Assalamualaikum....

Jerebu jerebu jerebuu... masih belum berkuranggg.
Hari ni pagi2 pun busy sebelum gi kerja.. almaklum
ada 4 orang kat rumah tuu.. sekolah pun 2-2 cuti kan.
Kalau hari sekolah 2 orang kul 7:30 dah dihantar ke sekolah
tinggal Dhiya & Delisha je.

si Dhiya dari malam tadi merengekk.. makin manja kakak kecit sorang ni.
Pagi2 pun nak berdukunggg je kerjanya.. letak je nangiss.
Asal bukak pintu nak keluar pun nangis nak ikut..
jerebu la dik... bahaya duk luar ni. Mama nak keluar masuk letak 
barang dalam keta pun jenuh nak mujuk si Dhiya ni.

Sebelum keluar rumah Papa call suh ON kan ionizer & Plasma function kat
aircond bilik. So panggil bibik plak bagi briefing utk ON/OFF kan ionizer funtion ni.
Papa suh biarkan je terpasang dengan pintu bilik dibuka utk circulatekan udara
dalam rumah uhuhuu.
Tengok je la bill letrik bulan ni berapa yerr... bulan lepas je dah RM200++ ohok!!

Gitu gini gitu gini nak mengepump susu kat rumah pun tak sempatt !!
Selalu Mama pump EBM time bersiap @ make up. ala make up sesempoi lebih kurang je punnn.
Hari ni tu pun tak sempatt dahhh..   start enjin keta baru plug Medela FS sambil panaskan enjin.. 
tu pun jenuh nak kuar rumah nyorok2 dari Dhiya kalo tak kompem meraunggg...ayoyoo!


Medela Freestyle ~ Pump On The Go, Pump with Stylo ~ 
Ahahaha.. slogan dipagi berjerebu giteww..  bolehhhh ? kikikikii
*sila abaikan shawl yg agak failed di pakai itew*
Tengok dari luar macam tak ada apa2 berlaku je kann..
tak tau kat dalam tu 'production' tengah jalan hihihihi


Ni keadaan Jerebu sebelum sampai ke ofis. Masih kelabu asappppp je dari jauhhh .......


Ni dah sampai parking keta.. ngam2 je ngan tempoh pump 
Pump EBM biasa dalam 15 - 20 min setiap sessi.
Kadang2 kalau nak cepat less then 15 min je pump.
Ni pun sempat lagi singgah beli nasi lemak kat gerai tepi jalan sambil turunkan
tingkap keta & mintak ngan akak yg meniaga tu..
" Akak.. maaf ya, saya ni tengah pump susu, boleh ke Akak tolong hantarkan ke keta "
Owhh.. seb baik akak tu sporting.. boleh sajerr.. maklum laa
ada 2 orang assistant kat gerainya tu.

* Perlu diingatkan wat kerja 2 in 1 sambil memandu mendedahkan anda pada risiko2 dijalan raya.
Jadi sila pastikan cara pemanduan anda2 betul2 selamat okeh*


Biasa pagi Mama pump sekali sebelum gi kerja terus simpan kat rumah. 
Sekali after lunch hour... sekali after office hour then  sekali sebelum tidur.
Kalau nak lagi gigih tengah malam sambil baby menyusu tu pump sekali sebab time baby 
menyusu kekadang susu leh mengalir dr sebelah satu lagi kan huhu.
Sebab tu kalau tak terus pump time baby terjaga nak menyusu, 
 pepaginya tu camna2 pun kena pump gak sekali.


ok.. sessi pump dari rumah sampai ofis pagi ni...
Hari ni saje Mama pakai kuning ikut theme kaler medela hihihihi.
Sebenarnya sebab baru jumpa shawl kaler kuning.. baju dah lama beli tak pakai2 huhu


Alhamdulilah... dapat  almost 9 Oz sekali pump.
So masuk2 office terus simpan dalam freezer.


Ini plak 2nd session lepas lunch.



Nampak production kiri dan kanan berbeza hihihihi. Memang sokmo yg kanan lagi produktif.
Kalau tengok yg botol kanan tu dah sampai bottle neck dah EBM nya, penuh!! 
Kekadang kalau terleka memang sedar2 susu dah melimpah ! uhuhuhuh


Hari ni terlupa nak bawak botol spare. Selalu 4 botol cukup sebab 1st session kat umah, 2nd & 3rd session
kat office. So hari ni ada satu lagi session pumping ni kena ada 2 botol free lagi.
Nasib baik EBM Storage Bag sentiasa ada spare
kat poket bag so transfer terus EBM ke storage bag tu.
2nd session hari ni dapat dalam 10 Oz Alhamdulillah.


Last but not least, sibuk je tuan tanah pun nak interframe kannn.. dah la kaler silau ari ni..
kat toilet pun jadik. sebenornya snap gambor nak hantar kat member yg jual shawl.
Maklum la Mama tak expert sangat pakai shawl ni.. anak tudung pun ngelat pakai
anak tudung awning sbb takut shawl tak muncung hahaha!
Memang jenuh kena 'tuisyen' dek memember kaki shawl kikikiki
kalau korang nak carik shawl terkini dan cantik2 boleh layari 


Dan kalau korang nak cari 
Electric Double Breast Pump
yang
Mobile,  Handsfree & Rechargeable
yg membolehkan korang 
Pump on the go, pump in stylo ~ 
boleh layari link di bawah okeh! 



6 sweet comments:

nad said...

Shawl cantek!
Sangat kena la ngan akak kaler kuning ni ;)
Berseri2

marianne.masli said...

Puan Izan...saya kagum sangat dengan semangat Puan mengepam....saya pun bf anak saya tapi saya menggunakan medela swing sahaja...saya hanya mengepam sebanyak 3 kali di pejabat sahaja dan sekarang anak saya dah berusia 6 bulan, dia dah kurang menyusu sebab sudah start solid food...susu pun dah sedikit kurang...risau saya dibuatnya....ada tips tak puan...

*∽ IZAN ∽* said...

Re Nad : Hahaha.. tapi tu la.. rasa silau semacammmm jekkkk hihihi

*∽ IZAN ∽* said...

Salam Puan Lucky Emerald :

Saya percaya jika kita konsisten menjaga momentum Demand & Supply InsyaAllah penghasilan susu akan berterusan selain mengamalkan minum air 2-3 liter sehari.

Ketika bayi menyusu mungkin puan boleh buat tanderm nursing dengan mengepam EBM di side satu lagi supaya both breast akan sentiasa dikosongkan maka isyarat akan di hantar ke otak utk 'refill' semula breast kita.

Mengikut pengalaman saya, bila pump serentak lebih banyak EBM yg dapat dihasilkan. Saya pernah menggunakan Avent single manual pump dan average EBM sekali pump dlm 5-6 Oz.. saya juga pernah menggunakan single manual pump 2 unit (satu unit dipinjamkan oleh SIL) dan saya pump serentak kiri kanan manually boleh dapat sehingga 7 Oz.. dan bila menggunakan Medela FS saya boleh dapat average 8-9 Oz. Kadangkala 10-11 Oz dan pernah mencecah sehingga 12-13 Oz kerana terlambat pump.

Jadi berdasarkan pengalaman ini, saya berpendapat double breast pump lebih effisien dari single breast pump cumanya kalau guna manual letih tangannn.... kalau dapat guna electric pump kita pun lebih selesa dan tenang ketika process mengepam secara tak langsung meransang hormon prolaktin utk penghasilan susu serta masa yg diambil juga lebih singkat.

Puan juga mungkin boleh mencuba supplement untuk memperbanyakkan susu atau petua2 turun temurun seperti minum air longan, makan kurma dan sebagainya .

Apapun yg penting kena sentiasa berfikiran +ve dan istiqamah InsyaAllah.

Wallahualammm

Anonymous said...

Hai..

Sy blogwalking di sini.. teruja bila tgk susu puan.. 😊

Www.suplemenmakdara.com

Set Menyusu , Berpantang & Milkbooster Shaklee said...

Hebat sungguh!