huril_aimi
assalamualaikum,
boleh tak saya tahu apakah garis panduan yg boleh dijadikan ukuran untuk mengetahui sama ada puasa yg telah saya jalankan pada bulan ramadhan telah di terima Allah atau tidak. Kalo pada ibadat solat, garis panduan yg sering saya ambil adalah solat itu mestilah mampu mencegah saya dari melakukan kemungkaran & maksiat. Sekadar mahu muhasabah diri sendiri yg byk kelemahan ini.
wassalam.
JAWAPAN:
thtl
Maqam 7
Wassalam
al-Jawab:
Checklist (senarai) yang dikemukakan oleh Prof Dr al-Qardhawi supaya puasawan menghisab atau melakukan post-mortem sebaik sahaja munculnya 1 Syawal:
1. jiwanya merasa lebih bersih dan ikhlas
Dalil: " Tiap-tiap amal Bani Adam untuknya kecuali Puasa, ia untuk-KU" (Bukhari-Muslim), apakah anda merasakan anda-anda benar berpuasa dengan penuh Ikhas sebagaimana mafhum hadith itu?
2. Fizikal anda bertambah sihat dan jiwa anda amat bahgia selepas 30 hari berpuasa.
Dalil: "Orang yang berpuasa merasai dua kebahgiaan: bahgia ketika berbuka dan ketika bertemu Allah dan ia berbahgia dengan puasanya." (Bukhari-Muslim)
Jika anda merasa damai dan bahgia, maka ia 30 hari yg sukses.
3. Puasa melakukan suatu kejutan dan perubahan kepada rutin dan kebiasaan seseorang dan memasukkan jatidiri atau membina perisai.
dalil: "Puasa adalah perisai dari sekelian banyak perisai orang mukmin." HR Tabrani disahihkan oleh al-Albani dalam Sahihul Jaami'
4. Kendurnya gelora seksual seseorang.
Dalilnya: "Wahai pemuda, barangsiapa yang mampu diantara kamu, maka menikahlah, kerana ia dapat menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. B/siapa tidak mampu, bepuasalah..kerana ia adalah perisai." Bukhari
5. Tajamnya perasaan kita terhadap nikmat Allah dan kita menjadi lebih bersyukur.
Dalil: Nabi menggambarkan kehidupan hariannya walaupun status insan pilihan memilih untuk lapar sehari dan kenyang sehari (puasa Daud)...baginda menjelaskan kenapa," bila aku lapar, aku merendah diri dan berzikir kepada-Mu, bila aku kenyang, aku memujiMu dan bersyukur." {HR Ahmad dan Termidzi, tapi sayang dinilai dha'if oleh al-Albani}
6. Gabungan dari semua itu, puasa membawa puasawan menjadi lebih TAQWA. Dalil: QS 2:185 (agar kalian bertaqwa)
Tapi pastikan bila anda menjalani madrasah 30 hari, anda kena periksa banyak mana INPUT atau usaha yang anda lakukan spt:
a. menjaga sunnah2 puasa
b. menghindari omong2 kosong dan yang sia-sia
c. tarawih
d. tahajjud
e. derma/sedeqah
f. i'tikaf 10 terakhir
g. tilawah, dll
(Rujukan: disadur dan diolah dari Fiqh Siyyam, Syaikhul Islam Dr alQaradawi)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment