1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Saturday, August 20, 2011

Pandanglah Dengan Mata Hati | Ramadhan Bulan Kasih Sayang |


Kemaskini dan Ulang kembali | 9/8/09 Tarikh Asal |


Bulan Ramadhan adalah bulan puasa bulan menahan makan minum dan nafsu. Bulan ini bulan menambah keinsafan kita, setelah hari² perut sentiasa kenyang di bulan² yang lain. Dalam kita kekenyangan mungkin ada ketika kita lupa pada mereka dalam kelaparan kebuluran. Marilah sama² kita renung²kan dan sebelum ini pun saya dah buat banyak lampiran seperti ini. Kali ini saya nak mengimbas kembali diri saya sendiri tentang bertapa perlunya kita bersyukur dengan menambah serba sedikit gambar disini. Renungan mata mungkin tak dapat menggambarkan apa² masej dari segi penulisan @ imej² yang dilampirkan tapi renungan mati hati yang penuh dengan keikhlasan dan kasih mungkin dapat melahirkan erti bersyukur dan keinsafan pada diri kita.

Bersyukur Alhamdullillah jika hanya dibibir siapa sahaja mampu lakukannya, tapi biarlah ia lahir dari keikhlasan hati dan menzahirkan keikhlasan itu. Janganlah hanya mampu lafaz syukur tapi hati dan diri kosong. Buktikanlah erti kesyukuran itu sepertimana membuktikan perkataan syukur dari bibir. Contoh: Kita beli kereta baru, Gembira tak kira dah dapat kereta baru tu dengan lafaz syukur tak terhingga tapi sayang malam pi disko bawa wanita seksi minum arak dll. sepatutnya kenalah manfaat ia kejalan kebaikan ( keberkhatan )



Lihatlah untuk sesuap nasi kehidupan mereka terlalu pilu. Makan atas pasir dan beratur panjang. Itu rezeki hari ini esok lusa? Kesihatan? janganlah kita anggap rezeki melimpah kita hari ini menjamin kehidupan kita esok hari. Bersyukurlah kita.



Budak comel bersama tengkorak dihalaman permainan. Kasih sayang seorang kakak yang tak bermaya mendukung adiknya ( klik gambar lihat bertapa kurusnya adik tu )






Apakah punca² terjadinya begini ? Setiap sesuatu terjadi selalunya berpunca dari kesilapan manusia itu sendiri. Janganlah kerna kesilapan kita menyebabkan generasi kita menanggungnya... Janganlah abaikan kasih sayang dalam hidup. Lahirkanlah kasih sayang dalam segala hal. Carilah jawapan kehidupan sebenar dan carilah keberkhatanNya.


"Peperangan" Adakah ini puncanya? @ Tanpa Kasih Sayang Yang Kian Rapuh ?
Sama2lah kita fikirkan...
| APA YANG PENTING KERJASAMA |

Ingatlah.....

Ujian bukan bererti pada kesusahan kesakitan sahaja, senang lenang kaya raya juga adalah ujian.
Janganlah anggap kesenangan adalah nikmat semata² kerana ia hanya pinjaman dan sementara.

Bersyukurlah kita...

Monday, August 15, 2011

Mereka mati kelaparan, kita mati kekenyangan ???



Saya harap semua yg baca statement saya ni TONTON VIDEO ni.. Kita berpuasa adakah kita renung disebalik rahsia puasa ? Bersedekahlah, bantulah insan2 dalam kesusahan... CARILAH PAHALA KRN DIDALAMNYA ADA REZEKI UNTUK KITA DAN SEMUA... sebarkan...


Amat2 menyentuh hati menonton video ni... Bersyukurlah wahai sahabat2 ku. Alhamdulillah ya Allah Alhamdulillah atas segala nikmat yang engkau berikan..

Lembutkanlah hati kita supaya tangan mudah memberi sedekah dan tolong menolong ikhlas kerana Allah semoga dengan sifat itu dapat memberi ruang kepada insan2 yang memerlukan pertolongan seperti ini tersenyum dan dapat merasa nikmat kehidupan seperti kita. -_-

Tuesday, August 02, 2011

| Hadis Palsu Kelebihan Solat Tarawih |

Kemaskini dan Ulang kembali | 7/6/2010 Tarikh Asal |

KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.
Justify Full
Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:

· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..

· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. diantara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.
Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.

4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.



INI CONTOH NOTA "HADIS PALSU" YANG SAYA DAPAT MELALUI EMAIL:

Kelebihan Solat Sunat Tarawih

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Thursday, September 09, 2010

Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri

Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri
Maaf Zahir Batin Dari saya Azriey SinarMawaddah...

Semoga Silatulrahim antara kita semua berkekalan... Amin

| Apa yang penting kerjasama |

1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 malaysia dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu 1 Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...

Sama - samalah kita semai kasih sayang di bumi Allah ini.. Moga Hidup Kita lebih Aman...Dunia ini milik kita bersama.. Di anugerahkan Allah untuk dinikmati bersama.. Semua orang ada hak keatasnya... Janganlah kita buang kasih sayang ini dengan menghancurkan Nikmat yang diberi Allah... Sinar Kasih Sayang @ Sinar Mawaddah Dunia Kita Bersama

Tuesday, August 03, 2010

| TAK SABAR MENANTI RAMADHAN |

Tawaran yang berlipat ganda yang dinantikan setiap insan BERIMAN... Marilah kita sama2 rebut peluang ini...

Sebelum tibanya RAMADHAN yang dinanti2kan ini, saya mohon ribuan ampun maaf pada semua sahabat2 disini jika ada salah silap saya.

Semoga RAMADHAN kali ini dapat kita NIKMATI DENGAN PENUH KEBERKATAN... amin..

JANGAN TUNGGU TIBANYA AIDILFITRI BARU HULURKAN TANGAN MOHON AMPUN MAAF... Binalah kasih sayang setiap hari setiap masa semoga hidup kita lebih sempurna dan diberkati... :)

Thursday, September 17, 2009

Nikmatnya AidilFitri Bila Dihayati

Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri Pada Semua Yang Sudi Ziarah SinarMawaddah

Dalam kita bergembira jangan lupa pada mereka Anak Yatim Dan yang telah pergi...

Raya! Raya! Raya! Bahagianya rasa pabila suasana raya ditahun² yang dulu ² dikenang² kembali tapi jangan lupa kita pada mereka yang tak mampu menikmati nikmat raya iaitu pada mereka yang berada dalam kemiskinan, peperangan, kesakitan dll bukan pula pada mereka yang berada dalam kemaksiatan ( dadah dll ).

Difikiran saya, yang terbayang hanyalah kasih sayang. Bercerita tentang nikmatnya Ramadhan dan hari raya memang terlalu besar, disini saya nak cerita kasih sayang. Bersyukur kepada Allah memberi nikmat dan hari raya ini kepada kita kerana setahun mungkin hanya sekali sahaja antara kebanyakkan kita berjumpa sanak saudara yang jauh² dan bertemu sanak saudara yang terpisah sekian lama. Beraya pulak mesti nak balik rumah nenek, suasana kampung jadi meriah dan harmoni. Pelita dipasang disana sini dijalan² yang gelap pada akhir ramadhan dengan cara bergotong royong. Dimasa itulah bertegur sapa dan bertanya khabar gelak ketawa bercerita kisah hidup sepanjang diperantauan. Mak cik tok cik kak cik adik kecik dirumah pulak sibuk dengan buat kuih muih raya tapi adik kecik tu sibuk makan kuih je kononnya dia le chef tukang rasa manis masam pahit.

Bila malamnya pula, Suasana kampung bercahaya terang benderang dik pelita minyak tanah gotong royong. Kanak² berlari sana sini bermain bunga api. Abang kakak tumpang sekaki. Pak cik Mak cik tersenyum dihati. Nak tumpang takut kena perli tapi tak pe raya setahun sekali. Mudah²an kasih sayang terjaling sampai kemati, Kekal abadi dan diberkhati oleh illahi.

Uihh! indahnya berhari raya. Mudah²an kita semua dapat menikmatinya ditahun ini dengan penuh kasih sayang. Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir Batin dari saya Mohd Azri kepada semua yang mengenali dan semua yang menziarahi blogger saya ini. Salah silap saya disini harap dapat ditegur dan dikongsi bersama. Raya mai la rumah pada sesiapa yang dekat dan mengenali. Terpaksa buat Lampiran Awal sebab sibuk dengan kerja. :) Harap takde tersimpan yang busuk² dihati.

Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri Skali Lagi Oleh Azri.

Friday, August 21, 2009

Antara Niat, Sunat Dan Wajib | Ramadan |

Assalammualaikum, Salam Kasih sayang saya pada pembaca yang dikasihi. Bulan yang dinanti² Ramadan Tahun 2009 Sudah tiba. Saya mengambil kesempatan disini mengucapkan Selamat menjalani ibadah berpuasa pada semua dan semoga kita sama² dapat menyempurnakan ramadan kita dengan sebaik mungkin. InsyaAllah...

Tahun ini mesti ramai yang pasang niat yang sempoi² untuk menyambut Hari raya AidilFitri , sebelum itu puasa RAMADAN macam mana? Tak nak ke pasang niat juga? baik kita pasang niat untuk menyambut ramadan sebaik mungkin. Begitu juga dengan niat nak pergi bersolat tarawih, mesti ramai cakap, Tarawih setahun hanya sebulan, tahun ni tak mau lepas peluang, nak ambil peluang pi berjemaah beramai² (Bagus²). Tapi dalam niat itu jangan lupa sempurnakan yang wajib ( solat lima waktu). Baru lengkap @ sempurna tarawih. Mungkin ramai antara kita buat yang sunat dan yang wajib diabaikan ( solat Fardhu diabaikan, sunat dikejar²nya, dan ada juga yang niat nak pi sebab nak menunjuk, nak pi makan, ramai kawan menyembang dan macam² lagi ). Pastikan kita betulkan niat dan sempurna yang wajib, moga sunat kita diberkhati...

Pada menjelangnya hari raya, Kita umat² islam dipagi harinya pasang niat nak pi sembahyang Sunat Hari Raya. Bangun seawal² pagi, ada yang lupa dan ada yang buat² lupa solat subuh, punya seronok nak sambut hari raya dengan macam² persiapan diri dan rumah. Hari raya Masjid Surau semua tempat mesti penuh, siap padat hingga ada yang terpaksa sembahyang diluar. Punya bagusnya hari tu, Tapi disitu mungkin ada yang sembahyang setahun dua kali sahaja, dirinya hanya mendirikan solat SUNAT AidilFitri Dan AidilAdha. Kalau ini terjadi diantara kebanyakkan kita @ diri kita, Dimanakah Sinar Ramadan dan nikmat Ramadan sebenar? Dapatkah kita Mawaddahkan diri dipagi hari raya bersama keluarga islam kita?

Moga kita tak tergolong dalam golongan yang kerugian... Selamat Berpuasa dari saya Azriey SinarMawaddah.

Kembali ke Halaman Utama