Alhamdulillah terhasil jua sebuah nukilan buat tatapan pembaca semua.Hari ni kehidupanku penuh terisi dengan pelbagai aktiviti.Pagi dengan meeting tak berhenti , petang menyeksakan anak tekak menjerit di tepi padang rugby dan malam makan buffet di tupai bersama pres n tp KPZ dan juga Muhaimin.ALhamdulillah setelah 8 hari berhempas pulas berfikir dan berlatih,kejayaan bebudak KPZ dalam interkolej rugby terhasil.4 try berbalas kosong.Syukur ke hadrat Ilahi atas kemenangan ini.Namun masih ada yang tercedara.Syakirin berjahit 13 di pelipis.Yg lain injured yang tak berapa serius.Dan alhamdulillah dapat mengelakkan kecederaan parah di kalangan player.Syukur ke hadrat MU
Kini aku duduk seorang diri di blok bestari dan hadir dalam menung ku satu idea.Yang mana dulu aku kerap lakukan.Kekadang teras begitu bodoh dengan keterlanjuranku.Yang mana satu tika dahulu berlaku dalam sejarah hidupku.Dan aku ingin berterima kasih kepada seseorang yang menyedarkan betapa hodohnya perlakuanku itu.Aku bersyukur kerana kehadiranmu dan kerana begitu setia dengan ku.
Aku begitu susah untuk mendekati spesis yang bernama perempuan.Mungkin kerana latar belakang pendidikan yang berorentasikan sekolah lelaki dari tadika hinggalah SPM.Malah dalam hasil2 nukilan ku aku sering meperlekehkan kaum hawa.Bukan bertujuan untuk mengina jauh sekali wujud diskriminasi tetapi berdasarkan pengalaman ku yang tak seberapa bergaul bersama mereka ini.Sewajarnya aku menilai dari keseluruhan , bukan sekadar pengamatan yang tidak seberapa dan cuai.
Di sini aku ingin mengambil kesempatan ( dah macam ucapan hari raya pulak ;p tapi sungguh datang dari hati yang ikhlas ) mengucapkan ribuan terima kasih kepada wani kerana menyedarkan tentang hakikat sebuah kehidupan.Juga Fatimah kerana banyak membantu dan menolong.Sgt rasa bersalah bila dia terjatuh kerana memesan something 2 eat untuk berbuka puasa.Sorry sgt2.
Aku sering mengimpikan mendapat teman hidup yang mampu terima aku seadanya.Mampu susah dan senang bersama dan mampu setia.Sedia menerima sikap baikku , apatah lagi burukku.Dengan sikap cemburu yang sukar dibendung , dengan sikap pemarahku yang sukar dikawal dan sejuta lagi keburukkan ku.Namun aku masih mengharapkan teman yg terbaik buatku.Melengkapkan hidup ku yang rencong
Namun hasrat dihati ingin mendapat seorang yang sempurna.Yang tak menyakitkan hati dan sentiasa manis dengan perlakuan di mata ini.Siapa yang tidak mahu teman hidup sedemikian.Lumrah semua manusia mencari kesempurnaan dan ketenangan.Dan sentiasa mencari yang terbaik atau mungkin yang lebih baik.Kerana itulah seringkali kita dengar manusia tidak pernah merasa puas dengan apa yang ada pada dirinya.Sentiasa ingin menambah dan terus ditambah.
Terfikir.Kekadang bila melihat teman itu duduk bersama dengan lelaki lain waima dalam gambar sekalipun kita akan rasa tergugat.Hati terasa galau.Bila dalam sehari tidak mendengar sebarang khabar mula lah berfikir pelbagai kemungkinan.Seringkali kita melihat kelemahan pasangan kita.Sering mencari sebab untuk menimbulkan syak wasangka dan seterusnya kemarahan.Teringat aku post di blog iqa ( atiqahhanani.blogspot.com ) ttg post men are hard to please
Namun pernah tak kita kaum adam ini terfikir betapa besarnya pengorbanan mereka ini.Mereka ini yang akan memasak , menghidangkan makanan walau penat dengan tugas seharian , tapi kita hanyatinggal makan dan sedawa kekenyangan.Dalam masa yang sama kita mengomen it dan ini tak cukup.Kurang garam la , masakkan tak cukup rasa la.Itu dan ini.Walhal mereka bersengkang mata mengesat peluh bagi menyediakan semua itu.
Seketika tika kita duduk mentelaah buku mahupun menyambung kerja dari pejabat yang dibawa balik ke rumah , mereka ini yang setia menemankan , ada disisi.Sampai tersengguk2 menahan kantuk.Malah dalam keletihan sempat menyediakan air kopi untuk menjadi halwa tekak kita.Bila mereka ini bertanya sesuatu , kita tidak mengendahkan malah menyuruh diam kerana tidak mahu di ganggu konsentrasi.Terkulat2 mereka ini menahan perasaan.Dan kala itu setitik air mata jernih mengalir namun kita tidak sedar atau sengaja tidak mengendahkan.Wanita dan air mata tidak dapat dipisahkan.
Di kala waktu pejabat , mereka menghubungi sekadar ingin bertanya khabar , namun kita kurang senang dengan itu , mengatakan kita sibuk dengan tugasan pejabat walhal tika itu kita hanya berborak dan bersembang kosong bersama rakan.Mereka menyediakan bekal untuk kita walau terpaksa bangun seawal mungkin semata2 untuk menyediakan bekalan tersebut , walau dalam kantuk yang menyerang.Namun kita sekadar memandang sepi akan semua pengorbanan itu.
Jika rumah berselerak , atau ada yang kurang di mata , kita sering mengherdik dan memarahi tanpa mahu menolong atau sekurang2nya bertanya dengan sopan.Tanpa kita nilai kepenatan , kesibukkan dan kekangan lain.Betapa kejamnya kita sebagai lelaki dan betapa malangnya mereka ini mendapat lelaki sedemikian.
Pernah tak kita terfikir , semasa kita mengambil mereka ini sebagai teman hidup betapa riangnya kehidupan mereka sebelum ini bersama keluarga mereka.Sepanjang mungkin 25 tahun mereka hidup dalam gelak ketawa disamping keluarga , bila tiba di tangan kita , mereka terpaksa hidup dalam duka dan air mata.Namun tiada bantahan kerana itu yang mereka rela.Itu yang mereka pilih dan hendak atau tidak itu lah kehidupan yang mereka terpaksa lalui.
Sejnak kita renungkan , apalah salahnya jika kita pun sama2 turun padang membantu apa yang patut.Apakah salahnya jika kita kawal sedikit perasaan cemburu dan marah demi kerana insan yang kita sayangi dan cintai,Bukankan pengertian bila bersama itu adalah perkongsian.Salahkah kiranya kita meruntuhkan tembok ego yang selama ini berdaki di dalam diri kita.Bersama2 mengharungi hidup , susah dan senang , penat dan letih , sibuk dan senggang bersama2.Fikir2kan lah
Secangkir idea , luahan kata
blog perkongsian.menjeritkan idea perkongsian bersama.pelawat bebas melontarkan idea bagi berkongsi pendapat.namun sila hormat jika ingin kami hormatkan anda... salam ukhwah
Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts
Saturday, August 7, 2010
Trilogi lelaki
Labels:
iNi CeRITa aKu,
life,
motivasi,
xperia a.k.a xperiance
Tuesday, July 20, 2010
UTM...KERANA TUHAN UNTUK MANUSIA...
Akhirnya…sudah hmpir 3 mggu ak berada d UTM skudai…Minggu Transformasi Mahasiswa (oraintasi) yag amat memenatkan…walaupun sudah dibertahu mggu itu tidak wajib..taP ia seakan2 secara mengautomatic diri ini mewajibkannya…..1st day da xpegi…bosan yag amat sngat terperap dalam bilik jew xtau nk wat apew…hahaha…jaD berlalu laa MTM itu dgan penuh pengisian dan input2 yag bg aku amat berguna bg freashie mcm ak nh…so mggu tu berakhir degan sukan penutupan MTM…ak sekadar menjaD penyorak utk budak2 tarik tali (sampaikan jamtngan ak putus dan xdpt digunakan lagi..sedey,jam kesyangan)..abes jer semua MTM yag memenatkan itu…aper lagi…enjoy!!!! Hahaha
Ak keluar dgan rumate ak yag berasal dari Kelantan nh,ceraq dan mereka ini fais,sema,asyaf,afif,giro dan miro ke city square,CS (dak2 JB duk bngga sangat nh laa)..sO jalan2 laa ktorg megenal tmpat baru…bg ak,xde mende nk dbnggakan(klu nk dbandingkan dgan mid valley laa) kat cini..biasa2 jew…sblum mgrib,ktorg g makan,bapak mahal..ak sepinggan nasi + ayam goring,ngan tauhu n ader sambal sket kene charge RM8.50…ak agak menyirap jugak laa(klu nk dikutkan nk jew cmpak kat muka cashier tue)..taP aperkan daya…ak dtmpat orag..dgn berat hati,ak pon byar laa,lapar dan malas nk mendengar potpet makcik casher tue.(balasan kot sbb duk kutuk dak jB hehehe)….sblm balik,sempat ak mmbeli sweater Giordano yg harganya RM60(da lama berkenan nk nh…sementara adew duit…angkat laa..hehehe)…sampai kolej,bum terus2 tito..hahaha..(penat)
ini laa City Square...
sO 1st wek kelas,amt amt boring…mcm xmsuk kelas pon adew…masuk2..lec perkenalkn diri,pastu abes…xmsuk terus pon adew gak…hahaha..padahal jadual ak pnuh kot…hehehe…berkenal laa ak dgan budak2 sekos ak (geomatik engnering)…so far soO gud…
Ujung mnggu lak adew aktiviti kolej…ak join night walk(bnyak agi,taP x berkesempatan,bz dgan urusan lain) peh besh giler…melepas gian nk msuk utan(teringat kat kem kaizen)…soO dalam utan tue,x laa mencabar snagt…landai jew..kejup2 jew jumpe bukit2 lurah2(xberapa curam pon)…ak org yag ke-12(time ak masuk,yg 1st xkuar agi smpai jurulatih2 situ tembak flares kat udara bg cerah jalan) agak menarik,dengan pontianak,hantu bungkusnya,lagsuir,bau kemenyan (bg sesiapa yg x biasa mmg agak meakutkan laa) yang bg ak cukup menjadi(mremag bulu roma)…aku keluar dari utan tue 30mnt kmudiannyr…lepas tue jew…kedengaran jeritan2 ketakutan dalam tue(seram sey)….ktorg abes pukul 2 pg..
Esoknya ak dijemput ke mjlis ramah mesra kelab foto kreatif dan keesokkan harinya pulak ak diminta hadir ke kelas bimbingan fotokretif…ktorg diajar mengunakan camera manual slr (Nikon FM10…pkai film)..ak belajar mcm maner nk set aperture, shutter speed,iso, n bagaimana nk amk gmbr yg menarik…besh giler…sehari suntuk ktorg mgmbil gmbar (thnx toO abg farez, wani, zaim, wawa, nadrah, azie.. very fun day wit u all) dgan task2 yag diminta ktorg ambil yag akan di bincang kan dalam kelas bimbingan seterusnya.
Nikon FM10...oldskol gler...
abah mama duan nk camera nikon D90 nh!!!!..hehehe =D
Mggu ketiga daa kat utm nh..rindu kat umah..komputer(biler ntah nk bwak kt UTM nh),ainun nisa,along, ada, alep, abah, mama,kem kaizen,team bubble letters, kt mcd,si dia,TV,tenet(slow nk mmpus kt sini)..kelas sudh seperti biasa..lectrer da start mgajar…pagi2 kene tnggu bus,taP ak prefer berjalan ke fac 10mnt jew pon…hehehe…itu laa ceritanya…sekadar memenuhkan blog nh…hahaha..pen off~~
Labels:
iNi CeRITa aKu,
life,
meraban aka melalut
Subscribe to:
Posts (Atom)