Memaparkan catatan dengan label artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label artis. Papar semua catatan

Anak Safura Meninggal.....

13.9.11


KENANGAN...Safura bersama suami, Sharonizam Noor serta anak-anak, Allahyarham Nur Aisyah Mariam (dua kiri) dan Yusoff Firdaus menjayakan satu program televisyen sempena Aidilfitri Ogos lalu. Foto: Munira Abdul Ghani
KENANGAN...Safura bersama suami, Sharonizam Noor serta anak-anak, Allahyarham Nur Aisyah Mariam (dua kiri) dan Yusoff Firdaus menjayakan satu program televisyen sempena Aidilfitri Ogos lalu. Foto: Munira Abdul Ghani

KUALA LUMPUR: Anak kepada penyanyi, pelakon dan penggiat teater, Safura Yaacob, Nur Aisyah Mariam, tiga tahun meninggal dunia semalam selepas Maghrib kerana demam berpanjangan sejak tiga hari lalu.

Anak ketiga kepada penyanyi yang popular menerusi lagu Sedalam Mana Cintamu itu adalah anak sulung hasil perkahwinannya dengan Sharonizam Noor juga seorang pelakon. 

Safura ketika dihubungi berada di Hospital Ampang Puteri sedang menunggu jenazah anaknya dimandikan sempat menyatakan rasa hibanya kerana kehilangan anak secara tiba-tiba. 

“Saya tidak tahu dan tidak mampu berfikir ketika itu kerana semuanya mengejut. Apapun saya menyifatkan kehilangan Mariam adalah ketentuan dan suratan buat saya sekeluarga. Saya terima walaupun hakikatnya begitu pedih untuk ditelan.

“Saya memang tidak tahu punca kematiannya kerana apa yang saya tahu, anak saya demam dan badannya panas sejak tiga hari lalu. Lantas Mariam saya hantarkan ke Hospital Ampang Puteri, namun ketika itu doktor hanya mengklasifikasikan demam biasa. Peliknya selepas pulang dan mengambil beberapa ubat yang diberi, suhu badannya tidak menurun.

Justeru petang tadi selepas beberapa hari suhu badannya masih sama malah lebih teruk, saya bawa sekali lagi Mariam ke hospital yang sama petang semalam. Namun selepas beberapa jam dirawat, doktor mengesahkan Mariam sudah meninggal dunia dan tidak dapat diselamatkan. 

“Jadi saya memang tidak tahu untuk menjelaskan bagaimana,” katanya yang tidak mampu memberi kenyataan lanjut kerana tidak mampu menahan perasaan sebak.

Safura ketika dihubungi berada di hospital bagi menunggu jenazah anaknya dimandikan sebelum dibawa pulang ke kediamannya di Ampang. Jenazah Mariam akan dikebumikan hari ini sebelum Zuhur. 

Hasil perkahwinan Safura sebelum ini, dia dikurniakan dua anak, Nurul Natasha 17 dan Muhammad Daniel Khaqim 11. Bersama suami sekarang, Sharonizam Noor, pelakon itu dikurniakan dua anak Nur Aisyah Mariam dan Yusoff Firdaus yang masih berusia setahun.

Malah Safura yang pernah tampil bersahaja menerusi teater Ronggeng Rokiah dan Terima Kasih Cinta kini sedang sarat mengandung lima bulan.

sumber: harian metro


Fida Jatuh Hati Pada Tandatangan Mamat

12.8.11


Fida: Tandatangan Mamat buat saya jatuh hati


11 Ogos – "Saya mula tertarik pada Mamat sejak melihat dia menandatangani autograf dalam tulisan jawi kepada peminatnya sewaktu sama-sama mempromosikan filem "Man Sewel Datang KL," ujar Fida Ibrahim kala diminta berkongsi kisah bagaimana hatinya boleh terpaut pada jejaka bernama Mamat dari kumpulan pelawak, Sepah.
Fida Ibrahim atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim, 25, yang juga bekas juara "Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007" tanpa berselindung mengakui dia dan Mamat kini dalam proses mengenali hati budi masing-masing kerana hubungan mereka baru sahaja menginjak enam bulan.
Ketika diminta bercerita lebih lanjut perihal Mamat di matanya, Fida menjawab, "Mamat sememangnya seorang yang kelakar, tetapi pada masa yang sama seorang yang manja, sensitif dan tegas orangnya."
"Salah satu sebab lagi yang membuatkan saya jatuh hati padanya adalah sikap penyayang dan mengutamakan keluarga. Selepas menjuarai pertandingan "Maharaja Lawak", Sepah memang sibuk dengan aktiviti promosi dan latihan namun walau sesibuk manapun dia terlebih dahulu balik kampung untuk meluangkan masa bersama keluarganya. Dari situ saya mula perasan yang Mamat seorang yang bertanggungjawab." jelas Fida sambil menguntum senyuman.
Berbicara soal jodoh pula, apakah cinta yang baru bersemi ini akan disusuli dengan ikatan pertunangan seterusnya perkahwinan dalam masa terdekat, Fida mengatakan ia masih terlalu awal untuk dibicarakan.
"Biarlah kami mengenali hati budi masing-masing dahulu. Terlalu awal untuk membincangkan perkara tersebut. Apatah lagi kami berdua baru hendak menapak dalam industri ini. Biarlah kami masing-masing fokus pada kerjaya, stabilkan karier sebelum berfikir ke arah itu. Walaubagaimanapun sekiranya ada jodoh, saya tidak akan menolak," akhiri Fida.

Episod Syukur Catriona Ross

10.8.11

Ibu suka tengok wajahnyer yang putih gebu...bebaru nie ade dia menceritakan diari hidupnyer di salah satu rancangan di TV9.....n dia ade jugak berlakon dalam slot Akasia Kasih Alia....penuh ngan lemah lembut...suka sangattttttt......

Suatu ketika dulu beliau pernah berasa tidak selesa dengan golongan yang menunaikan solat malah memandang 'ngeri' wanita bertudung litup.  Tidak cukup dengan itu, agama baginya hanyalah sebuah ideologi. Bukan kepercayaan mahupun pegangan yang perlu diperkukuhkan. Apa yang dimilikinya pada waktu itu lebih-lebih lagi hal kebendaan mesti dibangga-megahkan.

Berpegangkan mantera "you have to be seen", fasa kehidupan pada waktu itu dilalui tanpa terpalit sedikirpun rasa syukur dalam hati sanubari.  Buka terlupa untuk memanjat doa atas segala kurniaan, namun baginya untuk apa? Itu semua tidak pentingpun. Lantas rona kehidupan pada waktu itu dilaluinya dengan penuh asyik mengikut persepsi ciptaannya sendiri.

Catriona Noorhayati Ross Bahrin atau dikenali sebagai Catriona Ross bukan lagi nama asing dalam industri seni tanah air. Begitu cepat namanya dikenali apatah lagi hadir dengan pakel lakonan berkesan berserta seraut indah wajah kacukan. Namun begitu, kenyataan perenggan pemula di atas pada hari ini sudah menjadi sebaliknya. Setelah satu demi satu episod kehidupan berlaku umpama sedang melakonkan babak telenovela, beliau yang senang disapa Cat mula yakin untuk mengubah paksi yang ditegakkannya sebelum ini. Di kala ujian datang bertimpa-timpa, satu persatu hakikat kehidupan kian diyakini. Sedar beliau memang sedang berada di pentas lakonan dunia yang penonton setianya cuma satu yakni Allah.


Mati Hidup Semula
Tanggal 14 Julai 2007 kekal terpahat dalam ingatan wanita berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini. Pada pagi tarikh tersebut seluruh negara gempar dengan berita kemalangan ngeri melibatkan dirinya. Pelbagai andaian dan spekulasi timbul apatah lagi melihatkan keadaan kenderaan yang dinaiki Cat bersama seorang lagi temannya remuk teruk. Namun, kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya. Cat terselamat walaupun patah kedua-dua belah kaki, retak tulang rusuk serta patah pada jarinya. Cat sedar beliau masih diberi kesempatan untuk hidup buat kali kedua.
Pun begitu, ada yang lebih 'parah' terpaksa dihadapi dalam keadaannya yang masih terumbang ambing saat dugaan kemalangan itu menimpa diri. Hal itu benar-benar menyesakkan jiwanya. Sebak, takut, dan malu bercampur baur apabila dia seakan langsung terlupa bagaimana untuk mengucapkan dua kalimah syahadah bagi menenteramkan segala kesakitan dan gundah di hati pada waktu itu.
"Ketika sedang mengerang kesakitan di hospital, emak suruh saya banyak-banyak mengucap. Saat itu dalam hati saya rasa sebak sangat sebab keliru antara selawat dengan syahadah. Saya jadi blank. Sebabnya sebelum ini saya ingat syahadah hanyalah ungkapan untuk orang nak mati sahaja dan tak nampak apa perlunya mengucap ketika tengah sihat. Malah langsung tak pernah diungkapkan pun sebelum ini. Dalam keliru itu saya tersebut kuat-kuat dan emak menegur bahawa yang saya sebut itu bukan syahadah tapi selawat. Kemudian emak ucapkan dan saya perlahan-lahan ikut," ujarnya sebak mengenangkan keadaan ketika itu.



p/s untuk dapatkan cerita selanjutnyer sila dapatkan tabloid iLuvislam edisi ke-74... nak cariklah jugak nanti

Pesanan Artis Terkenal

13.12.10












Ringkas, padat & tepat mesej yang ingin disampaikan oleh artis-artis terkenal secara peribadi untuk kempen kesedaran AIDS yang mereka sertai. Gambar ini diambil untuk satu gerakan kesedaran tentang HIV & AIDS yang di’mulakan oleh James Chong di ruumz.com. Antara artis yang turut serta dalam sessi fotografi khas ini seperti Sarimah Ibrahim, Erra Fazira, Aisyah Sinclair, Sheila Majid & Ida Nerina






Sumber: Pesanan Artis Terkenal | MalaysiaSensasi.Net 

Hubungan Maizawati & Suami Baru Bergelora, Ada Orang Ketiga?

3.12.10


14853617388065929761310 (Gossip) Hubungan Maizawati & Suami Baru Bergelora, Ada Orang Ketiga?
Ini status terbaru daripada Facebook Maizawati, yang seakan ada ‘sesuatu’ dengan suami yang baru dikahwini pada Ogos yang lepas.
Khas buat suami yang tercinta
ingatlah masa cepat berlalu tapi jgn pernah kau berubah dan mungkiri serta khianati cinta dan janji sumpah setia kita bersama.. alangkah perit hidup yg lalu ku tempuhi dan masih segar dlm ingatan akn peristiwa pahit namun kau pernah berjanji dan bersumpah yg kau bknlah DIA dan x akn pernah sama nga DIA jadi buktikanlah sygku yg kau suami dan kekasih sejatiku dunia dan akhirat.. ingatlah jgn terlalu asyik mengikut nafsu dunia sedang dunia ini makin tua dan jgn kau duk dlm khayalanmu semata bangkitlah dan sedar bahawasanya tiada siapa yg tau hanya kau dan aku sj mengetahui segalanya.Jagalah amanah yg kau terima ini dgn sebaik mungkin jgn kau sakiti hatinya yg terlalu nipis bak tisu mudah terkoyak bila kena air mata yg berderai..dlm hatinya ada kamu dan x prnh terdetik dia ada yg lain inilah janjinya.. selagi kau masih setia pd yg 1…
Bukan kami nak kata, tetapi kandungan mesej tersebut secara tersirat mempunyai maksud bahawa si suami pernah mempunyai orang ketiga, mungkin kekasih yang lebih muda?
Biasa’lah, adat resam kahwin orang muda, darah masih panas. Kalau perangai nakal keluar, memang susah nak dijinakkan. Mungkin Maizawati boleh menggunakan ketegasan sebagai seorang kakak kepada adik. Kami lihat pun, gambar dibawah macam kakak dengan hadek-hadek gitu.
Info : Maizawati merupakan bekas isteri kepada Akhil Hayy, yang sudah berkahwin dengan Waheeda.
24815107454835945710100 (Gossip) Hubungan Maizawati & Suami Baru Bergelora, Ada Orang Ketiga?
15630717388296263071610 (Gossip) Hubungan Maizawati & Suami Baru Bergelora, Ada Orang Ketiga?
15547417387959263105310 (Gossip) Hubungan Maizawati & Suami Baru Bergelora, Ada Orang Ketiga?

p/s baru sempat nak BW

Bercium di Jakarta

2.8.10



Amboi dik.... takut sangat orang tahu hubungan cinta sampai sanggup bermadu kasih di Jakarta? Itulah gelagat penyanyi comel dengan buah hati barunya yang juga orang yang terlibat dalam bidang seni. Tak mahulah Mangga Muda dedahkan identiti mereka.
Macam ni... baru-baru ini ada orang nampak artis comel ini jalan bareng (bersama-sama) di Mangga Dua, Jakarta. Mangga Dua tu kan tempat tumpuan orang Malaysia membeli-belah. Sah-sahlah ada yang akan kenal awak yang ada beberapa lagu popular itu.
Kalau setakat jalan bareng tunggak apa apa dong.... tapi sambil turun eskulator tu sempat lagu bercium mesra depan orang ramai. Bukan setakat bercium, penampilan artis tu pun ala-ala kusut gitu.
Agaknya dia tak mahu orang kenal, jadi dia tak pakai mekap dan memakai topi untuk menutup muka danrambutnya yang ala-ala tak terurus tu. Tak tahulah dari mana sebelum itu sampai tak sempat nak uruskan rambut.
Tak tahulah nak cakap apa lagi kat artis sorang ini. Janganlah kerana awak dah semakin kurang popular, buat skandal pula untuk menarik perhatian orang.
Kenalan mangga Muda itu tergerak juga nak rakam aksi taksenonoh artis tu menggunakan telefon bimbitnya, tapi tak sampai hati pulak. Ditambah pula dia menyampah dengan aksi tak senonoh artis itu.
Mangga MudaHai... tak serik serik lagi ke dik?


[sumber]

Akhirnyer Dia Bercerai Juga...

18.6.10

Sudah lama cerita Ramlah Ram dan suami tinggal berasingan diperkatakan. Namun Ramlah seboleh-bolehnya menafikan keretakan rumah tangganya dengan penerbit sukan di RTM, Kamal Muslim.



Rumah tangga yang dibina pada 3 Novemebr 2000 itu akhirnya menemu jalan buntu apabila mereka memfailkan perceraian bulan lalu. Ramlah mengakui desas-desus itu. Namun dia enggan mendedahkan lebih lanjut.



Masih boleh berkawan.

Ramlah mengakui memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam sekitar Mei lalu.

"Saya tak mahu bercakap banyak pasal perkara itu. Tunggulah sehingga keputusan rasmi keluar," kata Ramlah semasa ditemui media pada majlis sidang akhbar persembahan istimewanya, Malam Gala 25 Tahun Ramlah Ram pada 9 Oktober depan di Hotel Impiana, KLCC.

Keputusan untuk memfailkan perceraian adalah di atas keputusan bersama setelah mereka mengadakan perbincangan. Namun kata Ramlah, hubungannya dengan Kamal masih baik dan mereka akan terus berkawan selepas ini.

"Hubungan kami tetap bauk, cuma tak ada persefahaman dalam rumah tangga dan kami tidak boleh tinggal bersama.

"Saya akui sangat sayangkan rumah tangga kami, tapi apabila tiada jalan penyelesaian, lebih kami berpisah," sambung Ramlah yang tenang sahaja bercerita pasal hal peribadi itu.

Apabila sepasang suami isteri yang tidak bergaduh tiba-tiba bercerai, pasti ada yang mengandaikan ia berpunca daripada pembabitan orang ketiga. Namun Ramlah menafikannya sebaliknya mengatakan masalahnya datang daripada mereka sendiri.

Persembahan istimewa sempena ualng tahun ke-25 dalam bidang seni.
 

"Saya tak mahu mengaibkan sesiapa dan selesa menyelesaikan masalah secara baik," jelas Ramlah.

ebelum ini Ramlah pernah mengeluarkan kenyataan yang menjurus ke arah perceraian apabila ditanya pasal kedudukan rumah tangganya. Akhirnya apa yang dibayangkannya itu menjadi kenyataan. Ramlah redha menerima ketentuanNya



sumber: manggaonline
 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL