Salam tahun baru 2019 buat semua!
Pantasnya masa berlalu... tahun depan bakal menjejaki Wawasan 2020.
Masih adakah Wawasan itu?
Apapun ... terima kasih atas segala kenangan 2018..
Banyak yg berlaku tahun lepas.. pahit manis suka duka..
ujian, anugerah dan rahmat bersilih ganti
Apapun semoga ianya menjadikan diri ini insan yang lebih baik dari sebelumnya...
Ujian terhebat apabila kami diuji dengan kebakaran rumah iaitu bilik Master.
Namun walaupun diuji dengan kehilangan harta benda... Alhamdulillah semua jiwa selamat...
Dan kiri proses baik pulih termasuk tuntutan insuran sudahpun hampir selesai....
Dan anugerah terindah apabila kami suami isteri terpanggil untuk menjadi tetamu Allah swt...
pastinya ujian yang didatangkan terlebih dahulu menjadikan kami lebih dekat padaNya...dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci adalah sesuatu yang tidak tergambarkan.. sesungguhnya kami jauh tidak layak untuk ke sana... apapun syukur di atas segala anugerahnya... Alhamdulillah
Buat kalian juga... semoga tahun 2019 ini menjadi tahun yang lebih bermakna
buat semua.... aminnnnnnnnnnnnn