Dec 16, 2008

Barangan Amerika

Assalamu'alaikum

Adakah yg difatwakan dosa itu cuma dalam pembelian barangan Amerika itu shj dan bukan dalam penggunaannya? Kerana selalu saya diberi barang2 itu oleh keluarga dan sahabat dan bukan dibeli sendiri. Sekiranya dibuang begitu shj dianggap membazir pula dan akan menyinggung perasaan keluarga seperti ibu bapa.

Terima kasih, wassalam




Salam

Pertama sekali anda kena tahu kedudukan FATWA dalam Islam. Fatwa ini tidak berdiri sama tinggi dengan alQur'an dan asSunnah atau ijma'. Fatwa ada yg mulzim (bila ia dikuatkuasakan dengan kuasa legislatif dan ekseketif menyamai enakmen atau decree) dan ada fatwa yg tidak mulzim (yg tidak digazetkan sebagai legislatif/decree). kebanyakan fatwa dan pendapat Ulama' dulu dan sekarang adalah tidak mulzim dan ia lebih kepada nasihat, panduan, dakwah dan tunjukajar kepada umat. Jika kita memiliki kitab2 Fatwa spt Majmu' Fatawa Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (32 Jilid), Fatawa Syaikh Abdul Aziz Ben Baz, Fatawa Syaltut, Fatawa Mu'asirat Qardhawi, Fatawa Syaikh Abduh, dll termasuk Fatawa Majlis fatwa Kebangsaan Malaysia, kebanyakannya berbentuk bukan mulzim tapi lebih kepada irsyad, dakwah dan tabligh.

Fatwa memboikot barangan keluaran Israel dan Amerika adalah dikeluarkan diTimur Tengah terutama negara2 berjiran dgn negara haram Israel spt Jordan, Lebanon, Arab Saudi dan Mesir yg banyak menggunakan barangan keluaran Israel dalam kehidupan harian mereka, malah masih ramai penduduk Arab yg masih bekerja di Israel dan menerima siaran Television yg dipancarkan dari Israel.

Fatwa memboikot barangan Israel ini ditujukan kepada masyarakat sekeliling Israel supaya memboikot barangan Israel ini kerana penduduk Israel hanyalah 2-3 juta sahaja, maka jika masyarakat Arab sekelilingnya memboikot barangan israel sudah tentu ekonominya akan lembab dan lemah.

Adapun bagi negara2 umat Islam yg lain spt Malaysia. Kita tidak ada hubungan dagang dgn Israel, tapi USA merupakan negara dagang number 1 Malaysia. Kita amat simpati dgn perjuangan Palestine dan amat kecewa dengan perubahan dasar luar USA yg mendadak terhadap umat Islam dan kita juga boleh menyambut fatwa Boikot barangan Made in USA dan made in Israel ini terutama barangan USA yg menjadi syi'ar mereka spt Coke, Pepsi, Pizza Hut, Levi's, Citibank, Motorola, dsbnya. Manakala barangan Amerika spt ubat-ubatan atau yg amat diperlukan oleh umat Islam dan tiada banyak alternatif dlm pasaran, maka sudah tentu ia terkeluar dari kempen ini. WaLlahu a'alam

0 comments:

Post a Comment