Angin laut yang terus berbisik di Teluk Bidara ini adalah bicara tentang kehidupanku. Di sinilah sewaktu kecil, aku lelah bermain-main mengejar ombak dan anak-anak ketam yang sedang berlarian di pasir pantai. Di sini jugalah, aku akan terus berbicara tanpa jemu tentang laut, ikan, sotong, udang, si camar, terumbu karang, ombak badai, gelombang laut, sang helang berdada merah dan tentang segunung harapan di hatiku. Di pantai Teluk Bidara inilah angin dari Laut China Selatan akan terus berbisik tanpa henti. - Upenyu
Showing posts with label Cerpen HIV AIDS. Show all posts
Showing posts with label Cerpen HIV AIDS. Show all posts
Sunday, May 22, 2011
Cerpen saya "Kemaafan Ayah" tersiar di majalah Aniqah edisi Jun 2011
Salam.
Cerpen saya bertajuk "kemaafan Ayah" telah tersiar di majalah Aniqah edisi Jun 2011. Cerita berkenaan sikap seorang anak yang terhadap ayahnya yang menghidap AIDS. Cerita saya tersiar mungkin kerana bersesuai dengan Hari Ayah yang diraikan pada setiap Jun. Terima kasih kepada Editor majalah Aniqah.
Tuesday, July 7, 2009
Rebah di penghujung lorong gelap
Gambar "rain" oleh rymza
Kesakitan itu tidak tertanggung lagi, ia menjalar ke seluruh anggota badannya. Mencucuk-cucuk di semua urat sarafnya. Tidak terucap lagi kesakitan itu dibibirnya. Ubat antiretrovial yang sudah seumpama makanan harian baginya tidak lagi memberi kesan. Ubat itu sekadar menangguh sedikit sahaja lagi usianya, tidak lebih dari itu. Dia hanya mampu terbaring kaku menunggu saat-saat kematian. Saat kematian yang boleh datang bila-bila masa sahaja. Entah sekejap lagi, entah esok, entah lusa. Dia tidak tahu. Dia hanya menunggu saat itu datang.
Matanya dipejamkan rapat-rapat. Bayangan dosa-dosa silamnya datang menerjah satu persatu bersilih ganti. Bayangan itu terus menghantuinya dengan wajah yang mengerikan. Wajah itu sentiasa hadir menganggunya setiap kali dilelapkan mata. Gambaran yang datang hanyalah hitam pekat penuh dosa. Apakah tu tanda dia tidak diampun tuhan.
”Kau kenal aku siapa? Kau kenal wajah hodohku ini.? Aku ini adalah dirimu. Lihatlah wajahku. Wajah yang kau palitkan dengan dosa dan noda. Lihatlah betapa jijiknya wajahku. Wajah inilah yang akan kau bawa bertemu denganNya“.
“Lihatlah lendir dan nanah busuk yang mengalir dari seluruh tubuh kotorku ini. Mengapa kau perlakukan aku begini! Mengapa tak kau kasihani aku! Mengapa kau kejam pada aku! Mengapa! Mengapa!”
”Bukan aku ini dirimu yang hakiki. Bukankah diriku ini dirimu yang sebenarnya. Bukahkah diri ku ini adalah diri mu yang akan kau bawa ke alam yang kekal itu. Kenapa kau kejam pada aku! Kau terimalah pembalasan ini. Kenapa kau turutkan nafsu yang membawamu ke lembah kebinasaan.’’ Suara dari wajah hodoh itu tajam menerjah keras ke telinganya.
“Cukuplah, jangan kau ganggu aku lagi. Aku mohon keampunanNya. Aku mohon kemaafanNya. Cukuppp!!!!“ jeritnya. Tiada suara apa yang keluar dari mulutnya.
“Hahahahahahahaha!!!!!“ Hilai ketawa itu bergema di seluruh wad itu.
Wad itu kembali hening. Sunyi. Semuanya kaku dan membisu. Seorang jururawat datang lagi ke sisinya untuk melakukan rutin yang perlu dilaluinya setiap tiga jam. Hanya untuk menelan ubat-ubatan itu yang tidak lagi memberi apa-apa harapan. Dia hanya membatu. Yang dia tahu, dia hanya menunggu saat-saat kematian. Dia terus terbaring kaku. Hanya ada kerlipan mata. Kosong!
Matanya dipejamkan rapat-rapat. Bayangan dosa-dosa silamnya datang menerjah satu persatu bersilih ganti. Bayangan itu terus menghantuinya dengan wajah yang mengerikan. Wajah itu sentiasa hadir menganggunya setiap kali dilelapkan mata. Gambaran yang datang hanyalah hitam pekat penuh dosa. Apakah tu tanda dia tidak diampun tuhan.
”Kau kenal aku siapa? Kau kenal wajah hodohku ini.? Aku ini adalah dirimu. Lihatlah wajahku. Wajah yang kau palitkan dengan dosa dan noda. Lihatlah betapa jijiknya wajahku. Wajah inilah yang akan kau bawa bertemu denganNya“.
“Lihatlah lendir dan nanah busuk yang mengalir dari seluruh tubuh kotorku ini. Mengapa kau perlakukan aku begini! Mengapa tak kau kasihani aku! Mengapa kau kejam pada aku! Mengapa! Mengapa!”
”Bukan aku ini dirimu yang hakiki. Bukankah diriku ini dirimu yang sebenarnya. Bukahkah diri ku ini adalah diri mu yang akan kau bawa ke alam yang kekal itu. Kenapa kau kejam pada aku! Kau terimalah pembalasan ini. Kenapa kau turutkan nafsu yang membawamu ke lembah kebinasaan.’’ Suara dari wajah hodoh itu tajam menerjah keras ke telinganya.
“Cukuplah, jangan kau ganggu aku lagi. Aku mohon keampunanNya. Aku mohon kemaafanNya. Cukuppp!!!!“ jeritnya. Tiada suara apa yang keluar dari mulutnya.
“Hahahahahahahaha!!!!!“ Hilai ketawa itu bergema di seluruh wad itu.
Wad itu kembali hening. Sunyi. Semuanya kaku dan membisu. Seorang jururawat datang lagi ke sisinya untuk melakukan rutin yang perlu dilaluinya setiap tiga jam. Hanya untuk menelan ubat-ubatan itu yang tidak lagi memberi apa-apa harapan. Dia hanya membatu. Yang dia tahu, dia hanya menunggu saat-saat kematian. Dia terus terbaring kaku. Hanya ada kerlipan mata. Kosong!
II
Kipas meja itu berpusing ligat, tahap maksimum hingga bergegar dibuatnya. Angin yang dihasilkan menghembuskan kuat ke wajahnya. Sejuk terasa. Rahmat terbaring lesu. Matanya memandang ke atas. Dua tiga ekor cicak dilihat berkejar-kejaran untuk menangkap serangga yang berkeliaran di lampu.
Dia bangun lalu menuju ke tingkap. Langkahnya lesu. Dibukanya cermin tingkap. Angin malam lembut menerjah masuk, menampar wajah lesunya. Hatinya keluh kesah. Rasa marah hadir bagai ombak yang mengulung ganas.
Direnung ke luar jendela. Wajah malam terhias indah dengan limpahan lampu jalanan dan lampu sinaran dari kenderaan yang bertali arus. Hujan masih lagi membasahi bumi walau tidak selebat sebelumnya.
“Abang, ayah sakit.! Abang tak jenguh ayah ke? Sampai hati abang! Kalau apa-apa jadi pada ayah, abang jangan menyesal!” Kata-kata Yati, adiknya berulang-ulang bermain di fikirannya, bagaikan pita rakaman yang terpusing tanpa henti di segenap ruang fikirannya.
”Ah! persetankan!” Bisik hatinya.
Dia merebahkan kembali tubuhnya ke katil bujang. Berkeriuk katil kayu usang itu. Katil tua yang sepatutnya telah diganti dengan katil baru yang lebih baik dan selesa. Katil inilah yang menjadi teman tidurnya. Walaupun usang dan sering mengeluarkan bunyi tiap kali dia mengolekan badannya, tidak terlintas dihatinya untuk menggantikan dengan yang baru. Bunyi bising itu tidak pernah mengganggu malah seringkali menjadi penghibur.
“Kau tau tak? Selama ini, hidup abang amat terseksa!” Nafasnya bergerak-gerak, turun dan naik menahan kemarahan yang lama terpendam.
”Ayah kita tu kau tahu tak siapa? Dia tu pondan, makyah, bapuk!” Jeritnya, bagaikan melepaskan pendaman dihatinya.
“Abang, tak kira siapa ayah sekali pun, dia tetap ayah kita. Dia tetap ayah kita bang. Ayah kandung kita. Ayah cuma ada kita berdua je.” Balas adiknya.
Titis air mata mengalir di pipi adiknya. Melukakan hati adiknya itu samalah dengan melukakan hatinya sendiri. Tapi api kemarahannya masih meluap-luap. Dia memang tak akan memaafkan ayahnya. Sampai bila-bila pun tidak akan dimaafkan. Dendam itu telah lama terperam kejap. Telah terlalu lama dendam itu terbuku di hatinya, bahkan telah menjadi seumpama daki-daki hitam yang tak mudah terhapus.
”Pasal ayahlah, ibu mati. Kau dah lupa ke Yati?” Keluhnya perlahan. Dia mengeluh. Tidak berniat untuk berkasar dengan adinya sendiri tadi. Tapi dia memang tersiksa. Terlalu lama tersiksa hingga menjadikan dirinya seorang yang pendendam..
Kemarahan yang terlalu lama terpendam di hatinya mula memuncak apabila ibunya sendiri akhirnya menjadi mangsa AIDS akibat hasil dari pembawa ayahnya sendiri. Malangnya, kematian ibunya langsung tak membawa apa-apa erti pada si ayah, malah terus hanyut dalam dunia sonsangnya.
”Abang tak akan maafkan ayah, walau apa yang terjadi!” bisiknya perlahan ke telinga adiknya. ”Abang dah cukup menderita dari sejak kanak-kanak hinggalah ke zaman persekolahan kerana dihina sebagai anak seorang pondan yang ayahnya boleh ditemui di lorong-lorong gelap di kota ni.”
Bayangan sering dipermainkan rakan-rakan sekolahnya masih menebal. Malah ramai juga yang mengejeknya, yang dia akan turut mengikut jejak ayahnya menjadi pondan di lorong-lorong gelap.
”Jenguklah ayah di hospital bang, jenguklah walaupun untuk sesaat. Ayah tak punya banyak masa. Virus HIV itu akan membunuh ayah. Dia dah nazak. Pergilah abang tengok dia cepat mohon keampunan semasa masih ada waktu.” Rayu adiknya lagi tanpa putus asa.
Dia hanya mendiamkan diri. Fikirannya menerawang jauh menembusi batas-batas langit malam. Ada kata-kata yang ingin dilontar, kata-kata yang muktamat.
”Abang dah buang ayah jauh-jauh dari hidup abang!” katanya perlahan.
III
Dia berdiri di situ kaku. Merenung jauh lorong gelap ternama di ibu kota. Lorong gelap yang malamnya cukup meriah dan indah buat mereka yang memburu kenikmatan sonsang. Matanya melilau mencari susuk tubuh yang ingin ditemui. Tiada. Tidak mungkin! Dia pasti ayahnya mesti ada di sini. Mana lagi ayahnya akan pergi kalau tidak ke lorong gelap ini.
“Hai sayanggggg…..” terdengar surau garau yang dimanja-manjakan menyapa dia. Dia tersentak bila terasa dipeluk seseorang dari belakang. Secara keras dia menguraikan pelukan itu, lantas menolak seseorang hinggá terjatuh.
“Adooii..!!! Sakitnya kaki aku!!” Suara lembut tadinya menjadi garang dan garau. “Wooii jantan tak guna! Ingat baik sangatlah tu. Kalau baik, buat apa datang kat sini. Ini tempat pondan cari makan tau! Pergi kau berambus dari sini.” Seraya membaling sesuatu ke arahnya. Mujur dia sempat mengelak.
”Sudahlah Mak!! Jantan tu cari akulah. Dah kau pergi cari jantan lain.” Satu suara yang seakan dikenali menyampuk. Susuk tubuh yang berambut panjang kekuning dikenakan pula satu skirt pendek biru menarik tangannya ke satu arah. Puluhan mata memandang ke arah mereka berdua.
”Feewwiiittttt..!!! kedengaran siulan nakal dari kejauhan.
”Siapa yang suruh kau datang sini!” Dia dijerkah kasar. Satu tamparan hinggap dipipinya.
”Ayah dah kata, kau jangan sesekali datang ke sini! Kau faham tak?”
Baru dia sedari, tu ayahnya. Di lorong yang gelap ini, memang langsung tidak dikenalnya bahawa itu adalah ayahnya. Malam minggu bagi ayahnya adalah suatu yang amat dinanti. Ketika itulah sifat kejantanan ayahnya akan hilang diganti sifat kelembutan yang tidak wajar.
”Ayah..! Apa ni ayah.. ayah tak malu ke pakai macam ni, tambah pulak dengan rambut palsu macam ni.? Cukuplah tu Ayah. Ayah tak insaf lagi ke atas apa yang berlaku pada Mak! Rahmat malu dengan sikap ayah ni.” Ujar Rahmat sambil mengusap pipi yang ditampar ayahnya tadi.
“Kau jangan nak mengajar aku. Siapa yang suruh kau datang ke sini malam-malam buta, macam ni.” Ayahnya medengus. “Kau jangan nak ambil tahu apa yang ayah buat?”
“Sudahlah tu ayah, mari kita balik. Cukuplah dengan apa yang dah berlaku selama ni. Tak payahlah ayah buat lagi kerja-kerja hina macam ni. Rahmat dah berkerja. Rahmat boleh jaga ayah!” Rahmat merayu pada ayahnya.
“Kau balik sekarang!!” Jerit ayahnya.
“Baiklah, saya balik. Tapi lepas ini kita dah tak ada apa hubungan lagi. Kau bukan lagi ayah aku!!!” Jerit Rahmat sambil berlari meninggalkan tempat itu.
IV
Ruang lobi hospital pada waktu lawatan sebelah petang memang sentiasa sibuk. Orang ramai yang datang untuk melawat, kakitangan hospital, jururawat dan para doktor berpusu-pusu menuju ke pelbagai arah. Anak-anak kecil berlari-lari saling kejar mengejar di antara mereka di ruang lobi itu.
Rahmat berlegar-legar sendirian di ruang lobi hospital. Inilah kali pertama dia sampai ke sini. Dia keresahan. Telah lebih dari satu jam dia berada di situ. Berat hatinya untuk melangkah naik ke wad yang berada ditingkat lima hospital. Perasaannya masih berbelah bagi.
Sudah tiga bulan ayahnya dirawat di hospital itu, tidak sekali pun dia datang melawat. Sudah berkali-kali adiknya menyampaikan permintaan ayah untuk berjumpa dengannya buat kali terakhir. Bukan tiada rasa kasihan dan sayang pada ayahnya yang sedang terlantar sakit, tapi rasa marahnya masih meluap-luap.
Dia segera menyembunyikan diri sebaik terlihat kelibat rakan-rakan sekerja ayahnya yang datang melawat. Sengaja dia menyembunyikan diri untuk mengelak dari bertembung dengan mereka. Dia tidak mahu ditanya tentang ayahnya.
“Biarlah mereka mengata apa sahaja tentang aku. Biarlah mereka menuduh aku sebagai anak yang tak mengenang budi. Biarlah mereka menuduh aku sebagai anak yang derhaka, aku tetap terima. Mereka tak pernah tahu penderitaan yang aku tanggung selama. Mereka tak tahu penghinaan yang aku terima selama ini. Mereka tak tahu. Mereka tak pernah ambil tahu. Mereka tak pernah bertanya. Jadi biarlah apa yang nak mereka kata sekali pun, aku tak peduli.“ Bisik hatinya.
Disebalik rasa marah itu, keinginan untuk melihat ayah tetap datang bersilih ganti kerana itu juga, dia memberanikan diri jejakan kakinya ke hospital ini. Namun untuk menjenguk ayahnya, dia belum ada kekuatan untuk menentang amarah dan egonya sendiri. Segalanya bagai badai mengulung dan menghempas pantai hatinya.
Setiap kali dia keinginan menjenguk ayahnya datang, wajah arwah ibunya hadir menerpa difikirannya. Jelas terbayang dimatanya penderitaan maha hebat yang dilalu oleh arwah ibunya. Wanita sebaik ibunya menjadi korban angkara nafsu songsang ayahnya. Dua tahun menderita, akhirnya ibu meninggal di hadapannya. Kasihan ibu. Dia menangis mmeratapi kematian ibu dengan seribu dendam yang membara di hati.
"Semudah itukah aku akan memaafkan ayah. Bagaimana dengan penderitaan dan penghinaan yang aku alami selama ini. Mengapa perlu aku memikirkan perasaan ayah saat ini, sedangkan selama ini ayah tidak pernah memikirkan hati dan perasaanku. Mereka tak mengerti. Aku yang mengalami.” Desir hatinya.
Perlahan dia duduk di kerusi empok yang tersedia itu. Kepalanya dilentukkan ke kepala kerusi bersalut baldu itu. Dia pejamkan matanya rapat, nafasnya dihela. Ingin segera dilupuskan dendam yang lama terbuku di hatinya.
V
Suasana wad itu hening. Sesekali kedengaran bunyi tapak kaki para jururawat berjalan antara katil-katil pesakit. Tidak seperti wad-wad yang lain, wad ini memang terkawal. Tiada siapa yang bebas ke sana ke mari. Mereka yang menghuni di sini semuanya pesakit-pesakit yang menghidap penyakit merbahaya. Tiada penawar, tiada ubat. Kematian adalah penghujungnya.
Sudah tiga bulan dia terlantar disitu. Penyakitnya kini makin menular. Kalau dulu dia masih boleh mengarak anggota badannya, kini semuanya kaku. Tiada lagi suara yang mampu dituturkan. Tiada lagi kekuatan walau untuk sekadar mengerakkan jarinya. Menyedut minuman pun dia tidak lagi mampu. Hanya saluran tiub yang menyalurkan air ke badannya. Badannya yang kursus hanya tinggal tulang-tulang sahaja dipenuhi nanah dan lendiran yang sentiasa mengalir keluar ditambah dengan bau yang menyesahkan hidung.
Tiada siapa lagi yang kini menziarahi dia di situ. Kalau dulu waktu mula dimasukkan ke wad itu, ramai yang datang menziarahi termasuk rakan-rakan dari lorong gelapnya. Kini satu demi satu hilang. Tiada lagi tawa hilai mereka.
Baginya itu semua tidak penting lagi. Mereka boleh datang kalau mereka mahu, kalau tidak biarkanlah. Dia pun tidak memerlukan mereka. Mereka itulah yang menjerumus dan menariknya ke lorong gelap itu. Lorong gelap yang jijik penuh noda.
Cuma yang dia inginkan saat ini hanyalah untuk bersama dengan anak-anaknya. Hanya Yati, anak bongsunya sahaja yang sentiasa hadir dan selalu berada di sisinya. Anaknya itu begitu setia menemaninya. Tiada keluh kesah atau kemarahan yang terlahir diwajah anak bongsunya ini. Anak sulongnya, Rahmat tidak pernah datang melawatnya sejak dimasukkan ke wad
"Abah ingin bertemu denganmu Rahmat. Abah tak punya banyak masa. Esok atau mungkin lusa, malaikat maut akan datang menjemput abah. Datanglah. Abah rindukan kamu. Abah tahu kau marahkan abah.’’ Bisik hatinya.
Dipejamkan matanya. Dia terbayangkan arwah isterinya. Betapa kejam dirinya. Dia mengkhianati kesetiaan seorang isteri. Kasih sayang seorang isteri dibalas dengan virus HIV yang menyebabkan isterinya yang tidak berdosa itu menderita hingga ke akhir hayatnya. Betapa kejamnya dia.
Para jururawat masih setia berada di sampingnya. Setiap masa datang memberi ubat untuk dimakan. Bukan sebiji, malah berpuluh jenis ubat. Dia tidak mahu lagi bertanya tentang-tentang ubat-ubat yang saban waktu masuk ke perutnya. Malahan tubuh badannya sudah tidak kisah lagi walau berpuluh tusukan jarum menikam diserata badannya.
VI
Rahmat terjaga dari lenanya. Dia tertidur di ruang lobi rupanya. Azan mahgrib yang berkumandang dari TV di ruang lobi itu mengejutkan dia. Tiba-tiba dia merasakan sayu. Ada air mata yang mengalir di pipinya. Dia mimpikan ayahnya. Mimpi itu mengerikan. Ayahnya tenggelam dalam lautan nanah yang panas bergelora dengan api yang menjulang-julang. Ayahnya memanggil namanya. Berulang ulang kali namanya dipanggil.
”Rahmat!! Tolong ayah!!! Panasnya tak tertahan!!
Dilihat ayah terkapai-kapai. Dia hanya mampu berdiri. Walau pun dia ingin membantu, tapi terasa ada rantai besi yang mengikat kaki dan tangannya. Dia melihat ayah perlahan-lahan tenggelam di dalam lautan nanah. Hatinya sebak, dihulurkan tangannya, berusaha menolong ayahnya tapi tangannya sendiri yang terbakar oleh bahang panas dari api yang menjulang itu.
``Subhanallah.. Subhanallah..“ Bisik hati. ``Ya Allah, ampunkahlah dosa-dosa ayahku. Aku tidak tertahan melihat dia di seksa begitu.’’
Bahang kepanasan api yang membakar tangannya dalam mimpi tadi masih terasa seolah-olah turut membakar tangannya di alamnya nyata. Dia beristirghfar panjang. Wajah ayah menjelma. Tiba-tiba dia terasa kesal yang amat sangat atas keterlanjuran sikapnya terhadap ayahnya sendiri.
Apa yang dilakukan oleh ayahnya adalah antara urusannya dengan Allah. Dia sebagai anak masih wajib mentaati ayahnya dan tidak menderhaka terhadapnya.
Perlahan-lahan dia bangun menuju ke bilik air untuk berwuduk. Selesai berwuduk dia segera menuju ke surau yang disediakan oleh pihak hospital. Sejadah dibentang, dia mula bertakbir. Tiada sapa lagi untuk dia mengadu kecuali kepada Yang Maha Esa, mohon moga dosa ayahnya diampunkan. Apa lagi yang terdaya dilakukan insan kerdil sepertinya selain mohon rahmat dan keampunan dariNya.
Solat dimulakan. Patah demi patah Al-Fatihah dibaca diikuti dengan ayat lazim. Dia rukuk. Ada air mata yang mengalir. Diteruskan dengan sujud dan seterusnya hinggalah ke sujud yang terakhir. Sebaik salam diberi, telefon yang ada disaku bajunya berbunyi. Diambil telefon itu. Nama adiknya tertera di skrin telefon. Segera dijawab.
"Assalamualaikum... " Dialukan salam buat pemanggil. Hanya esakan yang didengar.
"Abang, datang cepat ke hospital!’’ Terdengar suara cemas adiknya.
”Abang dah ada di hospital.”
”Cepat masuk ke wad. Ayah dah nazak!”
Rahmat segera meninggal surau itu. Terlalu lambat menunggu ketibaan lif, dia segera berlari-lari anak menaiki tangga hingga ke tingkat 5. Sesampai di tingkat segera menuju ke wad khas. Dia sedikit tercungah, mengah kerana menaiki lima tingkat anak tangga.
Dia segera masuk ke bilik khas yang menempatkan ayahnya. Di dalamnya kelihatan dua orang jururawat yang memakai penutup mulut dan sarung tangan getah sedang melakukan sesuatu terhadap ayahnya. Adiknya, hanya tercegat menangis. Dia menghampir adiknya lalu memeluknya.
”Ayah bang!! Ayah dah mati! Ayah dah tinggalkan kita.”
Dia melihat ayah dengan rasa sayu. Badan ayahnya kurus, hanya tinggal tulang-tulang sahaja. Nanah-nanah mengalir keluar dari kudis-kudis yang ada di badan. Bau yang tengik menyerup ke hidungnya. Dia cuba menghampiri tapi di halang oleh jururawat berkenaan.
”Maaf, Encik tak boleh sentuh badan ayah encik. Pihak hospital akan uruskan segalanya, dari mandi jenazah hingga ke pengkebumian.”
Rahmat terharu. Hasrat bertemu ayah buat kali terakhir tidak kecapaian. Kesalnya tak sudah. Dia hanya mampu melihat para jururawat mengurus jenazah ayahnya. Pilu dan keharuan. Tanpa sedar matanya mula berkaca.
Hanya doa yang mampu diberi untuk ayahnya. Perlahan-lahan mulutnya membaca al-Fatihah. Diniatkan pahala sedekah untuk ayahnya. Di hatinya Rahmat berdoa, “:Ya Allah, tuhan ku. Aku ini hamba mu yang lemah dan tidak berdaya. Aku memohon pada Mu, kasihanilah ayahku. Ampunkanlah dosanya. Tidak layak baginya memasuki syurgaMu, tapi kasihanilah dia dengan seribu kerahmatan. Dia ayah yang telah membesarkan kami dengan seribu kasih sayang. Ampunkanlah dia Ya Allah. Dia insan lemah. Amin Ya Rabulallamin.”
Labels:
Cerpen,
Cerpen HIV AIDS,
Cerpen Teluk Bidara,
Upenyu
Subscribe to:
Posts (Atom)