Aug 1, 2009

Musim Panas Matahari Terbit Jam 3am Tenggelam Kam 10pm

Guest

Assalammualaikum,

Persoalan saya ialah, memandangkan dalam masa beberapa tahun akan datang, bulan Ramadhan akan disambut dalam waktu musim panas di negara-negara barat, Amerika dan negara-negara Timur Tengah.

Sebagaimana yang kita ketahui, pada musim panas ini, matahari akan terbit seawal jam 3 pagi dan akan tenggelam selewat jam 10:00 malam.

Bagaimanakah pengaruh waktu berbuka puasa ketika dalam musim panas ini. Sesetengah pendapat mengatakan yang dibenarkan berbuka mengikut negara islam yang terdekat yang mana waktu berbukanya sekitar jam 7:00 hingga jam 8:00 malam. Manakala sesetengah pendapat mengatakan adalah perlu mengikut waktu terbit dan terbenam matahari untuk waktu berpuasa.

Sekian Terima Kasih


JAWAPAN:
thtl
Maqam 7
Wassalam

al-Jawab:

Hukum2 Puasa adalah global, maksudnya dia terpakai untuk semua penduduk manusia tanpa mengira di mana dia menetap, walaupun negara itu mengalami iklim empat musim. Jika Ramadhan jatuh musim sejuk, maka dia akan bergembira kerana waktu siang yg pendek dan Ramadhannya adalah singkat. Itu adalah anugrah Tuhan kepada penduduknya. Jika Ramadhan beredar dan tiba pada musim panas, maka dia hendaklah bersabar kerana panjangnya waktu siang.

Maka waktu berbuka dan imsaknya adalah menurut keputusan Islamic Council bagi negara-negara tersebut, Bagi negara-negara Arab, tak ada masalah, bagi negara Eropah pula, ada Majlis Fatwa Eropah yang dipengerusikan oleh Dr al-Qardhawi, bagi USA dan Canada, pun ada majlis fatwa mereka.

Yang menjadi isu ialah mereka yang berpuasa di Kutub Utara dan Selatan ketika membuat penyelidikan di sana. Bagi mereka yg berpuasa di kawasan yg ekstrim begini, Majlis Fatwa Arab Saudi menetapkan , mereka hendaklah mengikuti taqwim puasa yg dikeluarkan oleh negara eropah yang berdekatan, misalnya di Kutub Utara, ialah Canada dan negara Scandinavia. Bagi kutub selatan, Majlis Fatwa New Zealand dan Australia. (Fatwa no 2796, Lajnah Fatwa KSA) sekian

0 comments:

Post a Comment