Pages

Showing posts with label Seiko Diver 6105-8110. Show all posts
Showing posts with label Seiko Diver 6105-8110. Show all posts

Monday, June 21, 2010

Seiko Diver 6105-8110 Dainiseikosha 6105A (SOLD)

Hehe! Sebenarnya aku dah nak berehat. Tetapi memandang atas permintaan rakan kita yang begitu bersemangat ingin memiliki jam rare ni, maka aku usahakan jugak mencari ternakan yang semakin pupus ini.. cewah.. bahasa bukan main... Semangat rakan kita ini terhadap dunia horologi inilah yang membangkitkan kembali pencarian sukar terhadap model diver vintage ini.
Pada mulanya aku hanya ingin mencari jam yang agak-agak biasa ja untuk rakan kita ni. Tetapi sesuatu yang mengejutkan aku ialah salah satu model yang ditawarkan oleh rakan dari seberang laut sana menarik perhatian aku untuk mendapatkannya. Umpama orang mengatuk disorongkan bantal, itulah perumpamaan yang sesuai dengan penemuan spesis ternakan yang hampir pupus ni..
Mungkin nampak biasa macam jam-jam 6105-8110 sebelum-sebelum ini...
Caseback seperti biasa sudah polish seperti baru, berkilat beb!! November 1972 jam ini dikeluarkan.. Perghh!! Rare beb!!
Bergambar dulu kat mana-mana..
Panjat pokok pulak jam ni..
Haa... inilah kelainan yang menarik perhatian aku terhadap jam ini. Istimewa untuk rakan kita yang sangat mengidam daging tok penyu yang amat garing ini.. Movement Dainiseikosha 6105A ini jarang kita temui melainkan berjumpa dengan jam ini keluaran tahun 1972 dan sebelumnya.. Pacuan enjin 17 jewels yang dezupp ini seperti biasa boleh hack beb!!
Keseluruhan movement jam ini sangat bersih.. Tak sangka pulak aku jam pada usia sebegini lama masih maintain awet muda..
Keluaran Japan unadjusted
Crown pun original dan dah polish seperti baru.. Bertuah betul kepada sesiapa yang memiliki jam ini dengan movement dainiseikosha ini...

Pemilik Baru: Bro M.Z, Perak (Nama terpaksa dirahsiakan.. hehe!!)
P/s: Movement dainiseikosha ini aku jumpa secara kebetulan, jangan harap sangat aku boleh jumpa lagi jam 6105-8110 dengan movement dainiseikosha ni..
pos laju tracking: en290061301my

Sunday, April 25, 2010

Seiko Diver "Tok Penyu" 6105-8110 (Sold)

Seiko Diver 6105-8110
Dial & Hands + Insert Bezel baru (refurbished)
Bahagian atas jam brushed finishing & bahagian bawah jam polished finishing
Original crown dengan fungsi lock
Cuma tekan dan pusing ikut anak panah.. Bukan jenis screw down..
Berkilat dan menaikkan seri jam..
Caseback juga sangat berkilat sehingga kita pun tidak sanggup untuk memakai jam ini akibatd terlalu berkilat tak sepadan dengan usia jam ini..
no siri: 6O2396 = Oktober 1976

Enjin 6105B, enjin boleh hack beb!!

Dipacu oleh movement 17 jewels buatan Jepun
Sangat mengkagumkan dan sudah menjadi lagenda..
Dial tertulis japan 6105
Jarum saat yang sangat cantik dengan tanda merah
Posing sikit
Ehem.. Nampak cermin cembung dia
For sale!!
Boleh tawarkan harga kepada aku untuk membeli besi yang sangat rare ini
Tapi perlu diingat, jam ini sangatlah rare..
sms: 0138489441
Thanks: Mr As, Perlis

Wednesday, February 24, 2010

Seiko Diver Turtle Black Dial 6105-8110 (SOLD)









Spesifikasi:
Model: Seiko Diver 6105-8110 (Disember 1973)
Enjin: 17 jewels (Serviced & Overhauled)
Cermin: Original Kaca mineral Cembung
Tali: Stainless Steel Bracelet Seiko Jubilee aftermarket
Crown: Original
Dial & Hands: Baru aftermarket
Insert bezel & inner: Baru aftermarket
Fungsi: Masa & Tarikh
Water Resistant: 150m
Harga boleh dibawa ke meja rundingan sambil minum teh tarik
Pemilik Baru: Moh. Nono Suparno, Jawa Barat
POS LAJU/EMS Tracking Number: EE911714869my

Seiko Diver "Turtle" 6105-8110 Black Dial (SOLD)




Spesifikasi:
Model: Seiko Diver 6105-8110 (Julai 1976)
Enjin: 17 jewels (Serviced & Overhouled)
Caseback: Original (Polished)
Crown: Original (Polished)
Tali: Baru, Rubber Strap
Dial & Hands: Baru, Aftermarket
Inner Bezel & Insert Ring: Baru, Aftermarket
Cermin: Original (polished)
Fungsi: Masa dan tarikh
Model yang sangat-sangat sukar dicari ketika ini. Harga model ini juga semakin meningkat dari tahun ke tahun. Sangat berbaloi untuk memiliki seketul besi ni. Sangat selesa untuk memakainya.
Pemilik Baru: Bobot's, Selangor

Monday, February 8, 2010

Preview SEIKO Diver "Turtle" 6105-8110

Turtle TUA sedang diapit oleh anak dan cucu nya..

Di sini aku letak sedikit gambar Seiko Diver Turtle Tua ni untuk tatapan peminat Diver Turtle..

Gambar di atas perbandingan anak turtle dengan bapak turtle.
Bapak turtle hanya mempunyai fungsi date di dial dia, manakala anak turtle memiliki fungsi dy & date di dial dia.
Dialog (konon-konon dia la...)
Turtle Muda: Apasal turtle tua nampak lebih muda dari aku haa?
Turtle Tua: Aku walaupun dah tua, tapi aku tetap maintain hensem... Tak macam ngkau..
Cuba ubah sikit penampilan macam aku ni..
Turtle Muda: Aku walaupun tak terurus, aku tetap setia dengan stail asli aku mcm mula-mula keluar.. Tak macam ngko, sikit-sikit tukar baju, sikit-sikit tukar baju..

Mengapa aku tetiba memburu spesis ini?

Aku meminati bentuk dia yang unik di samping sukar mencari jam ini lagi. Jadi, sebelum dia pupus sepenuhnya, aku perlu dapatkan spesis ini sebelum harga dia makin melambung akibat kekurangan penawaran di pasaran.

Jam diver ini memenuhi kriteria yang aku nak dalam pemilihan jam-jam Diver.

1. Selesa
2. Bentuk Unik
3. Rare
4. Tegap
5. Dapat menyelam 150m ke atas.

Project seterusnya, aku kena cari bracelet untuk jam ni. Sekali sekala tukar guna bracelet lak.
Lebih melekat di tangan berbanding Turtle 6309-7040 aku yang lain tu..
Kepada pemburu seiko turtle, jangan terlepas mendapatkaan model ini untuk simpanan anda. Harga memang melampau-lampau setanding dengan jam-jam swiss yang lain. Namun berbaloi memiliki besi yang lasak ini.

Ini pendapat aku sahaja. Lain orang lain pendapat. Aku dah serik menggunakan jam swiss terutama jam-jam vintage, kerana ada sesetengahnya senang dimasuki air apabila hujan. Belum lagi aku guna unuk mencuci tangan & berwuduk. Jadi akibat frust dengan jam-jam swiss, aku pilih jam diver sebagai alternative. Harga pun tidak terlalu mahal, lasak, tahan tekanan dalam air, murah dari segi maintainance, part yang mudah didapati. Kalau rosak atau nak hantar servis tak le risau sangat. Bagi aku, amat berbaloi untuk memiliki jam diver untuk koleksi.