Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Assalamualaikum...

Bersiaran dari Taman Tasik Cyber buat ke sekian kali sebelum schedule utk induce esok.. jalan jalan round tasik ngan budak2. Moga dapat 'jalan' esok... dah 3 kali bersalin pun kali ni paling suspen..

Pagi tadi pergi klinik An-Nisa utk 2nd Opinion and Doctor advise utk proceed je seperti saranan Doktor pakar... apapun semuanya sudah 'tertulis' bila dan macamana kita akan lahir ke dunia ni katanya. Terus insap dan redha dengan segala ketentuan yg Esa... moga di permudahkan segala urusan esok. Aminnnn....




Dan antara usaha2 terakhir sebelum di inducekann esok...
Kita hanya mampu merancang.. selebihnya berserah kepada Yang Maha Berkuasa...
semoga dipermudahkan... Aminnnnnnnnnnnnn


Assalamualaikum...

Pagi ni pergi follow up check up baby kat Az Zahra Bangi. Ingatkan dah tak jumpa Doktor utk check up lagi hari ni dah sebab ikut history kelahiran anak2 dara Mama semua dah keluar by 39w3days ni huhu.

Sampai pagi ni memang langsung tak ada tanda2 lagi. Berat Mama turun sket ke 71.5 kg compare ngan 71.8kg masa check up lepas. Air ketuban pun makin kurang dari 21 ke 17.9...
cumanya yang bertambah berat baby dari 3.4kg@37 weeks ke 3.9kg@39 weeks uhuhuhu! Tapi Doc cakap sebab air ketuban banyak kan so mungkin berat sebenar dalam 3.6kg.

Jadi disebabkan berat baby pun dah mencanak... tetiba Doktor tanya.. so camne ..? Nak induce terus hari ni pun boleh kalau tak nak baby makin besar.

Aku... hahh??? Hari ni Doktor ? Er bila saya kena decide n bagi jawapan ni? Erkk.. sekarang tak boleh nak fikir! Ahahaha... panic jap Mak cik!

Last2 Doktor kata kalau tak hari ni by cukup 40 weeks@ 20th Mar mmg kena induce terus. Tak boleh tunggu lagi sbb risiko baby besar uhuhuu

Penyudahnya kitaorang decide utk induce 18hb Mar, Isnin ni. Apapun ada sehari lagi. Harap2 baby bagi petanda esok ye sayanggg....

Assalamualaikum....

Hari ni genap 39 Minggu baby dalam perut Mama.
Hari ni pulak tarikh sungguh la cantek... 13.3.13
Baby tak nak ke keluar hari ni...? Walaupun due ada 7 hari lagi, 20 Mar 2013 (Rabu depan).
 Mama & Papa, Abang & Kakak2 dah tak sabar nak jumpa Baby ni hehehe 

For rekod, 
Danish Overdue 7 hari,
Dania awal 5 hari,
Dhiya awal 4 hari...
Baby....? Anytime from now.... tik tok tikk tokkk....nervous ~!



Gambar2 yg di snap masa berkunjung ke 
Taman Tasik Cyberjaya Ahad lepas... 
Berat Mama dah statik kat 71.5 Kg... dah dekat dah nii


Barang-barang baby dah siap siaga dalam keta ni termasuk la bag keperluan Mama.
Kalau nak tengok cek list persiapan barang2 Baby & Mama untuk penginapan 
2D1N di hospital boleh KLIK SINI.


Aha... nampak dah 'kod kaler' baby ? ehehehehehe

So dihujung2 menunggu saat kelahiran ni dah banyak kena study balik
teknik2 bersalin walaupun apa yg berlaku nanti mungkin tidak seperti yang diharapkan 
tapi at least utk sedikit persiapan mental & fizikal.

Selalunya Mama akan refer balik sisipan dari Majalah Pa&Ma keluaran April 2005 ni.
Kira memang dari Zaman Danish lahir dulu, dah 8 tahun la simpan majalah ni dan akan 
dibelek semula setiap kali menunggu kelahiran adik-adiknya hihi.



Dan sangat bagus kalau faham proses yang berlaku ketika detik kelahiran nanti.
Boleh tonton Video dari BabyCenter ni :-


Tinggal 7 hari je lagi sebelum due ..



Di kesempatan ini, sekali lagi Izan ingin mengambil kesempatan 
menyusun jari memohon kemaafan sekiranya sepanjang 
Izan berblogging ni ada kata2 yg menyinggung mana2 pihak.
Semuanya hanyalah nukilan peribadi tuan tanah semata-mata.

Mohon doakan semoga proses kelahiran kali ini 
juga akan berjalan dengan lancar dan selamat...
mudah-mudahann dipermudahkan segalanya... aminnnnnnnn



Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. akhirnya usia baby dalam kandung Mama dah cecah 38 minggu...
Dah terlepas dari risiko Pra-matang seperti yang pernah di sebut dek Doctor  Mashitah 
masa check up 35 minggu kat Az Zahra sebulan lepas...

Alhamdulillah juga.. check up masa 37 minggu air ketuban berkurang 
dari 25 (35 weeks) ke 21 (37 weeks). Berat Mama naik 1 Kg dalam masa 2 minggu 
which is 600gram pergi ke baby & 400 gram jek Mama amek.
Means berat baby naik dari 2.76 kg (35 weeks) ke 3.38 kg (37 weeks)...
Waaaaaaaa... Mama sangat ngeri dengar angka KG baby okehh!!!
Siap suh Doktor scan lagi sekali keluar plak angka 3.39 Kg! ohok ohokk!!!
Terus Doktor Mashitah kata dah tak yah scan berat lagi dah akakakakaka.
Takut aku pitam dengar karang. So ada 2-3 minggu lagi hopefully baby tak la 
membesar drastik sangat lepas ni wuwuwu!

Apapun buat masa ni Doktor kata Baby & Mama sihat.. Alhamdulillahh... 
Kaki Mama dah start sembapp...  turun naik tangga *rumah* memang sangat me'mengah'kan..
perut makin tegangg rasanya. Especially kalau baby tak duk 
diam dan bergerak aktif dalam perut di tambah plak bila Braxton Contraction berlaku, perut 
mengerassssss.... memang rasa macam nak tetas kulit perut Mama.. uhuhuhu!
Solat pun start 35 minggu hari tu Mama dah start solat duduk je.. dah tak mampu nak berdiri
bangun berdiri bangun sebab silap bergerak sikit je terasa macam kepala baby dah cecah
ke urat2 bawah tu.. macam nak terkeluar je rasa uhuhuhuh.

Anyway, masuk ke 38 minggu, Alhamdulillah Mama dah settle keperluan untuk berpantang nanti.
Macam biasa, set bersalin masih manten macam sebelum ni.. ni kali ke-3 Mama berpantang guna 
Set bersalin Leesa Formula
Memang cukup serasi dengan Mama.
Di beli secara Online di 


Harga sangat berpatutannn.. macam2 produk dijual di sini. Boleh 
layari website di atas jika berminat okeh.


Okeh macam biasa Mama ambik Set Premium Package C. Means full package lah. 


Isi kandungannya seperti di bawah :-


Yang paling best dapat  2 Tungku Herba. Memang ni sangat2 berguna dalam 
pantang nanti.
Kalau ikut harga ala-carte kat list barang tu total semua
RM374. Kalo survey kat kedai herba pun paling kurang RM350...
kat KedaiJamuWanita2u ni rega promo cuma RM300 jek!
aku dapat Pilis & Tepel percuma lagi uhuhuh. Berbaloi sungguhbeli kat sini *wink*


Selain dari tu, minyak panas dan losyen panas pun WAJIB !
Losyen panas kegemaran Mama Keraton Losyen Pati Halia plus Limau dia.
Bau & panas yang sedappp! Biasa akan sapu kat bahagian badan buang angin.
Biasa aku beli kat Kedai Herba kat Giant Bandar Puteri Puchong.
Minyak panas serai wangi pulak sapu kat kaki lepas mandi sebelum pakai stokin.


Ahaa.. ni set bertangas. Set bertangas prepare sendiri je kat rumah. Senang nak guna bila2 masa dengan kos yang menjimatkan. Kali ni nak buat kain sarung untuk bertangas sendiri.. baru beli kain tapi lum hantar jahit uhuhu. Periuk nasi lama yg guna untuk bertangas berpantang yg lepas dah di buang plak dek bibik masa kemas2 storr.. aku pun bagi je green lightt menengok rupanya.. lepas tu baru teringat periuk tu nak guna untuk bertangas! adeh laa.. last2 terpaksa cari periuk nasi baruuuuu...! & kompem la cari yang asal boleh je sbb bukan nak guna untuk masak nasi pun uhuhuh.


Ni plak Mandian Herba Mak Dara.
RM30 dan boleh di dapati di kedaiJamuWanita2u jugak.
Sebungkus ni cukup untuk kegunaan sepanjang berpantang.
Boleh guna untuk mandian dan biasa aku rebus sikit untuk bertangas jugak.


Ok...  kalau sebelum2 ni aku akan beli set D'N Hans semasa berpantang KLIK SINI..
kali ni aku tukar sket produk. Kali ni nak cuba Susu Natalshape yang tengah hangat di iklankan 
di Face book oleh 'Susu Untuk Ibu Hamil'



Yang ni pun beli online dari FB jugakk. tengah ada promosi... 1 kotak RM80, beli 3 kotak RM220 dan 
dapat keahlian percuma serta diskaun 10% untuk pembelian seterusnya.
Harap2 pilihan produk bersalin dan berpantang kali ini serasi dengan Mama dan Baby...

Sebenarnya start  Feb lepas Mama dah stop kan Dhiya dari BF. Sian Dhiyaa.. Mama sungguh tak larat
di tambah plak dengan nasihat Doktor pasal risiko pramatang masa check 35 minggu tu dek air ketuban
banyak. The 1st week tu memang Papa yg kena tidurkan Dhiya malam sebab kalau tak Dhiya sure tercari2
Mamanya. Mama pun sampai kena menyorok dulu.. Dhiya dah tidur baru Mama pun leh landing atas katil.
Tapi InsyaAllah.. Baby dah keluar nanti kalau Dhiya masih nak BF mama akan continue supply balik okehh.
Semuanya bergantung pada kehendak Dhiya nanti... InsyaAllah.



Baby 38 weeks.


Kalau tengok Babystrology milestone tu due tinggal 14 hari jekkk! 
Excited bercampur nervous okehh!
Ok Baby.. Mama dah ready dan tak sabar tunggu Baby menjenguk dunia dan berjumpa
dengan Papa, Abang dan kakak-kakak okehh!!!

Kepada kawan-kawan di luar sana, di kesempatan ini juga, Saya selaku tuan tanah
ingin mengambil kesempatan mohon ampun dan maaf jika terdapat kata2
dan komen yg menyinggung hati sepanjang berblogging ni.
Mohon doakan yang terbaik dan semuanya berjalan dengan lancar dan selamat
for both Mama & Baby yekk..!
Sayang uolllssss!! Muaahhhh!!!



Assalamulaikum...!!
28th Februari adalah tarikh keramat bagi Aku dan Abang...
tarikh yang menyatukan 2 hati secara sah dalam ikatan perkahwinan.
Semoga mahligai ini akan terus dilimpahkan rahmat dan kebahagiaan serta
berkekalan hingga ke hujung nyawa, dunia dan akhirat.. InsyaAllah...

Opss.. bukan bukann!! memang dalam gambar ni aku dah slimmm *compare sekarang*
bukan sebab aku dah meletoppp.. TAPI
sebab gambar2 ni ialah gambar Anniversarry ke-8 tahun lepas uhuhuh.
Tahun ni dah masuk tahun ke-9 Alhamdulillah.

Tahun 2012 mood berblogging macam yoyo je kann..
banyak entry yg bersawangg.. blog pun ala bersawangg..

Sementelah anniversarry ke-9 pun dah beli voucher 
penginapan ke Gold Coast Morib.
Tapi di sebabkan aku dah dekat sangat ngan Due date
( 37 Weeks ++ ) maka Abang dah suh aku duk umah diam diam kali ni...
nanti dah selamat bersalin baru Qada' je huhuhuh.
So aku pun upload la balik gambar tahun lepas yg masih terperap
dalam HDD ni kan untuk kenangan kami di masa akan datangg.


Pilihan destinasi Anniversarry tahun lepas ialah 
Bukit Merah Laketown Resort, Perak.
Paham2 je la anak2 ku ni semua kaki main airrr.. rasanya budak2 mmg suka main air kot.
Bukit Merah ni plak ada 2 park.. Laketown Waterpark & Laketown ECO Park.
 So penginapan 2D1N memang penuh ngan  aktivitilahh.


Cheeky Dhiya sebaik saje check in Hotel. Dhiya baru 3 bulan +++ masa ni :D


Room yg agak spacious dan banyak katill.


Mama, Papa & Dhiya.


Kali ni kitaorg ambik 2 bilik sebelah sebelahh. Maklum la ada baby kecik .. ku bawa Bibik sekali.. 
so satu bilik untuk aku, Abang & Dhiya. 1 bilik lagi Bibik, Danish & Dania.


Yang bagus nya ada Katil Queen 1, Single bed 1 dan sofa bed 1. Memang ramai leh masuk dalam ni huhu'


Ahaa.. lepas check in tak sabar2 dah tukar 'uniform' untuk terjun 
pool ! Yeaaahaaaaaaaaaa!!

Secara overall ni lah Map Waterpark nyerrr...


So apa lagi .. budak2 pun dah tak sabar nak terjun. Jommm layann gambarrrrrr!!!






Bibik ada jaga baby, aku bleh la join sekaki bersuka ria main air... yeaaahooooo! hihihih


Menunggu air tumpah dari Bucket kat atas tuhh!


"SwwooOoooOooshhHhhHhhHh...!!"


Kot  Port lain plakk.. Dania syiok layan ombak datanggg kikikiki


Danish dengan acara 'Lompatan berombak'




Ni port lain plakkk.. orang tak ramai hari ni.. heaven budak2 ni main sesama sendirii





  
"Kembara Rimba Air"


Ni macam lazy river sebenarnyaaa


 Melompat lagii.. kerja melompat je anak bujang ni hihihihi



Dhiya pun cecah2 air la jugakk buat syarat. Tunggu besar sket yekk naik 
Mama bawak pergi main air lagi *wink*


Okeh dah puas berendammm.. dah petangg.. balik bilikkkk


Malam misi mencari Mee Udang.
Terus arrange date ngan adik aku yg duk Penang tapi dekat gak ngan sempadan Perak.



Ni dia rupa Mee Udang. Jenis kuah 'nipis' bukan jenis kuah pekat macam Mee Udang Sg Dua tu kann.
Aku memang lagi suka Mee Udang style gini... lagi berasa udang kuahnyaa.


Order SATE gakkk


macam2 Sate ada.. sate ayam, daging, perut...


Sessi mentekedaghah. sambil sembang2..




Bibik ku dan Bibik adik ku... anak sedara aku paling kecik tu pun beza 2 bulan je ngan Baby Dhiya..


 Setelah kenyang bercerita dan bersembangg... majlis bersuraiii.. bersambung untuk acara esok plakk.
To be continuee....!!

Catatan pregnancy :
 ALhamdulillahhh...
9th Anniversarry hari ni Mama dapat tengok Baby dalam perut Mama.
Check up 37 minggu hari ni. Doktor scan baby and nampak almost organ2 dalam..
kedudukan baby... kedudukan uri OK.
 Air ketuban dah berkurang dari 25 masa 35 weeks kepada
 21 hari ni. Berat Mama naik 1kg ke 71.8Kg. Berat baby plak dari 
35 minggu : 2.76 kg, 37 minggu 3.38kg! uhuhuhuhu
Ukur lilit perut pun 339mm tak silapp.. Doktor kata baby gemuk! ahahahha
Ni yg Mama ngeri skett.. rasa jenuh dah 'diet' Karbo niii tapi tak mampu 
menyetopkan pembesaran Baby uhuhuhu. Tanya Doktor kalau saya stop vitamin
boleh prevent baby besar ke...? Doktor kata Vitamin tu cuma minor effect je
pada besar baby uuhuhuhu.

So apa pun Doktor kata Alhamdulillah Mama & Baby sihatt...
Kepala baby dah engage ke bawah tapi masih 'tinggi' means
masih jauh dari pangkal serviks..
teriba rasa.. owh ok.. lambat lagi kott uhuhuhuhu