Jan 17, 2009

Khitan (Bersunat)

Assalamu'alaikum,

Dapat beberapa soalan berkenaan hukum bersunat dari seorang sahabat:

[1] Apakah hukum bersunat (berkhatan) bagi lelaki: Wajib atau sunat?

[2] Jika memang ada perbezaan pendapat di kalangan ilmuan antara wajib atau sunat, pendapat manakah yang paling kuat dan apakah dalil agamanya? Dalil medical dan kebersihan sudah diketahui.

[3] Soalan "critical thinking", adakah riwayat sahih yang menerangkan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat senior lain yang bersunat?

Bantuan dari para ahli fiqh AFN saya dahului dengan ucapan syukran jazilan.

***************************
Bismillah

Permintaan Kapten ni ana kena jawab secara spesifik menurut hajatnya.

soalan 1 dan 2: Hukum Khitan bg lelaki, antara wajib atau sunnat

Dalil2 khitan ke atas lelaki adalah wajib:

Dalil AQ:

AQT 2. 124. [Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya.]

Fiqh al-Aayat: Tafsir Ibn Abbas, khitan termasuk ujian ke atas Nabi Ibrahim dan ujian ke atas Nabi adalah dalam hal2 yg wajib (al-Fath, 10:342)

AQT16. 123. [Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif" dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan.]

Fiqh al-Aayat: Khitan termasuk dalam ajaran Ibrahim yang wajib diikuti sehingga ada dalil yang menyatakan sebaliknya (Ibn Qayyim, Tuhfah, 101)

Dalil Sunnah:


أنه جاء النبي صلى الله عليه وسلم فقال قد أسلمت . فقال له النبي صلى الله عليه وسلم ألق عنك شعر الكفر واختتن
الراوي: جد عثيم بن كليب المحدث: الألباني - المصدر: إرواء الغليل - الصفحة أو الرقم: 1/120
خلاصة الدرجة: حسن

Dari Utsaim bin Kulaib dari ayahnya dari datuknya, bahawa dia datang menemui RasuluLlah S.A.W dan berkata," aku telah memeluk Islam. Maka Nabi pun bersabda," Buanglah darimu rerambut kekufuran dan berkhitanlah." [HR Ahmad, Abu Daud dan dinilai Hasan oleh al-Albani.]
Hadith ini dinilai dha'if oleh manhaj mutaqaddimin. Kata 'berkhitanlah' dalam hadith itu bermaksud wajib, cuma hadithnya dha'if, kata Ibn Hajr (talkhisy)


من أسلم فليختتن وإن كان كبيرا
الراوي: محمد بن مسلم بن شهاب الزهري المحدث: ابن القيم - المصدر: تحفة المودود - الصفحة أو الرقم: 111
خلاصة الدرجة: مرسل يصلح للاعتضاد

Dari az-Zuhri, bahawa Nabi saw bersabda," Barangsiapa masuk Islam, maka berkhitanlah walaupun sudah dewasa." Komentar Ibn Qayyim yg memuatkan hadith di atas dalam Tuhfah, berkata walaupun hadith itu dha'if, tapi ia dapat dijadikan penguat dalil.

Atsar salaf:
Kata Ibn Abbas, " al-Aqlaf (orang belum khitan) tidak diterima solatnya dan tidak dimakan sembelihannya." (Ibn Qayyim, Tuhfah)
dalam versi Ibn Hajar


عن ابن عباس : لا تقبل شهادة الأقلف ، ولا تقبل صلاته ، ولا تؤكل ذبيحته
الراوي: - المحدث: ابن حجر العسقلاني - المصدر: الدراية - الصفحة أو الرقم: 2/173
خلاصة الدرجة: إسناده صحيح

"Tidak diterima syahadah, solat dan sembelihan si Aqlaf (org belum khitan)"

Majoriti fuqaha' berpegang dgn dalil2 di atas dan mereka menetapkan khitan wajib. mereka ialah Syafi'iyah, Hanabilah, Malikiah, dan Zahiri.

TBC

Dalil2 yg mengatakan Khitan lelaki adalah Sunnat:

Dalil Hadith:


الفطرة خمس : الختان

Dari Abu Hurayra ra:
" Perkara fitrah ada lima: berkhitan...." sahih. Bukhari-Muslim
Fiqh al-hadith:
Oleh kerana khitan dibariskan sekali dgn sunan alfitrah yang lain, maka hukumnya adalah sunat juga. (al-Nayl oleh Syaukani)


الختان سنة للرجال ، مكرمة للنساء
الراوي: أسامة الهذلي و شداد بن أوس و ابن عباس المحدث: الألباني - المصدر: السلسلة الضعيفة - الصفحة أو الرقم: 1935
خلاصة الدرجة: ضعيف

" Khitan itu sunnah bagi kaum lelaki dan kehormatan bagi kaum wanita."
[HR Ahmad. dinilai dha'if oleh mutaqaddimin dan mutaakhirin spt al-Albani)

Fiqh al-hadith: Jika hadith ini sahih barulah isu hukum wajib dan sunat dapat diselesaikan secara muktamad. Sayangnya hadith yg begini jelas adalah dha'if.

Soalan kedua Kapten:

Pendapat mana yg paling rajih? Wajib atau Sunat.

Pendapat paling kuat ialah sunat sebagaimana tarjih oleh al-Qardhawi dalam Fiqh Thaharah. Ini kerana millat Ibrahim itu tidak diperincikan kepada kita, manakala hadith2 sahih dalam Bukhori-Muslim lebih menjurus kepada hukum sunnat bukan wajib. Dengan itu pendapat minoriti, Hanafi diungguli.

TBC

Quote::
[3] Soalan "critical thinking", adakah riwayat sahih yang menerangkan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat senior lain yang bersunat?

al-Jawab:

Tak ada riwayat yg sahih. Cuma Ibn Qayyim membuat ulasan, bahawa ada tiga riwayat mengenai bilakah Nabi S.A.W dikhitan, ada yg kata beliau lahir aje dalam keadaan dikhitankan, ada yg kata baginda dikhitankan oleh Malaikat sebelum Isra'-Mi'ra dan ada yg kata baginda dikhitan oleh Tok Saudaranya, Abdul Muttalib menurut kebiasaan arab yg mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim-Ismail. kesemua riwayat itu bermasalah (Tuhfah)

0 comments:

Post a Comment