Pages

Showing posts with label Artikel Watchmaker. Show all posts
Showing posts with label Artikel Watchmaker. Show all posts

Wednesday, July 25, 2012

Pencipta G-Shock

Kikuo Ibe ialah orang yang menghasilkan jam Casio G-Shock seperti yang kita tengok pada hari ini. Mula mengorak langkah membuat penyelidikan mencipta jam tahan gegaran ataupun tahan hentakan. Bermula apabila beliau menghadapi masalah jam yang selalu rosak. Beliau mula membangunkan projek g-shock ini pada tahun 1981 dan mula produk mula dijual pada tahun 1983. Beliau mula bekerja untuk Casio apabila rekabentuk jam yang diciptanya diterima oleh Casio.

Pernah digunakan oleh pasukan elit Delta Force dalam peristiwa Black Hawk Down yang mana seramai 18 orang askar Amerika terkorban dalam operasi battle of Mogadishu di Somalia serta seorang askar Malaysia turut terkorban dalam operasi menyelamatkan askar Amerika yang terperangkap. Ya, jam Casio G-Shock terbukti dapat digunakan dalam operasi perang sekalipun.

 Rekaan G-Shock yang pertama. Kemudian diikuti dengan pelbagai variasi G-Shock yang lain. 
Boleh rujuk di Duniajam dan Duniajam.

 Casio Frogman!

 Casio Mudman

 Casio Gulfman

Casio Riseman

Ya, Casio G-Shock semakin menjadi lagenda dan terkenal di seluruh dunia. Walaupun ada yang mengatakan Casio G-Shock ialah jam tangan untuk budak-budak, tapi di sebaliknya Casio G-Shock ialah salah satu dari lagenda jam dunia. Siapa sangka jam yang dicipta untuk sektor pembinaan telah mendapat sambutan dari kalangan remaja dan terus menjadi lagenda jam tangan untuk jam yang tahan lasak.

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita lipat gandakan amalan kita.

Sumber: IsaacLikes, Blogserius dan Wikipedia

Sunday, November 28, 2010

Iklan Jam rolex pada Majalah Wanita awal 90an

Ni la iklan-iklan yang aku jumpa di majalah-majalah lama sepanjang aku bercuti.
Klik gambar untuk bacaan yang lebih jelas. Aku takda scanner time ni, so amik guna kamera je la..
Jam tangan perempuan pun ada.
Yeah, Jenama Rolex memang menjadi idaman para pencinta horology. Cumanya, duit je yang menjadi penghalang.. haha!! Kalau dapat cabutan bertuah jam ni kan ke bagus.. hehe!! Enjoy!!

Monday, August 10, 2009

Patek Philippe

Patek Philippe & Co
Merupakan watchmaker jam mewah yang terletak di Geneva dan valle de joux. Bemula dengan pengeluaran jam poket (ketika itu jam poket merupakan jam untuk orang lelaki, dan tangan merupakan perhiasan untuk kaum wanita), Antoni Norbert Patek pembuat jam yang berasal dari Poland bersama dengan rakannya Franciszek Czapek berhijrah dan bergabung dengan pembuat jam dari Jerman iaitu Adrien Philippe, pelabur dalam jam jenis kunci (manual winding) menghasilkan jenama Patek Philippe pada 1851 menggunakan nama Patek Philippe & Co.
Jam poket yang pertama keluaran Patek Philippe
Pada 1868, Patek Philippe menghasilkan jam tangan yang pertama.

Jam gabungan kalendar(moonphase) & chronograph

Jam Chronograph

Pun gabungan jam chronograph & moonphase
Keistimewaan jam ni dia ada date & month dia.. Tengok jarum saat dia tu.. ada dua beb..
So tidak hairan lah kalau harga dia boleh menyebabkan kita telan air liur je.. wakakakaka!!!
Satu untuk fungsi jam biasa, satu untuk fungsi chronograph..
Enjin jam Patek Philippe (jenis manual winding)
Aku suka jenama ni sebab sorang kawan aku pakai seketul jam Patek Philippe ni..
Memang cantek giler!! Original lagi tuh..
Tengok yang replika pun dah cantik.. yang Original memang berjaya membuat aku telan air liur basi.. uhuks!!!