Sepatutnya post ini siap semalam tetapi tiba-tiba rumah saya blackout pukul 3 pagi dan entah kenapa internet terputus sampailah petang tadi. Ada sesiapa tahu apa hubung-kait antara elektrik dengan internet?
Anyway, post hari ini berkisar tentang TV Series yang kegemaran saya dan juga yang telah lama saya tinggalkan.
1) House MD
Sudah 5 musim saya menonton tetapi masih tidak jemu. Rasanya episode minggu ini adalah episode terakhir bagi musim ini berdasarkan jalan ceritanya. House MD mengisahkan tentang Dr. Gregory House yang memiliki kepakaran menyelesaikan kes-kes yang boleh dianggap mustahil oleh doktor-doktor lain. Namun begitu, beliau mempunyai masalah personaliti dan kurang digemari oleh rakan-rakan sekerja.
2) How I Met Your Mother
How I Met Your Mother merupakan sitkom popular di mana Ted Mosby menceritakan pengalaman hidup beliau kepada anak-anaknya tentang bagaimana beliau bertemu dengan isteri impian beliau. Walaupun sampai sekarang masih tidak tahu dengan siapakah Ted berkahwin, sitkom ini langsung tidak membosankan terutamanya jika melibatkan watak antagonist Barney Stinson.
3) Hell's Kitchen
Hell's Kitchen adalah rancangan realiti yang menguji bakat peserta dari segi teknik masakan, kebolehan mengendalikan dapur professional dan juga daya kepimpinan. Memang tidak jemu menonton Gordon Ramsey memaki hamun para peserta. Ada sesiapa perasan, Hell's Kitchen yang ditayangkan di NTV7 tiada suara latar (narrator)?
4) Gary's Unmarried
Satu lagi sitkom yang tidak akan saya lupakan untuk mendownload setiap minggu. Ianya berkisar mengenai kehidupan Gary selepas bercerai dengan bekas isterinya, Allison. Beliau memiliki 2 orang anak Tom dan Louis. Walaupun telah bercerai, kehidupan Gary masih dibayangi oleh Allison yang sentiasa berada menghantui beliau.
5) American Idol
Entah kenapa tiba-tiba saya berminat untuk menonton Season 8. Inilah kali pertama saya mengikuti rancangan ini dari mula sehinggalah episode terkini. Kini sudah hanya tinggal 7 peserta sahaja selepas Scott dibuang semalam.
6) Being Erica
Being Erica adalah antara TV Series yang baru ke udara beberapa bulan yang lalu. Ia mengisahkan kehidupan Erica Strange yang terumbang-ambing walaupun sudah mencecah usia 30 tahun. Semuanya berubah apabila Erica bertemu dengan Dr. Tom, seorang psychiatrist. Dr. Tom memiliki kuasa membantu Erica membetulkan kesilapan yang beliau lakukan pada masa lampau. Untuk pengetahuan anda, siri ini telahpun tamat musim pertama minggu ini dan akan disambung untuk musim kedua.
7) Lie To Me
Ini juga antara TV Series yang baru ke udara. Mengisahkan Dr. Cal Lightman yang memiliki kebolehan mengesan sama ada seseorang itu bercakap benar ataupun menipu. Beliau mengetuai agensi yang bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam menyiasat kes pembunuhan, penyelewengan, penipuan dan sebagainya.
8) Trust Me
Ini pula mengisahkan kehidupan pekerja di agensi pengiklanan yang penuh dengan helah, penipuan, back-stabbing, dan bermacam lagi bagi memastikan kehendak syarikat dan pelanggan tercapai. Watak utama adalah Mason McGuire dan Conner, sahabat baik dan juga rakan sekerja tetapi memiliki personaliti yang berbeza.
9) The Mentalist
The Mentalist mengisahkan Patrick Jane yang memiliki kebolehan luar biasa membaca fikiran, hipnosis dan sebagainya di mana beliau bertugas sebagai consultant khas kepada California Bureau of Investigation (CBI). Motif utama beliau berada dalam squad yang diketuai oleh Agent Teresa Lisbon adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai Red John, pembunuh bersiri yang telah membunuh isteri dan anak Patrick. Pada masa yang sama, Patrick membantu CBI menyelesaikan banyak kes jenayah.
10) The Big Bang Theory
Memasuki musim kedua, sitkom ini mula mendapat tempat di hati penonton. Ia mengisahkan kehidupan 4 orang nerd Leonard Leakey Hofstadter, Sheldon Cooper, Howard Wolowitz dan Rajesh Koothrappali serta jiran mereka Penny. Kebanyakkan lawak dalam sitkom ini adalah bersifat intelektual di mana ia boleh dikatakan jarang ada dalam mana-mana sitkom sebelum ini.
Berikut pula TV Series yang pernah menjadi kegemaran saya suatu ketika dahulu. Ada antaranya yang berubah menjadi bosan, mengarut dan semakin hilang tarikan. Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi mendownload dan menontonnya. Saya tidak pasti samada TV Series ini masih lagi berada di udara ataupun tidak.
1) One Tree Hill
2) The OC
3) Heroes
4) Lost
5) Kyle XY
6) Gossip Girl
7) 90210
8) Reaper
9) Skins
Showing posts with label Drama TV. Show all posts
Showing posts with label Drama TV. Show all posts
Apr 10, 2009
Nov 12, 2008
Top Gear is Back!
(sumber: http://www.cararticles.co.uk)
Mungkin ramai mempunyai tanggapan bahawa saya meminati rancangan ini kerana saya lelaki tetapi hakikatnya sebelum saya menonton Top Gear, saya tiada klue sama sekali mengenai kereta. Kalau dahulu,
Rakan: Bro, apa kereta kegemaran kau?
Saya: Ferrari (menjawab dengan sepantas mungkin)
Rakan: Model apa?
Saya: erk... hmm, bukan Ferrari semua sama ke?
Saya mengaku bahawa saya sangat jahil mengenai kereta dan sebab utama saya menonton Top Gear adalah kerana gemarkan lawak-lawak oleh pengacara rancangan tersebut iaitu Jeremy Clarkson, Richard Hammond, dan James May serta aksi-aksi gila mereka semasa cuba melengkapkan cabaran yang diberikan oleh pengarah Top Gear. Menonton semata-mata kerana ingin melihat kereta mewah bukan tujuan saya. Tanpa disedari, lama-kelamaan saya mulai mengenali model-model kereta.
(sumber: http://www.tvscoop.tv)
Kini, Top Gear kembali menemui penonton dengan musim ke-12 dengan pelbagai aksi serta paparan yang lebih menarik yang melucukan. Bagi penggemar Top Gear pastinya tahu yang siri kegemaran ramai ini telah ke udara sejak 2 minggu yang lalu.
Saya percaya sesiapa sahaja tidak kira samada anda menggemari kereta ataupun tidak, lelaki baik wanita, tua ataupun muda akan menggemari rancangan ini. Saya dahulu pun sebenarnya kurang gemar menonton program sebegini termasuklah Fifth Gear, Pimp My Ride dan banyak lagi. Yang saya tahu mengenai kereta adalah,
- Start engine
- Check air
- Pump tayar
- Tukar tayar spare kalau pancit
- Tukar minyak enjin
- Tukar oil filter (kereta tertentu sahaja)
- Cuci & Vacuum kereta
Bagi saya, kereta tidak lebih dari kenderaan untuk bergerak ke sana sini. Asalkan kenderaan tersebut dalam keadaan baik dan selesa untuk dipandu, ianya sudah cukup. Tidak perlulah diubahsuai enjin yang kononnya untuk menambah kelajuan, lekat sticker bermacam-macam warna yang boleh mengganggu pandangan pemandu lain, pasang lampu neon yang menyakitkan mata, tukar bunyi ekzos sehinggakan mengganggu jiran-jiran di sebelah rumah.
"Keep it simple, stupid"
Nov 8, 2008
Goda: The Art of Seduction
Saya jarang sekali menonton drama di televisyen tempatan bukan kerana bersikap berat sebelah tetapi saya berpendapat bahawa terdapat hanya beberapa kerat sahaja drama Melayu yang boleh dianggap berkualiti. Tambahan pula, dewasa ini drama dan perfilemen tempatan seolah-olah diserang "sindrom Fasha Sandha". Boleh dikatakan hampir majoriti drama & filem yang disiarkan di kaca TV dilakonkan oleh beliau dan yang peliknya, karektor yang dipegangnya hampir serupa; seorang yang baik hati, mulia, suci, lurus, dan hampir keseluruhan nilai-nilai murni yang terkandung dalam silibus Pendidikan Moral untuk peperiksaan SPM. Maaf kepada peminat Fasha Sandha semua tetapi ini hakikatnya.
Berbalik semula kepada Goda. Goda membawa maksud seduction dalam bahasa Inggeris di mana temanya adalah hubungan antara kaum adam dan hawa permasalahan yang dihadapi dalam mengecapi kebahagian bersama pasangan. Drama ini disiarkan di 8TV (tidak pasti bila) dan saya baru sahaja mengetahuinya beberapa minggu yang lalu melalui seorang rakan yang sudi berkongsi. Ini adalah sinopsis yang diambil dari 8TV: -
-----
M is a popular anonymous 'love coach' who solves love problems for guys through the internet from his blog "Goda".
BURHAN, is secretly in love with ADELA but is unable to express his love to her mainly because she is the daughter of his boss. Burhan seeks help from M.
SANYA, a journalist, is convinced that M is a 'loser' in real life. Keen on finding out more for an article that she's writing, Sanya becomes increasingly obsessed with M and launches a nationwide search to unravel M's identity.
Sharp, funny, dramatic, Goda is about young men putting the gears into the game of seduction. In each episode, Goda follows the unravelling drama in Sanya, Burhan and Adela's lives. We also see M in 'action' through his blog, narrating advice to a different guy in each episode about getting seduction right.
Will Sanya find out M's true identity?
Will Sanya give her ex, Zul a second chance?
Will Burhan get his Adela?
All in Goda.
-----
Selain dari scene yang melibatkan M dan Sanya (Sazzy Falak), keseluruhan cerita ini sebenarnya memiliki konsep yang agak menarik terutamanya yang melibatkan adegan antara Burhan dan Adela walaupun terdapat keraguan dari sudut jalan cerita. Ia sebenarnya mengingatkan saya semula kepada drama Table For Two yang disiarkan di TV3 pada 2004. Table For Two ditaja oleh jenama Pond manakala Goda pula ditaja khas oleh jenama Clear.
Ditambah pula, Goda tidak menggunakan "muka-muka lama" yang ada dalam industri perfileman tanahair kita. Kadang-kala, mempertaruhkan bakat baru mungkin membuahkan hasil di samping penonton sendiri tidak menjadi muak melihat muka lama seperti "sindrom Fasha Sandha".
Berikut adalah Season 1 Goda yang saya dapati dari YouTube: -
Episode 1
Part 1
Part 2
Part 3
Episode 2
Part 1
Part 2
Part 3
Episode 3
Part 1
Part 2
Part 3
Episode 4
Part 1
Part 2
Part 3
Episode 5
Part 1
Part 2
Part 3
Episode 6
Part 1
Part 2
Part 3
Episode 7
Part 1
Part 2
Part 3
Episode 8
Part 1
Part 2
Part 3
Atau anda boleh melayari 8TV yang turut menyiarkan ulangan bagi Goda: -
8TV
Oct 7, 2008
Valentine: Mitos Tuhan Cinta Aphrodite
Dalam dunia yang serba moden kini, hubungan antara sesama manusia mengalami perubahan ketara di mana teknologi seperti Internet, telefon, dan sebagainya merubah peradaban manusia. Tuhan Purba Greek yang dikenali sebagai Grace Valentine bersama anak lelakinya, Danny Valentine, rakan beliau Leo dan Phoebe Valentine mempunyai misi untuk mengembalikan zaman kegemilangan mereka dengan membantu pasangan mencari soulmate mereka.
Selain mempunyai misi penting, mereka juga berhadapan dengan krisis di mana kuasa mereka sebagai immortal berkemungkinan ditarik semula jika gagal menjalankan tugas mereka. Mereka kemudiannya ditemukan dengan Kate Providence, seorang penulis novel cinta yang mempunyai pemahaman yang tinggi mengenai selok-belok dunia percintaan yang bersetuju untuk membantu mereka.
Drama ini kurang berat dan sesuai ditonton jika anda tidak berminat menonton drama yang memerlukan anda berfikir seperti House, Heroes dan sebagainya. Namun begitu, dari segi kualiti mungkin kurang memuaskan kerana kurang aksi dan agak membosankan. Bagi penggemar drama romantis mungkin berminat menontonnya kerana ia umpama cerita fantasi di mana ada kuasa magik dan happy ending.
Secara keseluruhan rating: 4.5/10
Oct 2, 2008
Worst Week: Meet the Parents versi drama TV
(sumber: http://en.wikipedia.org)
Worst Week adalah sitkom komedi yang disiarkan oleh CBS dan merupakan adaptasi daripada sitkom British yang bertajuk The Worst Week of My Life. Jika anda pernah menonton filem Meet The Parents, ia mempunyai persamaan dari segi konsep. Yang bezanya adalah Worst Week adalah drama TV.
Ia mengisahkan bagaimana Sam Briggs (lakonan Kyle Bornheimer) cuba sedaya-upaya untuk mengambil hati ibu bapa teman wanitanya, Melanie Clayton (lakonan Erinn Hayesas). Malangnya, segala usahanya sentiasa menemui kegagalan iaitu samada tidak disengajakan atau ditimpa nasib malang.
Masalahnya adalah Melanie sedang mengandungkan anak mereka sedangkan ibu bapa Melanie tidak mengetahui bahawa mereka berdua sedang bercinta. Plan Sam adalah untuk mendapatkan restu mereka bagi berkahwin dengan Melanie.
Saya meminati komedi sebegini kerana ianya tidak terlalu berat dan masa tayangannya juga pendek. Berlainan dengan sitkom komedi yang lain tiada bunyi latar seperti orang ketawa atau menepuk tangan. Lokasi penggambaran juga sentiasa berubah-ubah.
Ikuti preview Worst Week: -
Sep 26, 2008
Fringe: Anda Peminat Albert Einstein?
Bagi yang meminati drama berbentuk Sci-Fi, Fringe mungkin dapat memenuhi citarasa anda. Drama TV ini berkisar tentang seorang agen FBI, Agent Olivia Dunham (lakonan Anna Torv) yang terpaksa dengan seorang scientist genius yang telah ditahan selama 17 tahun oleh kerajaan U.S kerana memiliki rahsia kerajaan. Kerjasama tersebut bermula selepas teman lelakinya telah menghidap sejenis penyakit misteri ketika bertugas.
Scientist tersebut, Dr. Walter Bishop sebelum ini menjalankan pelbagai jenis eksperimen secara ekstrem di mana ia digunakan untuk tujuan ketenteraan. Selepas dibebaskan atas jaminan anaknya, Peter Bishop; beliau mendapati kebanyakkan hasil eksperimennya telah disalahgunakan oleh pihak tertentu dan membahayakan orang ramai.
Yang menariknya tentang drama ini adalah ia seakan-akan Heroes di mana terdapat manusia yang memiliki kebolehan luar biasa. Drama ini agak kompleks di mana penggunaan bahasa scientifict yang kerapkali mengelirukan. Namun begitu, jika anda menonton drama House, anda mungkin tidak mengalami banyak kesukaran menonton Fringe.
Berikut adalah preview drama Fringe: -
Sep 24, 2008
Merlin: Lagenda Sihir
Dalam keghairahan musim drama-drama TV yang kembali dengan musim baru, saya sempat menonton satu lagi drama TV baru bertajuk, Merlin. Yup, jika magic yang anda sedang fikirkan ketika ini, anda sememangnya betul. Merlin mengisahkan tentang perjalanan hidup lagenda ahli sihir yang hidup pada zaman King Arthur.
Drama TV yang diterbitkan oleh BBC Wales UK menonjolkan Merlin pada usia remajanya yang masih belum mempunyai hala tuju hidup mahupun menguasai kuasa sihir walaupun beliau dilahirkan dengan kuasa ajaib. Pada zaman tersebut, pemerintah kerajaan tersebut, Uther Pendragon mengharamkan apa-apa aktiviti yang melibatkan sihir dan menjatuhkan hukuman mati kepada sesiapa yang mengamalkannya.
Kepada sesiapa yang berminat menonton drama ini, diingatkan bahawa tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadapnya kerana ianya mempunyai konsep yang serupa dengan Herculas atau Xena the Warrior Princess di mana plotnya tidak sehebat drama Heroes. Cukup sekadar untuk tontonan masa lapang.
Sep 23, 2008
Gossip Girl Musim Ke-2: Makin Panas!
(sumber: photobucket.com)
Bagi anda yang gemarkan drama tentang dunia glamour, New York City, skandal, gaya hidup mewah; Gossip Girl mungkin memenuhi citarasa anda. Drama ini mengisahkan kehidupan golongan elite yang tinggal di Manhattan, New York yang kebanyakkan mereka adalah billionaire.
Musim 1 Gossip Girl lebih tertumpu kepada kehidupan Serena van der Woodsen (lakonan Blake Lively) dan rakan baiknya, Blair Waldorf (lakonan Leighton Meester) serta teman lelaki Blair, Nate Archibald (lakonan Chace Crawford) dan juga rakan baik Nate, Chuck Bass (lakonan Ed Westwick). Musim pertama lebih tertumpu kepada konflik antara Serena dan juga Blair serta munculnya watak-watak baru dalam dunia elite mereka iaitu Dan Humphrey (lakonan Penn Badgley) yang meminati Serena sejak sekian lama dan juga adiknya Jenny Humphrey ( lakonan Taylor Momsen).
Saya mengaku bahawa antara sebab mengapa saya menonton drama ini adalah kerana: -
Leighton Meester
(sumber: photobucket.com)
Bagi anda yang menonton The O.C dan One Tree Hill; saya percaya anda juga akan meminati drama ini. Kini Gossip Girl kembali dengan musim ke-2. Kepada yang menonton penghujung musim pertama, saya percaya ada antara anda termasuk saya sendiri merasakan drama ini sudah hilang konsep asalnya dan semakin membosankan tetapi musim baru telah menampilkan beberapa watak baru di samping plot cerita yang digubah semula.
Berikut adalah preview musim terbaru Gossip Girl: -
Heroes Season 3: Villains
Drama TV yang ditunggu-tunggu oleh berjuta peminat di seluruh dunia kini sudah kembali ke kaca TV. Heroes merupakan salah satu daripada drama TV paling popular di U.S dengan memecah monopoli drama superheroes lain seperti Superman, Batman, Spiderman dan sebagainya apabila menerima tontonan purata sebanyak 14.3 juta penonton dari U.S sahaja untuk setiap episodnya pada musim 1. Ini merupakan rating tertinggi bagi stesyen TV NBC dalam tempoh 5 tahun.
Bagi mereka yang mempunyai masa lapang dan gemar menonton wayang, Heroes adalah pilihan terbaik untuk mengurangkan perbelanjaan bulanan anda. Pada pendapat saya, Heroes mendapat tempat di hati penonton kerana special effects yang digunakan dalam drama ini adalah sangat berkualiti tinggi. Jalan ceritanya juga sangat menarik kerana tidak seperti drama superheroes yang lain di mana hampir setiap minggu jalan ceritanya hampir sama, cuma watak jahatnya sahaja berbeza.
Keunikkan kuasa yang dimiliki oleh watak-wataknya juga menarik minat ramai kerana kuasa mereka berbeza-beza dan penambahan watak baru dalam setiap musim turut mencuri perhatian ramai. Jika pada musim pertama, tumpuan banyak diberikan kepada Syler, musim lebih menarik dengan munculnya beberapa watak jahat baru.
Musim ketiga pastinya kembali lagi dengan pelbagai aksi baru yang lebih mendebarkan. Saksikan preview musim ketiga: -
Sep 18, 2008
Privileged: Komedi Yang Bakal Bertempat Di Hati Penonton
(sumber: en.wikipedia.org)
Satu lagi drama TV baru untuk tontonan ramai yang disiarkan bermula musim luruh 2008. Privileged mengisahkan tentang seorang wanita berusia 23 tahun bernama Megan Smith (lakonan Joanna Garcia) yang bercita-cita untuk menguasai dunia journalis. Menyangkakan bahawa beliau akan dinaikkan pangkat bertukar kepada mimpi ngeri apabila beliau dipecat serta-merta oleh majikannya.
Beliau yang berkelulusan Yale kemudiannya diupah menjadi tutor peribadi 2 orang cucu kepada billionaire di Palm Beach. Tugasnya mudah, iaitu menaikkan gred kedua-dua bakal pelajarnya itu tetapi berdepan dengan tugas sukar untuk meyakinkan mereka untuk belajar. Berikut adalah sedutan Privileged: -
Sep 17, 2008
True Blood: Kisah Cinta Antara Manusia dan Vampire!
(sumber: en.wikipedia.org)
Bagi penggemar cerita Buffy The Vampire Slayer atau Angel, HBO telah menghasilkan sebuah lagi drama TV yang berkisar mengenai kehidupan dua makhluk berbeza alam iaitu manusia dan vampire. Konflik antara dua spesis yang memiliki perspektif yang berlainan ini akhirnya dapat disatukan dengan terhasilnya darah sintetik yang dikenali sebagai True Blood.
Vampire kini tidak lagi menjadikan manusia sebagai menu utama mereka manakala sesetengah manusia sudah dapat menerima makhluk pemangsa tersebut. Jalan cerita drama ini lebih menonjolkan watak Sookie Stackhouse (lakonan Anna Paquin), manusia yang memiliki kebolehan istimewa mendengar fikiran manusia lain (ala-ala Matt Parkman dalam siri Heroes).
Sookie kemudiannya bertemu dengan seorang Vampire kacak bernama Bill Compton (lakonan Stephen Moyer) yang telah hidup selama 173 tahun. Tidak seperti manusia lain, Sookie tidak dapat membaca fikiran Bill yang menyebabkan beliau tertarik untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.
Berikut adalah preview bagi True Blood: -
90210. Mampukah Musim Baru Mengembalikan Zaman Kegemilangannya?
(sumber: en.wikipedia.org)
90210 kembali lagi menemui penonton dengan muka-muka baru. Beverly Hills 90210 merupakan antara TV Series yang paling popular disiarkan di kaca TV iaitu sejak tahun 1990 hinggalah pertengahan 2000. Siri ini mengisahkan gaya hidup komuniti yang tinggal di Beverly Hills, California terutamanya golongan muda yang lahir dalam keluarga yang serba mewah. 90210 mendapat nama daripada salah satu ZIP code di kawasan tersebut.
Saya percaya bahawa siri ini mungkin menjadi pencabar utama kepada Gossip Girl yang kembali dengan musim kedua. Namun begitu, agak sukar ianya untuk menguasai pasaran dengan kebanjiran banyak drama TV baru yang turut disiarkan pada tahun ini.
Berikut adalah preview bagi siri terbaru 90210: -
House MD Season 5
(sumber: en.wikipedia.org)
Anda boleh mendownload di sini: -
Sep 8, 2008
KDrama: Witch Yoo Hee (Witch Amusement)
Selain drama dari negara barat, saya turut meminati drama dari negara Asia terutamanya dari Korea Selatan. Kebanyakkan drama Korea yang saya tontoni adalah berunsurkan komedi romantik di mana hampir setiap produksi mempunyai keunikan masing-masing walaupun konsep ceritanya hampir sama.
Jika diberi persamaan, mungkin saya boleh katakan ianya seperti konsep yang digunakan di Bollywood di mana kita semua tahu bagaimana jalan ceritanya (hero dan heroine bertemu, keluarga berlainan darjat, keluarga yang kaya tak bagi kahwin, ada watak antagonist, polis lembab buat kerja sebab kena rasuah, hero dan heroine terpisah tapi sempat nyanyi-nyanyi di atas bukit/padang/belakang pokok/atas gerabak keretapi, hero lawan orang jahat, akhirnya mereka bersama ;p). Haha... minta maaf peminat Bollywood, spoiler alert!
Cerita Witch Yoo Hee mengisahkan tentang Ma Yoo Hee (Han Ga In) yang digambarkan seperti seorang wanita sihir yang terkenal dengan sifat kejam, mementingkan diri sendiri serta tidak memiliki karisma diri. Disebabkan oleh sifat-sifat tersebut Yoo Hee mempunyai masalah mencari teman hidup dan juga pembantu rumah.
Ketika sesi mencari jodoh (blind date), Yoo Hee telah ditemukan dengan Chae Moo Ryong (Jae Hee), seorang bekas pelajar bidang perubatan yang mempunyai obsesi untuk menjadi chef yang terkenal. Dijadikan cerita, selepas sesi mencari jodoh tersebut, Moo Ryong dan Yoo Hee terserempak semula apabila berlaku kemalangan kecil yang mengakibatkan Moo Ryong terpaksa berhutang kepada Yoo Hee.
Moo Ryong ditugaskan sebagai pembantu rumah bagi membayar balik hutangnya serta membantu Yoo Hee mencari cintanya. Kesudahannya, anda perlu tontoni sendiri :) hehe. Jangan risau, saya sertakan sekali link di mana anda boleh mendownloadnya secara percuma di bawah. Sekiranya anda tidak memiliki akaun Megaupload, saya cadangkan anda mengikuti tips yang saya berikan pada post yang terdahulu. Jangan lupa untuk mendownload Megaupload toolbar bagi membolehkan anda mendownload.
Peminat Psychic?
Seperti saya pernah maklumkan dalam post saya yang terdahalu, saya adalah peminat setia drama TV tidak kiralah dari dalam dan luar negara. Kebanyakkan drama TV produksi US sedang "bercuti" kerana ketika ini adalah musim panas di sana. Berita gembira adalah, peralihan musim sedang berlaku di sana dari musim panas ke musim luruh dan ini bermakna kebanyakkan drama TV akan kembali dengan musim baru.
Akibat kebosanan yang melampau, saya mendownload beberapa drama TV sebagai percubaan bagi menilai kualiti dan mempertimbangkan samada saya ingin terus menonton atau tidak. Untuk pengetahuan semua, saya agak cerewet dalam memilih drama TV yang ingin ditonton kerana kualiti adalah segalanya bagi saya.
Antara kebanyakkan drama baru yang bakal muncul di kaca TV nanti, yang paling menarik perhatian saya adalah The Mentalist.
The Mentalist mengisahkan seorang penyiasat peribadi bernama Patrick Jane (Simon Baker) yang memiliki kebolehan psychic di mana beliau mampu untuk membaca fikiran orang lain. Beliau pada asalnya menggunakan kebolehan tersebut bagi tujuan meraih populariti dan keuntungan sehinggalah berlaku suatu tragedi yang tidak diinginkan.
Beliau kemudiannya berubah kerjaya dengan membantu pihak polis yang diketuai oleh agen Teresa Lisbon (Robin Tunney) bagi membantu siasatan dan memburu penjenayah yang dikehendaki polis.
Walaupun bunyinya seperti kebanyakkan cerita penyiasatan yang lain, saya percaya bahawa kebijaksanaan produksi drama ini dari segi plot cerita dapat menarik ramai penonton apabila ianya dipertontonkan nanti. Ianya dijangka akan ke udara pada bulan ini (September 2008).
Akibat kebosanan yang melampau, saya mendownload beberapa drama TV sebagai percubaan bagi menilai kualiti dan mempertimbangkan samada saya ingin terus menonton atau tidak. Untuk pengetahuan semua, saya agak cerewet dalam memilih drama TV yang ingin ditonton kerana kualiti adalah segalanya bagi saya.
Antara kebanyakkan drama baru yang bakal muncul di kaca TV nanti, yang paling menarik perhatian saya adalah The Mentalist.
The Mentalist mengisahkan seorang penyiasat peribadi bernama Patrick Jane (Simon Baker) yang memiliki kebolehan psychic di mana beliau mampu untuk membaca fikiran orang lain. Beliau pada asalnya menggunakan kebolehan tersebut bagi tujuan meraih populariti dan keuntungan sehinggalah berlaku suatu tragedi yang tidak diinginkan.
Beliau kemudiannya berubah kerjaya dengan membantu pihak polis yang diketuai oleh agen Teresa Lisbon (Robin Tunney) bagi membantu siasatan dan memburu penjenayah yang dikehendaki polis.
Walaupun bunyinya seperti kebanyakkan cerita penyiasatan yang lain, saya percaya bahawa kebijaksanaan produksi drama ini dari segi plot cerita dapat menarik ramai penonton apabila ianya dipertontonkan nanti. Ianya dijangka akan ke udara pada bulan ini (September 2008).
Aug 24, 2008
Drama Tempatan vs Drama Asing. Yang Mana Pilihan Anda?
Secara jujur, saya banyak menghabiskan masa lapang menonton drama TV. Banyak yang saya sudah tontoni sehingga lupa tajuk-tajuk drama tersebut. Ia bukan sahaja merangkumi drama Melayu malah Inggeris, Cina, Korea, Jepun, Taiwan, Filipina (dah lama x tengok), Indonesia (pun dah lama x tengok), Thailand (same jugak), Latin (hampir terlupa). Jadi, bolehlah dikatakan bahawa saya nie hantu TV.
Walaupun saya meminati banyak drama TV, saya agak memilih cerita apa yang saya ingin tontoni. Kebiasaannya saya akan "menapis" cerita apa yang bakal saya ikuti bergantung kepada siapa pelakon utamanya, jalan cerita, kualiti penggambaran, skil lakonan dan sebagainya.
Saya tidak berniat untuk menyinggung sesiapa tetapi disebabkan kriteria yang saya tetapkan ini, tidak banyak cerita tempatan terutamanya cerita Melayu yang saya minati. Suka atau tidak, perbezaan antara kualiti cerita tempatan masih berada di tahap yang begitu lemah dan menyukarkannya untuk dipasarkan. Saya berpendapat bahawa masalah ini bukanlah disebabkan oleh masalah bahasa (language barrier) tetapi kegagalan kerajaan sendiri untuk menetapkan standard produksi tempatan. Sekiranya kerajaan bertegas, maka pastinya kualiti drama tempatan dapat ditingkatkan dengan serta merta.
Saya ingin beri contoh drama seperti Winter Sonata atau Full House begitu popular di Malaysia walaupun ianya dalam bahasa Korea. Ini kerana rata-rata penonton berpuas hati dengan hasil kerja (end product) tersebut hinggakan ada antara penonton yang meminta supaya drama tersebut disiarkan semula di kaca TV.
Oleh itu, pengeluar drama tempatan tidak boleh menuding jari kepada penonton mengapa mereka sanggup membayar berpuluh-puluh ringgit setiap bulan kepada Astro hanya semata-mata untuk menonton drama kegemaran mereka seperti CSI, House, Desperate Housewife, Lost, dan sebagainya.
Saya faham bahawa kos produksi untuk sesuatu drama bukanlah murah tetapi ia bukanlah menjadi halangan bagi menghasilkan cerita yang berkualiti. Contoh yang paling mudah adalah filem "Bend it Like Beckham" di mana kosnya adalah rendah tetapi masih lagi mengekalkan idea dan keunikannya yang tersendiri.
Sebagai golongan muda, saya agak sedih kerana drama tempatan sebenarnya memainkan peranan yang cukup penting dalam membudayakan bahasa Malaysia. Sekiranya saya sebagai peminat setia drama TV lebih gemar memilih drama asing, tidak mustahil mereka yang lain turut berbuat demikian. Kerajaan juga tidak boleh menyalahkan remaja mengapa mereka tidak mahu memperkasakan bahasa Malaysia kerana mereka mempunyai tanggapan bahawa bahasa Malaysia adalah "tidak cool" seperti bahasa Inggeris akibat imej drama tempatan yang begitu lemah.
Sekiranya tiada pihak yang sanggup tampil kehadapan untuk bertanggungjawab maka tidak mustahil lama kelamaan, drama asing akan mengambil alih sepenuhnya penyiaran TV kerana tiada yang berminat untuk menonton drama tempatan.
p/s: Habislah saya kena "gam"! ;p
Walaupun saya meminati banyak drama TV, saya agak memilih cerita apa yang saya ingin tontoni. Kebiasaannya saya akan "menapis" cerita apa yang bakal saya ikuti bergantung kepada siapa pelakon utamanya, jalan cerita, kualiti penggambaran, skil lakonan dan sebagainya.
Saya tidak berniat untuk menyinggung sesiapa tetapi disebabkan kriteria yang saya tetapkan ini, tidak banyak cerita tempatan terutamanya cerita Melayu yang saya minati. Suka atau tidak, perbezaan antara kualiti cerita tempatan masih berada di tahap yang begitu lemah dan menyukarkannya untuk dipasarkan. Saya berpendapat bahawa masalah ini bukanlah disebabkan oleh masalah bahasa (language barrier) tetapi kegagalan kerajaan sendiri untuk menetapkan standard produksi tempatan. Sekiranya kerajaan bertegas, maka pastinya kualiti drama tempatan dapat ditingkatkan dengan serta merta.
Saya ingin beri contoh drama seperti Winter Sonata atau Full House begitu popular di Malaysia walaupun ianya dalam bahasa Korea. Ini kerana rata-rata penonton berpuas hati dengan hasil kerja (end product) tersebut hinggakan ada antara penonton yang meminta supaya drama tersebut disiarkan semula di kaca TV.
Oleh itu, pengeluar drama tempatan tidak boleh menuding jari kepada penonton mengapa mereka sanggup membayar berpuluh-puluh ringgit setiap bulan kepada Astro hanya semata-mata untuk menonton drama kegemaran mereka seperti CSI, House, Desperate Housewife, Lost, dan sebagainya.
Saya faham bahawa kos produksi untuk sesuatu drama bukanlah murah tetapi ia bukanlah menjadi halangan bagi menghasilkan cerita yang berkualiti. Contoh yang paling mudah adalah filem "Bend it Like Beckham" di mana kosnya adalah rendah tetapi masih lagi mengekalkan idea dan keunikannya yang tersendiri.
Sebagai golongan muda, saya agak sedih kerana drama tempatan sebenarnya memainkan peranan yang cukup penting dalam membudayakan bahasa Malaysia. Sekiranya saya sebagai peminat setia drama TV lebih gemar memilih drama asing, tidak mustahil mereka yang lain turut berbuat demikian. Kerajaan juga tidak boleh menyalahkan remaja mengapa mereka tidak mahu memperkasakan bahasa Malaysia kerana mereka mempunyai tanggapan bahawa bahasa Malaysia adalah "tidak cool" seperti bahasa Inggeris akibat imej drama tempatan yang begitu lemah.
Sekiranya tiada pihak yang sanggup tampil kehadapan untuk bertanggungjawab maka tidak mustahil lama kelamaan, drama asing akan mengambil alih sepenuhnya penyiaran TV kerana tiada yang berminat untuk menonton drama tempatan.
p/s: Habislah saya kena "gam"! ;p
Subscribe to:
Posts (Atom)