Followers

Saturday, July 28, 2012

Ibubapa Menghalang Untuk Berniqab.

Bismillahirrahmanirrahim 

Alhamdulillah, saya senyum baca tulisan sahabat saya. Senyum sebab dia ingatkan dalam usaha berhijrah menjadi manusia yang lebih baik, kena hijrahkan juga konsep berdoa kepada Allah. Kebergantungan kepada Allah melebihi manusia. Meyakini Allah memegang hati-hati manusia. HablumminaLLAH, jaga hubungan dengan Allah. Hablumminannas, jaga hubungan sesama manusia.



Ramai yang nak jaga hubungan dengan Allah, tetapi lupa nak menjaga hubungan dengan manusia. Walaupun ibubapa kita bukan Islam sekalipun, kita tetap perlu menghormati mereka dan mengasihi mereka. Itu adalah dakwah terbaik iaitu melalui akhlaq yang terbaik kita pamirkan di hadapan mereka.

Dari Abu Hurairah r.a, sabda nabi s.a.w.,
"Sesungguhnya agama adalah mudah. Tidak seorang pun yang berlebihan dalam agama melainkan ia dikalahkan. Perbetulkanlah, dekatkanlah dan bergembiralah. Bantulah diri kamu dengan beramal pada waktu selepas subuh, selepas gelincir matahari dan sebahagian malam."

-----------------------

Bismillah~ 

Teringin untuk meluahkan sesuatu setelah membaca luahan hati sahabat-sahabat berkaitan ketidakizinan ibubapa untuk pakai niqab, pihak pentadbiran kampus yang tidak membenarkan, tempat kerja yang kuatkan akta pekeliling yang tidak membenarkan dan banyak lagi halangan....:) 

Saya teringat kisah saya sendiri. 2 tahun saya on off niqab sebab umi dan abah tidak mengizinkan sedangkan keluarga saya faham agama. Mula-mula saya sangka buruk denganparents dan hubungan agak renggang. Lama kelamaan, saya nampak hikmah yang Allah aturkan buat saya. 

Dalam tempoh 2 tahun itu saya kaji lebih mendalam berkaitan niqab. Situasi masyarakat sekeliling dan negera kita, tidak kurang juga memperbaiki hubungan dengan Allah danparents

Mungkin ada yang berkata, penantian untuk mula atau istiqomah berniqab itu suatu penyeksaan. Tapi tidak bagi saya kerana saya menganggap ianya suatu proses tarbiyah untuk hati dan iman. Sebab semua itu berlaku atas izin Allah. 

Saya bangun malam dan solat hajat supaya pintu hati parents saya terbuka untuk mengizinkan saya berniqab. Secara tidak langsung, ianya membantu saya semakin dekat dengan Allah. Yakinlah, tiba masa dan ketika, Allah akan izinkan kita untuk kekal istiqomah. 



Bak kata sahabat saya, "Tak semestinya kita kena pakai niqab untuk jadi SOLEHAH. Tak semestinya bila pakai niqab kita jadi SOLEHAH". 

sayang korang, with love...♥ wallahua'lam...^^

------------------------
Sedikit penambahan dari saya : dan juga belajar awlawiyat (keutamaan) :)
 
Mana yang WAJIB mana yang SUNAT, jangan mendahulukan yang sunat tetapi yang wajib kita pinggirkan. Ibubapa tak izin niqab tapi berkeras juga, lawan cakap mak ayah. Dah jadi anak derhaka pula, sedangkan awalnya tadi nak jadi solehah (nak pakai niqab). Tu kena hati-hati. Redha Allah terletak pd redha ibubapa selagimana ibubapa tak suruh buat yang haram. Wallahua'lam.

P/s: Copy paste dari blog adik saya Insyirah, semoga bermanfaat. :)

Tuesday, July 17, 2012

ღ♡ღ Perutusan Mitsaqan Gholizo ღ♡ღ

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” 
[Al-Rum 30: 21]

****************************************************


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Dengan penuh rasa kesyukuran dan rendah hati, kami menjemput sahabat sahabiah, ikhwah akhawat ke majlis perkahwinan kami.

PIHAK PEREMPUAN

7 SYAWAL 1433 bersamaan 25 OGOS 2012, Sabtu

Di alamat:
Lot 1579 Kampung Baru Hulu
Pasir Pekan
16060 Kota Bharu
Kelantan Darul Naim

PIHAK LELAKI

21 SYAWAL 1433 bersamaan 8 SEPTEMBER 2012, Sabtu

Di alamat:
M190 Jalan Luhur
Rantau Perintis
26400 Bandar Jengka
Pahang Darul Makmur

Mohon doa ikhwah & akhawat yang soleh & solehah agar baitul muslim yang bakal dibina diberkati Allah dan didoakan para malaikat seluruhnya. Semoga lafaz sakinah nanti bakal menjadi wasilah untuk terus istiqamah di jalan dakwah.

May Allah ease everything, ameen~


"Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami, daripada pasangan kami, dan zuriat-zuriat kami - penyejuk mata penenang jiwa, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang bertaqwa." (Al Furqan 25 : 74)

Monday, July 16, 2012

Menghitung hari~



Ramadhan is coming!

Rindu pulak detik-detik mengisi waktu Ramadhan di pondok tahun lepas.
Siap 'bergaduh' tolak-menolak jadi imam, sebab setiap waktu memang kena berjemaah. ^_^

Nurul Nabihah dah kahwin, Khairana Azmin dah kahwin, Farisa Umar dah kahwin. Antara adik-adik yang bersama-sama memanfaatkan ramadhan tahun lalu, yang masih 'single' waktu tu. :)

Cc: WJuma Nailiah Wms Siti Syahirah Saffinee Nadia Farhana Abd Rahim Cahaya Atika YaNa Yana Faten Nasreen Fiera Syafira

Dan tahun ini, insyaallah ramadhan terakhir saya sebagai seorang yang berstatus bujang. Tapi, saya masih berharap akan ada waktu & peluang untuk menadah kitab di pondok lagi, jika Allah izinkan.

Sahabat-sahabat seusia, tak kurang juga adik-adik junior, sudah ramai yang menamatkan zaman bujang masing-masing. Deretan 'invitation' di facebook berkenaan walimatul urus. Bukan sedikit yang sama tarikh dengan saya.

Takpelah, kita sambut anniversary sama-sama jelah nanti ye. :P

Ada juga yang sibuk bertanya, bila nak announce? Kalau buat announcement awal-awal, nanti orang lupa. :P Tapinya, memang lepas raya dah bersusun jemputan walimah. Yang tarikh sama tu, memang sah-sah la tak boleh pergi kan..huhu

Jom raih keberkatan Ramadhan!

May Allah ease everything, ameen~

Friday, July 13, 2012

Terima kasih sahabat. :)

"Sabarlah k.jie. Allah nak 'jentik' sikit je tu. Rilex la.." 

"Ala, adah tak payah cakap pape dah. Benda tu semua k.jie dah tau."

Adah yang cool dan comel.
Pada k.jie adah tetap comel, terimalah hakikat.
Bersyukurlah. ;)

Terima kasih untuk perkongsian semalam.
Rasanya dekat 3 pagi baru tidur, huhu...
Honestly, k.jie kagum dengan adah.
Bangga jadi sahabat adah.
Bangga punya adik seperti adah.

Doakan semoga k.jie sentiasa berTABAH, kuat berMUJAHADAH, dan mampu ISTIQAMAH.

Di jalan dakwah kita berUKHUWWAH.
K.jie sayang adah lillahi taala.

Tuesday, July 10, 2012

Senyum tak perlu kata apa-apa. :)


If people say something bad about you, judge you as if they know you, don't easily get effected. Remember this,dog bark if they don't know the person.

SMILE! ^_^


~ Jika ada yang membencimu, tidak perlulah kamu mengotorkan hatimu dengan memulangkan kebencian itu kepadanya.

~ Jika ada yang tidak menyukaimu, tidak perlulah kamu membalas rasa tidak suka itu dengan lebih-lebih lagi untuk melawaninya.

Tinggalkan saja mereka. Tinggalkan saja yang tidak baik itu agar ia tidak mempengaruhi hidup & duniamu. Sedangkan duniamu itu boleh jadi lebih indah tanpa mereka.

~ Sambutlah kasih sayang bukan kebencian. Suburkan rasa cinta bukan kedendaman.

#Biar orang buat kita, jangan kita buat orang.#

Pesanan menyengat, sila terasa. :)


‎‎
[COPY PASTE]

Pesanan menyengat ustaz rare Ibnu Batoota..

Memang,fb ini ramai kaum hawa add as friend....kawan perempuan dlm fb aku ni lg ramai dari lelaki.....
Dan memang,kesempatan itu aku manfaatkan dgn sengaja buat status yg keras2 terhadap kaum wanita trutamanya bg glongan berpurdah...

Bukan kerana aku benci kepada kaum hawa...
Bahkan sgt mencintai mereka...

Cuma...aku lihat,majoriti fb islamik samada laki atau perempuan,semuanya status islamik yg meleleh leleh...
Yg lelaki trutamanya,bila buat status yg meleleh2 mcm tu,akan dpt byk gile likes dari kaum hawa menunjukkan mereka suka status tu,tak kurang juga yg suka pd penulis status tu....

Maka aku terfikir..................................

Adakah muslimah2 zaman skrg sudah hilang smgt jihadnya?
Sudah hilang kekuatan hati?
Sudah hilang ketabahannya?

Bukan aku nak suruh pmpuan2 islam jd ganas...cuma aku terfikir bila terbaca kisah2 sahabiah,mereka lemah lembut tapi sgt kental,hati sekuat besi waja,tak mudah cair dgn lelaki ajnabi,tak meleleh2 bila ckp psl cinta,tak tergedik2 bila laki cuit...

Maka aku pun mngmbil langkah utk jadikan fb ku sbg malaikat maut bg kaum hawa...utk mentarbiah hati mreka agar kuat!kental!tabah!

Kalau hari2 aku bg status meleleh2,cinta krana allah,lelaki soleh utk pmpuan solehah,cinta itu fitrah,carilah suami soleh dan bnda2 leleh yg lain...

Muslimah yg terhasil mcm mna?

Walaupun bpurdah,btdung lbuh,ikut usrah,ikut msturat...

Tp cuit skit,dah tergedik2...
Ngorat skit,dah sangkut....
Ajak kapel skit,trus stju...
Lps tu,ptus cinta,meleleh2...
Ada msalah skit,doa nk mati..
Kna marah ngn mak skit,buat status ckp x pnah bhgia...
Exam failed,kata xnk hidup lg...
Pakwe x msej sehari,kt sttus pnuh ngn kta2 rndu...
Pkwe mrah skit,buat sttus meleleh mcm haram...

Fikir secara waras...adakah ini sifat wanita yg ditarbiah oleh rasulullah ketika zaman bgnda???

Nama fatimah,aisyah,khadijah,safiyyah,ummu salamah,ummu habibah,sumayyah,ummu darda,masyitah,balqis,maryam dan ramai lgi diagung2kan kalian.....tapi apa kalian kenal siapa mreka?
Bgaimana hebat dan kentalnya hati mreka?

mmg akal kalian snipis rambut ,tp kalian bukan BODOH...

Aku dtg sbg pengetuk kepala kalian utk bgun dri tidur,utk sedarkan kalian supaya jgn jdi bodoh,jgn jadi hamba lelaki,jgn jadi hamba cinta haram,jgn jadi pmpuan murahan,jgn kapel free2 mcm bohsia,jgn dok bmnja ngn laki mcm pmpuan xda harga...

Nabi telah bersbda mfhumnya,jika seorang lelaki mndapat wanita solehah sbg istri,maka separuh agamanya telah smpurna...

Apa kalian sedar 'kesolehan' kalian itu harganya separuh dari agama??

Sabar, redha, syukur. :)



"Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah sedangkan manusia murka, maka Allah akan cukupkan baginya akan segalanya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari keredhaan manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya pada manusia."

[Hadis Sahih Riwayat At-Tirmizi]

****************************************************

Untuk diri, untuk hati~

Kalau asyik nak fikir apa orang kata, nak puaskan hati manusia, sampai bila-bila pun kita takkan mampu. Yang penting, buat apa yang Allah redha. 

Semoga Dia sentiasa pandu kita untuk buat keputusan dalam hidup.
Semoga Dia sentiasa lorongkan jalan untuk kita lalui, mengikut kehendak-Nya, bukan kehendak kita. Serahkan segala urusan pada Dia, minta Dia mudahkan dan aturkan sebaiknya.

Medan latihan yang Allah sediakan ni memang pelbagai, sebab tu kena tahu tujuan hidup. Pesan pada diri, jangan cepat putus asa. 

Seorang adik pernah bagitau, "Dalam hidup ni, apa saja ujian yang Allah bagi, bukan free. Mesti ada sesuatu yang Dia nak bagi kat kita nanti. Kalau bukan kat dunia, kat akhirat. Selama akak bersabar, selama tu lah Allah akan bagi ganjaran."

Baik kan Allah?

SABAR, REDHA, SYUKUR... Hamdan Lillah~