Memaparkan catatan dengan label Cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cinta. Papar semua catatan

Cinta Pertama Membawa Bahagia

6.4.11

Anda selalu dengar orang berkata, cinta pandang pertama. Biasa kita dengar ungkapan itu daripada pasangan suami isteri yang bahagia. Ada juga sesuatu pasangan itu apabila ditanyakan bagaimana mereka boleh bertemu dan berkahwin, dengan bangganya mereka berkata inilah berkat cinta pandang pertama.
Apa istimewanya cinta pandang pertama?
 Berdasarkan kata-kata di atas dapat kita rumuskan bahawa hasil cinta pandang pertama, sesuatu perkahwinan itu akan membawa kebahagiaan. Tetapi tahukah anda mengapa cinta pandang pertama dan bagaimana dikatakan cinta pandang pertama, dan mengapa cinta pandang pertama itu boleh menjadikan sesuatu pasangan bahagia?
 Di sini saya ingin mengajak remaja termasuk pelajar universiti yang sedang mencari pasangan supaya bersama saya meneliti isu ini dengan penuh minat. Semoga dengan ini anda semua akan boleh mencapai kebahagiaan hasil cinta pandang pertama.
 Pandang pertama bermaksud, seseorang lelaki atau wanita yang secara kebetulan terserepak dengan pasangan yang belum pernah kenal. Apabila dikatakan cinta pandang pertama, bererti hasil pertemuan yang tidak terancang itu sudah ada bibit cinta antara kedua, rasa cinta mula berputik di hati. Pada pertemuan itu mereka mungkin tidak sempat berkata-kata, tetapi sudah tersimpan dalam hati bahawa “dia sesuai untuk aku.”
 Hasil pertemuan itu, salah seorang daripadanya akan cuba merisik dengan bertanya-tanya kawan masing-masing kalau-kalau mengenali orang yang dimaskudkan itu. Apakah yang menyebabkan seseorang itu mahu didekati dan dikenali secara lebih dekat?
 Ya, sudah pasti pada lelaki atau wanita yang dipandang itu terdapat keistimewaan. Mungkin terpancar pada wajahnya akhlak yang baik, mungkin pada tingkah lakunya terserlah kasih sayangnya. Dan mungkin pada rupanya yang manis terserlah hati yang suci.
Bolehlah pandang pertama itu sudah boleh dibuat ukuran? Kenapa tidak? Lazimnya pertemuan pertama tanpa terancang akan terserlah keaslian peribadinya.
 Maknanya kalau kita jumpa seseorang yang kita belum kenal, kita akan kenal perwatakan asalnya. Jadi, kalau dia seorang yang baik budinya, sepanjang pertemuan itu dia akan menampakkan kebaikannya. Sebaliknya jika dia seorang yang panas baran sebagai contoh, sewaktu pandang pertama itu sudah nampak riaknya, sudah nampak kelibat buruknya. Kalaupun tidak nampak pada awalnya, akan terlihat juga sesekali kemudiannya.
Inilah yang dikatakan cinta pandang pertama. Pandang mata itu biasanya tidak menipu malah orang yang dilihat juga tidak sempat menipu. Apabila hati sudah berkenan tindakan seterusnya perlu disusuli iaitu jalinan secara yang dibenarkan oleh Islam. Selagi mereka tidak mencetuskan dosa, sudah pasti mereka boleh menjadi suami isteri yang bahagia.
 Memahami maksud di atas, maka pertemuan yang terancang tidak boleh dikategorikan sebagai cinta pandang pertama. Sebagai contoh, perkenalan melalui internet, SMS atau telefon, setelah sekian lama bercinta, tentu mereka merancang pertemuan empat mata. Siapa yang boleh pastikan bahawa pertemuan itu akan menampilkan watak yang tulen? Saya pasti pertemuan terancang itu akan mengundang watak pelakon yang pastinya berlainan daripada asal.
 Bayangkan jika hasil pertemuan itu mereka berakhir di jinjang pelamin, adakah perkahwinan mereka boleh bahagia? Mungkin dalam kehidupan itu penuh lakonan demi cinta. Kalaupun boleh bahagia, mereka terpaksa berhadapan dengan krisis yang memeritkan.
 Di sini saya sekali lagi mengajak remaja termasuk pelajar universiti yang sedang mencari pasangan agar mencari cinta, dapatkah cinta pandang pertama. Setelah ada ciri-ciri kebaikan yang dicari, risiklah secara lebih dekat melalui wakil yang jujur. Setelah itu, binalah hubungan secara lebih dekat dengan bertemankan kawan yang amanah. Setelah berpuas hati, mintalah ibu bapa rancang peminangan dan seterusnya perkahwinan.

Percayalah kalau kaedah ini dapat diikuti, pasangan itu akan bahagia sehingga ke dalam syurga.

sumber:email

CITER DI SEBALIK LAGU PART I

22.7.10

ADA CITER DI SEBALIK LAGU NIE....memang penuhndugaan n kesedihan....tapi skarang bila fikir balik...kelakarlah plak...membazir air mata ajer.....alamak... firas dah bangun....sambung part 2 lah....baca dulu lirik tu yer....sambung nanti...


Dingin sungguh malam ini
Dan sukar mata kulelapkan
Lalu kucuba coretkan
Secebis lembaran buatmu

Tidak terkira perutusan
Satu pun tiada balasan
Namun ku tak putus harapan
Walau hati ini sudah mula bergoyang

( korus )
Dapat ku bayangkan kau mula berubah
Bila di puncak menara gading
Sedangkan aku hanya mampu bermimpi
Untuk ke puncak seperti mu

Disebabkan itu kau mencipta jurang
Perhubungan kita mula menjadi renggang
Dan keangkuhanmu kini mula ketara
Memandang aku cuma sebelah mata

( ulang dari korus )

Dulu aku bagimu
Jambatan untuk kau ke seberang
Mudah sungguh kau lupakan
Semua jasa-jasaku
Semua pengorbananku untukmu
Semua jasa-jasaku
Semua pengorbananku untukmu

Bunga-bunga Cinta....Tahik Ayam n Senduduk

23.6.10

Sambung citer yang tertunggak tadik tu yer....

sebenarnyer nak kata aku cinta tak jugaklah sebab kitaorang nie sebenarnyer lain skolah...so jumpa kat kelas malam aje...lebih kepada teman tapi mesra...mesralah sangat tu...kui..kui..kui....

Pada satu hari di kelas malam (kelas tambahan) Hafizam n the geng telah berjumpa ngan aku...korang nak tahu ape yang dia buat...dia telah bagi aku bunga....wowwww terujanyer aku...tak sangka malam tu aku dapat bunga daripada teman tapi mesra nie...aku menerima bunga yang diberikan dengan senyuman meleret n hati yang berbunga2 gembira...horeyyyyyyyyyyy dapat bunga...

aku tak kisah walaupun bunga yang diberikan kepada aku hanyalah sekuntum bunga tahik ayam,
bunga raya yang dipetik kat sekolah n tiga tangkai bunga senduduk yang dipetik kat semak2 bersama bunga ekor kucing (yer ker nama nyer macam tu...bunganya warna kelabu dan panjang mcm ekor kucing) dan bunga loceng...aduh...lawak2....orang dah bagi aku ambik ajelah...sebenarnya tujuan dia nak bagi bunga tu just nak tengok muka aku bukannyer ade ape2 pun...hehehehe

walau bagaimanapun hubungan kita orang akhirnya dapat dihidu oleh cikgu sekolah dia sebab...dia telah membaca surat cinta yang aku kirimkan pada dia kat dalam kelas...sengallah...sapalah yang suruh baca kata dalam kelas...kan dah kantoi....

namun begitu hubungan aku ngan dia akhirnyer hancur berkecai bak kata pepatah siang genting, malam putus...ade ker pepatah macam tu  putusnyer hubungan kitaorang akibat orang ketiga yang sememangnyer jeles ngan aku...sebab dia pun ada menaruh hati ngan hafizam nie...semua orang tahu...walaupun dia tak cakap...n dia nie merupakan kawan baik aku jugak masa tu...kerana pada asalnyer dia ingat hafizam nie admire kat dia...tapi sebenarnya ngan aku...heheheh...

itulah citer cintan skolah rendah....


Karisma Cinta

15.4.10




cinta...

kini kau datang jua

melanda dua insan

dirimu...diriku



cinta...

sungguh indah c'ritamu

dunia terasa hampa

bila kau tiada



hati-hati cinta

juga bisa membawa

duka...

batas lingkaran yang slalu

bisa membawa

suka...



demi dikau...

yang kusayang

demi kasih ...

yang kudamba selalu

sayang...



tiada seindah kasih sayang

cinta suci lagusyahdu merdu



tiada seindah kharismanya

pabila kau tahu cinta itu suci



Cinta dan Kasih Sayang Lelaki & Perempuan

23.2.10

Cinta dan kasih sayang lelaki memerlukan
  • Kepercayaan
  • Penerimaan
  • Penghargaan
  • Sanjungan
  • Persetujuan
  • dorongan
  • doa yang lebih khusus untu diri, keluarga dan kepentingan ummah sejagat
  • terasa lebih bebas apabila berjauhan dengan keluarga (yang nie betul)

Cinta seorang perempuan memerlukan

  • diendahkan
  • kefahaman
  • penghormatan
  • perhatian dan tumpuan (yer betul)
  • pengesahan
  • keyakinan
  • doa yang lebih khusus untuk keluarga dan rumah tangga
  • sentiasa ingatkan keluarga apabila berjauhan (yang nie memang betul)

Lagu: Jendela Hati

18.2.10

Aku ingin hidup secerah mentari
yang menyinar ditaman hatiku
Aku ingin seriang kicauan burung
yang terdengar di jendela kehidupan

Aku ingin segala - galanya damai
Penuh mesra membuat ceria
Aku ingin menghapus duka nan lara
Melerai rindu di dalam dada

Sedamai pantai yang memutih
Sebersih titisan embunan pagi
Dan ukhuwah kini pasti berputik
Menghiasi taman kasih yang harmoni

Seharum kesturi seindah pelangi
Segalanya bermula dihati
Seharum kesturi seindah pelangi
Segalanya bermula dihati

Aku ingin hidup secerah mentari
yang menyinar ditaman hatiku
Aku ingin seriang kicauan burung
yang terdengar di jendela kehidupan

Sedamai pantai pantai yang memutih
Sebersih titisan embunan pagi
Dan ukhuwah kini pasti berputik
Menghiasi taman kasih yang harmoni

Bila Diri Disayangi

22.10.09

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu


Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir


Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu

Ku berserah diri






Madah Untuk Suami

30.9.09

Untukmu SAYANG ........


Saat itu kau nyatakan
Kau Sayang Padaku


Saat itu ku rasa bahagia
Saat ini
ku ingin memberi
sesuatu yang istimewa kepadamu...


Saat ini dan selamanya
kau di hati...
Hanya kau yang ku sayangi
Kau yang satu
Ingin ku miliki selamanya

Aku Sayang Padamu




Cinta Pandang Pertama

16.9.09


["Apabila salah seorang daripada kamu hendak meminang seorang wanita, kemudian kamu dapat melihat sebahagian apa yang kiranya dapat menarik untuk mengahwininya, maka kahwinilah" (Abu Dawud)]


Sains menemui bagaimana manusia jatuh cinta melalui pandangan mata

sekumpulan penyelidik mengumpulkan 164 orang pasangan yang mereka tidak kenal sebelum ini. Kajian itu diterbitkan di dalam the Journal of Social and Personal Relationships. Penyelidik mengikuti perkembangan kesemua pasangan. Mereka mendapati pertemuan pertama adalah satu faktor penting sama ada mereka akan jatuh cinta dan meneruskan perhubungan ataupun tidak. Tempoh masa penyelidik membuat rumusan umum berkenaan individu boleh jatuh cinta adalah dalam beberapa minit sahaja.


Dari mata turun ke hati

Kajian mendapati kesan pertemuan pertama yang berlaku beberapa hari, menentukan bagaimana perhubungan itu berterusan ataupun tidak. Mereka memberi contoh kisah cinta yang ditulis oleh James Cameron iaitu Titanic, cerita epik antara Jack dan Rose bermula cinta mereka sejak mata mereka bertemu. namu mereka mendapati semuanya berlaku lebih cepat daripada yang disangka, iaitu beberpa minit saha mereka sudah membuat keputusan bagaimana perhubungan peribadi mereka berkembang. Pertemuan pertama adalah kayu ukur yang kuat apakah perhubungan yang akan mereka bina bersama, walaupun mereka bercakap dan berbual selama tiga, enam atau sepuluh minit.


Kajian mencadangkan hanya 3 minit diperlukan oleh seorang bagi membuat keputusan mengenai bakal pasangannya.


 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL