Pages

Showing posts with label Tissot. Show all posts
Showing posts with label Tissot. Show all posts

Monday, March 8, 2010

Tissot 1853 Seastar 1000 Automatic 300m/1000ft

Debaran makin kencang apabila mula-mula menatap kotak ni..
Wargghhh!! Jenama Tissot ni..
Kotak dia bertingkat-tingkat. TISSOT, satu jenama yang tidak asing lagi di dunia Horologi. Ejaan Tissot, tapi sebutan Tisso.. Huruf T di belakang hilang apabila orang putih sebut perkataan ni..
Malah jenama ini gah tertulis di kereta Formula 1 salah satu pasukan F1 pada beberapa tahun yang lalu.. Sehebat Jam Tag Heuer & Oris juga pernah menaja pasukan F1.
Jadi tidak perlu dipersoalkan kehebatan & prestij Tissot dalam dunia Horologi moden..
Dalam kotak terdapat Jam Tissot Seamaster 300m/1000ft
Terdapat manual di sebelahnya, ditutup dengan penutup dia la..

Aku keluarkan semua manual dan buku-buku jam ni.. Haa.. Puas ati aku...
Tebal-tebal buku dia.. Aku belum khatam lagi ni...

Ni dia jam yang ditunggu-tunggu dengan penuh debaran.. Gagah, ganas, tegap..
Semua ada di jam diver 300m ni.. Bezel hanya boleh berputar satu arah dengan mengeluarkan bunyi tik tik tik yang kuat!! Bunyi klik dia sahaja sudah membuktikan kegagahan jam ini untuk menyelam pada kedalaman 300m!!!

Agak besar dan berat.. Lepas ni, boleh la tumbuh muscle aku kalau aku pakai hari-hari...

Ada clasp keselamatan, tetapi tiada extension clasp seperti kebanyakan jam diver..
Clasp jenis klip sahaja..

Original Buckle ni tertulis Seastar & lambang T (Tissot)

Crown jenis Screw Lock!! Seperti Diver-diver yang lain.. See Thru Caseback.. Tak payah gatal tangan nak bukak semata-mata jamu mata tengok enjin... Best betul la...
Di Rotor tertulis 25 jewels Swiss Made
Pakai macam ni tengok.. Hensem jugak ye? Hmmmm...
Akhirnya pencarian jam 300m berakhir.. Lepas ni berehat dulu.. Dah taktau nak cari jam diver apa dah.. 150m ada, 200m ada, 300 meter ada.. Mungkin lepas ni cuba Submariner.. Mana la tau kena naik kapal selam pulak lepas ni.. so stanby Submariner.. haha!!! Thanks Bro Timur...
Hilang Penyu berganti Seastar, Ibarat bulan jatuh ke riba... Isy! Pantun ke apa ni..
The End...