Ingin bertanya pendapat dari panelis-panelis al-ahkam sekalian;
Apakah hukum melagukan bacaan Al-Quraan secara berlebih-lebihan. Kalau tak silap saya pernah terbaca bahawa Imam Ahmad melarang talhin dalam membaca Al-Quran, iaitu menyerupai lagu, beliau berkata; "Itu bid'ah."
Bagaimana pula pertandingan musabaqah Al-Quran anjuran kerajaan Malaysia setiap tahun?
Wassalam
_________________
Salam
Benar. Talhin itu adalah bid'ah.
Apakah itu talhin? As-Suyuti dlm Al-Itqan dan Ar-Rafi’ie did lm I’jazul Quran menyebut:
Para ulama menyelar perbuatan org yg membaca al-quran seperti nyanyian yg diiringi muzik sebagai perbuatan bid’ah. Di antara perbuatan bid’ah dlm qiraat dan ada’ adalah talhin (melagukan bacaan yg hingga sekarang ini masih ada dan disebarluas olh org yg hatinya terpikat dan terpegun dgnnya). Mereka membaca al-quran sdmkn rupa layaknya sebuah irama atau nyanyian
Click Arhive ini utk lanjutan:
SJ 2820: CARA MEMBACA AL-QURAN
SJ 2840: BACA AL-QURAN
ولا شك أن النفوس تميل إلى سماع القراءة بالترنم أكثر من ميلها لمن لا يترنم , لأن للتطريب تأثيرا في رقة القلب وإجراء الدمع . وكان بين السلف اختلاف في جواز القرآن بالألحان
أما تحسين الصوت وتقديم حسن الصوت على غيره فلا نزاع في ذلك , فحكى عبد الوهاب المالكي عن مالك تحريم القراءة بالألحان
-------------------
Tidak syak lagi bahawa setiap nafs akan tertarik dgn bacaan yang baik (tarannum) daripada bacaan yang tidak bertarannum kerana keasyikan melembutkan hati dan mengalirnya air mata. Sungguhpun demikian, para salaf berbeza pendapat tentang keharusan membaca quran dgn talhin. Utk memperelokkan suaranya dan keutamaan utk memperelokkan suara maka ia tidak ada sebarang masalah dgn nya itu. Maka Abdul Wahab Al-maliki meriwayatkan dari Malik bahawa dilarang (haram) membacanya dgn talhin. (Fathul Bari, Ibn Hajar Al-Asqalani)أما تحسين الصوت وتقديم حسن الصوت على غيره فلا نزاع في ذلك , فحكى عبد الوهاب المالكي عن مالك تحريم القراءة بالألحان
-------------------
Namun demikian, tidaklah dilarang membaca dgn tartil dgn suara yang merdu.
الدَّالَّة عَلَى اِسْتِحْبَاب التَّرْتِيل وَتَحْسِين الصَّوْت بِالْقِرَاءَةِ كَمَا جَاءَ فِي الْحَدِيث
" زَيِّنُوا الْقُرْآن بِأَصْوَاتِكُمْ " وَ " لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَتَغَنَّ بِالْقُرْآنِ "
----------------------------
Antara dalil2 yang menganjurkan bertartil dan memperelokan suara dan bacaan seperti mana yang disebut dlm hadith spt “Perindahkanlah al-quran dgn suaramu yang merdu”, “Bukan dari golongan kami mereka yang tidak melagukan quran.”" زَيِّنُوا الْقُرْآن بِأَصْوَاتِكُمْ " وَ " لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَتَغَنَّ بِالْقُرْآنِ "
----------------------------
Kembali kepada persoalan anda. APakah bacaan musabaqah al-quran itu termasuk dalam talhin? Jawapannya tidak.
Wassalam
1 comments:
kalau bacaan seperti imam2 yang bersuara merdu dan lagu bacaan mereka yang sedap didengari sampai menjadi ikutan orang.adakah talhin atau tartil dengan suara yang merdu?
Post a Comment