1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah
Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Wednesday, March 23, 2016

Rakyat jahil akan lahir pemimpin zalim

Rakyat jahil akan melahirkan pemimpin yang zalim...

Jahil ~ kalut cari ilmu dan isi dunia sahaja, ilmu akhirat haram tak belajaq langsung... Skadar tahu bab solat, bab zakat bab puasa jer... Kekadang solat zakat puasa pun tak diperdulikan...

Zalim ~ Tak meletakkan sesuatu pada tempatnya iaitu tak memperdulikan hal akhirat, sebaliknya sibuk mementingkan diri sendiri... Sepatutnya dia meletakkan akhirat dalam segala urusan bukan lebih mementingkan diri sendiri dalam apa jua yg dilaksanakan...

Egonya manusia dalam ujian kemarau

Tadi saya sembang dengan sorang makcik pasal 'dah lama tak hujan panas sangat2'.

Makcik tu kata, pokok2 tumbuh2an berdoa mohon hujan. Kita dok sibuk usaha pasang kipas banyak2 dan pasang aircond. Tak sekalipun berdoa pada Allah. Buat seolah kita ada kuasa sangat2. Padahal Allah jua yg bagi segala2nya...

Pakat2lah doa pada Allah...

Saya pun terpikir, betul kata makcik. Manusia bila dah tak hujan kemarau panjang, nanti akan mencipta hujan sendiri... Jauhnya manusia dengan Allah... Tak rasa pun nak sujud mohon padaNya...

Bila nak tertegak Negara Islam kalau hal begini pun jauh dari Allah apatah lg hal2 lain... Nauzubillah...

Statement tazkirah fb

Ritu jumpa bdk2 sek rendah 4org. 3org 'klu tak silap saya' rambut panjang. Saya panggil dan bertanya.
'eh! Umur brapa ni? Tak pi sekolah ka?'.
Salah sorg jawab.
'Tak sekolah dh'
Saya tanya lg.
'Hangpa dok bt keja pa tak sekolah?'.
Jwb adik tu,
' Keja kedai depan tu -AREA SINI-'.

P/S: ish!2 pakat2 pikiaqlah sndr. Ilmu penyuluh jln hdp. Xreti baca xreti kira nk jln mcmna dlm hdp ni. Dok kena bohong ja lah. Tertipu dgn kebodohan sndr...

Dalam Islam Ada Politik Islam Bukan Politik

15.03.2016 Waktu solat zohor tadi saya solat jemaah di Masjid Al Barakah. Tabung tengah dalam masjid kena pecah lagi. Jenayah makin menjadi2...

Apa yang saya nampak sekarang ni, kita telah salah langkah. Kita lebih banyak MENGHUKUM DARIPADA MENCARI DAN MEMBERI HUKUM. Kita lebih mendesak kerajaan terima HUDUD. Sedang yang sebenarnya RAKYAT yang belum menerima HUDUD. Punca kecurian, rompak dan sebagainya ini sebenarnya dihati rakyat tiada rasa TAAT PADA PERINTAH ALLAH 'HUDUD'. Tak rasa takut mencuri kerana tak takut balasan Allah. Tak takut balasan Allah kerana tak tahu hukum Allah. Tak tahu hukum Allah kerana rakyat lebih kalut cari ilmu dunia tidak kepada AKHIRAT...

Pemimpin beriman datang daripada rakyat yang beriman. Punca pemimpin tolak hudud adalah berpunca dari rakyat yang tak beriman yang tak mahu pada hudud. Selagi rakyat tak beriman 'taat pada Allah' Jangan haraplah nak dapat pemimpin beriman untuk PRU14.

Yaaaa! memang benar ada parti yang nak laksanakan hukum Allah ini 'HUDUD' dan kita boleh tuduh kerajaan sekarang zalim tolak hukum hudud tapi ingat yang mengangkat kepimpinan zalim ini adalah rakyat. Sebab rakyat tak pernah usaha ubah diri jadi rakyat yang berimanlah punca jadi begini. Rakyat kalut nak ubah pemimpin. Rakyat kalut menghukum pemimpin. Rakyat tak pernah kalut nak ubah dan menghukum diri sendiri yang telah jauh dari Allah.

Selagimana rakyat tak kembali kepada islam sepenuhnya 'mengaji dan taat pada hukum Allah' , KEMENANGAN KEMAKMURAN NEGARA hanya akan jd angan2 kerana rakyat sekarang hanya tahu sebut HUDUD tapi tak tahu pun apa itu hudud, apa itu islam dan apa itu kepimpinan islam.

Istiqamahlah UBAH DIRI mencari ilmu Allah, insyaAllah kita akan mampu ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN...

Rakyat jahil lahir pemimpin zalim

Allah bagi ujian pada kita macam2 la ni. Allah nak kita kembali taat pada islam keseluruhan...

Bumi kita ni hak Allah, sikap pemimpin dan kebanyakkan rakyat buat bumi ini mcm hak diri sendiri. Langgar segala syariat. Hari demi hari, hidup rakyat makin kucar kacir. Makin tak terurus.

Bila disoal pada pemimpin, pemimpin kata ini masalah ekonomi belum mantap, ini masalah sistem perlu dikaji dan diperketatkan lg, ini masalah pembangkang dll... Tidak sekalipun nak tarbiah diri dan rakyat bahawa INILAH AKIBAT TAK TAAT PADA ALLAH.

Bila tanya rakyat pula, kenapa hidup melarat ? Rakyat jawab, Kami tinggal diperdalaman sukar untuk dapat itu ini, kami mengharap pemimpin tapi pemimpin kata kena sabar kerana ekonomi belum kukuh, undang2 belum diperketat, kami hairan kenapa pemimpin tak prihatin dan tak ambil berat pada kami sedangkan kami dah menyokong mereka, dan macam2 lagi pengharapan yang mana semuanya tidak langsung ada sandaran pada ALLAH...

Kita pinjam sementara jer bumi ni. Ntah esok lusa kita akan dijemput pulang. Tapi kenapa kita masih bergantung/sandar pada sesama manusia ? Kenapa kita masih tak yakin bahawa Allah yg memberi segala ?

Jom! lah kembali kepada Allah. Bertaubatlah... Bumi kita kini KEMARAU PANJANG. Bukan sekadar kemarau panas terik 'panaih litlit' tapi bumi kita kemarau dahagakan SYARIAT ALLAH. Makin hari makin teruk kerana kemarau 'kerosakkan' yang rakyat lakukan amatlah PANASSSS... Bumi kita mahu rakyatnya siramkan kembali NUR2 IMAN pada kesilapan2 yg dah terlanjur... Dah berpuluh tahun kita melakukan kerosakkan. Malah makin hancur tidak diperbaiki... Marilah kita betulkan kembali diri kita dengan ke majlis ilmu. Bertaubat dan belajar kenal diri dan kepimpinan islam yg disyariat oleh Allah supaya kita dapat rahmat dari Allah dan bumi kembali subur...

Sama2lah kita doa dan usaha perbaiki diri dan usaha selamatkan bumi ini dengan roh2 islam. Doakan sama semoga Allah turunkan hujan rahmat pada kita dik kemarau panas yg dialami beberapa negeri ini... Mudahan dgn ujian ini, Allah ampunkan dosa kita dan kita dapat kembalikan bumi ini kepada ISLAM YANG SEBENAR... Istiqamah...

Kembali ke Halaman Utama