komen saya
Saya tidak pasti kebenaran isi hati pesakit saya ini. Namun saya percaya semakin ramai bangsa Melayu kena tipu dengan bangsa Melayu juga.
Wow!
Beberapa dekad dulu bangsa kita hati panas/cemburu dengan bangsa Cina yang memiliki kereta mewah dan rumah besar namun sekarang kita sendiri 'bersangka buruk' dengan bangsa kita yang memiliki kekayaan luar biasa.
KENAPA?
Siapakah Anaconda dalam Barisan Nasional ? (Part 1)
Siapakah Anaconda dalam Barisan Nasional ? (Part 2)
Siapakah Anaconda dalam Barisan Nasional? (Part 3)
Siapakah Anaconda dalam Barisan Nasional? (Part 4)
Siapakah Anaconda dalam Barisan Nasional ? (Part 5)Siapakah Anaconda dalam Barisan Nasional ? (Part 2)
Siapakah Anaconda dalam Barisan Nasional? (Part 3)
Siapakah Anaconda dalam Barisan Nasional? (Part 4)