Sejenak sebelum makan malam, Mosab Hassan Yousef, anak dari ketua Hamas di Tepi Barat yakni Sheikh Hassan Yousef, memandang pada temannya yang menemaninya makan di restoran tempat mereka bertemu. Mereka membisikkan beberapa patah kata dan lalu mengucapkan doa syukur, berterima kasih pada Tuhan Yesus karena menyediakan makanan di meja makan mereka.

Butuh beberapa detik untuk mencerna pemandangan ini: anak dari ketua Hamas yang merupakan tokoh terkenal dari organisasi Islam ekstrimis, seorang pemuda yang membantu bapaknya selama bertahun-tahun dalam aktivitas politiknya, sekarang malah murtad dan jadi Kristen. "Sekarang aku bernama Joseph," katanya.

Masab tahu bahwa dia tidak punya banyak harapan kembali ke tanah suci (Palestina) di dalam hidupnya sekarang.

"Aku tahu kok aku membahayakan nyawaku dan bahkan kemungkinan besar aku kehilangan ayahku, tapi aku berharap dia akan mengerti hal ini dan Tuhan akan memberi dirinya dan keluargaku kesabaran dan kemauan untuk membuka mata mereka pada Yesus dan Kristen. Mungkin suatu hari nanti aku bisa kembali ke Palestina dan juga ke Ramallah bersama Yesus, di Kerajaan Tuhan.."

Dia juga tidak menutupi rasa kasihnya pada Israel, atau kebenciannya akan semua hal yang mewakili lingkungan di mana dia dibesarkan: negaranya, agamanya, organisasinya.

"Kirim salam ya kepada Israel, aku rindu padanya. Aku menghormati Israel dan mengagumi negara itu," katanya.

"Kalian para Yahudi harus waspada: Kalian tidak akan, tidak akan pernah bisa berdamai dengan Hamas. Islam, ideologi yang mereka anut itu, tidak memperbolehkan mereka mengalami perdamaian dengan kaum Yahudi. Mereka percaya pada hadis yang mengatakan Nabi Muhammad berperang melawan Yahudi sehingga mereka pun harus melanjutkan peperangan itu sampai mati."

Apakah ini sebabnya para Muslim melakukan serangan bunuh diri?

"Lebih dari sekedar itu sih. Seluruh masyarakat muslim memuliakan kematian dan teroris bunuh diri. Di dalam budaya Palestina, teroris bunuh diri jadi pahlawan syahid. Para Sheikh mengajarkan pada para muridnya tentang 'kepahlawanan dalam syahid'."

Meskipun banyak kritik datang dari tempat asalnya, California yang sekarang jadi tempat tinggalnya, tidak dapat menghilangkan kerinduan hatinya.

"Aku rindu Ramallah," katanya. "Orang-orang yang berpikiran terbuka… Aku terutama merindukan ibuku, saudara lelaki dan perempuanku, tapi aku tahu bahwa akan sulit sekali bagiku kembali ke Ramallah saat ini."

~Petikan dari Multiply

TPM: " Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian, melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh; berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." -Mafhum dari Surah al-'Asr.

Manusia selain dari rasa kalah terhadap musuh sesama manusia, mereka akan mengalah juga kepada dugaan kepayahan, kelaparan dan ketidak-puasan hati. Mereka juga akan murtad apabila didesak oleh fenomena dan manusia sekitar.




LAIN YANG DIKATA, LAIN PULA YANG DILAPORKAN. MAKA LAINLAH JADINYA.

Penyakit lama Umno datang lagi. Meroyan dan sasau mahukan kerjasama dengan Parti Islam Se Malaysia (PAS). Mahukan tali hayat. Penyakit sengal Umno-BN ini pernah disebut oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Majnun gilakan Laila. Sanggup dikatakan apa saja kepadanya asalkan dapat melepaskan 'isim'nya.

Terbaru, dalam ucapan majlis penutup Seminar Pemikiran Islam mengenai pemakaian kalimah Allah di Putik anjuran Tabung Amanah Tok Kenali (Tatok). dengan kerjasama NGOs. Seminar itu
diisi dengan forum oleh barisan ahli panel terdiri daripada Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Dr Johari Mat; Editor akhbar Herald, Lawrence Andrew dan dan Loo Coo Chiang mewakili penganut Buddha. Di samping sesi pembentangan kertas kerja oleh Dr. Mohamad Noor Manuty dan Wan Ji Wan Hussin.

Menerusi sidang media di majlis penutup seminar anjuran Tatok itu, kenyataan spontan Tuan Guru Nik Abdul Aziz antaranya menyebutkan, "saya datang hanya untuk menutup majlis, tapi saya sangat gembira kalau boleh majlis macam ini dibuat antara PAS dengan Umno.


"Lebih 50 tahun kita bertengkar dengan Umno, 50 tahun Umno bertengkar dengan PAS. Apa hasil? Banyak masa habis, Umno guna masa begitu banyak, kepakaran begitu banyak, lawan gerakan Islam yang dibawa oleh PAS, apa hasilnya?

"PAS adalah sebuah parti yang ditubuhkan oleh alim ulama dalam Umno sendiri dan adalah tidak wajar berlaku perbalahan yang terus menerus.

"Tolong fikirlah, 50 tahun Umno bertengkar dengan PAS dan PAS ini dibuat oleh alim ulama Umno.

"Pada 1946, semua orang Melayu bersama Umno; tok gurunya, cikgunya, pelajar, tetapi pada 1951, alim ulama telah keluar Umno dan buat parti baru namanya PAS, Persatuan Islam Se-Tanah Melayu kemudian berubah jadi Parti Islam Se-Malaysia.

"Jadi apa pentingnya Umno bertengkar dengan PAS, sedangkan PAS bawa Islam... (kena faham-P) selepas kita mati, Melayu tidak ada guna, Cina tak ada guna, Arab tak ada guna.., yang berguna hanya Islam dan yang bertakwa kepada Allah. Jadi apa gunanya berjuang kebangsaan (merujuk kepada Umno-P)?

"Jika isu pembangunan yang menjadi punca Umno memusuhi PAS, ia tidak sepatutnya berlaku kerana PAS juga bawa pembangunan kepada negeri yang kita perintah. Atas asas rasionalisasi tersebut TGNA meminta tokoh-tokoh Umno agar sedia untuk berbincang dengan PAS.

Walau bagaimanapun, apabila akhbar arus perdana keesokan harinya (5 Februari) telah memutar kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di sidang media penutup seminar tersebut. Akhbar-akhbar itu telah mengemukakan tajuk berita yang agak terkeluar daripada konteks asal maksud Tuan Guru. Sehingga ada pembaca yang terkeliru yang kononnya PAS mahu menjalin kerjasama politik dengan Umno. (Baca seterusnya di sini...)

TPM: Maka berjela-jelalah cerita dan bicara diheret oleh banyak surat kabar dan warta di media elektronik. Bermacam-macam ulasan tentang baiknya bersama dan berkerjasama Umno-Pas. Macamlah rakyat tidak tahu-tahu tentang kebaikannya, hanya Umno dan BN saja yang tahu.

Sebahagian mereka terus menyebut ikhlas tidaknya Pas, ikhlas tidaknya Menteri Besar Kelantan itu memberi pendapat. Macamlah orang lain semua tidak pernah IKHLAS, hanya Umno-BN yang tahu-faham maksud kalimat IKHLAS itu.




Quoted dari Tranungkite:

Posted: Tue Feb 09, 2010 1:26 pm Post subject: berapa kali saiful ke putrajaya & ke pej.TPM???~~~factfactor wrote:


sepanjang feb2008 - june2008, berapa kali agaknya saiful ke putrajaya atas urusan "biasiswa" yg PATUT diberikan pd saiful dgn duit rakyat walaupun dia tu level bodo??

bagi aku, dari pic tu sendiri.. sekurang-kurangnya 4 kali..

tapi jika saiful cerita yg dia pegi sekali je dgn 4 pasang pakaian berlainan, mesti cacai-cacai pecaya ni..

sebagaimana cacai-cacai pcaya yg saiful tak berak 2hari 7jam..

apa kata cacai-cacai??? Laughing Laughing



TPM: Ya tak ya...kita tidak tahu atau perasaan berapa kali si Sayfool ni ke Putrajaya hingga dia sempat berfoto dengan beberapa pemimpin negara, termasuk dengan DS Najib walaupun tidak terdapat dalam foto-foto di atas. DS Najib juga pernah mengaku bahawa si Sayfool ini pernah ke kediaman beliau...aperke hell nya. Untuk mohon biasiswa direct dengan TPM? Kenapa tidak dengan Menteri Pelajaran masa itu. Dalam pada itu DS Najib juga pernah memberitahu dia tidak mengenali budak 'pemimpin pelajar ' itu.
Kelihatan pada foto di atas si Sayfool memakai baju yang berlainan. Itu tandanya bukan sekali dia ke Putrajaya malah sudah tentu mengambil kesempatan mendekati orang-orang besar kerana kesempatan terbuka luas dan dirinya akan jadi famous sekelip mata. Bertukar-tukar pakaian dalam jangka masa singkat hanya boleh berlaku kerana mengikut skrip seperti mana adegan dalam filem-filem Bollywood!


Isu dan kes yang berlaku satu demi satu bertimpa-timpa baik ke atas diri beliau, ke atas teman sebarisan dalam BN, ke atas negara 1Malaysia, ke atas orang-orang Melayu dan ke atas agama Islam; boleh Perdana Menteri DS Najib Tun Razak buat-buat bangang dan tidak ambil tahu secara serius? (baca celoteh ~blogger pak bakaq)

Yang beliau tahu ialah mahu menguasai negeri-negeri yang sudah memalukan BN dan kini dimiliki parti-parti pembangkangnya atau Pakatan Rakyat. Perkara yang beliau congakkan ialah bagaimana mahu memulihkan keyakinan rakyat kepada pentadbirannya. Benda yang dia fokuskan ialah mahu menimpakan 'kecederaan' ke atas lawannya DS Anwar Ibrahim walau apa cara sekalipun.

DS Najib hanya pernah mengaku tidak terlibat dan tidak terbabit dengan kedua-dua kes yang berprofail tinggi ; satunya kes pembunuhan model wanita Mongolia dan satu lagi kes pengakuan Mohd Saiful Bukhari (25 tahun) diliwat 7-8 kali oleh DS Anwar Ibrahim (62 tahun) Penasihat Parti Keadilan Rakyat merangkap Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat Malaysia. Malah DS Najib pernah bersumpah tdak mengenali budak Saiful! Kes kehilangan enjin kapal terbang TUDM sewaktu beliau jadi menteri terbabit pulak bagaimana?

Barangkali banyak untungnya jika membisu, tidak bertindak balas, buat bangang dan tidak memperdulikan apa orang kata. Kita tidak tahu apa akan terjadi selepas ini. Adakah diam ubinya akan berisi atau diam cangkulnya akan berkarat? Selalunya rakyatlah yang akan menjadi mangsa selalu berada dalam iklim panas yang menggugat kehidupan harian mereka.

Komen sdr Al-Balingi dalam ~penarik beca juga: .

..byk prktaan bangang daaaa...huhuhu....takkan lah dia tu bangang sgt smpai tergamak ckp mcm tu kan..kita pun bukan manusia bangang yg mudah di bangangkan.

Masa untuk bingung datang lagi. Mahkamah akan hingar semula dengan kes DS Anwar Ibrahim yang diakui liwat oleh ampunya 'barang dimangsakan' Mohd Saiful Bukhari. Surat kabar dan media radio/tv akan geger semula memanjangkan lagi cerita


Ribuan manusia pro-DSAI berkumpul aman sekitar Mahkamah Persekutuan Putrajaya di samping pegawai keselamatan/ FRU. Kabarnya ada bentangan sepanduk dan laungan 'Reformasi' lagi. Mahkamah mula bersidang pagi dengan acara penangguhan lagi bila DSAI memohon penangguhan prosiding untuk memohon semakan semula rayuan beliau.(baca sini lagi...). Prbicaraan itu ditangguhkan lagi ke 2.30 petang sementara menunggu permohonan semakan pihak pembelaan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkan Anwar memperolehi dokumen dan bahan penting termasuk sampel DNA Mohd Saiful Bukhari...(baca lagi....). .
..

Suhu akan menjadi semakin panas nanti petang. Malaysiakini mengkabarkan bahawa Perdana Menteri DS Najib dan isteri beliau DS RM akan disepinakan buat menjadi saksi dalam kes tuduhan liwat terhadap DS Anwar Ibrahim.(baca seterusnya.....)


Sekali lagi rakyat 1Malaysia akan berdebar-debar mengikuti dan menunggu keputusan kisah 'liwat pengakuan Saiful' ini. Kita tunggu sambil mendoakan segala-galanya akan berlangsung baik dan bersudah dengan kebenaran jua. (taknak lihat sini.....)