1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah
Showing posts with label H1N1. Show all posts
Showing posts with label H1N1. Show all posts

Wednesday, August 12, 2009

Wajib Cegah Sebelum Parah | Oh! Duniawi |

Hari ini, H1N1 hari kehari makin hebat menular dimuka bumi kita. Makin hari makin ramai yang risau dan ada terdengar suara² yang berkata, doktor sampai menangis bila melihat terlalu ramai pesakit. Sampai tak tertanggung rasanya beban dan kerisauan si Doktor, ye la mana tak risau dalam dia menyubati dia pula kemungkinan dijangkiti....

Disini nampak tak kita, sakit yang membawa mati ini semua menjadi kebimbangan kitakan ? Tapi kenapa kita tak risau dan sedar tak kita, sebenarnya kehidupan orang² kita lebih tenat dan sakit lebih kronik serta penularannya lebih berisiko dari H1N1. Sedar tak ? Nampak tak KRONIKNYA SOSIAL ?

Oh! duniawi, Kebanyakan antara kita hanya nampak pada penyakit mati tapi yang parahnya penyakit hati manusia kini. Islam hanya pada nama, berpakaian, bersosial tak seperti islam pun. Dalam kita mahu mencegah penularan H1N1, adakah kita sedar @ CARI JALAN untuk mencergah sekali penularan budaya yang negatif orang² kita dari segi pakaian dll ? Kenapa pekara ini kita tak diambil sensetif seperti takutnya dan sensetifnya kita pada penularan H1N1 ? Buang bayi pun melibatkan kematian juga tapi orang tak risau mencegah @ menginsafi ? Ini semua terjadi dari tangan² manusia?

Ya, saya mungkin tak pandai menarik pembaca untuk menginsafi @ pandai berbahasa MENYENTUH HATI. Tetapi ingatlah penularan kehidupan kita lebih parah dari wabak H1N1.

Ok jom kita pk jap :

Takutnya Doktor seperti saya kata diatas, samalah takutnya orang yang nampak pada kehidupan SOSIAL DLL sekarang...
Hebatnya penularan H1N1 hebat lagi penularan kerosakkan hidup manusia.
Cepatnya penyebaran H1N1 Cepat lagi manusia terpengaruh dipengaruhi dll.
BETUL TAK ?

Adakah pekara ini tak wajib dicegah sebelum bertambah parah ? Adakah H1N1 sahaja yang bahaya dari virus kehidupan yang makin rosak ?

Sedar tak kita, dalam saat² penularan H1N1 ini makin merbahaya, masih ramai yang leka & layan konsert sana sini dll. Ambillah ikhtibar dan insaflah diri dengan apa yang terjadi ( H1N1 ). Moga Ramai antara kita menginsafi diri setelah hadirnya virus ini dan ingatlah mati itu dekat dengan kita...

Sama²lah kita Renung²kan...

Wednesday, August 05, 2009

H1N1 | Penularan Yang Menakutkan |

Tahun 2009, mungkin tahun yang paling menakutkan dunia dengan wujudnya virus influenza A ( H1N1). Mungkin ada yang buntu dan mungkin ada yang takut nak keluar rumah (mereka yang sihat). Sabarlah, tenang²lah ada hikmah disebalik kejadian ini... Tapi harus diingat, kita kena berusaha mencegahnya...

Ingatlah, mati itu dimana² pun boleh terjadi, jika telah sampai ajalnya... Tak semestinya dengan H1N1 ini sahaja dijadikan punca ketakutan kematian... Renung ayat² dibawah bagi menenangkan ketakutan:

“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” [Al-Baqarah:216]

Apa yang penting disini, kita boleh percaya InsyaAllah jika kita seorang yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan beri kesudahan yang baik (husnul khatimah) dan nikmat rezeki kesihatan kita dipelihara oleh Allah.

“Dan janganlah kamu hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu); dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (yang menyelamatkanmu).” Surah Al-Ahzab : 48.

P/s: Amalkan membaca Al Fatihah dan Ayat Kursi lepas solat. Mudah-mudahan hidup kita dalam jaminan Allah. InsyaAllah...

Sumber: Sham

Tuesday, August 04, 2009

H1N1 Menginsafkan | Aku |

Oh! Duniawi... Tempat persinggahan yang hanya sementara bagi makluk bernyawa...


Hadirnya penyakit Selesema Babi H1N1 ini dimata Dunia telah membuatkan aku rasakan Mati itu dekat sangat dengan diri dan kehidupan kita. Terlalu mudah dan tanpa diduga ia mampu menghancurkan sesiapa sahaja. Seperti iman ghazali berkata " ingatlah kita, bahawa yang dekat itu adalah MATI". Barulah aku merasa perlunya diri ini melalukan kesempurnaan hidup dengan sesempurna yang mampu. Barulah aku sedar dan sentiasa ingat bahawa mati itu tak menunggu kita. Barulah aku sedar, mati itu bukan pada orang yang sakit @ tua padahal pada orang yang bernyawa. Barulah aku sedar, segalanya berkemungkinan. Barulah aku sedar, kebersihan itu perlu untuk diri. Barulah aku sedar, pergaulan sosial konsert sana sini jangan dihampiri. Barulah aku sedar, masa bukan milik kita. Barulah aku sedar, kenapa Islam suruh kita dekatkan diri dengan AgamaNya. Barulah aku sedar, diri ini perlu mencari kehidupan yang sebenar, selagi nyawa dikandung badan. Barulah aku sedar, semuanya milik Allah yang Esa. Kesedaran ini membuatkan aku merasa lemah dan takut akan azab Allah. Terasa diri ini jauh dan seolah tak mampu mensucikan diri...

Ya! Allah, mampukah insan bernama mohd azri ini menjadi manusia yang solleh dan berbakti pada dunia mu ini... Berilah petunjuk pada kami, moga kami dapat menyempurnakan kehidupan kami... Ampunkanlah dosa kami, Berilah nur dalam kehidupan kami...

Kembali ke Halaman Utama