Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts

Feb 18, 2009

Hey Mamak, Tak Tau Ambil Order Ke?

Seperti biasa, pagi ini saya ke restaurant mamak bagi membeli breakfast. Hari ini menu pagi saya adalah roti canai biasa dan roti canai telur. Sambil menantikan makanan tiba, saya sempat melihat fenomena yang sentiasa berlaku di restaurant mamak.

ORDER LAIN, YANG SAMPAI LAIN!

Saya rasa anda mungkin sudah biasa dengan situasi ini jika selalu lepak di restaurant mamak. Setiap orang mempunyai tindakbalas yang berbeza, ada yang lantang menyuarakan rasa tidak puas hati, dan ada yang buat tidak kisah.

Saya termasuk dalam kategori yang kedua. Bukan kerana takut untuk menyuarakan protes sebagai pelanggan tetapi saya teringat filem "Road Trip" tahun 2000 lakonan Kyle Edwards. Dalam salah satu scene, beliau memesan makanan tetapi ianya tidak seperti yang beliau inginkan (terlalu manis), lalu meminta agar makanannya dimasak semula. Tukang masak kemudiannya membawa semula makanan tersebut ke dapur dan kemudiannya menjilatnya sehingga hilang rasa manis, dan memasukkannya ke dalam seluarnya sebelum menghidangkannya kepada Edwards.



Jika dalam filem, ianya memang kelakar tetapi realitinya perkara yang sama mungkin boleh berlaku. Sungguh menjijikkan.

Saya selalu mengingatkan rakan-rakan supaya berfikir dua kali sebelum 'naik angin'. Masalahnya bukan apa, kita tidak tahu apa yang berlaku di dapur tempat mereka menyediakan makanan. Walaupun bunyi agak skeptical tetapi saya lebih gemar mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya apabila melibatkan makanan. Jika benda lain mungkin saya tidak teragak-agak untuk complain!

Namun begitu, jika anda berada di restaurant di mana anda boleh melihat tukang masaknya menyediakan makanan anda, maka ianya tidak menjadi masalah tetapi diingatkan supaya lain kali jika anda ke restaurant yang sama, berhati-hatilah!

Dec 9, 2008

Selamat Pagi. Sudahkah Anda Bersarapan?

Beberapa tahun lepas saya bukanlah seorang yang gemar bangun awal. Waktu itu, tiada perkataan breakfast dalam kamus saya dan biasanya hidangan pertama saya adalah pada pukul 12 tengahari. Sebenarnya pada waktu itu, saya sedar yang amalan ini kurang elok.

Orang tua-tua kata, "pintu rezeki tertutup kalau bangun lewat". Tak tahulah saya samada ianya benar ataupun tidak tetapi apa yang saya perasan, apabila bangun lambat, badan akan merasa kurang sihat dan kecenderungan untuk tidur lebih panjang adalah lebih tinggi.

Percaya atau tidak, terjemahan bangun awal saya mungkin berbeza dengan anda. Saya biasanya sudah berada di depan komputer ini seawal jam 5 pagi. Bangun awal sebenarnya menyeronokkan kerana angin luar agak "bersih" dan suasana juga sunyi tanpa gangguan bunyi kenderaan.

Biasanya jam 7 pagi saya sudah menghidupkan enjin kereta dan mula memikirkan apakah sarapan pagi saya untuk hari tersebut. Biasanya: -


(sumber: http://www.malaysiasite.nl)


(sumber: www.camemberu.com)


(sumber: http://accordingtod.wordpress.com)


(sumber: http://lifeisonebigstage.wordpress.com)


(sumber: http://christene222.wordpress.com)


(sumber: www.eatingwell.com)

Ahad lepas, saya mencuba sesuatu yang baru.



Apakah ini?

Dec 1, 2008

Wendy's: Selamat Tinggal Big Mac!



Berita baik bagi penggemar burger @ fast food. Wendy's telah membuka satu lagi cawangan mereka yang terletak berhampiran dengan Bukit Bintang. Lebih tepat lagi, ia bertentangan dengan Hotel Istana dan bersebelahan dengan 7Eleven. Cawangan pertama mereka adalah di Sunway Piramid di mana perasmiannya berlangsung pada 5 April 2008 yang lalu.

Saya berkesempatan singgah dan merasa sendiri keenakan burger Wendy's beberapa minggu yang lalu. Sebenarnya kunjungan saya tidak dirancang. Kebetulan saya singgah sebentar di 7Eleven tetapi tiba-tiba sahaja hujan lebat turun menyebabkan saya terpaksa "berteduh" di Wendy's.



Berbeza dengan restauran fast food yang lain, Wendy's lebih mengutamakan keselesaan pengunjung. Lihat sahaja interior design mereka serta penggunaan lampu yang seolah-olah mengalu-alukan kedatangan para tetamu.







Disebabkan kali pertama menjejakkan kaki ke Wendy's, saya agak rambang mata melihat menu yang terpampang di kaunter tersebut. Semuanya nampak enak belaka. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk memilih Combos - 1/2 Pound Double with Cheese.



Sama seperti di McDonalds, set combo Wendy's juga mempunyai fries dan juga soft drink. Tetapi harganya mungkin sedikit lebih tinggi berbanding dengan McDonalds.



Walaupun sudah mencuba pelbagai jenis burger sebelum ini, kali pertama saya mengunyah burger Wendy's, saya dapat merasai kelainan burger yang ada di sini. Rasanya cukup enak dan agak istimewa. Perbezaan yang paling ketara adalah rasa daging burger yang digunakan.



Keluar sahaja dari Wendy's, satu sahaja perkara yang dapat saya fikirkan iaitu: -