Assalamualaikum...
Aha.. pagi ni sempat singgah ke Bank Rakyat cawangan Bandar Puteri, Puchong
berdekatan dengan Klinik Pakar Kanak-kanak Chan tu.
Rasanya semua dah tau bahawa Bank Rakyat dah buka semula saham
bernilai RM 1 bilion bermula 4 April yang lepas kan..?
Dan semua sedia maklumkan Bank Rakyat antara bank yg memberi
deviden tertinggi sehingga 15% setahun ?
kedengaran amat menarik!
So just nak share my experience yang baru first time nak join saham ni.
Untuk buka saham baru had maksimum hanyalah RM500seorang.
Walaubagaimanapun kita di boleh isi borang untuk menambah saham sehingga RM100,000
seorang dengan mengisi borang untuk menambah saham.
TAPI untuk tambah saham ni kita cuma perlu submit permohonan dulu
tanpa perlu buat bayaran dan dalam masa sebulan Bank Rakyat akan hantar
surat sama ada permohonan penambahan saham tu lulus atas tidak.
Jadinya, yang dah jadi ahli macam saya ni terus je isi borang untuk buka saham & tambah saham.
Yang belum boleh isi sekali borang untuk buka buku *jadi ahli*
dengan jumlah Min RM20.
OK.. mula-mula isi borang dulu. Sediakan salinan IC 2 keping untuk setiap borang.
1. Borang permohonan menjadi anggota + 2 keping salinan IC + RM 500 +
RM 5 *jika pertama kali masuk syer*
2. Borang penambahan saham + 2 keping salinan IC.
RM 5 *jika pertama kali masuk syer*
2. Borang penambahan saham + 2 keping salinan IC.
Lengkap kan borang bersama salinan IC dan beratur untuk ambil nombor giliran.
Tengok sikit punya panjang queue pagi tadi uhuhu.
Selepas borang yang lengkap di isi dan di semak oleh pegawai di kaunter nombor giliran, then
tunggu pula di kaunter biasa untuk proses pembayaran.
Borang penambahan saham akan di kutip oleh pegawai di kaunter nombor giliran.
Borang membuka saham akan di serahkan di kaunter biasa bersama wang tunai RM505.
So ni dia resit bila urusan dah selasaii..
Beres....
Kepada yang berminat, segera ke Bank Rakyat berhampiran dan datanglah
awal pagi kerana borang yang di edarkan sehari terhad. Petang rasanya
dah tak da dah borang nih.
Nak tahu maklumat lebih lanjut boleh layari
9 sweet comments:
sudah bli gk isnin lps
masuk jangan tak masuk rugi siapa nak bagi 15%, shariah compliance pulak tu, anyway thanks for the link
Re Mama tiesya :
Oh .. memang pantas tuh!
(garu pale) mane nak korek duit$$$ nie..
Re SharingInfoz :
Wahh.. cepatnyer 'hidu'! tak sempat inform dah detectt hehehehehe
Re K.Ija :
Alaaaa.. ada tu selit2 bawah bantall. ce tengok bebetull mesti ada punya ehehehehe
memang nak ambik gak, tapi malas la pulak nak ke bank. huhuuhuh
Re Eelobor :
Kalau rajin gi awal pagi leh settle cepat InsyaAllah..
malas tu penyakit boleh di ubatt ehehehehehe
Salam...jika berminat utk menjual saham bank rakyat boleh email saya di phefit3@gmail.com..putrajaya..
Post a Comment