Followers

Thursday, September 30, 2010

Sunday, September 26, 2010

Sudikah...

Satu ketika kau bertanya..

.......................
sudikah kau menjadi Makmum
disetiap solatku..
agar solatku lebih bermakna
dan terjaga hendaknya..

........................
sudikah kau menjadi Penjaga
diri dan maruahku
agar hidupku lebih tenang dan bahagia

.........................
sudikah kau menjadi Pendidik
hati dan jiwaku
agar rohaniku terisi hikmahNya
dan akhlakku terjaga hendaknya

..........................
sudikah kau menjadi Pemerhati
setiap gerak dan langkahku
agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku

............................
sudikah kau menjadi Peneman
di kala suka dan duka ku
agar satu hari, jika ujian itu dtg
air mataku ada yg menghapuskan..

............................
sudikah kau menjadi Pembela
diriku dan agamaku
agar aku terus berada di atas jln yg benar

.............................
sudikah kau menjadi Penggerak
semangatku..
agar bila aku kelesuan
kau mampu memberi bantuan
walau hanya sekadar senyuman :)

.............................
Sudikah kau menjadi Sahabat
buat diriku..mendengar luahan hatiku
agar aku boleh berbicara apa sj dgn mu
tnpa rasa ragu..

...............................
Sudikah kau menjadi Penghibur
tika ku kesunyian
agar aku boleh ketawa riang

Satu ketika aku menjawab...

"Ya, Aku sudi..
Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI
dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"


Tetapi,
aku kembalikan soalan ini kepadamu..

................................
sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?

jika aku sudah tidak seperti dulu?

.................................
Sudikah kau pula menjadi
Imam, Penjaga, Pendidik
Pemerhati, Peneman, Pembela
Penggerak, Sahabat dan Penghiburku

Jika suatu ketika nanti
aku sudah tidak mampu lagi menjadi
Makmum di setiap solatmu..

Jika aku sudah tidak mampu lagi
menjagamu,
menemanimu
memerhatikanmu,
mendidikmu
membelamu,
menggerakkanmu
menjadi sahabatmu dan
menghiburkanmu

Sudikah kamu wahai .....................?

Aku percaya..kau masih sudi..

"Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI
dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI"

Nikmatilah Percintaan itu dgn caranya yg terindah
~PERKAHWINAN~


sumber di sini.

Friday, September 24, 2010

Sunday, September 19, 2010

Dedikasi untukmu sahabat...

Alhamdulillah sudah kembali ke bumi UIA gombak (buat kali kedua, hari tu dah balik sekejap, huhu). Kira-kira jam 10 pagi tadi adah tiba dengan mak ayah dan kakaknya. Singgah ambil saya sekejap dan terus bergerak ke gombak. Sebaik memasuki pagar utama UIA dalam pukul 1 lebih, azan zohor berkumandang. 

Esok, bermulalah kelas, group discussion, assignment yang masih menanti untuk disiapkan, meeting segala bagai....huh! Siapa suruh tak siapkan kerja awal-awal? Adeh... =_='

Bukan itu yang mahu saya kisahkan di sini sebenarnya. Hari ini, hari ulangtahun salah seorang sahabat yang saya sayang. Semua sahabat pun saya sayang la... ;)

"Bila dikehendaki kebaikan oleh Allah pada diri seseorang itu maka dikurniakan-nya seorang TEMAN YANG SOLEH, apabila lupa dperingatkan, dan apabila teringat dia dibantu oleh temannya itu.."

Namanya Wan Noor Rabiatul Akmalia binti Wan Abdul Razak. Lebih dikenali dengan panggilan BA’ di kalangan kami. Pelajar dentistry tahun tiga, UIA Kuantan. Saya mula mengenalinya sejak melangkah ke matrikulasi/pusat asasi UIA Petaling Jaya. Kami terpisah setelah saya ke gombak dan beliau ke kuantan. 

Tapi, ukhuwwah itu kan di hati, jarak bukan penghalang. ;)

Semalam, saya beli key-chain dan buat kad. Tak tau nak bagi hadiah apa. Last minute dan simple. Maaflah ye, ba'...ini je yang termampu jie bagi semalam. Terimalah seadanya ye. Jie orang pertama yang wish kan? Masa tu baru pukul 11 malam, tapi dah wish dan bagi hadiah awal-awal. Siap bagi 'surat cinta' lagi. Simpan elok-elok tau, tampal kat dinding tu, biar orang jeles. :P


Untuk ba' yang jie sayang,

:: Jie sangat bersyukur dan bangga ada sahabat macam ba'...
:: Terima kasih atas sokongan ba' selama ni...especially malam tu, walaupun ba' dah sangat penat dan mengantuk, muka layu, mata pun kuyu, kesian ba'...huhu
:: Terima kasih sangat-sangat sebab sudi tadah telinga dan buka hati dengar jie 'membebel'... :P
:: Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan meredhai setiap langkah perjalanan hidup ba'...
:: Semoga dipertemukan dengan mujahid pilihan Allah untuk ba'...
:: Ba' antara 'hadiah' yang terbaik dari Allah untuk jie di kalangan sahabat-sahabat...
:: Terima kasih Ya Allah, kerana memperkenalkan aku dengan insan ini...
:: Doakan jie juga ye...
:: Sayang kamu! v(^_^)v

"Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala harta benda di bumi, nescaya engkau tidak akan dapat juga menyatupadukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatukan di antara hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa Lagi Bijaksana". 
(Al-Anfal: 63)

Saturday, September 18, 2010

Perjalanan diteruskan…musafir raya.

Memang saya bercadang untuk ke rumah adah, tapi takpelah stay kat uia je dulu. Then, adah mesej ajak datang beraya kat rumah dia hari khamis tu-cuti. Hari jumaat sahabat-sahabat lain ada kelas balik. Kesian budak-budak dentistry ni, sekejap sangat cuti. Raya ke-3 dah kena balik UIA.

“K.jie datang la, panggil yang lain-lain sekali. Abah suruh ajak semua.” Adah menghantar mesej.

“Adah la ajak, k.jie kan tetamu, dahla datang dari jauh, penat tak hilang lagi ni…nak pergi rumah adah pulak tu, patutnya tuan rumah la ajak.” Saya membalas. 

“Ala, k.jie la ajak, k.jie kan orang tengah..” Sabar jelah dengan adik yang seorang ni. Tapi bila dia cakap abah suruh ajak semua, memang kena pergi beramai-ramai la maknanya. Mak ayah adah memang sangat baik dan peramah. Sebelum ni pernah singgah rumah adah masa pergi walimah norma, pernah ikut adah balik dan bermalam di sana. Adah dengan mak ayah dia pun pernah datang rumah saya jugak. Rasa macam dekat je pulak, padahal jauh kot.

 ~Sesi makan2 di rumah adah~

Setelah berbincang dan Tanya sahabat-sahabat lain, Cuma saya, zai, dan nija je yang boleh ke sana. Sahabat-sahabat lain ramai yang beraya ke rumah patient. Maklumlah, doctor gigi. Patient ajak beraya di rumah. Mula-mula tak tau nak pergi macam mana, sebab tak ada kenderaan, motor je ada. Tapi takkan nak merempit kot? Zai kata jalan kat situ banyak lori, bahaya..nanti ‘terbang’. Huhu…

 ~Mmm...Sedapnya ibu suap...dah ada baby dalam perut ibu tapi still nak duduk atas riba ibu, nak manja2 before adik baru keluar nanti..hehe~

Alhamdulillah dapat tumpang classmate zai, ada brother yang bawak kereta. Lagi dua orang bawak motor. Lepas kami sampai sekejap, nurul dengan suami dan anak dia sampai. Dah tinggi iffah, baru 2tahun. Excited saya bila tau iffah dah nak dapat adik tak lama lagi. Nurul ni pun, dah 5bulan, bukan nak bagitau. Bila orang tanya kenapa tak bagitau, 

“Dah takde orang tanya”, senang je dia jawab. Huhu… Apapun, tahniah la ye. Tahun depan bertambah lagi la anak saudara kami. Iffah pun Nampak macam dah ready je nak dapat adik, seronok dia tengok baby kakak adah, siap nak riba lagi. Comel je! (^_~)

~Hai...Nama saya Nur Mawaddah Fatinah~

Semalam keluar ke ECM (East Coast Mall) dengan ba', hanim, dan seorang lagi kakak. Teman hanim buka puasa sambil jalan-jalan. Dekat je dengan UIA. Sekejap lagi nak pergi open house pula. Alang-alang masih berada di kuantan ni, sambung jelah beraya dengan sahabat-sahabat di sini. :)

Malam ni balik gombak dengan adah & family insyaallah. Banyak tugasan menanti. Huhu...

Friday, September 17, 2010

Perjalanan yang panjang

Hari raya kelima, selasa malam saya menaiki bas untuk bertolak ke uia. Sepatutnya ada 3 kelas pada hari rabu keesokannya, tapi last minute semua lecturer membatalkan kelas. Sebabnya, khamis ada cuti umum, national day. Jumaat memang tak ada kelas, sabtu dan ahad pula cuti, ramai classmate minta cancel je kelas pada hari rabu tu. Awalnya ada lecturer yang tak bagi cuti, saya pun beli la tiket awal-awal, dekat nak balik dah baru tau yang semua kelas dibatalkan. Takpelah balik awal sikit pun, ada je kawan yang balik malam tu jugak.

Tiba di uia dah 7.30 pagi, agak lewat. Biasanya dalam pukul 5 lebih dah boleh sampai, nasib baik dah berhenti solat subuh sebelum tu. Roommates memang tak balik lagi, hari ahad la baru diorang balik. Level saya memang sunyi, sebab masih belum ada orang. Level 4 kat atas tu ada la jugak dengar suara-suara foreigner. Tak boleh hidup rasanya dalam kesunyian macam ni, huhu…

Penat duduk dalam bas selama 9 jam masih terasa. Lenguh habis badan ni. Lepas kemas barang apa yang patut, saya berehat sekejap. Entah kenapa tak boleh nak lena,terlelap dalam 10 minit je, padahal bukan boleh tidur sangat dalam bas. Kemudian bangun sambung berkemas, bersiap untuk ke bilik wan. Dalam hati masih berkira-kira nak pergi kuantan ke tidak, planning nak jumpa husna sebenarnya. Tapi ambil jugak jubah sehelai dan t-shirt labuh sehelai masuk dalam beg kertas.

Tengahari tu saya berjalan ke mahallah ruqayyah. Jumpa wan di bilik ain, kami makan tengahari sama-sama dengan sahabat-sahabat lain yang duduk di mahallah ruqayyah jugak. Banyak betul ain bawak kuih raya, tak sempat nak rasa semua. Saya keluar dalam pukul 2.30 petang lepas zohor.

Tapi dalam hati masih berkira-kira ‘aku ni biar betul, baru je sampai, nak pergi kuantan pulak, tiket bas tak tau ada tak, sorang-sorang pulak tu…takpelah, tawakkal je.’ Memang tawakkal sungguh-sungguh dah ni. Risau jugak sebenarnya, berjalan seorang diri, sekarang ni macam-macam kes yang berlaku. Bukan saya tak fikir itu semua. Dalam hati asyik berdoa sepanjang perjalanan sebelum keluar dari uia lagi.

Nasib baik ada teksi, belum sampai ke bus stop pun lagi masa tu, so tak perlu menunggu. Minta pak cik tu hantar ke stesen bas greenwood. Sampai di kaunter lain pulak jadinya. Maka terjadilah dialog antara saya dengan abang kat kaunter tiket bas tu.

“Bas ke kuantan paling awal pukul berapa?” saya memulakan petanyaan.

“Baru je lepas”.

“Yang seterusnya?”

“Pukul 4petang, kena naik dekat pekeliling.” Kata abang tu lagi. Allah, memang tak pergi dah kalau naik kat pekeliling.

“Em, kalau kat sini, pukul berapa ye?”

“Pukul 12.30 tengah malam ni pulak baru ada.” Tenang je abang tu jawab setiap soalan. Macam mana ni…nak tunggu, memang tak tunggu dah. Saya Cuma fikir balik uia semula je masa tu. Tapi memang dari tadi saya tak berhenti berdoa dalam hati, minta Allah permudahkan urusan dan perjalanan saya ni. Saya masih berdiri depan kaunter, kena buat keputusan, takkan nak tunggu je.

“Tapi…” tiba-tiba abang tu bersuara. Macam ada harapan je ‘tapi’ tu. Memang saya masih menaruh harapan pun. Huhu…

“Jap…” dia cuba menghubungi seseorang. Tak dapat.

“Ada bas pukul 3.15, tapi saya tak tau bas tu dah pergi belum.” Kemudiannya dia menyambung. Saya melihat jam tangan sekilas. Baru 2.50, maknanya sempat lagi la.

“Bolehlah tiket tu, sekarang belum pukul 3 lagi.” Saya membalas.

“Macam ni, awak pergi sana (tempat menunggu bas), awak tengok ada tak orang negro pakai kemeja putih kat sana. Kalau ada, maknanya bas belum lepas lagi lah.”

“Ok.” Dan saya pun berjalan ke bahagian tempat menunggu bas di sebelah kedai makan. Nampak orang yang dimaksudkan. Saya kembali ke kaunter.

“Ada?” abang tu pandang saya.

“A ah, ada. Lagipun sekarang baru pukul 3. Bas kan 3.15, sempat je lagi ni.” Saya meyakinkan.

Abang kat kaunter tu mengelurkan tiket. Tapi masih Tanya lagi, “Betul ke nak ni?” was-was pulak dia.

“Iye…bagi je, takpe. Biasanya pun bas mesti lewat sikit kan? Belum 3.15 lagi ni.” Yakin je saya. Hehe… Tawakkal sangat-sangat dah sebenarnya. Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya. Nyaris tak dapat tiket. Beli tiket on the spot, tunggu bas pun tak lama. Main aci redah je saya ni. :P

Dalam 4.45 bas berhenti di tempat rehat temerloh, saya turun solat asar dan jamak ta’khir zohor. Ingatkan nak jamak takdim di greenwood je, tapi tak sempat tadi. Nasib baik bas berhenti dulu. Sampai di terminal kuantan dah pukul 7 lebih. Zai yang datang ambil saya. Merempit. Huhu…

Sahabat-sahabat yang dah macam adik-beradik ramai kat uia kuantan ni, saya tumpang bilik zai. Baju pun bawak tak banyak, pinjam jelah. Macam tak biasa, kan zai? =)

Insyaallah balik hari sabtu dengan adah nanti. Tiket belum beli jugak. Kemudian. Hehe… Tapi adah call semalam kata abah dia nak hantar pulak. Alhamdulillah.

Saturday, September 4, 2010

~Muhasabah Ramadhan~

Hari raya hari kemenangan
Hari kesyukuran dilimpahi kemuliaan
Di lipatan seni mehnah Ilahi
Ada maksud murni yang lebih hakiki

Pada nafsu yang dilentur lapar dahaga
Pada fikiran disinar wahyu dan sabda
Pada hati bersih di solat tarawih
Apakah semuanya telah dimiliki

Puasa mengajar erti ketabahan
Menghadap ujian berlandaskan iman
Puasa perisai yang sangat maknawi
Penyingkap hijab antara hamba dengan Illahi

Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga
Lalu di manakah puasa kita
Adakah masih di tahap lama

Lalu muhasabah di hujung Ramadhan 
Sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh
Atau kolam jiwa masih tercemar keruh
Bersembilu dosa duri angkara

Ketika bertahmid, bertakbir, bertasbih
Terasakah kita hamba Illahi
Yang hanya mampu mengukir tadbir
Sedangkan padaNya segala takdir





Friday, September 3, 2010

Sisa-sisa waktu yang berbaki...

Sedar tak sedar, kurang seminggu ramadhan yang berbaki. Allah, cepatnya... 
Seronok nak raya? Mood tu tak ada lagi, sebaliknya rasa sedih apabila ramadhan semakin tiba ke penghujung.


Rasa macam tak cukup je masa sebulan nak bersihkan hati, nak improve amal ibadah, nak baiki diri, nak buat macam-macam.


Ramai sahabat yang dah balik ke kampung halaman masing-masing. Insyaallah malam esok saya akan bertolak pulang. Baru semalam start tidur di masjid, sebab dah tak ada kelas. Malam ni pun akan bermalam di masjid. Ramai orang luar datang berkampung di sini untuk iktikaf dan qiyamullail pada 10 malam terakhir. Seronok tengok orang datang dengan family masing-masing, bawa anak-anak, siap ada baby yang comel lagi. :)


Tiba-tiba pulak rasa macam nak je stay kat sini. Kalau kat kampung mana boleh nak iktikaf macam ni. Tapi nak juga bersahur dan berbuka di rumah, semester ni tak pernah balik sekali pun lagi. I will miss this moment..huhu


Barang-barang masih belum kemas, esok baru packing, lepas balik dari masjid insyaallah. Bukan nak bawa balik banyak barang pun, yang penting bawa diri. Roommate saya, seorang dah balik petang tadi, seorang baru je balik, lagi seorang balik pagi esok. Saya lah yang paling lewat, balik malam. Tadi sempat lagi keluar dengan wani pergi beli barang. Banyak betul wani beli kuih raya nak bawa balik sabah. Maklumlah duduk jauh, seberang lautan. Kan wani, kan? ;)


Balik bercuti, balik beraya, kembali ke kampus nanti banyak tugasan yang menanti. Assignment, final exam, program. Semuanya memerlukan persediaan. Hmm.. Saja mengisi sedikit masa meng'update' blog, perlu bergerak ke masjid sekarang.  


Pesan saya, terutamanya untuk diri sendiri, hargailah sisa-sisa ramadhan yang masih berbaki. Tahun depan belum tentu milik kita. Moga kita mampu untuk menjadi insan baru yang lebih baik menjelang syawal nanti.
Ramadhan, kehadiranmu dinanti, pemergianmu ditangisi.


~Masih dan sentiasa merindui arwah k.hajar izham yang kembali ke rahmatullah ramadhan 2 tahun yang lalu. Pergimu dalam husnul khatimah, diriku pula bagaimana?~