tarbiah
Assalamualaikum wbt.
Saya mempunyai kemusykilan mengenai ayat 183 drp surah al-Baqarah , Firman Allah SWT yang mafhumnya : ( Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa ) .
1 Adakah orang-orang sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w telah pun mengamalkan puasa? .
2 Bagaimanakah rupa-bentuk puasa mereka ? .
Mudah-mudahan Allah SWT memberikan rahmat kepada usaha ustaz-ustaz sekalian dan membimbing kita semua ke jalan hidayahNya Yang Maha Benar.
Terima Kasih.
Wassalam wbt.
JAWAPAN:
thtl
Maqam 7
Jawab:
1. Ya, umat2 terdahulu dan sekarang ada mengamalkan puasa
2. Rupabentuk puasa itu sudah tentu bermacam ragam sebagaimana bermacam ragamnya solat atau sembahyang agama yg lain. Mengetahuinya tidak perlu bahkan mengkajinya juga tidak memberi apa2 pulangan (faedah) kepada kita kerana Islam memansuhkan kesemua syari'at dan ibadah apa jua ritual dan syari'at yg terdahulu. Begitu juga tidak bermanfa'at mengkaji tatacara solat umat yg terdahulu atau cara solat Nabi sebelum Isra' dan Mikraj. (Prof Syurbasyi, Yas-aluunak)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment