Bagi iqa yang paling penting adalah fikiran kita.. apa2 yang kita buatpun, kalau fikiran kita kata yang negative jer, pasti semangat sentiasa tak akan kuat. Kena sentiasa sematkan dalam fikiran yang setiap ujian/halangan yang berlaku setiasa ada hikmah disebaliknya. Hikmah yang datang dalam pelbagai bentuk. Tuhan Maha Mengetahui.. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Dia tahu kemampuan kita untuk menghadapi segala yang telah Dia tetapkan untuk kita. Dia takkan bagi cabaran yang takkan kita mampu hadapi. Dia takkan menganiaya hamba2nya...sentiasa sematkan positive thinking.. InsyaAllah, tak lama selepas itu pasti kamu akan ketemu kemanisan ujian itu..
blog perkongsian.menjeritkan idea perkongsian bersama.pelawat bebas melontarkan idea bagi berkongsi pendapat.namun sila hormat jika ingin kami hormatkan anda... salam ukhwah
Showing posts with label atiqahhanani. Show all posts
Showing posts with label atiqahhanani. Show all posts
Thursday, November 4, 2010
camner nak kuatkan semangat???
Labels:
atiqahhanani,
motivasi,
pemikiran,
xperia a.k.a xperiance
Monday, June 14, 2010
result. again.
Yeay, result ku sudah diketahui dan alhamdulillah ia melangkaui jangkaanku.. walaupun takderlah setinggi rakan2 ku yang lain, tapi diri tetap bersyukur. Hati makin kuat, diri telah tekad, akan ku buru impianku itu. insyaAllah, dengan izinNYA.. pada rakan2 yang mungkin kecewa dengan result masing2, percaya dalam hati, terdapat pelbagai hikmah disebaliknya, hidup umpama roda, kadang diatas, kadang dibawah. Segala yang telah berlaku ada kebaikan yang kita sebagai hambaNYA tak pernah terfikir pun. Yang paling penting kita tidak berputus asa. Kerana insan yang berjaya adalah insan yang berjaya bangkit daripada kegagalan. Dan kepada yang berada di atas, jgn leka dan terlena, kerana dalam masa sesaat, kita boleh kembali jatuh tersembam dalam medan kehidupan ini!
Labels:
atiqahhanani,
motivasi,
Random
Friday, May 28, 2010
TOT (train of trainers)
Semua dah sedia maklum yang saya dan ahli thebubbleletters yang lain telah menjalani program TOT (train of trainer). Program yang berlangsung selama 6hari ni memberi seribu satu pengalaman bagi diri kami sebagai jurulatih yang masih lagi bertatih. Kami didedahkan dengan aktiviti meredah hutan, berkayak, merentas halangan, menguji trek jalan malam, dan membaca kompas. Oh, kami juga belajar berenang. Takde la mahir sangat, Cuma sekarang takdelah cemas kalau kepala tu dalah ada dalam air. Masih perlu banyak berlatih. Tiba2 hati ni terasa kosong dan terdetik, kerdil nya diri kerana banyak lagi ilmu tuhan yang masih diri ini belum dipelajari. Berjanji pada diri sendiri agar tidak sesekali cuba membangga diri atau bongkak kerana kita sebenarnya hanya mahir dalam secubit sahaja ilmu tuhan.
Kalau nak diceritakan satu persatu semua yang telah dilakukan sepanjang kursus, takut semua penat nak membaca sebab terlalu banyak yang berlaku dalam masa 6 hari kursus TOT ni berlangsung. Lagipun, jurulatih2 yang lain karang dah macam novel bersiri dah apa yang berlaku sepanjang 6 hari tu. So biar saya tulis secara kasar jelah yer. (tapi bukan dalam bahasa kasar tau, jgn salah paham. Hehehe)
Berbalik pada aktitvi tot kami, sepanjang kursus ini Abg Amer aka Deadpoets selaku jurulatih kami banyak berkongsi ilmu yang perlu diketahui oleh seorang jurulatih. Kami diajar tentang kelengkapan penting yang perlu dibawa apabila masuk hutan, bagaimana nak menghadapi binatang, cara nak buang pacat, cara nak handle org pengsan, apa yg perlu dilakukan jika sesat dan bermacam lagi. Apa yang paling penting yang selalu ditekankan oleh abg adalah kena sentiasa bersedia untuk the worse scenario yang akan berlaku. Seorang jurulatih kena sentiasa berfikir beribu langkah kehadapan berbanding peserta. Selalu berlegar di gegendang telinga ni “think out of the box!”
3 hari berkursus, dan 3hari kemudian kami mempraktikkan apa yang diajar. Yup, memang 3hari sebelumnya banyak melatih kami dalam menghadapi 3hari seterusnya, tapi 3hari yg terakhir tersebut mengajar 1 lagi subjek yang tak boleh diajar secara detail oleh abg amer pada 3hari sebelumnya, iaitu menghandle peserta. Bukan maksud saya untuk mengatakan abg amer tak ajar, memang ada ajar dan sangat diberi penekanan tentang cara untuk handle budak, tapi bila kita dah mengalaminya sendiri, baru kita boleh tahu, belajar dengan lebih mendalam lagi. Nampak macam senang, tapi bila dah berurusan dengan manusia yang sememangnya dijadikan tidak sama dengan yang lain, sangat memerlukan kamahiran yang tinggi. Saya sendiri bergelut dengan emosi dalam menghadapi mereka. Bukan mudah bila berurusan dengan manusia. Kalau dengan makhluk asing lagi tak terurus rasanya. Haha.
Rasanya ini saja yang bisa saya coretkan untuk aktiviti kali ni. Tak dapat diungkapkan dengan kata2 segala pengalaman yang tersemat. Kalau nak tahu dengan lebih dalam, jom la rasakan sendiri. Setakat baca pengalaman orang lain tak rasa beb! Hehe. Kami sangat mengalu2kan mereka2 yang berminat dalam aktiviti macam ni. Jika ada apa2 pertanyaan atau cadangan, bolehlah hubungi kami ok? Dah macam iklan radio la pulak.

Tuesday, May 4, 2010
Susah v Senang
Salam.. erkk… saya memang sangat2 fail dalam bab2 pembuka kata ni. Kalau main terus hambur je boleh tak? Boleh ke tak boleh ke, korang kena terima je lah kan, sebab ini blog saya. Opss, tak, ini blog kami. Sori bigbos. Hehe. Takpe, bigbos sangat sporting okeh. Plus sangat baik hati + pemurah + peramah + penuh dengan ciri2 suami soleh *sambil mengipas2 bigbos*. Our bigbos single lagi ni. Ada sesiapa yang nak berkenalan dengan dia tak? Lelong! Lelong! Haha. Gurau2 jer bigbos! *muka cuak takut bakal dibalas dendam*
Ok, cukup2 sesi mengusik bigbos. Nanti dia naik hantu, saya jugak yang menjadi mangsa. *saper suruh ko kacau dia atiqah? Nak kena luku ni* hehe. Hurm.. alhamdulillah, sudah hampir seminggu berakhirnya liku-liku hidup sebagai mahasiswi semester 4. masih ada 4 semester untuk diterjah dugaannya. *tiba2 lagu Hujan- ‘Dugaannya’ bermain difikiran.* masih banyak perlu ditempuhi, dipelajari. Sentiasa merasakan masih banyak kekurangan dalam diri.
Hurm… Beberapa minggu lepas, semasa masih berada didalam minggu peperiksaan, saya berborak dengan beberapa pelajar junior yang sama jurusan dengan saya, mengadu tentang subjek yang susah dalam jurusan kami. Borak punya borak, mereka kata nak tukar jurusan. Bila ditanya kenapa, sebab banyak subjek susah. Takut takleh score. Saya hanya boleh geleng kepala. Lalu ku lontarkan soalan ini kepada mereka,

Jurusan mana yang senang?Mereka diam, menggaru kepala yang sangat obvious xgatal, kemudian keluarkan beberapa jurusan yang terlintas dalam fikiran mereka. Aku menggeleng lagi. Sesungguhnya mereka memandang sebelah mata tentang jurusan tersebut.
Saya: senang ker jurusan tu?Kesusahan dan kepayahan dalam membuat sesuatu adalah hanya mainan minda. Minda pula adalah salah satu anggota tubuh kita. Kita mengawalnya. Jadi kita boleh mengawal kesusahan dan kepayahan. Jangan sesekali memandang rendah pada jurusan lain. Tahap kesusahannya sama sahaja. Tapi tahap penerimaan setiap individu itu berbeza. Jikalau seseorang itu minat, rajin, dan memandang positif terhadap jurusan tersebut. Tahap kesusahan yang diterimanya kurang berbanding orang yang memandang jurusan itu secara negatif, tidak minat, membenci atau tidak mempunyai usaha untuk mendalaminya. Bukan setakat berkenaan jurusan ni saja. Semua benda begitu. Kalau kita dah set mind untuk rasa susah, susahlah dia. Kalau kita rasa dia senang, senang lah dia. Semua bergantung kepada diri kita. Kita yang mengawalnya, bukan dia mengawal kita.
Mereka: saya rasa senang jer kak. Alah, sastera. Bukan susah mana pun.
Saya: dik, bagi akak itu lah yang susah, mereka belajar teori sastera, lepas tu diorang kena kaji novel or penulisan2 dan kaitkan dengan teori yang diorang belajar. Novel bukan novel cintan-cintun yang adik2 baca tu. Novel2 tu novel yang mutu bahasanya tinggi. Novel2 yang lebih tersirat dari yang tersurat. Kalau minat takper, ini kalau tak minat susah.
Mereka: kalau sains pembangunan manusia macamaner kak?
Saya: itu pun sama, nampak macam senang. Dan subjek itu bagi akak interesting, tapi akak tak sanggup nak amik sebab akak bukan type reading person. Jurusan tu more kepada kajian tentang psychology manusia. Banyak teori kena belajar, banyak yang kena hafal. Kaitkan dengan kehidupan manusia, bla…bla…bla…
Mereka: so, jurusan apa yang senang kak?
Saya: tak ada jurusan yang senang dik. Nak berlari pun susah. Si bayi comel terpaksa mengalami proses menyiarap, merangkak, berdiri, berjalan, baru boleh berlari. Kita nak belajar masak pun susah. Masakan hangit, terlebih garam, itu semua proses dalam pembelajaran.Tiada apa yang senang dalam dunia ni. Tak salah kalau terasa nak tukar jurusan. Tapi kalau semata-mata tukar jurusan kerana jurusan sekarang ni susah. kamu bakal menerima padah. Melainkan, kamu memang minat jurusan yang baru tersebut, kamu sanggup menghadapi kesusahan dalam jurusan baru tersebut, kamu bebas untuk bertukar jurusan.
Labels:
atiqahhanani,
motivasi,
xperia a.k.a xperiance
Monday, May 3, 2010
post pertama
our bigbos dah bising dah tang bila nak menconteng *bukan menconteng arang tau!* di dalam blog ni. sori lah bigbos. masih lagi kekurangan idea la. kekusutan emosi jiwa dan raga menyebabkan semuanya terbantut seketika. *cuba buat muka kesian bagi meraih simpati bigbos* masih dalam proses mengumpulkan idea2 untuk mencoret dan menconteng. ingat nak menconteng tak perlu idea ke? perlu tahu. walaupun saya ni banyak cakap aka bertih jatung bak kata bigbos, tapi bab2 menilus dan mengarang ni saya lemah sikit. entah kenapa. kes jari jemari banyak menekan butang backspace dah selalu dah dalam kamus hidup saya sebagai seorang blogger yang tak berapa tegar. hehe. ok. sekarang dah mula merapek meraban. baik saya stop dulu daripada jauh meraban ke reban ayam lagi. oh, 10hb ni kem kepimpinan dan survivor akan dijalankan. it was my first time terlibat dengan kem ni. hope semua akan berjalan lancar. cuak semestinya melambak2 di ruang dada ni. doakan semua berjalan lancar ok? ^_^
Labels:
atiqahhanani,
meraban aka melalut,
Random
Subscribe to:
Posts (Atom)