Followers

Thursday, March 31, 2011

~Salam Imtihan~

~Bittaufiq wannajah untuk semua. Doakan kejayaan bersama~






[Bila result keluar saya rasa sangat down sebab rasa macam dah work hard paksa diri belajar dan ambil exam. Then cikgu saya cakap, "Awak dah usaha dan berdoa, Allah pandang usaha awak. Natijah tu urusan Allah. Bila awak sibuk fikirkan natijah, seolah-olah awak sibuk urusan Allah." Then saya rasa exam bukan sekadar uji kefahaman tapi Allah uji keyakinan kita kepada qadha'-Nya.]

Saya menerima mesej ini daripada salah seorang sahabat tahun lepas.
Syukran, dik. :)



"Ya Allah, kalau Engkau menerima taubatku
dan mengampuni dosa-dosaku, 
maka muliakanlah aku dengan kefahaman dan hafalan,
sehingga aku dapat menghafal semua yang aku dengar,
baik ilmu atau pun Al-Quran."

::Doa dari Uthbah Al-Ghulam::



Wednesday, March 30, 2011

Puteri semut...sila tabah!

Awwalan, tajuk di atas tiada kaitan dengan mana-mana semut di muka bumi ini, melainkan hanya PUTERI SEMUT ini sahaja. :P Terima kasih kerana membuat entri khusus untuk saya yang comel. Ok, agak touching di situ tapi tak menangis kerana mempunyai ketabahan yang tinggi. Sengal la akak ni! :P

Semalam saya call k.yuz, rasanya sejam lebih kot.

"Jie, awak ada lagi tak?" k.yuz ingat saya dah terlelap agaknya.

"Ye...sedang mendengar ni." diam sebab tekun mendengar la. Takkan nak mencelah pulak bila akak sedang gigih berhikayat. Dari zaman mula-mula masuk ke alam kampus sampailah sekarang (kerja+master) semua dia nak bagitau. Termasuklah 'boyfriend' kesayangannya yang bernama Muhammad, yang berumur 3 tahun.

"Akak, nak jadi anak sedara ipar akak boleh tak?" tapi nampaknya k.yuz tak sudi. Huhu.. Seronok dengar pasal si kecil Muhammad yang soleh. Dah hafal macam-macam doa. Tapi muhammad dah jadi yatim, abang ipar k.yuz dah meninggal semasa muhammad berusia 19 hari sebab accident.

"Cik yuz kahwin dengan muhammad jelah nanti." tergelak saya bila k.yuz bagitau muhammad cakap macam tu. Tabah, tabah.

Itupun terpaksa berhenti sebab k.yuz terpaksa jawab panggilan lain yang masuk. Kalau tak, pasti berjilid-jilid lagi cerita yang ingin beliau riwayatkan. Takpe kak, jie faham. Sharing is caring. Boleh jadi seorang pendengar yang setia kan? 

Apapun yang berlaku, kuatkan semangat ye kak. Jie sayang akak jugak. Thanks for being my sis! Sila menangis kalau rasa terharu. :P

This is for you...


Dan seorang remaja berkata...
Bicaralah pada kami tentang Persahabatan. 
Dan dia  menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi. Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.
Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”. Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam  persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran. Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan. Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu. Gerangan apa sahabat itu jika  kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu! Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu. Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan.. Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.
(Khalil Gibran)

Monday, March 28, 2011

Terubat sudah rindu.

Sekali lagi saya bertemu mereka. Kali pertama untuk sem ini, setelah beberapa bulan tidak berjumpa. Syida, nur, mashie dan fira. Mereka adalah sahabat-sahabat yang saya kenal melalui facebook dan blog. Salah seorang baru saja bertukar status minggu lepas. Paling muda, paling kecil.

Setelah berbincang, akhirnya jadi juga perancangan kami untuk keluar bersama. Berjalan-jalan, makan-makan, dan menziarahi sahabat yang lain. Susah betul nak contact puan insyirah, banyak kali call tidak berjawab, juga tidak berkesempatan untuk ketemu.

Syira dah balik cameron highland, jadi tak dapatlah nak tengok bakal ibu muda yang sedang berbadan dua. Nak tengok dah makin tembam ke tak. :P Mungkin jumpa pada masa akan datang, bersama baby yang bakal menjengah dunia, terus jumpa umi-umi angkatnya sekali. Ops, perasan pulak! Syira tak kisah kan? Lalala~

Seperti sebelumnya, syida yang memandu. She's the only one yang ada kenderaan. Datang UIA ambil saya di mahallah sebelum menjemput nur di kolej anggerik UiTM shah alam. Pertama kali saya sampai di UiTM. Ada je sahabat-sahabat lain di sana cuma belum berpeluang untuk melawat. Lepas tu singgah di rumah mashie, area UiTM shah alam juga, ingatkan rumah family, rupanya sewa bilik dengan kawannya.

Memandangkan baru saja masuk waktu asar, maka kami bertiga turun solat dahulu. Alhamdulillah semua sudah ada wudhu', jadi cuma turun dan terus solat.

"Boleh tak kat rumah fira nanti akak nak suruh dia pakai balik baju pengantin lepas tu ambil gambar?" saja tanya soalan tu.

"Kenapa pulak?" soalan yang dibalas soalan.

"Sebab akak takde masa dia kahwin hari tu. Mana aci korang je yang ambil gambar dengan dia. Nak jugak." saya jeles sebenarnya. Tak puas hati tak ada gambar dengan fira. :P

"Nanti kitorang edit gambar akak letak kat gambar kahwin fira ye." Nur saja nak kenakan saya.


Destinasi seterusnya, ke rumah pengantin baru di puchong. Memang kecoh budak-budak ni. Nur dan syida dah mesra dengan umi fira nampaknya. Umi fira sangatlah peramah, dan kecoh juga. Hehe. Saya dan mashie je yang senyap sikit. Kita memang sopan kan, mashie kan? :P

Terima kasih fira sebab masakkan spageti untuk kami. Memang tengah lapar masa tu. Lagipun fira dah bagitau awal-awal nak masak. Ada orang tu sampai 3 kali tambah. Sedap sangat kot fira masak. Ke sebab lapar sangat? Lepas ni bolehlah pergi makan lagi kan...

Sebelum balik, kami bergambar depan rumah fira. Lepas tu saya cakap dengan umi,

"Umi, boleh tak nak kidnap fira?" boleh pulak bagitau umi macam tu. Umi tak kisah pun. Tapi...

"Ala lupa pulak, fira kan dah kahwin. Mana boleh mintak izin umi lagi dah, kena mintak izin suami dia." tak jadi la kidnap fira. Yang lain-lain gelak je.


Destinasi utama ke masjid wilayah untuk sesi fotografi. Tapi dah gelap pun. Sebab masa kami sampai dah masuk waktu maghrib, jadi terus solat. Makanya, aktiviti berDSLR dimulakan selepas solat. To syida, mashie dan nur, kalau nak upload gambar kat fb tu sila 'tapis' habis-habisan. Maklumlah macam-macam gaya ada. Romantik habis. Yela, orang tu kan dah tak lama dah, so dia practice la dulu kan. ^_~

Lepas tu syida bawa kami ke 'Ice Room'. Sedapnya aiskrim! Tempatnya pun cantik, hijau. I love green! Puan syira kalau nak jeles amat dialu-alukan. :P


Sesuatu yang agak tragis telah berlaku sebenarnya. Semasa kami sedang menikmati asikrim, tiba-tiba....sepinggan nasi telah tumpah ke atas syida. Err, separuh je kan? Adui, tabah jelah. Syida kata sebab timun tu keras sangat, pinggan terbalik (masa nak potong timun) dan nasi dalam pinggan tu pun selamat 'menjunam' ke atas riba (jubah) syida. Jadi lantai masih bersih, harap maklum. Hee~

Lama betul syida memandu, dari pagi sampai malam. Lepas hantar saya balik UIA, hantar nur dan mashie balik shah alam pula. Mesti penat kan? Terima kasih sangat-sangat sebab luangkan masa bersama. Sekurang-kurangnya dapat hilangkan sedikit tension dengan berjalan-jalan. Emosi yang sentiasa berubah-ubah. -_-"

Lain kali kita date lagi ye? Tolak fira dan syira je, yang lain-lain still single. Nanti bolehlah ajak k.atiqah pula. Kalau semua dah kahwin, cari kawan baru yang belum kahwin. Mesti ada yang nak join nanti. Sayang semua! v(^_^)v

~gambar walimah toiyibah zafirah~

"UKHUWWAH yang dimaksudkan ialah HATI dan JIWA terikat dengan IKATAN AQIDAH. 
Aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan bernilai. 
Ukhuwwah adalah saudara iman, manakala perpecahan pula adalah saudara kekufuran. 
Kekuatan yang paling kuat ialah kekuatan kesatuan. 
Tiada kesatuan tanpa kasih sayang. 
Kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan hati terhadap saudara seislam, dan yang paling tinggi ialah ithar (mengutamakan orang lain dari diri sendiri)".
(Hassan al-Banna)

Sunday, March 27, 2011

Semalam...

Semalam, saya ada call seorang sahabat (beberapa orang sebenarnya). Lama kami berbual. Tentang kehidupan, tentang pelajaran, termasuk sesi meluah perasaan (meluahkan kesedihan), dan tanpa sengaja saya telah 'ter'menangis.

"Alamak, nangis ke?" dia bertanya, dan saya cuma diam. Mesti awak kelam-kabut kan? Sori ye, awak.

Lepas tu macam-macam dia cerita.

"Awak nak tau tak..." the story begin.

Mungkin sebab nak pujuk saya, mungkin sebab nak tenangkan hati saya, mungkin sebab nak pulihkan semangat saya. Ok, saya agak stress. Memang stress sebenarnya, yang menekan jiwa. Disebabkan oleh beberapa faktor yang menyebabkan saya rasa hampir berputus asa.

Saya menangis dan terus menangis. Lama. Dan dia terus bercakap dan bercakap. Sampai habis modal nak cerita.

"Boleh tak kalau saya kata saya dah berputus asa?" soalan yang tak patut saya tanya sebenarnya.

"Tarik nafas, selawat, lepas..." beberapa kali dia mengulang ayat tu.

"Ada masalah apa sampai menangis macam ni?"

Saya menarik nafas seketika. Kemudian bercerita, berkongsi apa yang saya rasa. Sharing benda yang tak best pun, kesian awak. :P

"Pernah tak awak senaraikan semua masalah yang awak hadapi dalam satu kertas? Dari sekecil-kecil masalah hinggalah sebesar-besar masalah."

"Em..tak semua."

"Cuba awak buat macam tu. Walaupun ada lagi masalah-masalah lain, tapi bila dah kurang, awak akan rasa lega. Lagi satu, bandingkan masalah kita dengan orang lain. Cuba fikir, ada lagi orang lain yang hadapi benda yang lebih berat dari awak."

Agaknya sebab dah lama pendam, tiba-tiba 'meletup', dan awak jadi mangsanya. :P Nak dekat exam ni macam-macam hal pulak yang jadi. Terima kasih sebab sudi mendengar.

"Ada pape lagi nak pesan? Nak cakap jangan nangis ke?" saya bertanya lagi sebelum menamatkan perbualan.

"A'ah jangan menangis. Eh, tak boleh. Kena menangis. Jangan pendam." nak tergelak pulak bila dia cakap macam tu. Kena menangis ye? Hehe.

Banyak yang saya kena muhasabah balik ni. Kawal emosi, that's right. "Turning point", saya ingat tu...masih, sedang, dan akan terus mencarinya.

Terima kasih sebab banyak 'membebel' semalam. Hampir dua jam. Dan saya tak mampu nak tulis semuanya di sini. Apapun, saya sangat menghargainya.

Saya ada ALLAH! Dan DIA adalah sebaik-baik tempat mengadu.



قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani”. 
(Surah Al-Zumar: Ayat 53)

Saturday, March 26, 2011

Bayaran Sebuah Kemaafan .

Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., Rasulullah bersabda:

Musa bin Imran bertanya: "Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang paling mulia di sisi-Mu?

FirmanNya: "Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untuk membalas kejahatan org lain."

Saya merasakan bahawa perkara yang paling mahal saya terpaksa bayar dalam perjalanan kehidupan ini adalah; sebuah perpisahan. Membayarnya adalah sesuatu yang sangat menyedihkan.

Seseorang itu sepatutnya bersedia, redha, sabar di saat hati yang hiris dengan kesedihan.

Kita selalu lupa bahawa setiap orang yang telah menambah nilai erti kehidupan kita akan berakhir. Mereka akan pergi meninggalkan kita. Atau kita jua akan berjauhan meninggalkan mereka.

Hari ini kita telah menjadi seseorang. Kita telah menemui pelbagai ragam manusia yang mungkin menyakitkan, mungkin juga menggembirakan. Kita telah pelajari sebuah kehidupan yang sebenar.

Adakah kita berterima kasih kepada mereka? Yang pernah menambah asam garam dalam resepi kehidupan ini?

TERIMA KASIH

Kita seringkali mendengar, "manusia tidak pernah lari dari buat kesilapan", untuk kita sentiasa akui bahawa setiap orang mengaku ketidaksempurnaan dirinya.

Frasa itu juga mengajar kita bahawa "manusia belajar melalui kesilapan", walaupun yang membuat kesilapan itu daripada orang yang lain.

Adakalanya kita rasa sakit hati atas perbuatan seseorang itu. Mungkin sakitnya hati itu tidak dirasai oleh orang yang menyakiti. Mungkin juga dia disakiti.

Namun kita tidak sedar bahawa dia mungkin pernah mengajar kita erti kehidupan lebih banyak dari apa yang dia sakitkan hati kita. Mengapakah kita terlalu keras hati sehingga terlalu mahal harga kemaafan kita?

Tak mahu bertanya sapa, tak mahu mendekati, tak mahu dan tak mahu.

Kerana mungkin kita terlalu sayangkan hati kita? Kuat merajuk? Mungkin?

SELAMAT TINGGAL

Mengapakah seseorang itu merumitkan lagi masalah dengan tidak memaafkan? Sedangkan, lebih mudah menghabiskan cerita yang rumit itu dengan memaafkan?

Kita sebenarnya telah membayar harga yang lebih mahal kerana itu, iaitu dengan memendam sakit hati, berpisah, dan dendam – hanya kerana enggan memaafkan.

Tahukah kita bahawa Rasulullah telah menjadi orang yang berjaya kerana dirinya yang sangat pemaaf? Baginda dibenci, Baginda dicaci, didengki, namun kerana memahami semua itu adalah hakikat manusiawi, Baginda memaafkan.

Kita mungkin boleh berfikir sendiri, akan manusia yang sangat terpuji akhlaknya. Mungkin Rasulullah itu maksum, bersih hati jiwanya, dan kita tak mampu lakukannya. Tapi bukankah nabi diturunkan agar kita mencontohinya?

Kita bakal lagi akan diuji dengan pelbagai lagi ragam manusia.

Tetapi kita tentu akan tenteram jika kita memaafkan mereka.

Usah merumitkan lagi cerita jika penyelesaiannya hanya dengan membayar sebuah kemaafan andai mereka pernah menjadi rakan, kenalan, atau keluarga kita.

Maafkan sahaja.

Kembalilah bersaudara.

Andai Habil dibunuh kerana hilang rasa persaudaraan daripada satu pihak. Andai agama ini pernah membayar harga persaudaraan itu dengan jenuh dan letih dalam berhijrah. Mengapakah kita menggadaikan persaudaraan itu semudah-mudahnya, angkara perkara yang kecil, tetapi dibesar-besarkan?

Rugilah orang yang memutuskan persaudaraan.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." 
 [Al-Hujurat : 10]

sumber: iluvislam.com




Sufygirl: Untuk awak, kamu, dan sesiapa saja yang pernah menyakiti hati saya, TERIMA KASIH. Untuk awak, kamu, dan sesiapa saja yang pernah terasa hati dengan saya, MOHON MAAF. Saya benar-benar maksudkannya.

Tuesday, March 22, 2011

Menadah bicara hikmah.

Bersiap awal pagi pada hari ahad bukan satu perkara yang lazim dilakukan. Banyak sangat benda yang boleh dibuat untuk mengisi waktu lapang, terutamanya pada hujung minggu.

Masih sangat mengantuk, tetapi menggagahkan diri untuk bangun. Itu pun selepas k.imah call, huhu.. 7.40 pagi mula bertolak dari UIA. Singgah di petronas untuk keluarkan duit (dah 'kering' la bayar duit tol dan minyak..:P). K.imah beli karipap untuk mengalas perut.

Tiga tahun lepas (kalau tak silap) pernah ke UKM, itu pun sebab ada demo. Dan ini adalah kali yang kedua. Tiba di hadapan panggung seni UKM sejam kemudian. 8.40 pagi masih awal, tapi kami terus ke meja pendaftaran. Sudah ada yang sedang beratur. Again, orang asyik pandang. Macam nilah bila jadi 'ninja'. Tabah jelah kan...:P

Lebih kurang pukul 9 pagi ust pahrol masuk dan duduk di tempat audiens. Cuma seorang.

"Jom ambil gambar dengan ustaz nak?" saya menagajak nisa' yang duduk di sebelah.

"Jom, jom, jom!" semangat la pulak budak tu. Adeh.

"Betul ke ni? Seganla, ramai orang ni..." saya agak segan sebenanrnya, tapi buat-buat tak segan. Huhu..

"Ala jomla kak, orang tak ramai mana lagi ni. Nanti dah makin ramai tak sempat dah. Cepatla. Akak bangun dulu."

"Yela..yela.."

Maka kami bertiga bergambar dengan ustaz pahrol di tengah-tengah audien. Takpe, tak nampak muka, buat tak tau jelah kan. Excited pulak nisa'. Forum bermula jam 9.30 pagi, lama juga la kami menunggu. Sempat jumpa k.yuz (yang sangat rindukan saya. :P) dan k.shida. Seronok dapat kenakan puteri semut tu. Sila tabah ye, kak! Hehe..

Nak berkongsi apa yang saya dapat masa forum, tapi bukan dari tulisan saya. Jumpa di website iluvislam, copy paste jelah. :)


**********************************************************************************


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam kepada Junjungan Nabi, serta ahli keluarganya dan para sahabatnya sekelian.

Hati (heart) adalah satu organ yang ajaib. Ia berdegup 100,000 dan mengepam 100 gelen darah setiap jam. Bayangkan jika kita mengangkat air sebanyak itu dalam sejam.  Mengikut sebuah kajian, otak sentiasa menghantar mesej ke otak , tetapi hati kadang-kadang tidak patuh. Fikiran kita mengatakan "kena solat", tetapi hati (perasaan) kita  kata nak sambung tidur.

Oleh itu, hati yang cerdik adalah hati orang mu'min yang merasai dekat dengan  Allah, merasai Allah itu ada dihati kita.  Butanya hati kerana jahil (tidak berilmu). Maka banyak manusia yang menjadi musuh kepada apa yang ia jahil lalu memusnahkan Islam dengan rasa cinta pada Islam.

Rata-rata , walaupun seorang insan itu belajar agama sejak dari sekolah rendah lagi, tetapi apa yang dipelajari lebih berbentuk ilmu pendrive atau ilmu 'copy paste'.  Ilmu yang dipelajari tidak lebih dari pengetahuan agama, ilmu yang diletakkan di kepala, yang tidak menjadi kemahuan agama (ilmu yang masuk dihati).

Tempatkan Allah di hati

Ibarat sebuah lampu yang diletakkan di atas atap , tidak akan mampu menerangkan sebuah rumah , dibandingkan lampu yang diletakkan di dlam sebuah rumah.

Untuk menganalisis hati kita, cuba jawab soalan ini;

a. dengan siapa kita bergaul?

b. buku apa yang kita baca? (termasuk Al-Quran? dan yang berkaitan dengannya?)

Manusia akan menjadi luar biasa kerana hatinya akrab dengan Allah. Sebenarnya Allah tidak pernah meminggirkan kita, tidak menjauh dari kita, tetapi kita sendiri memilih untuk jauh dari Allah.

Hati yang dikuasai dengan kebaikan , akan melahirkan kebaikan yang banyak.

Begitu juga hati yang dikuasai dengan kejahatan, akan lahir kejahatan yang banyak.

Ilmu yang dihati akan melahirkan output -  'walk the talk', 'actions that speak louder than words' , lebih banyak mengajak dari semata-mata mengajar - mendidik.

Semak Kualiti Hati

Cuba kita semak kualiti hati kita. Dari manakan datangnya kejahatan pada hati - takabur, angkuh, sombong, riak. Manusia akan merasa besar diri, megah, rasa hebat dan lebih baik dari orang lain, kerana tidak merasai kebesaran Allah di dalam hatinya.

Sebab itu mutakhir ini, manusia yang berjaya dikatakan manusia yang mempunyai spiritual intelligence (kecerdikan dalaman/rohani) yang tinggi - ada perasaan bertuhan,ada Allah dohatinya. Dia tahu dia dari mana, untuk apa ia dijadikan dan kemana ia akan pergi. Solat bukan hanya menjadi rutin atau ritual harian tetapi spiritual ( Solat yang mempunyai ruh).

Menyembah Allah dalam ertikata sebenar bukan hanya menyembah Agama. Ada rasa THE ENDS yakni akhirat. Orang-orang barat sibuk mencari Green Society walhal jawapan itu ada dalam Islam.

Walaupun bagaimanapun, sesuatu yang berharga memang sukar untuk mendapatkannya. No Pain No Gain. Perlukan Mujahadah. Jannah itu dipenuhi dipagari dengan kesusahan manakala neraka dipagari dengan keseronokan.

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis,  hati nak jadi baik bukan mudah. Namun hati nak jadi jahat senang. Lebih mudah untuk mengumpat, mengeji manusia dari mengatakan sesuatu yang melahirkan kasih sayang.

Kenapa kita perlu ada perasan kita lebih baik dari orang lain sedangkan solat sunat qabliah, ba'diah, dhuha, tahajud, witir pun tak lepas. Mencela, memandang hina dan memperlekehkan orang lain. Sedangkan insan yang mulia, yang luar biasa hebatnya solat malam sehingga bengkak-bengkak kaki. Kaki kita ???? Hebat ke???

Adakalanya kita merasa comfortable- solat, puasa, zikri, baca Al-Quran , tahajud , semua OK. Tetapi ia mungkin menjadi 'graviti sifar'. Rasa dah OK. selamat. Maka kita perlu sesuatu kuasa yang kuat untuk melonjak kita keluar dari zon keselesaan itu. Sebab itu ujian, musibah datang sebenarnya adalah untuk mendidik hamba.

Didikan dari sebuah ujian atau musibah menimbukan bekas lebih dari kesan solat pada seseorang. Ia merupakan mehnah yakni didikan direct dari Allah melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku didunia.  Di situ dididik sifat sabar, redha, raja'. Khauf.

Peringkat Mujahadah

Peringkat mujahadah pula berubah dari "I have to pray" ( BISA) - rasa seperti beban. Maka kita akan merasa lega setelah selesai solat.  Seterusnya akan naik kepada "I need to pray" (BIASA). Akan merasa bahgia ketika solat. Seterusnya meningkat kepada mendapat halawah (rasa manis ketika solat) dan mereka akan menjadi Pembela Kebenaran.

Sesuatu kebaikan itu akan hanya lahir dari satu kebenaran. Pembohongan, penipuan tidak akan melahirkan sesuatu kebaikan. Untuk berubah kepada kebaikan, nafsu ibarat bayi yang menyusu. Jika dipisahkan dari menyusu, maka dia akan menangis, meronta, mengamuk. Jika kita diamkan dan biarkan dia meronta, maka satu hari nafsu itu akan jinak.

Dalam melalui jalan menuju Allah, kita jangan mengalah walaupun berkali-kali  kalah dengan kejahatan. Allah tidak akan jemu jika kita tidak jemu. Allah pula tidak menilai EFFECT tetapi Allah menilai EFFORT. It is not the destiny but the journey will be evaluated by Allah. PAY NOW PLAY LATER. Carilah pergaulan yang soleh, ikhlas dalam pergaulan, menyayangii kita kerana cintakan akhirat.  Cinta makhluk hanyalah alat untuk cinta Allah, cinta makhlukbukanlah tujuan.

Cintailah yang mencintai kita, jangan kita cinta orang yang kita cinta.

Ingatlah  Allah itu menyintai kita, maka cintailah  Allah dihati kita

Dalam kita berusaha mendapatkan sesuatu, pastikan apa yang kita dapat faedahnya lebih besar dari apa yang kita hilang. Umpamanya menghadiri majlis ilmu, kita akan mendapat ilmu, peringatan, tetapi  kita akan hilang waktu rehat.

Kita dapat rehat tetapi kita mungkin hilang peluang berada dalam majlis ilmu. Yang mana pilihan kita??

**********************************************************************************
Sumber ulasan di sini.
Juga boleh baca tulisan lain berserta foto di sini.

Monday, March 21, 2011

~Musafir hujung minggu~

Bermusafir untuk yang kesekian kalinya. Pertama kali menuju ke selatan. Sempat ke rumah adah (Johor Bahru) , umi (Kota Tinggi), nisa' dan k.imah (Merlimau). Destinasi utama, walimah k.syeril (Skudai). Jauhnya mengembara, bermusafir di hujung minggu. Hanya sebuah kereta, k.imah memandu bergilir-gilir dengan nisa'.

Pagi jumaat, selepas menghantar assignment di bilik lecturer, menanti sahabat-sahabat di bus stop nusaibah. Kira-kira 11.30 pagi bertolak dari UIA. Sebelum itu, berhenti isi minyak dulu. Kemudian bermulalah perjalanan yang panjang.

Jam 2 petang berhenti di R&R Pagoh, perut meminta diisi. Lapar! Selepas makan, solat, perjalanan diteruskan. Rasanya sejam jugak la berhenti di situ.

Sibuk juga jalan di johor, banyak yang sedang di'renovate', dan sangat banyak lori! Tension betul k.imah. :P



Jie: Tau tak, ni first time saya sampai johor.


Adah & umi: Selamat datang ke johor!

Rasa nak tergelak je bila adah dan umi cakap macam tu. :D Tiba di Johor Bahru, singgah di Plaza Angsana, cari hadiah kahwin.

Jie: Ooo..ni ke Plaza Angsana..


Nisa': Ala siannye..(sambil mencari tempat parking)


Jie: Orang kan first time sampai johor, memang la...-_-"

Beli hadiah dan balut terus. Next, ke rumah adah. Minum petang. Duduk sekejap je.


Adah: Buat macam rumah sendiri ye.


Jie: Sape buat air ni? Adah?


Adah: (sengih) Adik adah la.


Jie: Lajunya nisa' makan.


Nisa': Ala, makan jelah. Buat macam rumah sendiri kan. :)


Jie: Adah, nak buat permintaan boleh tak? (adah pandang saya) Nak tambah sos boleh? :P


Adah: Boleh. Jap. (adah masuk ke dapur dan keluar semula)


K.imah: Ingatkan nak buat permintaan apa tadi.


Jie: Ni first time saya datang rumah orang, makan, lepas tu mintak tambah sos. (itupun sebab mak ayah adah tak ada, hehe)

Mak adah kerja, belum balik, so tak sempat jumpa. Saya, nisa' dan k.imah menuju ke rumah umi di Kota Tinggi, bermalam di sana. Sebelum tu, adah bagi peta dulu. Peta conteng-conteng sendiri. Refer ayah dan adik dia. Jauh juga nak sampai rumah umi, 2 jam. Berhenti solat di masjid dulu.


Belum pukul 11 malam mata dah mula layu. Keletihan. Memang kena tidur awal pun, esok pagi-pagi dah nak bertolak. Kononnya nak bergerak lepas subuh (lepas subuh la sangat kan). Selesai sarapan, kami meminta diri. Tapi umi sempat lagi bawa bekal karipap dan nangka. Dah mak bagi kan, bawa jelah. Pukul 8 baru nak bergerak, adah tanya dah sampai mana, baru kat depan rumah umi lagi. Memang tak sempat nak kejar akad nikah pukul 8.30 pagi.

Masa memandu, ikut peta yang adah bagi, cuma terbalikkan je. (Jalan dari rumah adah ke rumah umi-pusing balik). Tapi lain pulak jadinya. Dekat-dekat nak sampai kami terlepas lorong pula, sabar jelah. K.imah pandu terus je, aci redah ikut signboard, huhu.. Lalu dekat Danga Bay, mana lagi entah, ni kira jalan-jalan kat johor la ni. Umi tak biasa jalan kat JB tu. Last-last dah jumpa Plaza Angsana, call adah balik, dia suruh tunggu dekat shell.

Adah naik kereta dengan kakak dan adik dia. Rasanya dalam pukul 10 kot masa tu. Cari jalan untuk ke rumah pengantin pula. Refer kad kahwin. Memang pencarian dan perjalanan yang panjang, beberapa kali pusing, patah balik, u-turn.


Akhirnya, kami sampai ke majlis k.syeril dalam pukul 10.30 pagi. Masa lalu masjid, nampak orang dah beransur keluar, baru selesai akad nikah. Kami ke rumah k.syeril terus, tunggu di sana. Sempat jumpa sahabat-sahabat UIA kuantan yang dah lama tak jumpa. Sahabat-sahabat gombak pun ada, tapi datang asing-asing tak sama dengan kami.

Dalam pukul 1 tengahari bertolak pulang. Tapi bukan pulang ke gombak. Melencong ke melaka, singgah rumah nisa' dan k.imah. Berjalan sakan. :P Adah tak ikut, dia balik rumah, jadi kami berempat jelah.

Masa dalam perjalanan, sekejap hujan, sekejap berhenti, sekejap lebat balik. Bahaya betul nak drive tengah-tengah hujan lebat ni, tak nampak apa-apa. Dan tak boleh nak tengok pemandangan di Melaka. Huhu.. Lebih kurang 3.30 berhenti solat di masjid. Macam ada masjlis je dalam tu. Dah agak, ada orang nikah rupanya. Tak sempat tengok majlis akad nikah k.syeril, tengok akad nikah orang lain. Bukan nak tengok pun, nampak je. Kami cuma berhenti solat, sebab dah lewat. Kalau balik rumah, nisa' dan k.imah tak boleh nak jamak ta'khir dah.


Masa nisa' drive, dia suruh k.imah call farah (adik nisa').

Nisa': Cakap ngan farah, suruh masak sedap-sedap. (tengah drive)


K.imah: Farah, kitorang nak datang rumah ni, nanti masak sedap-sedap. (guna handset nisa')


Jie: Akak, cakap ngan dia, kita bawak satu rombongan balik rumah. (saya menyampuk dari belakang)


K.imah: Kitorang bawak satu rombongan ni. (sambil gelak)


Kecoh betul. Umi dan abuya nisa' pun ada di rumah. Sebelum ni dah pernah jumpa masa pergi Darul Qur'an, time farah konvo, saja jalan-jalan. Lepas makan (farah dah siap masak, hehe), saya dan umi ikut k.imah balik. Lepas maghrib singgah ambil nisa' dan bertolak pulang ke gombak. Masa ni takde berhenti kat mana-mana dah, jalan terus je. K.imah dah mengantuk, nisa' ganti drive. Saya dengan umi jadi penumpang setia je. :)

Masa tu saya terfikir sesuatu...

Jie: Waaa... Tak acinya korang semua balik dapat jumpa mak ayah! 


K.imah: Sambil menyelam minum air la kan...


Jie: Mana boleh, nanti lemas! (jeles yang amat! huhu)



K.imah cakap dengan nisa', kalau mengantuk bagitau. Last-last nisa' drive terus sampai UIA. Cayalah nisa'! Hehe. Masa dalam perjalanan, ada la beberapa buah motosikal (banyak la juga) lalu kat jalan raya tu, penunggang motor tu buat macam superman, meniarap kat atas motor. Tak faham betul la orang-orang macam ni, dah boring hidup lama agaknya. Saja nak cari nahas. Masalahnya, tindakan macam tu membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Haish.

Nisa: Takutnya saya..takutnya saya...(dah mula kurangkan kelajuan)


Nak tergelak pun ada bila nisa' cakap macam tu. Sori ye nisa'. :P Tapi jie pun takut juga sebenarnya. Akhirnya selamat tiba di UIA menjelang jam 11 malam. Alhamdulillah. Penat dan mengantuk.

Quote.

Cuma mahu berkongsi kata-kata ini.

"Untuk insan yang berjaya buat saya marah & bersedih, terima kasih yang tak terhingga buat kamu. Saya takkan melayan kamu, dan saya takkan jadi seperti kamu, menambahkan sedih orang lain. Saya kuat kerana adanya insan-insan yang saya sayang di belakang saya, dan hidup saya takkan terjejas kerana adanya kamu. Kerana kamu tidak penting langsung bagi saya."

LIKE LIKE LIKE SANGAT3! v(^_^)v





Credit to atiqah rayah. Sayang iqah! ♥◕‿◕♥

Thursday, March 17, 2011

"Di mana DIA di hatiku?"


Apa yang kita perlukan melebihi keperluan kepada Allah?
Kita perlukan Allah lebih daripada kita perlukan udara. Kalau hidup tanpa Allah, apalah guna kita hidup. Hati akan mati, hidup hilang erti. Tanpa-Nya kita hilang arah dan diri sentiasa gelisah. Jiwa akan terasa kosong sekalipun punya nama, rupa dan harta yang melimpah-ruah.
Orang yang cintakan Allah akan tenang dengan mengingati-Nya. Orang yang takutkan Allah pasti bergetar hati apabila mendengar ayat-ayat-Nya. Andai cinta dan takut Allah ada di hati, kita seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki dan abadi. 

Di Mana Dia Di Hatiku?

Itulah suara kalbu yang mengungkapkan segala rintih pedih, ratap harap serta suka duka seorang hamba yang sentiasa mengharap redha-Nya. Sesungguhnya Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya.
Tajuk inilah yang akan dikupas di dalam forum 'FEWWIT : Di Mana Dia Di Hatiku?' yang akan dikemudikan oleh Wardina Safiyyah, dan menampilkan Ustaz Pahrol Md Juoi, Suffian Amrin (Pyan Saujana), dan Ustaz Syed Abdul Kadir Aljofree sebagai panelis.


"Bila Allah ada di hatimu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan, dan kebahagiaan yang hakiki"
[Ust Pahrol Mohd Juoi]


Untuk maklumat lanjut sila rujuk di sini dan sini.


Sufygirl:  Insyaallah akan ke UKM ahad ini. Ada sesiapa nak ikut? Lepas kelas esok akan ke johor bersama beberapa orang sahabat bagi memenuhi jemputan walimah k.syeril (sabtu). Tak dapat pergi majlis fira dan masyitah. Asif jiddan! Doaku sentiasa mengiringi kalian. :)

Istimewanya DA'IE itu... (◕‿◕✿)





Kerana dai'e itu...

1. Selalu cuba menahan diri dari perlakuan emosi. Jika teman-teman disekitarnya dirundung kesedihan dan dihujani emosi, maka dia cuba menahan diri dari larut bersama dalam kesedihan dan kefuturan, kerana dia tidak mahu dirinya itu akan memburukkan lagi keadaan yang ada. Yang diingininya adalah menjadi cahaya tuk menerangi, bukan malah memadam cahaya yang ada untuk menggelapi.

2. Akan cuba untuk menelan segala caci maki terhadap dirinya. Walau memang terasa pedih, seakan menghiris daging hatinya sedikit demi sedikit, tetap dipujuk hatinya sendiri agar tidak merasa sakit, kerana sakit di dunia ini cuma sementara dibandingkan dengan kegembiraan di syurga yang tak akan kalah bandingnya, lalu tak usah menjadi sakit kerana manusia.

3. Selalu berusaha untuk menjadi terbaik di kalangan yang terbaik, walau terkadang merasakan dirinya lebih ngeri. Walau kadang usahanya itu diperlekehkan orang lain, sehingga membuatkan dirinya berkali-kali merasa 'down' namun diusahakan juga untuk mengikhlaskan dakwahnya hanya kerana Allah semata, lalu tak usah menjadi 'down' kerana manusia.

4. Yang kadang terpaksa menebalkan wajah untuk menegur saudara-saudaranya sama ada dikenali atau tidak, kerana yang penting adalah yang namanya saudara seaqidah, wajib baginya menyapa dan menghadiahkan senyuman kerana itu hak seorang muslim dengan muslim lainnya. Walau kadang disambut dengan wajah yang aneh, yang dengan kehadirannya itu ternyata hanya menimbulkan perasaan janggal, namun dicuba juga untuk menguntumkan senyuman yang termanis dan seikhlas mungkin.

5. Selalu menangisi kelemahan diri, selalu menyesali perbuatan dirinya, dan selalu dibimbangi dengan penolakan ajakannya. Kerana barangkali uslub dakwahnya tidak kena atau tidak sesuai terhadap segelintir manusia. Lalu, dirinya sentiasa berfikir strategi lain untuk menarik minat orang terhadap dakwahnya, hingga kadang mati akal. Tapi, dia tetap tidak mahu berputus asa.

6. Selalu merasakan ingin menjerit sepuasnya bila dakwah itu dianggap hanya lakonannya semata, hanya mahu tunjuk baik dan merasa lebih bersih dari orang lain, ingin saja dikatakannya bahwa bukan itu tujuan dakwahnya melainkan tujuannya berdakwah kerana Tuhan semata dan cuma ingin mencipta cinta kasih sesama orang yang didakwahnya, tapi kadang orang lain tak memahami bahasa dai'e lalu dituduh 'perasan baik' dan 'macam bagus'.

7. Kalau boleh hanya mahu menjadi sebagai pemberi yang memberi sebanyak-banyaknya. Tak mahu menerima biar sedikit. Kerana memberi itu lebih indah, lebih baik, lebih cantik dari watak menerima.

8. Selalu berusaha menjadi seorang yang ceria, gembira seolah-olah tiada masalah. Masalah peribadinya hanya antara Tuhan dan dirinya saja. Dalam keadaan dirinya lemah, hanya Allah yang tahu. Hatinya menangis, Allah saja yang tahu. Dia tak akan meluahkan masalah itu di hadapan orang lain, kecuali pada Rabbnya. Allah is enough.

9. Yang kadang merasakan lebih baik saja dirinya tidak dikurniakan hati dan perasaan, lalu tak perlu merasa sakit, merasa terhiris bila dakwahnya disambut dengan perkataan dan perbuatan yang justeru sangat menyakitkan. Tapi, tatkala diceritakan kisah Rasulullah saat berhijrah ke Thaif yang malah lebih besar tentangan dakwahnya, dirinya merasa malu. Malu pada Rasulullah yang berjuang berseorang tanpa kenal erti perit dan jemu. Ya Rasulullah, maafkan kami, kami malu padamu.

10. Akan selalu dikatakan 'macam bagus', hipokrit, judgemental, extremist dan macam-macam lagi. Walau apa pun yang dikatakan kepadanya, telanlah sahaja, kerana yakinlah, Allah lebih tahu hati kita kan....? Bersabarlah....



“Sungguh menakjubkan urusan orang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya merupakan kebaikan, dan hal ini tidak terdapat kecuali pada orang Mukmin. Jika ia mendapat kegembiraan, maka ia bersyukur, dan itu merupakan kebaikan baginya. Dan jika mendapat kesusahan, maka ia bersabar dan ini merupakan kebaikan baginya."
( HR. Muslim )

Bukankah sudah kukatakan seorang dai'e itu sangat istimewa? Walau proses ini sangat pahit, yakinlah bahawa syurga itu sangat manis.


(perkongsian emel dari sahabat)