Showing posts with label pemikiran. Show all posts
Showing posts with label pemikiran. Show all posts

Thursday, November 4, 2010

camner nak kuatkan semangat???

Bagi iqa yang paling penting adalah fikiran kita.. apa2 yang kita buatpun, kalau fikiran kita kata yang negative jer, pasti semangat sentiasa tak akan kuat. Kena sentiasa sematkan dalam fikiran yang setiap ujian/halangan yang berlaku setiasa ada hikmah disebaliknya. Hikmah yang datang dalam pelbagai bentuk. Tuhan Maha Mengetahui.. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Dia tahu kemampuan kita untuk menghadapi segala yang telah Dia tetapkan untuk kita. Dia takkan bagi cabaran yang takkan kita mampu hadapi. Dia takkan menganiaya hamba2nya...sentiasa sematkan positive thinking.. InsyaAllah, tak lama selepas itu pasti kamu akan ketemu kemanisan ujian itu..

Ask me anything and insyaAllah i'll answer it.. :)

Wednesday, October 6, 2010

Ceritera

Salam buat semua.Hari ini aku ingin berbicara mengenai hati.Luhan hati seorang insan yang sentiasa khilaf.Sentiasa membuat kesalahan.Sentiasa mencari kesalahan orang dan sering mehindari kesalahan yang dibuat.Terasa hati ini bagai dicarik2 dan dihunus sembilu.Kenapakah hati ini sukar untuk mewujudkan kepercayaan?Apakah dia sebenarnya erti percaya?Apa itu kepercayaan?

Kadangkala hati ini berasa percaya.Yakin dengan apa yang diucapkan.Yakin sepenuh hati dan nurani.Namun benar seperti kata org tua2 sesungguhnya keyakinan sering diuji dengan seribu halangan.Hati sering dihuni dengan seribu prasangka.Panas yang diharap hingga ke petang namun turun pula hujan ditengah hari.Sesungguhnya manusia hanya mampu merancang dan seterusnya ketentuan datang dari Yang Esa.

Itulah gunanya akal untuk mempertimbangkan dan hati untuk menilai kebenaran .Gabungan 2 elemen ini membolehkan manusia tidak lari dari paksi kebenaran , atau mungkin sekurang2nya berpijak di bumi nyata.Bukan di awang-awangan mahupun dalam dunia khayalan.Namun seringkali kita terlepas pandang tentang 2 elemen ini.Sering kali hati mendahului akal dalam membuat sebarang timbang tara.

Cemburu.Kenapa perkataan ini sukar untuk dipisahkan dari kehidupan kita.Bukan manusia namanya jika tidak perrnah wujud cemburu.Walau tidak banyak dan mungkin hanya sekelumit namun perasaan ini pasti bertandang di sudut hati.Mungkin ada yang mendangkal , mungkin kerana ingin mencari kesempurnaan namun bagi aku ia adalah satu lumrah , yang wajib dilalui.Apatah lagi di saat mempertahankan sesuatu hubungan.

Atau mungkin kerana rasa terancam , atau terlalu ingin menlindungi menyebabkan aku dan kita bertindak sedemikian.Walau jika difikirkan kembali tidak munasabah waima perkara kecil sekalipun , namun inilah hakikatnya.Hakikat yang tidak mungkin kia atau mungkin sekurang2nya aku ini tidak mampu untuk menidakkan.Apatah lagi untuk mengelak.

Sering aku bertanya kepada hati kenapa perlu menjadi sedemikian.Bukankah hati sering terluka dan memendam rasa.Sehingga kadangkala membawa punah untuk diri sendiri.Bukankah mudah jika membelakangkan dan bukan mengabaikan.Atau mungkin mengambil langkah memejam sepasang mata.Biarkan ia berlalu bersama sismilir angin.Namun kata2 mmg mudah untuk dilaksana.Kerana itu aku lebih menonjolkan perbuatan dari perkataanku.

Amatlah susah untuk menjaga hati sendiri , apatah lagi untuk menjaga hati org lain.Mungkin kerana sikap lembut yang ada sejak azali ini mebuatkan aku sukar untuk meluahkan apa yang terbuku.Atau mungkin kerana kematanganku yang sering dibataskan dalam usia tua ini.Dan aku cukup kagum pada manusia di luar sana yang mampu untuk out spoken atau menzahirkan segala rasa yang terdetik.Aku seringkali cuba untuk menjadi sedemikian namun kerana sikap belasku yang amat tinggi menyebabkan aku sendiri yang terasa hati.Menjeruk perasaan.


Aku ingin sekali mendambakan hidup bersama.Ditambah usiaku yang meniti remang senja.Ingin bermanja dan dimananja.Apatah lagi diri ini yang sering terpaksa menjadi kuat dan tabah.Mempertahankan pendirian jua pendapat.Demi berjuang di bumi yang kejam ini.Adakah ada sinar yang mampu memancarkan bibit2 cahaya kebahagiaan dan kemanjaan atau mungkin sekurang2nya menenangkan hati yang galau?

Kenapa begitu sukar untuk aku mengharungi setiap yang berlaku dalam hidup ini?Kenapa perlu aku sentiasa berlakon hebat dan tenang?Kenapa semua ini berlaku terhadapku?Dan bukan atas tujuan aku menyalahkan takdir.Jauh seklai mempersoalakan kurniaan nikmat yang diberikan.Cuma sekadar bermonolog di dalam diri.Andai aku dapat mencari sinar cahaya untk menerangi pekat kegelapan.


Aku mendambakan kasih sayang.Aku mendambakan kebahagiaan.Aku mendambakan kesetiaan dan kepercayaan.Aku mendambakan dampingan dan belaian.Aku mendambakan pelukan kasih dan ciuman sayang.Dan aku mendambakan keredhaan.

Dan buat pembaca , renungkan kerana ada yang tersirat disebalik tersurat.Aku sekadar pelontar idea dan pendapat.Sering mebelakangkan akal.Kerana aku sekadar manusia biasa yang tak punya apa.Salam kasih,sayang dan peluk cium dariku .

p/s : ( Coretan dari kisah benar insan yang diminta merahsiakan identiti )

Secangkir idea luahan kata

Thursday, September 30, 2010

Dunia ini untuk .....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca semua.Lama rasanya tidak menarikan jemari mencoretkan nukilan buat tatapan pembaca.Dan terima kasih buat fatimah (pelagifatimah.blogspot) kerana menegur atas kealpaan ini.Terima kasih kerana menjadi pembaca setia dan aku begitu menghargai teguran dan kesetiaanmu.Dan buat seseorang yang menjadi peyangga setia , juga jutaan terima kasih kerna terus menyokongku.Tetiba aku terasa macam sedang berucap di atas podium lak.Hahahahahhaha

Hari ni aku baru menjejakkan kaki ke tanah pencarian rezeki ku.Setelah 2 hari berseminar di UTM.Entah kenapa kini aku tak mampu berjauhan dari KPZ.Mungkin kerana hati ini tak mampu menanggung beban rindu.Kerana sejuta satu kenangan aku kumpul dan lalui di sini.Alhamdulillah kerana masih ada manusia manusia yang jujur dan setia menemankan ku.Dan buat adik2ku , teruma kasih tak terhingga kerana sering meluangkan masa bersama aku yang sejuta ulah.Aku begitu menghargaimu.

Malam ini aku ingin berbicare ttg apakah dunia.Kenapa perlu ada dunia.Aku sering berbicara dari hati ke hati dengan insan2 kesayangan ku.Dengan teman2ku.Ish,tetiba rasa skema lak.Tukar mood jap.Toing toing.Fuhhh.Ok. Sekarang ni bulan Syawal.Raya time.So aku jumpa la kawan2 lama.Teman seperjuangan masa sekolah dolu2.So masing2 tanya soalan “ kau kerja kat mana , pakai kereta apa , jawatan ko sekarang apa n bla bla bla…Soalan yang biasa kita dengar.So kesimpulan yang aku buat adalah dunia tempat untuk org berbangga dengan apa yang org ada.Berbangga diantara satu sama lain …….

Kemudian berlalu pula kepada topik yang lain.” Kau tau sapa yang bunuh Sosilawati , kenapa Nik Aziz tak berbangga jadi org melayu , kenapa elaun cuma lima ratus dan bla bla bla bla…Aku pun layan jer la…So kesimpulan terbaru aku buat adalah dunia adalah tempat untuk org berbangga dengan apa yang org ada.Berbangga diantara satu sama lain.Mempertahankan apa yang org percaya walaupun mereka mungkin salah…..

Kemudian aku berjumpa dengan kawan yang lain.Berbicara mengenai teknologi terkini.”Kau dah tgk waja lancer yang baru tu,exora pun nak masuk turbo sekarang,Amerika dah cipta rekaan baru x , Jepun lak in progress keluarkan produk baru Y.Malaysia lak entah research merapek meraban…..So nak atau tak aku pun melayan lagi sekali.Then terdetik kesimpulan baru diamana dunia adalah tempat untuk org berbangga dengan apa yang org ada.Berbangga diantara satu sama lain.Mempertahankan apa yang org percaya walaupun mereka mungkin salah kerana ingin memiliki teknolgi yang terkini ….

Lalu berjumpa pula dengan teman perempuan.Kisah gosip n artis antarabangsa menjadi topik bualan.N ditambah pula dengan filem2 baru yang keluar.Complete cerita pasal sinopsis n rating dari itu dan ini.Fuhh , bab ni aku boleh dengar jer.Org hutan katakan.Mana la tau sgt.Setakat kuch kuch hota hey ) betul ke aku eja? ) boleh la gak aku cakap.Shah rukh khan ( opsss…ada datuk la;p ) n keluarga kapoor.Ekekekekek.So kesimpulan yang aku dapat adalah dunia adalah tempat untuk orang berbangga dengan pa yang org ada.Berbangga diantara satu sama lain.Mempertahankan apa yang org percaya walaupun mereka mungkin salah kerana ingin memliki teknologi yang terkini supa dapat mengetahui gosip dan menonton filem antarabangsa…..

Then berjumpa lagi aku dengan seorang teman.Yang suka berbicara mengenai agama.Berbicara mengenai manusia2 ini yang meminta kembali ke dunia. Merayu untuk memperbetulkan kembali kesilapan2 mereka.Menagis hingga terkeluar biji mata hatta air mata darah namun tidak dipedulikan rayuan mereka ini.Maka dengan ini aku membuat satu kesimpulan yang man DUNIA ADALAH UNTUK MEMBINA AKHIRAT

Lalu aku menekan butang merah dalam Ms Words lalu terpapar perkataan “ Do you want to save the changes you made in documents1 ?” lalu aku menekan yes tanda aku bersetuju dengan pernyataan ini.
TAMMAT
So Selamat hari raya buat pembaca semua

Secangkir idea , luahan kata

Monday, September 13, 2010

Pohon dan teman

Di sebuah kawasan yg tenang , jauh dari kesibukkan kota ,terdapat sebuah perkampungan kecil yang mana penduduknya hidup dalam satu suasana yg harmoni.Bau harum rumput dan bebunga segar mellingkari sesiapa sahaja yang menginjakkan kaki ke kawasan tersebut sekaligus memberi aroma tersendiri.Indah,menawan dan membahagiakan



DI perkampungan tersebut , terdapat sebuah pohon epal yang besar.Kukuh berdiri menongkah langit.Letaknya pohon epal tersebut di pinggir desa.Walau pun pohon tersebut tersergam gagah , namun jauh disudut hatinya terasa kesunyian.Kerana tiada teman mahupun rakan untuk bermain mahupun berborak.

Satu hari , terdapat seorang budak kecil bermain di sekitar pinggir desa.Berguling di celahan rumput dan kuning dafodil.Ketawa girang mengejar sang rerama.Sambil di tangan kirinya mengenggam patung beruang kusam.Sedang berkejaran dengan rerama itulah maka sampai budakk kecil tersebut ke pohon epal besar.Maka terkesima dan kagum budak kecil tersebut dengan kebesaran dan gahnya pohon itu



Sejak dari perjumpaan pertama itu budak kecil tersebut selalu bermain di pohon itu.Mereka telah menjadi sahabat baik.Pohon epal itu juga sgt senang kerana kini dia telah mempunyai sahabat untuk bermain dan bergurau senda.Budak kecil itu selalu memanjat dahan2 pohon epal , bergayut dan ketawa riang , bermain dan tenggelam dalam dunia ciliknya.Setelah penat bermain , sambil bertenggek di dahan tertinggi yang boleh dicapainya , sambil mulut menguyah epal yg dipetik.Terhampar saujana mata keindahan pemandangan sambil menikmati kesegaran dan kemanisan epal.

Tahun demi tahun berlalu.Zaman silih berganti.Kini budak kecil itu telah membesar.Satu hari budak kecil itu tidak datang bermain.Pohon epal itu hairan kerana sebelum ini budak kecil itu tidak pernah culas bermain bersamanya.Pohon epal itu menunggu dari sehari ke sehari.Namun hajat untuk bermain bersama tidak kesampaian.



Satu hari , budak kecil itu datang.Lalu gembiralah pohon epal.Terasa penantiannya itu berbaloi.Lalu pohon epal itu mengajak budak kecil itu bermain bersama.Lantas budak kecil itu menolak ajakannya.Pohon epal itu hairan.Lontaran demi lontaran soalan diajukan.Akhirnya jawapan yg dikeluarkan dari mulut mugil budak kecil itu terkeluar.Katanya dia bukan lagi seorang budak kecil yang bermain dengan pohon epal.Sekarang dia sudah semakin membesar dan perlukan wang untuk bermain dengan alat mainan.

Maka melihat muka sedih budak kecil itu maka pohon epal itu berkata bahawa dia tak punya wang.Namun ambillah epalku ini dan juallah untuk mendapatkan wang.Dari hasil jualan tersebut maka belilah mainan kesukaan mu.Maka dengan pantas budak kecil itu mengambil kesemua epal dari pohon epal tersebut dan menjualnya dipasar.Pohon epal itu tersenyum kegembiraan kerana mampu mengkabulkan permintaan budak kecil tersebut.

Seketika waktu pohon epal tersebut tenggelam dalam dunianya.Lama tidak berjumpa dengan rakan sepermainan nya,budak kecil tersebut.Tiba2 dari jauh dilihat budak kecil tersebut datang.Budak kecil tersebut sudah membesar dan tubuh badannya sudah tinggi dan terdapat kumis nipis dibibirnya.Lalu dengan gembira pohon epal tersebut mengajak temannya itu bermain bersama.Namun temannya itu menolak dan berkata kini aku bukan lagi budak kecil yg asyik bermain.Aku sudah dewasa dan perlu membina rumah.Bolehkah kau menolongku?

Pohon epal itu bersedih kerana ajakkannya ditolak.Namun kerana temannya, dia cuba tidak menghampakan.Aku tidak punya rumah tapi kau ambil ranting2 ku yg besar , jadikan tiang rumah dan ranting2 kecilku kau jadikan dinding.Lalu temannya itu memotong sebagaimana yg disuruh.Pohon epal itu gembira kerana mampu menolong temannya itu.



Hari berganti hari.Bulan bergati bulan.Tahun berganti tahun.Pohon epal itu begitu merindui temannya itu.Satu hari , temannya datang berjumpa lagi dengannya.Temannya itu berkata.Aku sedih.Aku sudah besar dan ingin pergi berlibur.Mahukah kau menolongku memberi aku sebuah kapal untuk aku berlayar melihat dunia.Agar aku boleh menghiburkan hati.

Lalu pohon epal itu menjawab.AKu tak punya kapal.Namun kau potonglah batangku.Dari batangku ini kau buatlah sebuah kapal.Lalu berlayarlah kau ke mana sahaja tempat yang kau ingnkan.Lalu temannya itu memotong batang pohon epal tersebut lalu membuat sebuah kapal dan berlayarlah teman pohon epal tersebut bersama batang pohon epal yg telah dipotong , menjelajah dari satu tempat ke tempat yg lain.



Zaman silih berganti.Musim silih berubah.Satu ketika seorang tua bertongkat datang ke pohon epal itu.Org tua itu adalah teman kepada pohon epal yang telah lama menghilangkan diri.Lalu pohon epal itu dengan sedihhnya berkata.Aku sudah tidak punya buah untuk kau makan dan jual.Lalu temannya itu berkata.Aku sudah tidak punya gigi untuk memakan buahmu.Pohon epal itu berkata.Aku sudah tidak punya dahan dan batang untuk kau panjat.Lalu temanya itu berkata , aku sudah tidak punya kudrat untuk memanjat.




Lalu pohon epal itu berkata.Aku sudah tidak punya apa2 kecuali tunggul dan akar ini.Hanya ini sahajalah yang tersisa.Lalu temannya tu menjawab.Aku tidak mengiginkan apa2 darimu lagi.Aku sudah terlalu penat meninggalkanmu.Kini aku hanya ingin beristirehat bersamamu , menghabiskan sisa2 hidupku.Lalu dengan rasa gembira sambil menitikkan air mata pohon epal itu memberitahu bahawa akar dan tunggul pohon tua la tempat yang paling baik untuk berbaring dan beristirehat.Mari.Marilah berbaring dalam pelukkan akarku.Lalu temannya itu berbaring di pelukkan banir pohon epal tersebut


~ TAMMAT ~




buat seorang anak = inilah pengorbanan org tua kepada kita.Sentiasa membantu walau kita jauh meninggalkan.Dikala susah kita dtg dan dikala senang kita pergi.Berbaktilah dan perbetulkanlah dikala ada peluang

buat seorang kekasih = inilah pengorbanan ku kepadamu.Walau apa jua yang terjadi aku akan sentiasa setia bersamamu.Walau sejuta ulahmu

buat seorang sahabat = inilah perjuanganku untuk mempetahankan uhwah yang terjalin.

buat pembaca = renung2kan kerana ada sesuatu yang ingin aku sampaikan

secangkir idea , luahan kata

Sunday, September 12, 2010

Kemaafan

Salam Syawal buat semua pembaca setia ( budget ada peminat blog la ;p ) .Setelah diam diam sepi membisu melukut di tepi tempayan . akhirnya aku kembali mencoretkan sebuah kisah ttg ideologi dan pemikiran.Tentang pandangan dan pemerhatian.Tentang aku dan dia.Dan tentang sebelum aku merapek meraban taak tentu pasal ;p

Ok2.Back to topic plzzz....Sempena kemuliaan Ramadhan Mubarrak yang baru berlepas pergi dan kedatangan Syawal yang menceriakan hari ini , aku ingin mengupas sebuah perkataan iaitu kemaafan.

Tetiba aku terfikir gabungan perkataan kemas , maaf dan kaffan.Apa itu kemas?Apa punya bingai la kemas pun tak tau.Kemas rumah,kemas bilik.Budak darjah satu pun boleh jawab tau.Hahahahaha...Ok,fine ( touching sob...sob....sob ) .



Kemas bagi ku adalah persiapan memperkemaskan diri menghadap sesuatu yg dikejar.Kalau nak jumpa awek/balak@isteri/suami mestilah kemas2 kan apa yg patut.Sembur itu dan ini kan.Kalau nak p kerja pun sama.Macam tu gak kalau nak minta kerja.Apatah lagi kalau buat kerja ( noob ) ;p ...

so dalam masa kita memperkemaskan diri tu mesti ada yg cacat dan cela.Mana ada manusia sempurna . ( Butang tak kancing la,zip terlupa tutup la) So dalam kekemasan itu ada cacatnya yang secara langsung atau tidak , akan mmberi impak kepada sesuatu yang kita kena mengadap selepas itu.Pening kot ayat ni.So kita permudahkan

.Awek H nak masak buat Balak B.Masak plak dengan penuh kasih sayang dan khusyuk lagi tawadduk.Dah siap masak,bungkus siap2 n bertemulah mereka di bawah sinaran lampu jalan.Balak B pun dengan penuh bernafsu dan dengan rakusnya membuka....Membuka tupperware yang di bekalkan tadi.Pergh , sekali ayam kurma n nasi tomato la beb ( untung aku dapat bakal bini cam ko ek )

Bau semerbak harum.Dengan pantas baca bismillah,ambil sudu garfu.Dalam masa nak suap ke mulut tiba tiba.... jeng jeng jeng ... creeettttt..crett sudu n nasi kena berak burung daaa ... So nasi n lauk dah superb.Bau mmg garenti jilat siku ( cuba la buat kalau dapat ;p ) tup2 berada ditempat yg salah ( yg salah burung ke balak b? ).Aku dah buat cerita panjang lebar.kalau tak faham lagi tinggalkan comment.nanti aku bt cerita lain yerr...

Sorry yer super duper general n hana.Tetiba TERupload gambar u'll masak.Hahahahaha

Maaf.Satu kata yang mudah disebut tapi sukar diiucap.Kekadang aku heran kenapa susah sangat nak mengaku salah? Atau mungkin kenapa tak nak mengalah untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan.Bukan kah tgn yg menghulur itu lebih baik dan mulia dari tgn yg menerima.Salahkah kiranya jika tgn dihulur dahulu memohon kemaafan?

Atau harga ukhwah dan persahabatan itu lebih murah kiranya jika dibandingkan dengan sepatah ucapan maaf?Ni yg tetiba aku rasa nak bertukar jadi kaum hawa ni. ( ye la diorg kan selalu membebel.ekekekeekeke )



Aku heran.Syawal ni budaya maaf pun semakin dilupakan.Sering kita dengar , woi , aku minta maaf la.0-0 la,Kita buka buku baru la.Kenapa yer kena jadi macam ni?Mana adab yg selama ini kita junjung dan sanjung?Aku berkunjung ke Singapura.Terkejut melihat anak2 sedara sepupuku bersubang bertindik (lelaki) seksi meksi (perempuan).Fuh.Dah la belah mak aku ni mmg ginetik putih gebu ( kecuali aku yer..gelap pekat.terkenan sapa tah...huhuhuhu ).

Terjojol jugak la bijik mata.Rambut aku tgk memerang pun surrender kalau pertandingan rambut inter galaksi.Pastu main salam sekali lalu jer.Siap petik jari buat gaya swoosh la , apa jadah haram lagi la.NI ke cara bermaaf2an?

Yer kekadang aku tau aku ketinggalan zaman.Janji mesej tu sampai.Apa ada hal kan.Zaman dah maju.Aku yg hidup zaman batu ni mana la faham.Tapi tu la.Sekarang bahasa pun main short form.Baju pun dah short cut.Semua nyer short sana short sini.

Satu hari nanti apa yg tinggal pada peradaban kita?Apa akan jadi pada budaya dan adat kita?Kalau rimau n tenuk tu bila dah pupus leh gak kita awet tgk kat muzium.Tapi kalau adat n sopan tuh camner?Lu pk la sendiri ( influence bahasa sekarang ;p )



Erk?Apa aku merapek ni.Bla bla bla.Haaa...Aku berkenan sgt dengan cara minta maaf yg mana org yg lebih tua duduk atas kerusi@ berhadapan bersimpuh/bersila n yg muda salam cium tgn.Sambil tu kuar la bahasa bunga2 sikit ( mood sadis buka lagu kitaro ) pastu peluk cium.Fuhh mmg touching la.Siap meleleh air mata.

Tapi sekarang lebih berharap untuk dapat duit raya.Apa cerita?Satu hari nanti hilang semua santun n tatasusila.Tetiba rasa sedih takut2 kalau Syawal hadapan , dapat lagi aku kucup tgn org tua aku.Allah,kurniakan kesihatan dan kesejahteraan org tua ku.So dengan kata maaf dan kemaafan tu maka suci la diri kita ibarat kain putih.

Kaffan pula aku ideologikan sebagai kain putih yg membalut badan kita.Setelah roh dikeluarkan oleh malaikan pencabut nyawa,maka bercerai la jasad dan nyawa.Atau dalam erti kata lain kematian.Maka terputusla hubungan antara si mati dengan dunia fana kecuali 3 perkara

.Mayb korg pelik kan kenapa aku kaitkan semua ni.Sebab ini la aku.Ideologi aku.Memandang sesuatu yang nothing menjadi something.Bagi aku hidup ini mesti mempunyai sebab dan bermatlamat.Dan setiap perkara,perkataan atau apa sahaja yg berlaku , ada disekeliling ini mesti ada sebab konkrit dan penjelasan yang sering kali kita terlepas pandang



So kesimpulannya kemaafan dan perkataan maaf itu sgt penting dalam hidup kita.Cara kita dan tujuan kita meminta maaf itu juga salah satu dari seni yang perlu kita pelihara dan pertahankan.

Dan semoga korang dapat mengambil sesuatu , mendapatkan sesuatu dari pembacaan korg ni.Dan ini pemikiran aku.Kalau ada yg salah tolong tegur2 yer.Dan kata maaf dihulurkan ;p

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Ruh orang mati itu tergantung dengan hutangnya sampai hutang itu diselesaikan untuknya." Riwayat Ahmad dan Tirmidzi. Hadis hasan menurut Tirmidzi.


Secangkir idea , luahan kata

Friday, September 10, 2010

Untuk Semua


Sepatah dua bicara dari aku....Insan khilaf


Sesungguhnya bersyukur kerana masih dikurniakan nafas sehingga saat ini.Terima kasih buat mu Ya Rabb


Di atas kesempatan ini , tidak terlalu lambat kiranya aku mengucapkan Selamat Menyambut Kedatangan Syawal kepada semua pembaca dan yang mengenali diri ini.



Dan di atas kurniaan kesempatan ini juga aku ingin memohon ribuan maaf atas keterlanjuranku,keterlebihan mahupun keterkuranganku.Apa sahaja yang menimbulkan ketidapuashatian baik dari kata2 mahupun perbuatan.Kerana aku seorang manusia...



Semoa hari2 mendatang membawa kebahagiaan buat kita dan semoga kebahagiaan dan kegembiraan itu berpanjangan.Amin....

Wednesday, August 11, 2010

Ahlan Wasahlan :)

Hasil nukilan pertama 1 Ramadhan.Alhamdulillah bertemu lagi penghulu segala bulan.Ahlan wasahlan ya Ramadhan.Bulan penuh keberkatan dan kemuliaan.
Aku tgk dalam wall facebook masing menunggu dan tak sabar2 dengan ketibaan bulan ini.Masing2 fanatik dan kreatif menyambut kedatangan bulan mulia ini.Ada yang bermain dengan kata2 malah ada yang kreatif mengolah grafik mahupun animasi.Masing2 dengan cara tersendiri.
Aku kagum dengan bakat masing2.Malah poster2 lucu yg buat aku gelak golek2 namun cukup membawa maksud yang tersirat.Begitu bermakna.Haaa,apasal aku tetiba terasa macam nukilan ni jadi macam skema semacam la plak.Agaknya waktu ni takde idea2 nakal yang selalu dibantu oleh syaitan laknatullah kot.Hehehehehehe.
Kala ini , budak2 U semua dah berebut2 beli tiket balik raya.Even sebelum puasa pun dah ada penyedia perkhidmatan bas yang dah mengeluarkan tiket untuk Syawal nanti.Hebat tak hebat penangan Syawal.
Kalu kat facebook plak , dah bersepah wall tak sabar nak raya.Agaknya makcik2 yang ambil upah jahit pun dah mula tutup kedai untuk pesanan.Dah berlambak2 agaknya.Mak2 kita kat rumah tu plak dah awal2 tempah baju raya.Bukan sepasang dua.Malah kalau boleh raya sebulan , nak 30 pasang baju.Biar boleh sehari tukar sekali.
Tokey2 biskut,kek n kuih raya pun dah mula buat promosi pasal barang dagangan.Apatah lagi tycoon perabot , barang letrik.Masa ni la nak buat duit.Perabot datang dari Turkistan la , Tv dari Afganistan la n mayb mangkuk tandas dari go head go stand pun ada agaknya.
Bebudak remaja pun rasanya tak sabar nak download lagu raya.Masa ni la lagu raya laku cam goreng pisang panas.Memang penyedia langganan lagu raya ni mmg buat duit kow kow la.Apatah lagi penyedia operator ( kalau tak takkan mampu beli Measat kan pas ASTRO,Dasat! ;p ) G rumah dia mesti dapat duit raya 100 hinggit kan kan kan..Kata 1 Malaysia ☺
Ni la penangan bulan Syawal.Ops , sebenarnya nak cerita pasal Ramadhan ke Syawal?Haaa.Nampak tak.Hari ni baru 1 Ramadhan.Maghrib nanti berlalu ke 2 Ramadhan.Nasib baik aku lepas sembahyang terawikh malam tadi.Kalau tak kantoi gak.Ingat nak jemaah tapi terbalik kerja lewat.Hahahahahaha.Alasan :p Korang?
Poster n nukilan kreatif.Fuh , memang dasat.Memang tabik spring la kat korg.Bakat yang ada tu memang hebat dan tak disia2kan.Kalau tak takkan ada animasi hebat terhasil kan.Mesti banyak masa nak fikir , design n uat benda alah tu.Tu salah satu jalan berdakwah.Mayb kita tak punya kuasa untuk suruh itu dan ini , apatah lagi heret diorang.So kita suarakn lalu hasil2 kreatif.Respect kat korg.
Tapi apa kata pasni kan kita improve sikit lagi.Kita b4 ni ada banyak masa nak buat itu dan ini.Malah boleh duduk berjam2 ngadap nak settlekan perkara duniawi.Apa kata kita habiskan dalam sejam untuk solat terawikh dan sejam lagi untuk baca Quran.Habiskan 1 juzu sehari.At least dalam 12 bulan tu kita bagi la sebulan untuk habiskan Quran ( hakikatnya sejam sehari jer :p ) Spend sikit untuk bekalan dikemudian hari
Pastu kalau ada lebih masa sikit kita jenguk2 tafsir quran.Menarik tau.Mayb korg mesti rasa horror.Tapi percayalah , banyak benda menarik dalam tu.Tak caya korg cuba baca.Pasti akan lebih banyak ilham.Hehehehehehe.
Apa pun di penghulu segala bulan ini kita renungkan sejenak selama kita hidup kat muka bumi ini..Betapa lalai dan leka kita dalam arus dunia.Sejenak kita fikirkan apa bekalan kita nanti untuk kehidupan selepas mati.Cukupkan bekalan kita bila tiba di neraca Allah.Dapat ke kita lepas kat titian Sirat atau mungkin tangan mana yang akan kita dapat masa di bagi buku amalan?
Bila terfikir2 balik rasa alangkah takutnya nak melalui semua tu.Serius takut yang amat.So baik tak yah fikir.Hahahahaha.Macam gak belajar.Makin banyak belajar makin banyak tak tau.So tak yah belajar.Hahahahahaha.Tapi tak boleh.Kena fikir semua ni.Tapi tak tau macam mana nak buat.Apa jalan penyelsaiannya.Erkkk…..
Oleh yg demikian juz ambil method yg paling mudah.Cuba sebaik mungkin n selarat mungkin.Dan kedatangan Ramadhan kali ini dimafaatkan sepenuhnya.Apatah lagi adanya lailatulqadar yang dikata terjadi pada 10 malam terakhir.Insyallah 20 hingga 29 Ramadhan bersamaan 30 Ogos hingga 8 September ( biasaan kalendar hijrah kat belakang ;p ).Banyakkan amalan dan ibadah.Moga mampu menokok tambah bekalan sepanjang perjalanan di kemudian hari ☺

Secangkir idea , bicara kata

Wednesday, August 4, 2010

Kebosanan tahap dewa

Salam.Sorry guys sebab terlampau banyak typing error dalam nukilan ku lately ni.Punya la malas nak edit sampai ditegur.Thanks kepada yg memberi teguran itu.Insyallah akan cuba sedaya upaya untuk mengatasi kelemahan diriku ini.Kali ni aku ingin berbicara mengenai hero yang sengal tahap petala kelapan.Fikir2kan :)

Nak dijadikan kisah , ada seorang gadis yang ayu tahap dewa,err...silap dewi ( dewa mesti macho n hensem jer kan ;p macam aku.Ekekekekeke) sedang berjalan melalui satu kawasan yang sunyi.Tika itu dia sedang membimbit beg galas berisi segala macam buku,khazanah dan harta karun.Terleka di dalam library kerana menghabiskan bacaan journal sehingga tidak sedar masa berlalu sehingga terpaksa pulang lewat.

Dalam perjalanan untuk kembali ke tempat kediamannya , dia terpaksa melalui satu kawasan lorong yang gelap dan sunyi.Mengerling ke pergelangan kirinya.Luminator dari jam tangannya menunjukkan jam 11 malam.Nak atau tak dia terpaksa balik.Takkan nak tido kat library pulak kan.So nekad untuk melalui lorong tersebut.

Hatta nak dijadikan cerita , sedang gadis ini menapak , selangkah demi selangkah ,terlihat kelbat empat manusia lelaki sedang bersandar di tiang lampu lorong tersebut.Di kala itu hati tidak terkira debarnya.Tambahan jalan yang kelam dan sunyi , hingga terdengar degup jantung gedebak gedebuk gedebak.Langkah kaki tetap diteruskan.

Tiba2 . Jeng jeng jeng , lelaki tersebut melangkah lalu menangkap lengan gadis tersebut

."Hoi , apa kau buat ni biadap.Lepaskan aku binatang " kata gadis tersebut
" Cik adik , kami ni bukan binatang , Kami ini manusia .Hahahahahahaha " Gelak penjahat A
" Binatang kau.Lepaskan aku.Apa kau mahu ha " Gadis itu meneruskan bicara dalam rontaan.Betapa kuat sangat la kudrat seorang gadis kan.Sesungguhnya perempuan memang insan yang lemah :)
"Cik adik ni makin marah makin manis la.Ulang suara , kami ni bukan binatang la cik adik " Ujar Penjahat B
" Baik lah manusia.Lepaskan aku " Dengan pasrah gadis tersebut bersuara,
" Lawak lah cik adik ni.Abg suka " Penjahat C pula memulakan mukadimah


Tiba-tiba ...... seorang hero pun muncul.Lalu terjadilah perkelahian antara hero ini dengan penjahat A,B dan C.Ditumbuk,disiku dan sepak terajang.Biasa la gaduh.Aksi smack down , tomoi , kuntau dan segala macam aksi mempertahankan diri dilihat. ( aksi 18 sg so tak boleh dihuraikan secara detail takut menjadi ikutan ;p )

Untuk dipendekkan cerita , hero tersebut mengalahkan 3 penjahat itu.Hero katakan.Tapi teruk gak la sebab hero tersebut tak mempunyai super power macam ultaman , superman mahupun kluang man.Mungkin tak cukup menuntut atau tak cukup minum super power oligo koko kot.Lebam sana sini.Mulut dan pelipis berdarah ( dah macam budak rugby kpz jer ;p )

Bertanya gadis tersebut kepada hero " Awak sakit tak ? " Lalu hero tersebut kerana nak control macho mengatakan tidak.Lalu gadis tersebut menekan kawasan lebam hero itu " Sakit tak " Erkkk.Sengal apa minah ni.Tapi kerana menjaga ego lelaki tersebut mengatakan tidak."Lalu minah tersebut ambil kayu yang digunakkan tika bergaduh tadi lalu mengetuk kepala hero tesebut.Aku tolong minah gila rupanya.Lalu mencicit hero tersebut lari bagai tidak cukup tanah dibuatnya.

Ok.Sekarang kita tinggalkan seketika cerita di atas.Apa yang aku nak sampaikan kat sini adalah setiap manusia akan merasa sakit.Macam aku.Sekarang ni tengkuk aku rasa cam nak tercabut.Kenapa?Sebab ada lembu gila yang siku leher aku masa training rucking malam tadi.Sakit memang akan terjadi pada setiap manusia.Benda ni memang tak boleh lari.Sakit hati terutamanya kerap terjadi malah tidak keterlaluan setiap minggu sekurang2nya akan berlaku gejala ini.

Sakit hati tu kira standart budak baru merangkak la.Kira selalu berlaku.Sakit kategori remaja pula sakit cintan cintun.Atau kita lebih kenal dengan puppy love.Jika diteruskan dan remaja tersebut hanyut dengan sakit jenis ini maka hanyut la masa depannya.Sakit org dewasa pulak adalah sakit nak dapatkan MC.Dari situ tercipta pelbagai penyakit yang tak sakit atau dengan lebih tepatnya tak wujud pada diri individu tersebut.

Aku tau ni dah makin merapek.Dah lari terlalu jauh dari apa yg aku nak sampaikan.Ok.Bila kita sakit sgt , maksudnya sampai ke satu tahap dimana kita sendiri dah tak mampu menahan rasa , 4 sure kita akan pengsan.Selagi kita tak pengsan tu maknanya kita masih lagi mampu bertahan dengan kesakitan tersebut.

So straight foward.Selagi kita masih ada dalam kewarasan akal selagi tu la kita dikhendaki menunaikan tanggungjawab iaitu solat lima waktu.Aku percaya bahawa setiap agama juga ada cara tersendiri untuk menunaikan tanggungjawab terhadap tuhan agama masing2.Dan setiap yang terjadi dan setiap apa yang kita lakukan mesti ada balasan kan.

Jadi cuba kita bayangkan kesakitan akibat disempuk dengan kayu tadi.Dah la baru pas bergocoh bak kata org ganu.Kena plak hempuk.Memang dah jadi macam jatuh dari atap , pastu terdendang pasu bunga mak sampai pecah n kena tempeleng laju2 ngan mak dan finally mesingan mulut yang tak reti berhenti .Tapi dengan kesakitan yang demikan tidak membolehkan kita lalai dari menunaikan tanggungjawab dengan Nya.

Cuba renung seketika.Kita takut sakit.Kalau main rugby tu takut kalau tak perform n kena hempuk ngan kawan2.Kalau tengah sihat tu kita takut kena infection penyakit berbahaya apatah lagi kalau kena lumpuh dan sebagainya.Tapi pernah tak kita terfikir sakitnya azab dan seksa api neraka akibat dari kesilapan dan perbuatan kita sepanjang kita bernafas di muka bumi ini?

Tak payah susah la.Aku bukan nak jadi uztaz atau tabligh .AKu cuma menyampaikan apa yang aku fikirkan dan juga peringatan buat aku sendiri.Solat 5 waktu.Dalam Islam pun kita boleh sembahyang duduk kalau uzur.Kalau dah tak larat sangat pun kita boleh baring.Waima dengan gerakkan anak mata pun dibolehkan jika kena dengan situasi dan keadaan,So takde sebab kita culas dalam mengerjakan ibadah wajib ini.Kita takut kalau sakit di dunia tapi kita sering terlupa dengan azab yang telah dijanjikan Nya jika kita ingkar dengan suruhan Nya.

So sama2 kita renung kembali dengan apa yang dah kita lakukan sepanjang kehidupan kita. Kita renungkan kehidupan kita di masa silam dan kesilapan kita di masa lalu.Mayb we can get something.Bukan mudah nak jadi baik kan?N tak salah untuk berubah hari ini walaupun sikit dari langsung tiada.So sama2 kita fikir2kan.Cerita di atas hanya sekadar hiasan ;p

Secangkir idea , luahan kata

Wednesday, July 7, 2010

Buat Kamu...Yaaa.Kamu!!!!

Apa itu cinta?Aku banyak membaca post mengenai cinta dalam post Dr Cinta,Cik Fatimah Az`zahra (Pelangifatimah.blogspot) dan yg lain2.Dan aku sering bermenung sendirian apa itu cinta.Kali ni aku nak kisahkan cinta antara aku dan dia.Chikaro atau bahasa saintifiknya wanita ;p(Adnan Sempit) Seorang manusia.Cinta manusia.Aku cuba mencari kelainan ttg cinta.Kelainan dari erti kata definisi.Mengikut taarif diriku sendiri dan bukan kerana pengaruh dan anasir luar.

Cinta itu sunyi.Kesunyian yang dinikmati bersama kekasih.Bahagia , selesa , senang , tenang dalam kesunyian bila berdua2an.
Ada pepatah Inggeris yang dah diterjemahkan oleh aku iaitu kamu akan tahu kamu telah pun jatuh cinta pabila kamu mendiamkan diri dan menikmati kesunyian itu secara bahagia.Dan aku sangat menyokong pepatah ini.Kerana inilah yang aku rasa.( Terutama sebab aku ni pemerhati dan pendiam.Dan aku tau ramai yg akan gelak guling2 bila aku cakap aku pendiam.Rileks yer Iqa n Fatiamh ;p )

Kekadang kita asyik memeras otak untuk mencari sesuatu yang perlu dibualkan bagi menghidupkan suasana.
Selingan seketika.Aku menaip ni dalam kereta otw ke Johor dan ada eksiden melibatkan lori ( dari arah johor ke melaka ) melintang merentasi dan menutup keseluruhan jalan menyebabkan aliran trafik terhenti sepenuhnya.Mudah2an semuanya selamat Amin

Fuhhh ( sambil menarik nafas panjang mengembalikan emosi menulis ) Sewajarnya tak perlu kita berusaha membuat lawak untuk si dia ketawa atau mencari apa jua topik sehingga topik bodoh pun jadi semata2 untuk berbual.Nikmati kesunyian itu dengan penuh rasa bahagia dan enjoy da silence.Kerana aku percaya , selagi korang tak merasa enjoy da silence , selagi itu korang adalah org luar diantara satu sama lain.

Dari sudut aku sebagai seorang lelaki ( yang tak perlu diragui kelelakiannya ;p ) , lelaki kebanyakkanya pandai bercinta dan enjoy da silence.Kenapa aku cakap macam ni?Haaa….Jangan kata aku ni pro lelaki ( Wani,Iqa n Fatimah terutamanya ;p ) kerana akan aku buktikan kata2ku ini.Cuba tgk lelaki yg kaki kereta.Make up upgrade itu dan ini,Kereta tu tak pernah pun nak balas balk percakapan tapi kami lelaki , enjoy dengan kesunyian itu , menikmati dengan rasa bahagia.Kaki pancing pun sama.Joran tu mmg takkan cakap sepatah haram pun walau bt macam mana sekalipun.Tapi tetap enjoy da silence there.So buka mata hati dan renung2kan lah.Silence is love!!!!

N aku nak singkap rahsia diri aku.Aku seorang yang ego.Aku tak nafikan itu.Seboleh tidak aku takkan menunjukkan rasa kasih dan cinta aku kepada seseorang yang belum pasti.Even aku suka membuat sesuatu yang sembunyi2 dan tanpa org sedari.Menjeling dan memandang dari jauh , menikmati keindahan dan keredupan yang cukup membahagiakan , namun bila perbuatan aku disedari , dengan pantasnya aku akan buat tak tau.Mengalihkan pandangan ke arah lain. Kerana aku org yg ego.Aku enjoy da silence yang tercipta dan aku bahagia dengan itu.Aku dapat menikmati kesunyian itu bersama2 dengan org yang aku cinta.

Kalau sapa yang rapat dengan aku , korg pun tau aku sgt suka lagu Aerosmith.I don’t want to miss a thing.Lagu tema filem Armageddon yang aku rasa berpuluh ( dan mungkin beratus ) kali aku tonton.Kenapa aku suka lagu ni?Sebab lagu ni something bagi aku.Dejavu.Dan lagu ini ku tujukan khas buat kamu

I could stay awake just to hear you breathing
Watch you smile while you are sleeping
While you're far away dreamin
I could spend my life in this sweet surrender
I could stay lost in this moment forever
Every moment spent with you is a moment I treasure

Don't want to close my eyes
I don't want to fall asleep 


Cause I'd miss you baby 

And I don't want to miss a thing 


Cause even when I dream of you 

The sweetest dream will never do
I'd still miss you baby 


And I don't want to miss a thing

Lying close to you feeling your heart beating
And I'm wondering what you're dreaming 

Wondering if it's me you're seeing 


Then I kiss your eyes 

And thank God we're together 


I just want to stay with you in this moment forever 

Forever and ever


I don't want to miss one smile 

I don't want to miss one kiss 

I just want to be with you
Right here with you, just like this 


I just want to hold you close 

Feel your heart so close to mine
And just stay here in this moment 


For all the rest of time

Hayati lirik lagu ni.Something kan!!! Selalu aku membayangkan jika aku mampu bersama dengan seseorang yang aku cinta , aku akan banyak senyum dari bercakap , menikmati kesunyian yang tercipta.So sweet.Sambil megenggam tangan ( atau mungkin memeluk bahu menikmati bau rambut ) sambil melihat keletah anak2.Atau mungkin mampu berdua2an , asimilasi dengan alam ☺ Tapi tak bermakna la kalau langsung tak bercakap kan.Hehehehe.Berangan melangit.Insyallah akan aku buktikan ☺

So ini lah aku,menurut lensa dan kacamata aku definisi dan pengertian cinta.Dan aku sgt menghargai cinta.

Secangkir idea , luahan kata

Sunday, July 4, 2010

No " Messi"ing Aroud ;D

Hari ni aku tgk bola kat kedai mamak.German Vs Argentina.Gud bye to u Argentina.Semua kurang menjadi hingga kena belasah 4-0.Anyway a good game n aku pun enjoy tengok.Tetiba aku terfikir,kenapa ye sebut jer lepak n bola , mesti kedai mamak jadi pilihan.Apa yang ada pada kedai mamak tuh yer?Bukan nak sabotaj tapi juz nak berfikir.Aku pun hari ni lepak kedai mamak.Kenapa?Sebab suasana dia havock,juz nak feel da air.



Makanan kat kedai mamak tu ikut citarasa tekak aku ( mungkin sebab aku org kampung kot ) takde la sedap sangat.Aku rasa aku masak lagi sedap ( hakikatnya aku bukan reti masak sgt pun ;p ).Tapi kenapa mamak jadi destinasi utama dan tersohor di bumi Malaysia ini.Sebab servis dia cepat n kalau tak dapat pesanan , diorg main pekik2 sesama diorang dalam bahasa yang aku dengar sama jer intonasi ( high pitch yg pasti !! ) n terus dapat.N bila duduk jer pelayan terus sampai.Haaaa , tu mungkin sebabnyer kot.Servis cepat dan pantas walau tak berapa sedap tapi tetap di hati masyarakat Malaysia khususnya KL.




Then aku rasa kedai mamak ni pun mahal.Teh panas rasanya 60 sen jer kot.Tapi sampai RM1.20.Fuh.Mengketedarah gak.Belum makan lagi.Dah macam lepak kat semi high class nyer tempat.Ekekekeke.Ok2,berbalik kepada tajuk.Argrntina main hari ni serba tak menjadi.Back pun goyah.Mayb terkejut dengan kebolosan gawangnya pada minit2 awal permainan.German nampak lebih mantap dan jitu serangan.Anyway tahniah buat German dan selamat berjaya di peringkat seterusnya.


Masa aku tgh tgk perlawanan ni,kesian pada penyokong Argentina.Teruk gak diorg kena boo dek kerana kekalahan pasukan mereka.Mula2 terasa seronok gak ( bt pengetahuan aku atas pagar.bola sepak bukan feveret aku ;p ) tapi lelama aku terasa macam keadaan mula diluar kawalan.Bila peyokong fanatik ( hooligan ) German mula membuka baju dan mencaci penyokong Argentina.Aku rasa tu dah melampau.Nasib baik la takde pergaduhan berlaku.Kenapa yer perlu sampai macam tuh?Even German menang sekalipun apa yang kita dapat?Cuma keseronokkan dan air of glory.Thats all.So biar la sama2 menghirup udara keseronokkan sukan no1 dunia ni n enjoy dengan pertandingan yang sentiasa membuat kapilari darah menerima tekanan lebih ;p



Apapun bagi aku better kita sama2 enjoy n rasai happening demam piala dunia nih.Tak perlu ada perkara diluar kawalan dan pertimbangan berlaku.Even masa sebelum game ni pun diorg peggang banner say no to racism.So secara tak langsung kita pun katakan tidak kepada perkara yang boleh memburukkan keadaan.So chill n kita nantikan sapa yg berjaya menjulang Piala Dunia 2010 :D

Secangkir idea,luahan kata

Friday, July 2, 2010

Hari ni aku akan bertolak ke Gunung Pulai untuk progaram survivor dan pengurusan.Tapi still sempat mencoretkan sesuatu di sini buat tatapan pembaca sekalian.Actually tetiba terasa nak post something sebelum meng'clash'kan hubungan dengan dunia siber seketika ( Errr....boleh ker ek?Silap2 nanti on9 gak bia ada len.Ekekekekeke )

Pagi ni tetiba aku teringat pada sesuatu.Sesuatu yg setia menemani.Sesuatu yg sentiasa berkhidmat tanpa jemu.Terlalu banyak sesuatu yg tetiba bermain di benak ku.Tetiba rindu menggamit jiwa ku.Rindu pada sesuatu....Rindu ? Suatu perasaan indah yg sukar ditafsirkan dan diungkaikan melalui kata2.5 huruf yg disulam menjadi 1 perkataan indah yg tiada tara.DAN untuk tau selanjutnya kena la tanya Hazwani coz dia baru jer post pasal rindu n yada2.Ekekekekekeeke.Dan doktor falsafah cinta , Fatimah yg ada banyak quote2 cinta dalam blog nyer.....

Rindu sudah , perenggan kali ini kita berbicara mengenai penghargaan.Sebut pasal penghargaan ni aku teringat mengenai satu program bersama pengarah2 dan big shot.Aku diberi 2 slot ceramah dalam keadaan ad hock.Mmg pening pada mulanya dengan tak prepare tambahan bukan calang2 audien.Tapi setiap benda ada cabaran dan takde benda yang mustahil kat dunia ni.So sampai bila aku nak lari dari cabaran kan.So tawakkal n masa untuk prepare tak sampai 1 jam.

Hasilnya.Alhamdulillah aku tak pernah terasa penghargaan sebegini besar.Even masa aku dean list , grad ngan 1st class honour,gold medal MTE mahupun MCCP pun aku tak terasa penghargaan sebesar ini.Syukur alhamdulillah.Apa yg jadi sampai aku begitu terharu?Aku dah macam terasa scene dalam ayat2 cinta yg mana pak Juzali ucap tahiah pada sapa tah watak utama tu ( kalau aku tak salah Abdullah Khairul Azam kot ;p )kerana berjaya menyampaikan kuliah agama dengan sangat berkesan dan bagus ( yg pasti aku tak sehebat dalam watak tu la )

Apapun aku syukur sgt dipermudahkan segalanya.Mungkin darah pengajar dan penceramah yang mengalir dalam setiap rongga badan ku salah satu penyebab aku mampu menaggung tugas yang bagi aku maha berat ini.Yela,apa la sgt aku bagi pandangan mata diorg ni.Budak muda berhingus nak bagi talk pada diorg yg supr duper berjaya ni kan.Tapi semua tu hanya tanggapan aku jer ( tapi pada mula aku ternampak pandangan sinis,ekekekekek,perasaan je kot ) .Apapun diorg mmg sporting n hormat.Tu yang aku kagum tuh.

Overall betul la kata org tua2 ( atau org2 tua?? ;p ) yg mana jika ingin terus berjaya , ikut la resmi oriza sativa ( hahahahha.korg mesti pening pe kejadah la.tu nama saintifik bg padi ;D ).Semakin berisi semakin tunduk.Insyallah , aku akan meneruskan tradisi ini untuk terus berjaya.Mudah-mudahan

(p/s: pos ni aku delay sebulan dari tarikh disiarkan )
Secangkir idea luhan kata

Friday, June 18, 2010

Pandangan

Aku sering mengikut program yg org lain anjurkan untuk meraih secangkir ilmu dan menambahkan apa yg kurang dalam corak kursus mahupun kem yg aku anjurkan.Aku sedar telalu banyak kelemahan dan kekurangan dlam diri aku.Aku cukup berterima kasih kepada team yg sering support n sentiasa ada dibelakang aku.Memberi idea dan pandangan dan sentiasa menjayakan idea yg aku lontarkan.

Kat sini aku cuba persoalkan bentuk pendekatan yg selalu org ambil dan aplikasikan dalam setiap kursus mahpun kem yg aku pergi.Kebanyakkan yg aku pergi corak pendekatan atau ideologi yg digunakan adalah pendekatan berorentasikan pengalaman ( xperiance learning ) .Dan aku sendiri lebih suka pendekatan one 2 one touching yg mana pendapat aku lebih sesuai.

Xperiance learning yg selama ini aku lihat kurang berkesan.Sama ada kerana pendekatan atau kurang penerimaan.Mungkin kerana corak yg keras kerana ingin membentuk disiplin atau mengambil ideologi tentera yg sentiasa memberi tekanan dan tekanan.Selama ini aku mengkaji psikologi dan emosi manusia yg mana ya , mereka berubah kerana mengikut peraturan ( aku lihat dari konteks budak seklah ) , kerana takutkan jurulatih yg garang dan sentiasa ketat mukanya.

Dan cikgu2 tersenyum bangga kerana melihatkan perubahan yg ketara pada anak didiknya.Tapi sejauh mana perubahan ini mampu untuk dipertahankan?Adakan perubahan kerana takut dan bukan kerana datang dari dalam diri mampu merubah mereka ini bila kembali ke kehidupan asal mereka?

Bagi pendapat aku , perubahan ini berlaku hanya untuk satu jangka masa iaitu sepanjang kem atau kursus dilangsungkan.Kerana wujud tekanan itu hanya sewaktu di kem.So pendekatan seperti ni sepatutnya , bagi pendapat aku ,dilakukan secara istiqamah.Berterusan dalam satu jangka masa waktu yg panjang untuk membentuk corak yg diiginkan.Mungkin konsep ketenteraan di ambil sebagai pandua tetapi kita perlu ingat mereka yg masuk dalam bidang ketenteraan mmg dah dsetkan minda mereka untuk megalami ketegasan yg bukan kepalang.Dan mereka perlukan mengalami kursus pemantapan minda@brain storming serta mental setting selama 6 bulan.Boleh ker kita menggunakan pendekatan ini kalau masa untuk brain storming n mental setiing mungkin mengambil masa paling lama pun 2 jam?

Atau mungkin aku yg tersalah apndang atau tersilap bicara mengenai pendekatan ini.Harap maafkan andai kata2 ini kurang menyenangkan tetapi aku sekadar meluahkan pendapat dan pandangan.Cuma ingin mebicarakan pendekatan yg sesuai bagi membentuk sahsiah dan peribadi.Bagi memastikan setiapkeringat dan wang yg diaburkan berbaloi dan bermanfaat.Bukan mudah untuk mencari wang tetapi lagi bermanfaat jika dilaburkan untuk mencari secebis ilmu kan?Kerana terputusnya hubungan kita dengan dunia satu hari nanti kecuali 3 perkara iaitu sala satu daripadanya adalah ilmu yg dimanfaa dan disampai2kan kan?

Apapun terpulang kepada individu kerana pada aku ,mengikut cara aku , setiap org mempunyai pendekatan yg bbeza.Aku masih setahun jagung dan berhingus untuk membuat hipotesis dan membentuk ideologi tetapi sekadar luahan pemikiran dan permerhatian.Terpulang atas penerimaan kalian ;)

Secangkir idea , luahan kata
Related Posts with Thumbnails