Showing posts with label Hidup. Show all posts
Showing posts with label Hidup. Show all posts

Monday, November 30, 2009

Bicara tentang cinta...



Bila bicara tentang cinta, asyik.
Lama terasa sebentar, ingin saja dipanjangkan.
Hebat bicara tentang cinta.
Di mana ada perkataan cinta, di situ pasti gemilang sambutannya.

Tapi, malang,
Tak ramai tahu hakikat cinta.
Tak ramai faham harga cinta.
Walau ramai yang merasakan mereka mahir tentangnya.
Andai mereka tahu hakikat cinta yang sebenar, pasti dijaga dengan penuh teliti.
Takut dicelakakan, takut dirampas, takut dicemarkan.
Sehinggakan, ingin sekali diletakkan di dalam peti yang siap berkunci,
Sungguh berjaga.

Tak pernah saya bicarakan cinta secara terbuka...
Bukan pada Pencipta, tetapi pada makhluk yang diciptaNya.
Rasa yang telah diberikan, nafsu untuk survival.
Firman Allah yang ertinya : "Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, hewan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik.” [[Ali ‘Imran, 3 : 14]]

Cinta itu paling hebat, paling didambakan ketika remaja.
Tapi, bukan cinta, 'cinta'.
Ketika mula ingin belajar mengenai kedewasaan, kematangan.
Dan kedewasaan sering disalah ertikan dengan cinta.

Sejujurnya,
aku fikir aku mengenal erti cinta itu ketika umur 15 tahun.
Ketika aku dambakan perhatian seorang yang aku senangi.
Ternanti-nanti, mudah tersentuh,
Bila bercerita, hanya tentang dia,
sanggup bahagia dalam derita,
Segalanya indah, walau tak indah, paksa hati untuk menjadikannya indah.
Masha' Allah. Butanya hati... Kerana cinta.
Bukan, bukan kerana cinta, kerana nafsu yang tidak dikawal.

Kerana hakikatnya cinta itu membahagiakan,
Cinta itu menyebabkan kita itsar,
Cinta itu menyebabkan kita sabar,
Cinta itu menyebabkan kita bertoleransi.
Cinta bisa menyatukan dua dunia yang berbeza.
Itulah sebenarnya keunikan cinta yang sebenar.

Tapi, bila cinta tidak diundang dan dilayan dengan betul,
Maka, hancurlah makna bahagianya cinta,
Tercemarlah kesucian cinta, meranalah jiwa.
Allah berfirman (maksudnya): “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk.” (QS 17:32).

Cinta,
ku ibaratkan seperti harta yang kita sayangi, yang kita simpan ia di dalam rumah, di dalam peti keselamatan, contohnya duit yang telah usaha kita kumpulkan untuk membeli sebuah kereta Lamborghini.
Kita diberi peraturan, untuk tidak mempercayai orang luar, untuk tidak tertipu dengan penjual jalanan, kerana kita ada VISI kita. Kita diberi nasihat untuk meletakkan di depan rumah 'No direct-sellers', malah diberi nasihat untuk tidak membenarkan penjual untuk masuk ke halaman rumah dengan menutup pagar.

Tapi suatu hari, kita degil, kita lalai dan leka, kita rasa penat menanti. Kita cuba memberi peluang, kita bukakan pagar. Seorang 'direct-seller' tiba di depan rumah kita, bermanis mulut, datang menjual sebuah kancil. Berdegar-degar sang penjual mengatakan kancil itu telah diubahsuai menjadi hebat, berCC kecil tetapi hebat prestasinya dan telah lama menunggu seorang pemandu yang handal seperti kita. Kita juga tampak hebat, sesuai dengan kancil itu.

Dasarnya, kita tahu, kita nakkan sebuah Lamborghini, tapi kerana tak sabar dan kasihankan penjual tersebut yang bersungguh-sungguh dan tampak lelah, kita tertipu. Kita pula sudah lama menanti, penat, rasa malu kerana yang lain sudah punya kereta.
Di pujuk-pujuk hati, 'Ya, ini mungkin yang terbaik untukku. Menanti sebuah Lamborghini, huh, sampai ke mati mungkin tak dapat. Hanyalah anganan. Baik aku jangan lepaskan peluang hebat ini. Tak mungkin datang lagi'.

Lantas, dengan rela hatinya memberikan hasil tabungan. Sekelip mata usaha selama ini dilupakan. Peraturan diabaikan. Tewas.
Disangkanya bahagia bersama kereta kancil yang dibeli dengan tabungan kereta Lamborghini, tiba-tiba, satu demi satu masalah timbul.
Pick up lambat, belt aircond berbunyi, engine panas, absorber tak kenyal, dan macam-macam lagi. Kita sangka ia masalah biasa, kerana kita percayakan penjual itu. Lalu dihantar ke pusat servis, dan duit Lamborghini dikorbankan lagi.
Akhirnya, setelah bertimpa masalah timbul, barulah kita sedar, bahawa kancil itu bukanlah kereta yang elok. Tidak berkualiti, second hand, hanya di'make up' untuk menawan kita seketika itu. Lebih menyedihkan, harga yang dibayar lebih dari kualiti sebenar kereta tersebut.

Saat itu, barulah sedar kita ditipu. Ditipu dengan manisnya bicara, ditipu dengan indahnya samaran, ditipu dengan ketidaksabaran kita.
Tapi, alangkah ruginya, apa yang diusahakan telah habis. Sesal kemudian tiada guna. Terpaksa kita bertangkas pulas memulakan tabungan yang baru. Perit, lelah, sedih, kecewa... Segalanya dirasa. Hanya kerana kita tidak mengikut peraturan dan tak sabar.
(Ini baru cinta, tak boleh bayang harga diri.. nauzubillah)

Inilah, pengalaman hidupku. Bukan berkata hanya mengikut 'pandai-pandai' aje.
Tapi diri, engkaulah lebih mengetahui.
Pasti semua merasa perasaan ini, ada yang mampu bersabar menjaga kesuciannya, dan ada pula yang tergopoh sehingga tidak dihiraukan lagi tercemarnya cinta.
Terkadang sangat cemburu, pada mereka yang mampu menjaganya sehingga cita-cita dicapai.
Ah, rasa disia-siakan. Tapi, Insha Allah, Allah Maha Pengampun, Maha Perancang, Maha Penulis skrip hidup...

Cinta,
telah aku sediakan satu-satunya untuk dia yang layak.
Kesetiaan sanggup aku berikan pada dia yang layak.
Tapi, tertipu aku seketika dengan helah duniawi, helah syaitan yang dilaknati.
Tersalah kiraanku siapa dia yang layak.
Hingga akhirnya aku terkecewa sendiri.
Bagaimana mungkin aku sanggup butakan hati, hingga aku dikaburi, cinta yang menipu.
Hingga aku sanggup memberi pada yang tiada berhak.
Ya Allah.. Ampunkan aku.
Diri sendiri aku persalahkan,
Kerana berbuat jahil terhadap kebenaran.

Adam,
Hawa menyalahkanmu.
Usah menggoda hati kami yang mudah ini.
Usah berjanji andai tiada niat untuk engkau laksanakan.
Usah bermanis mulut, usah memberi harapan.
Jika benar hawa ini yang engkau pilih, maka biarlah dijunjung maruahnya,
demi hatimu terhadap Pencipta,
demi kewajipanmu terhadap agama,
demi tanggungjawabmu terhadap ibu bapa,
demi kesetiaanmu terhadap si dia.

Maka,
Peliharalah pandanganmu, [[24 : 30 - 31]]
Peliharalah hatimu,
sehingga nanti si bidadari tiba,
yang engkau yakin bisa menjadi ketua segala bidadari di mahligaimu.
yang engkau yakin bisa menjadi pembantu dalam perjuanganmu.
Bila tiba waktunya..
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Tidak ada fitnah yang aku tinggalkan setelahku yang lebih berbahaya bagi laki-laki daripada fitnah wanita.” [[Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 5096) dan Muslim (no. 2740 (97)), dari Shahabat Usamah bin Zaid radhiyallaahu ‘anhu.]]
Astaghfirullah... Astaghfirullah.

Hawa,
Adam menyalahkanmu,
Janganlah engkau sengaja membuat mereka lemah, [[24 : 31]]
Firman Allah (maksud): "Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) tampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya ... Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan mereka yang mereka sembunyikan . . . "

Janganlah berlembut dengan sengaja, [[33 : 32]]
Dan jangan pula engkau mudah tergoda dengan mereka,
Maka, peliharalah kesucian cinta,
Kerana engkaulah kunci kepada petinya,
Jangan engkau serahkan kecuali pada dia yang setia,
Dia yang kau percaya layak menjadi ketua,
Hingga saat halaalmu untuknya.
Sebelum tiba,
Curahkan baktimu pada ayah bonda,
Sediakan dirimu sebaiknya,
Agar engkau terbaik dihatinya...


Pewit, jiwangan pula deh.
Hehe. Semuanya gara-gara Ketika Cinta Bertasbih (baca novel).
Mahsyuk... Betapa terjaganya, betapa tawakkalnya Azzam dan Anna.
Objektif lebih tinggi dari perasaan, hingga mampu menjaga kesucian cinta.
Sabar menanti waktu tiba... Tidak tergesa-gesa, tidak pernah putus asa.

Wahai rakan-rakan dan adik sekalian,
Peliharalah.
Sabarlah.
Yakinlah, pada janji Allah.
Lelaki yang solih untuk perempuan yang solihah.
Perempuan yang solihah untuk lelaki yang solih.
Jika betul anda ingin, maka tunggulah.
Allah Maha Penunai Janji.
Persiapkan dirimu saja, Allah yang akan datangkan.
Bukanlah lelaki yang solih jika dia sudi mencuri sesuatu yang berharga, malah mencemarinya.
Bukanlah perempuan yang solihah jika dia dengan rela memberi sesuatu yang berharga untuk dicemari.
BUKALAH MATA HATIMU
Astaghfirullah.. Astaghfirullah.

Cinta itu tidak akan indah, kalau rasa pun, hanya seketika, jika tidak mengikut cara yang syari'i.
Jika penuh dosa dan noda. Percayalah!
Kerana... akan ada perasaan tidak secure, tidak mahu setia, tidak boleh toleransi.
Tapi, perkahwinan, akan lebih mengindahkan cinta yang kau dambakan itu.
Walau belum mengenal sepenuhnya.....
Allah akan sentiasa melimpahkan mawaddah dan rahmahNya, pada hamba-hambaNya yang bertaqwa.

Jom, katakan SAYOUNARA kepada jahiliyah.
Pilih cuma antara dua;

Kekal atau sekejap?
 Mawaddah atau bencana?
Iman atau syaitan?
Bahagia atau derita?
Akhirat atau Dunia? 
 

ALLAH atau dia?


Sukar, memang sukar.
Sukar menjauhi janji manis syaitan,
Yang sentiasa menipu anak adam dan hawa dengan bahagia yang fana,
Yang sentiasa inginkan kita masuk geng dia.

Tingkap yang gelap manakan dilepasi cahaya.
Kecuali engkau berusaha membuka jendelanya....
Usaha!!


Moga Allah menerima segala taubatku.
Alhamdulillah, Engkau masih memberiku cintaMu.
Alhamdulillah, Engkau kabulkan doaku.
Alhamdulillah, atas peliharaanMu.
Alhamdulillah... Alhamdulillah..



Cinta itu sangat berharga,
Cinta kerana Allah, itulah asas paling kukuh dalam keluarga,
Yang mampu menyediakan zuriat yang soliheen dan berwawasan,
Sehingga membentuk masyarakat Islam yang gemilang.

Bukan aku mengharamkan rasa cinta sebelum perkahwinan,
Ibn Abbas said, that a man once approached Rasulullah and said: "I once adopted a female orphan. She was approached in hand of marriage by a poor man and a rich man. She was more inclined to the poor man, while we were more inclined to the rich man." Rasulullah answered: "There is nothing more valuable for 2 people in love than marriage (between them)."
(Riwayat Ibn Majah dan Al-Hakim)
Tetapi bagaimana kita menguruskan perasaan itu..
Rasulullah bersabda: “Telah ditetapkan atas manusia bagiannya dari zina. Ia pasti mendapatkan hal yang demikian itu. Zinanya mata adalah memandang, zinanya telinga adalah mendengar, zinanya lidah adalah berbicara, zinanya tangan adalah meraba, zinanya kaki dengan melangkah dan zinanya hati dengan berkeinginan, berangan angan dan membenarkan atau mendustakan kemaluan.”
(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud dan lain lain)

Astaghfirullah... Astaghfirullah..
Moga Allah pelihara cinta kita dari sekelumit zina.
Sukarnya menjaga hati, kecuali dengan perlindunganMu ya Allah..

Apa ada pada cinta jika ia sangat mudah diberikan kepada sesiapa?
Berapa harga cinta sehingga ia begitu murah untuk dijual beli?
Jujurnya, benci sekali pada orang yang memandang murah kepada cinta.
Cinta itu bukan hanya keinginan syahwat, tetapi ia merupakan misi kepada matlamat murni Ad-Deen Allah ini.

Kepada bakal pemilik kunci hatiku yang sebenar,
Bila tiba masanya, telah Allah tetapkan dalam rencanaNya,
Moga Allah satukan hatiku dan hatimu,
Di dalam peliharaan Iman dan Islam,
Dalam mencapai matlamat yang agung,
Bersama agar tidak mencapah dari 'Allah ghayatuna'.
Moga sudilah engkau menerima...

...Bukan khayalan tapi impian...

Pengalaman yang tidak senang aku lalui, mestinya aku tidak mahu kau juga melaluinya, kerana ia hanya akan membazirkan segala waktumu, sedangkan waktu itu boleh digunakan untuk mengenal cinta yang hakiki.
Jangan biarkan khayalan syaitan, memusnahkan dirimu...
Decide which, now, do not delay!


Sunday, November 22, 2009

Capek....

Dalam seminggu ni, dah masuk kali ke-5 saya ke airport. Esok, sekali lagi... Lusa, saya pula yang berangkat... Kemudian seminggu kemudian muncul kembali, insha Allah. Airport dari Clayton (kampung saya) mengambil masa 45minit - kalau lancar. Kalau dibuatnya ada traffic, boleh juga sampai 1jam lebih.
Oh oH...kerja sebagai supir... menyeronokkan..tapi terkadang, sangatlah meletihkan. Lagi2 kalau jam.. memang terlelap. Pernah dah kot, dalam perjalanan balik dari City, sambil menunggu lampu menghijau, tidur sekejap.. Nasib baik Radin ada di sebelah menyekang mata. Itu kira dah tak larat sangat... Dua-dua pun tak larat. Tapi, alhamdulillah Allah masih pelihara dari sebarang kecelakaan setakat ini.. Alhamdulillah.

Seminggu yang akan mendatang ni pun, saya mesti kuatkan diri.
Ada tugasan yang perlu dilaksanakan, dan mungkin masa untuk memanjakan diri terpaksa dikurangkan. Tak apa, memang suka bila sibuk. Tak lalai, tak manja. Kalau tak, aisshhh, malas tu memang membukit.
Susah betul nak mulakan momentum kebaikan tu kalau kita tak beri tugasan yang serius kepada diri kita.

Penat tu, memang penat. Penat berkorban masa bermanja. Tapi, rasa berbaloi. Rasa, best sangat bila penat buat benda yang kita tahu, insha Allah perkara yang boleh menjadi kunci dan penambah berat timbangan baik kita di Akhirat nanti.
Pernah rasa tak? Beza antara penat buat penat, dengan penat buat kerja.
Daripada duduk saja, tengok cerita, bercerita entah apa2..isk...Memang tak boleh lari kan?
Mungkinkah juga perasaan itu adalah kerana keberkatan Allah pada cara kita menggunakan masa?... Masha' Allah.

Compass-setting :

++ Betulkan niat, istighfar + aamantu billah = Ikhlas, Insha Allah.
++ Revise the aims.
++ Bismillah.....
++ Tawakkal.
++ Redha, sabar.

Moga amalan diterima! Taqabbal minna ya Allah.
Harapnya masa kita digunakan sebaiknya.... dan semoga Allah permudahkan urusanmu dan urusanku, Insha Allah, ameen.
Inna ma'al 'usri yusra.. [[Al-Inshirah]]
La Tahdzan, innallaha ma'ana..

time to sleep, tomorrow morning got to send another friend to the airport....
...Bye stars...

Saturday, November 21, 2009

Hidup ini bagai bowling

Bowling.. salah satu sukan kegemaranku. Walaupun tak berapa handal sangat main.
Hidup ini, ibaratnya seperti bowling. (Ini dari perspektif saya; seorang manusia yang biasa, yang tidak punya ilmu yang hebat. Sesiapa yang tak bersetuju bolehlah menegur atau memberi pendapat :) )



Bismillahirrahmanirrahim...

Begini... permainannya...
Markah paling tinggi dalam bowling ialah apabila si pemain berjaya menjatuhkan kesemua sepuluh pin, dipanggil STRIKE.
Untuk mendapat strike, bukanlah mudah. Paling penting ialah bola itu ditujukan pada pin yang paling dahulu dan ditengah, kemudian ia akan menjatuhkan pin yang lain. Jika bola itu sedikit terpesong, hanya sebelah saja yang mampu ia jatuhkan, kecuali jika pin di belakang melantun dan menjatuhkan pin di depan.
Balingan tangan mestilah lurus.. Agar tepat aimnya. Semuanya bergantung kepada cara pemain membaling bola tersebut.
STRIKE berbeza dengan SPARE. Spare itu ialah apabila kita gagal meng'clear the pins' pada cubaan pertama, tetapi berjaya pada yang kedua.
Terkadang mungkin pada cubaan pertama, kita tersilap, bola terslip dari tangan lalu menuju ke longkang.
Terkadang, bola kita kurang laju, maka hanya sesetengah sahaja yang mengena.
Peluang untuk mendapatkan strike terlepas begitu sahaja.
Tidak mengapa, kerana disebalik kesilapan itu kita diberi peluang kedua; untuk spare.
Mendapatkan spare juga bukanlah mudah. Perlu strategi untuk menjatuhkan yang selebihnya. Lebih lagi jika kita mendapat split.

Begitu juga hidup ini..
Strike kita adalah untuk mendapat redha Allah serta SyurgaNya yang abadi, itulah STRIKE dalam hidup kita.
Pin-pin hidup adalah perkara-perkara yang mendekatkan kita kepada matlamat hidup; ibadah, melawan nafsu, akhlak, menyeru orang berbuat baik.
Jadi, untuk mendapatkan strike, perjalanan kita mestilah lurus, seperti lurusnya bola itu bergolek untuk mendapatkan strike. Iaitu dengan mengikut panduan yang telah Allah berikan, melalui Al-Quran dan Rasulullah s.a.w.
Kenapa kita harus menjatuhkan kesemua pin? Kerana.. Islam itu bukan setengah-setengah, tetapi menyeluruh.
Tapi terkadang, hidup kita terpesong, mungkin sedikit, mungkin langsung terus... terus masuk ke longkang.
Kerana kita manusia biasa. Bukan maksum seperti Rasulullah. Terkadang susah untuk kita tajarrud (mencabut segala kejahatan dan jahiliyah yang bukan Islam). [[Astaghfirullah]]

Tidak mengapa. Masih ada harapan.
Kerana itu disediakan peluang kedua, spare, iaitu wasilah taubah yang Allah telah sediakan.
SubahanAllah... Bukan setakat dua, dalam hidup ini, beribu-ribu kali Allah berikan kita peluang untuk mendapatkan spare. Supaya kita berpeluang mendapatkan yang terbaik.


Lihat betapa Ar-Raheemnya Allah pada kita,
Diriwayat dalam hadis Qudsi:
"Dari Anas b Malik r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda,
"Allah swt berfirman, 'Wahai  anak Adam, sepanjang engkau memohon kepadaKu dan berharap kepadaKu akan Aku ampuni apa yang telah kamu lakukan, Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta ampunan kepadaKu akan Aku ampuni. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang kepadaKu membawa kesalahan sebesar dunia kemudian engkau datang kepadaKu tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatu pun, pasti Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula.'"
(HR Tirmidzi - Hadis 42 - Hadis Arbain An-Nawawiyah)

Saya pernah bawakan hadis ini dulu. Favourite saya.
Terkadang, saya sendiri rasa seperti malu, malu untuk meminta ampun setiap kali tersilap langkah. Tapi ternyata, Allah itu Maha Pengasih kepada hamba-hambaNya yang beriman.
Kalau kita bergaduh dengan kawan pun, hati tak tenang. Apatah lagi bila ada 'masalah' dengan Allah. Erghh, tak tenang betul hati. Kawan, tak semestinya memaafkan kita. Tak semestinya melupakan kesalahan kita. Tapi Allah, SubhanAllah, Al-Ghafur wa Al-'Afuw, Maha Pengampun dan Maha Penghapus Dosa.

So.... kalau pergi main bowling, bayangkan pin-pin itu adalah nafsu kita, atau pun ibadah kita. Berjaya tak kita jatuhkan seberapa banyak pin-pin itu, berjayakah kita mendapat strike, atau spare?
Jangan hanya masuk longkang saja setiap cubaan... Belajar dari kesilapan, betulkan strategi, betulkan power, betulkan hati......
Mujahadah mendapatkan SyurgaNya.

Allahua'lam

p/s: entry ni pening sikit...sebab dah lama...

Saturday, November 7, 2009

Graces to Allah

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Subahana Allah walhamdulillah....

Aku bershukur kerana masih dihidupkan untuk beramal.
Alhamdulillah...
Aku bershukur kerana masih punya penghibur hati.
Alhamdulillah...
Aku bershukur kerana masih ada orang yang sayang kepadaku.
Alhamdulillah...
Aku bershukur kerana aku bukan orang yang berdendam.
Alhamdulillah...
Aku bershukur kerana aku masih orang yang waras.
Alhamdulillah...
Aku bershukur kerana aku masih di jalan ini.
Alhamdulillah...
Aku bershukur kerana aku masih diberi perasaan bershukur.
Alhamdulillah...

Alhamdulillah. 'ala kulli ni'mah.
Segala puji bagi Allah Maha Pemberi Nikmat dan Kebahagiaan.

Banyak.. yang tak terkira. Alhamdulillah...
Kenapa mesti kita disedihkan oleh setitik rezeki yang bukan milik kita, walhal bermacam sudah Allah bagi kita.
Celikkan mata. Usah bersedih. Gembirakan hatimu dengan menshukuri nikmat-nikmatNya ;)
Jangan biar ia terlepas begitu sahaja.
Kelak seperti anjing dengan bayang-bayangnya. Iri dengan ilusi, kemudian menyesal sendiri tak sudah.

Tak yah susah2kan hati. Smiley smiley~ ;]

Tuesday, October 27, 2009

Status - idle

I know I'm suppose to be studying right now. But it's just not me to sit and just study. Study time is the best time for me to reflect my life. That's why u would see me posting a lot of entries during exam periods.
This morning.... I wrote at my YM status, (if anyone realised..it's okay, i know i'm 'invisible'. huhu):
who i am now is where the road of life has taken me to, all of His wills.. SubahanAllah walhamdulillah. [[Ya Rab, berikan kesihatan yg baik kpd ibuku. Allahumma aghfirlaha..]]

Suddenly I feel so blessed. For who HE has make me into. SubahanAllah. All the 'troubles', all the anxieties I've gone through, it has brought me to who I am now. Maybe to someone, I could say, more matured? Hope so! Don't know who would testify me bout that.

Oh, suddenly remembered, I have a draft on 'maturity' that I wrote days before. But did not manage to finish as my mood was disrupted that day. But certainly will post it now... :) [[It's gonna be a very long post!]]

From before:
------------------------------------------------------
Matang?
Macam mana kita nak tahu diri kita matang ke tak?
Umur dah 21tahun, tapi, kurang rasa kematangan tu. Lagi2 kalau ada dengan famili, lagilah rasa tak matangnya.. Kenapa saya rasa saya tak matang? Sebab, saya akan ter'manja' dengan keluarga saya. Bukanlah merengek, tapi, entah..adalah. Rasa kebergantungan, rasa ada perasaan 'mengada'. Tapi, bila berada jauh dari keluarga saya akan menjadi saya yang lain. Saya lebih berdikari, buat kerja rumah, buat itu ini tanpa bantuan atau disuruh. Itu matang bagi saya, pada diri saya.
Matang yang lebih 'complicated' pada perspektif saya ialah bila seseorang itu dapat berfikir dan perbuatannya tak 'childish' or main2. Serius.
Hue.. Macam tu, sampai bila pun saya tak matang. Sebab saya, jarang serius. Kecuali dalam situasi professional. eg, OSCE (kalau dalam praktis, jangan harap nak serius), persembahan, program dsb.

But anyway, back to the topic... apa sebenarnya kayu ukur kepada kematangan tu? Umur? Perangai? Congnitive? Comprehension? Ilmu? Status dalam adik beradik?
Entahlah.. dah lama saya fikirkan. Kadang terasa saya sudah matang, kadang terasa belum cukup. Nak dibanding dengan kakak, saya rasa dia lebih matang semasa umurnya seperti saya sekarang.

Dan sungguh, saya terasa amat kagum bila seseorang mampu berfikir secara matang. Mampu menyelesaikan masalah dengan rasional dan professional. Mampu mengeluarkan buah fikiran yang, fuh..power! Bukan calang2.

Ini apa yang saya dapat dari website langitilahi. To be true, saya sangat kagum bagaimana dia mampu menghasilkan penulisan seperti ini. Mampu memberikan pendapat yang matang.
Bilalah saya akan matang? '-_-


Definisi matang

Saya kata bahawa, manusia matang adalah manusia yang mampu mengaitkan kehidupannya, dengan akhiratnya.

Sesiapa yang tidak mampu, maka dia bukan matang dalam erti kata sebenarnya. Walaupun dia Pensyarah di Universiti, walaupun dia ketua di sebuah negeri.

Saya tidak mengambil matang dengan definisi Kamus Dewan. Saya pun tak mahu kata matang itu bila akil baligh. Saya lagi la takkan kata, matang tu adalah apabila ada keinginan seks. Tapi pada saya, matang adalah apabila seorang manusia itu mampu mengaitkan kehidupannya, dengan akhiratnya.

Kenapa sebegitu takrifnya?


Mudah. Pada saya, orang yang mengaitkan kehidupannya dengan akhiratnya, maka dia tidak akan mensia-siakan kehidupannya di dunia ini. Kerana dia yakin, dia akan pulang dan berdiri di hadapan Allah SWT, membawa seluruh kehidupannya untuk dihitung.

Justeru, manusia sebegini akan lebih serius dalam kehidupannya, bersungguh-sungguh dalam amal pekerjaannya. Hal ini kerana, dunia adalah ladang kepada akhirat kita. Maka kita akan berusaha menyemai benih-benih yang baik sahaja, jika kita faham bahawa kita hendak menuai sesuatu yang baik di sana.

Manusia yang faham begini, kalau dia tersilap di atas dunia ini, melakukan kesalahan, berbuat dosa, tergelincir dalam maksiat, maka dia akan bersegera untuk bergerak pulang ke jalan yang sebenar. Kerana dia faham, dia akan kembali kepada siapa.

Dari kefahaman inilah, akan munculnya segala kekuatan, keseriusan untuk hidup, dan kesungguhan dalam pekerjaan.

Matang biasanya kita kaitkan dengan kedewasaan serta cara berfikir. Maka tidakkan kita memerhatikan bahawa, manusia yang nampak akan kaitan hidupnya dengan akhirat, maka dia secara tidak langsung dewasa, dan tidak bermain-main dengan kehidupannya?

Matang dan umur

Orang kata, kalau tak habis belajar, tak boleh kahwin. Kenapa? Sebab umur kecil lagi, belajar tak habis lagi, tak matang.

Pendapat saya, kematangan tidak diukur dengan umur, atau tahap pengajian. Matang diukur dengan kedewasaan pemikiran dan keseriusan dalam tindakan. Bagi orang yang benar-benar matang, dia akan berfikir berkenaan perkahwinan, lebih dari sekadar cintanya kepada orang yang dia cinta.

Dia akan fikir persediaannya untuk menjadi suami yang baik, persediaannya hendak menyara keluarga, persediaannya untuk menjadi bapa yang baik, persediaannya untuk membina keluarganya ke arah yang baik, seterusnya persediaannya untuk membawa keluarganya menembusi akhirat dengan baik. Inilah kematangan. Bukan sekadar kahwin kerana syok-syok, suka sama suka, cinta sama cinta.

Justeru, untuk yang mencapai tahap kematangan ini, apa salahnya dia hendak berkahwin awal? Mungkin sukar untuk dijelaskan dalam artikel yang pendek ini, kerana mentaliti kita hari ini mengaitkan kematangan dengan umur. Namun pada saya, anak kecil berumur 12 tahun pun boleh menjadi matang. Semuanya apabila dia berjaya mengaitkan kehidupannya di dunia, dengan akhiratnya.

Orang yang mengaitkan kehidupannya dengan akhirat, dia akan serius, berhat-hati, berfikir panjang, dan amat menjaga diri. Dia akan belajar membuat perancangan, dan berusaha untuk melakukan kalkulasi dirinya dengan tepat. Dia akan berkira dengan kehidupannya, kerana dia tahu bahawa kehidupannya akan dikira oleh Allah SWT di akhirat sana.

Atas dasar ini, saya menyatakan bahawa, umur bukan penentu kematangan. Penentu kematangan adalah kefahaman. Apabila manusia berjaya mencapai kefahaman ini, barulah dia dikira sebagai matang dalam erti kata sebenar.

Contoh kematangan terdahulu

Saya suka menunjuk kepada seorang manusia dalam sejarah dunia, yang pada saya menjadi contoh kematangan yang sebenar.

Usamah bin Zaid RA. Kenalkah anda akan dia?

Dia menjadi jeneral tentera Islam, dalam ekspedisi menewaskan Rom, seawal usianya 18 tahun. Dia menjatuhkan Rom pada umurnya 19 tahun. Di belakangnya ada sahabat-sahabat besar seperti Saad bin Abi Waqqas, dan sebagainya.

Bagaimana Usamah bin Zaid RA ini boleh diangkat menjadi jeneral pada usia sedemikian? Kerana kematangannya ketika itu, setara dengan sesiapa sahaja orang tua dan besar yang menjadi tenteranya ketika itu.

Pastinya, Rasulullah SAW tidak akan memilih orang yang bukan-bukan dalam ekspidisi menumbangkan Rom. Menjadi jeneral bukan mudah. Menggepalai jumlah manusia yang ramai bukan mudah. Menewaskan Rom yang hebat ketika itu bukan mudah. Jeneral perlu tenang, sabar, punya otak yang bergeliga, mampu mengeluarkan strategi yang mantap, perlu tabah dan cekal. Dan pada umur 18 tahun, Usamah bin Zaid ini, telah mempunyai semua itu, sehingga dia diangkat menjadi jeneral.

Kita hari ini? Umur 18, sibuk dengan perempuan seksi, lelaki romantik. Belajar pun tak sungguh-sungguh, masa hadapan pun tak fikir, cita-cita pun tak ada. Hanya tahu seronok, seronok dan seronok sahaja.

Apa yang membuatkan Usamah bin Zaid sematang itu? Kerana kefahamannya bahawa hidup ini hanya untuk Allah, dan di akhirat nanti kehidupannya akan dikira. Kerana itulah intipati madrasah Rasulullah SAW sampaikan, dan terserap pula dalam hidupnya.

Penutup: Maka capailah dengan kematangan yang sebenar

Kita perlu matang. Matang dalam erti kata sebenar. Allah SWT amat suka, remaja yang meninggalkan kenakalan remajanya.

Bukan tidak boleh bercanda, bergurau senda. Namun semua itu kita letakkan di dalam lingkungan kematangan kita. Tidak berlebihan, tidak merosakkan hati, tidak menghancurkan persediaan kita ke akhirat. Biar matang,matang sehingga dihormati, disegani. Sampai akan ada orang kata: Ana ingat enta ni umur 30, baru 19 rupanya. Bukan kerana muka tua, tetapi kerana kedewasaan pemikiran kita.

Hendak capai bagaimana kematangan seperti ini?

Dengan memahami kaitan akhirat dengan kehidupan kita ini.

Mari sama-sama, kita ubah mentaliti kita, bergerak mencapai kematangan.

Ketahuilah bahawa, dunia ini tidak akan berubah, bangsa kita tidak akan meningkat, dan Islam itu tidak akan tersebar, dengan manusia-manusia yang tidak mempunyai matlamat, dan tidak memahami makna kehidupan. Hanya yang matang sahaja, mempunyai matlamat dan memahami kehidupan dalam erti kata sebenarnya.

-------------------------------------------

Moga saya menjadi matang dalam kata erti yang sebenar. Lebih matang dalam menyayangi diri. Lebih matang dalam menyayangi Allah dan kebenaran.

Okay, back to endocrinology... Maattaufiq wannajah semua!
Doakan mak saya diberi kesihatan yang baik dan tabah......saya sayang Mama!

Sunday, October 25, 2009

Tak salah jadi manja

Selalunya orang akan sinonimkan manja dengan anak bongsu. Hee, 'me'lah tu. Orang kata saya ni manja. Ye ke? Saya pun tak tahu manja tu macam mana diukur. Suka menangis? Suka mengadu? Suka merajuk? Perintah 'dijulang'? Atau..gediks? (waa, ni harsh sikit la). hehe.
Tapi, 'manja' yang nak saya kongsi ni ialah, suka mengadu...

Tak salah bermanja.
Nak manja, manjalah.
Tapi... manjalah pada tempatnya.
Okay, I dont want to write about manja antara manusia. Banyak pula ceritanya kan. Manja dengan mak ayah, manja dengan kawan, manja dengan suami/isteri, manja dengan...sesiapalah (pakwe/makwe? A Big NO'O'O.. yang mahram je ye!).
But here, I wanna bring myself, n maybe u guys, to think about....berMANJA dengan ALLAH.
We had a discussion on this, and, my friend said her ustaz said "manjalah dengan Allah" (rephrased).
SubhanAllah.... comelkan? manja dengan Allah.... **What?~** Mcm mana tu?

Well... cuba buka surah Nuh... dan tadabbur surah tu..
Basically, surah Nuh tu menceritakan 'complaints' of Nabi Nuh tentang dakwahnya.
Banyak sangat yang Nuh adukan kepada Allah. Bahawa baginda telah berusaha untuk menyeru manusia kepada Allah, bertahun2 lamanya. Berapa? Haa..cuba teka. Lamaaaa sangat.
Bukanlah Nuh itu berputus asa. Tapi, baginda sangat sedih.. lalu baginda mengadu pada Allah. Hee, see, MENGADU = manja. kan?? (ala, bolehla..just bare with me k).
Allah tak mengisahkan  dalam Al-Quran yang Nabi Nuh pergi mengadu pada pengikut2nya (yang cinoet masa tu, mestilah rapatkan...) tentang kekecewaan baginda, tetapi Allah 'narrate'kan dalam surah tu tentang segala complaints Nabi Nuh padaNya. Dan diakhiri dengan kisah Allah menjawab 'aduan' Nabi Nuh itu dengan menenggelamkan umatnya yang makin jauh dari Allah.

..Allahua'lam..

Singkat je peringatannya.
Marilah kita berMANJA dengan Allah..dengan mengadu kepadaNya. Setiap masa. Setiap keadaan. Ber'dialog'lah dengan Allah. Pasti Allah itu Maha Mendengar dan Maha Menenteramkan jiwa...
Tambahan lagi, bermanja ini akan menambahkan iman kita padaNya, Insha Allah. Tryla.. ;)

Satu lagi saya belajar dari surah Nuh ni, formula yang menarik.....
Beriman + Istighfar = Rezeki. :)
Akan disambung lain kali insha Allah...

Jazakumullahul khair pada yang berkongsi. Best!
Jom sama2 berusaha jadi manja pada Allah, supaya diri lebih matang! ^__^
Ganbate kudasaai!

Saturday, October 24, 2009

suka..

Firman Allah dalam Surah Al-A'raf (yang bermaksud):
"Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh. [[199]]

Dan jika syaitan datang menggodamu, maka berlindunglah kepada Allah (fasta'iz billah). Sungguh Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui. [[200]]

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka dibayang pemikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya). [[201]]

Dan teman-teman mereka (orang kafir dan fasik) membantu syaitan-syaitan dalam menyesatkan dan mereka tidak henti-hentinya (menyesatkan). [[202]] "



Let's tadabbur....
Susah nak sedar bahawa syaitan yang sedang membisikkan kejahatan ke dalam hati kita (bila terfikir benda2 jahat...), sebab bisikan itu datang dan pergi.. Membuat kita tidak sedar kehadirannya. (Surah An-Naas)
Sentiasa istighfar.... n ingat bila terasa sesuatu dalam hati, maknanya syaitan sedang menghasut kita membuat jahat... Moga kita tak termasuk dalam golongan orang fasik yang menjadi pembantu syaitan (Nauzubillah)


Allahua'lam..

Wednesday, September 9, 2009

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”

Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”

Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak Dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila Dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh, cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”

Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Sumber: link

Ya Allah, hanya cintaMu yang layak untuk mengisi kekosongan hatiku...
ALLAHU AHAD. ALLAHUSSOMAD. Segalanya untukMu..

~Ketika cinta bertasbih~

Thursday, August 27, 2009

Apa aim anda?

Sekarang dah masuk 6 Ramadhan, which supposedly kita dah berpuasa 6 hari..
Walaupun sepatutnya dari awal kita setkan aim kita, bagi yang masih vague aimnya, bolehlah setkan semula...

Mengaplikasikan apa yang saya belajar dari Dr CH, health enhancement program, kita boleh menetapkan matlamat kita menggunakan model SAME (yg recent punya guna SMART?):
S - Specific
A - Attainable
M - Measurable
E - Enjoyable

FYI: ni la model yang kami kena guna dalam OSCE, which is one of the stations I like. Bila patient tu dah berada dalam preparation stage - nak teruskan kepada action, para doktor kena tolong mereka setkan matlamat perubahan mereka. So, why not use it in our daily life, ey?

So, untuk Ramadhan ni.. apa objektif yang kita nak capai? Kita nak keluar dari Ramadhan ni sebagai hamba Allah yang lebih baik dan bertaqwa. Betul eh.. (2:183)
Tapi, untuk lebih specific, aspek apa yang kita nak ubah? Banyak nih.. So pilih satu. Contoh untuk saya, study. Let's see macam mana kita boleh guna model nih.

Specific = nak habiskan study anatomy sebelum praktikal anatomy mula semula (which is in 2 weeks time)

Attainable = is it relevant and rational to the given time? Yea.. I guess so. 2 weeks of urban = tak banyak kelas.. So I think I could probably finish all the syllabus by then. One chapter for 4 hours.

Measurable = list down all the syllabus and tick as I go, maybe set due dates.

Enjoyable = go to the library. study group? use flash cards. make interesting notes, draw it although my drawing is horrible. Find online quizzes or interactive website. And, apply it!


So, itu salah satu aim saya. Nak perbaiki ilmu saya tentang anatomy (+ kerajinan untuk belajar) sebelum keluar Ramadhan. Insha Allah!


Kalau dalam ibadah atau akhlak atau any aspects pun kita boleh guna model nih..
Apa gunanya ilmu kalau bukan untuk diamalkan dan dikongsikan? Camtu baik letak dalam buku je. Menyusahkan hidup je nak menghafal.

Then, reflect back our aim, whether we can maintain it or go into relapse. Don't worry, relapse doesn't mean you failed, we just need to look back and fix what is not right with the aim. (haha, typical dialog). But, yeah..


Ramadhan dah makin meninggalkan kita detik demi detik. Cepat sangat masa berlalu. Terkadang terasa diri ini leka dalam mencapai matlamat untuk Ramadhan, kadang jadi slow dan macam2lah dugaannya..
So, Iman, setkan aim dan fokus! Jangan rugi! Be the best! Chaiyo!! Allahumma yassirli...

..Allahumma innaka 'afuwun kareem tuhibbul 'afwa fa'fu 'anna..

Wednesday, August 26, 2009

Mamaku..


Mama tak sihat lagi... banyak dugaan. Bila call, kejap Mama okay, kejap Mama lemah sangat..
Hurmm.. Moga Allah beri kekuatan, untuk teruskan perjuangan... Insha Allah.
Mama and Baba are my two role models after Rasulullah... That is how it is suppose to be.

Tadi pergi berbuka di rumah kak Wani dengan anaknya Maryam, 5 tahun. Teringat kenangan dulu. Teringat macam mana Mama jaga Iman sorang2. Teringat masa kat airport, Iman pelik tengok Baba tinggal tak ikut kita masuk kapal terbang...(yes, still remember that feeling clearly until now..confused and sad.)

Baba selalu pesan pada Iman supaya study rajin2 (I still remember u told everyone in Kuantan before I went to OZ that I was lazy.. yeah, thanks. huhu). Suruh ikut langkah Mama, jadi top student di Tanta. Kalahkan Pak dan Mak Arab. Memang Iman tabik. Tapi entah bila Iman nak jadi top student. I've always been expecting the least. Isk..
Mama pula cakap Baba top student during his audiology masters in UK. And of course mum too. Berkat anak2 ye.. Alhamdulillah. Walau hidup serba kekurangan, Allah percukupkan untuk kita. Hurmm..
Insha Allah, mungkin Iman akan ikut. It's in my nature, min fadhli rabbi. Baba asyik suruh Iman ikut Mama (kononnya kuat study..), padahal Baba lagi banyak persamaan dengan Iman. He just doesn't want me to know that I'm just like him. Huhu. Denial!

I love you guys.. No matter how 'weird' you guys could be (but still fun!). hehe.
Ma.. take care. Ba.. take care too. Jgn la menyelam or berenang agresif sgt..nanti krem lagi.


"Dan kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan dan menceraikan menyusu dalam 2 tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada ibu bapamu! KepadaKu tempat kembali" [[Luqman : 14]]

Luahkan, jangan disimpan lafaz itu...
Pertalian darah daging antara anak dan ibu bapa boleh terputus bila terputusnya nyawa (atau bergaduh), tetapi pertalian aqidah antara anak dan ibu bapa takkan terputus hingga ke Syurga, Insha Allah.

[[52:21]] Iman nak Baitul Mukmin kita bersama di Syurga, biiznillah insha Allah.

Halalkan segalanya yang anakmu peroleh melalui kalian... Uhibbukum fillah (ana habbak awi!!).

....Terima kasih Ibu, terima kasih duhai Ayah....((Aeman))


Syafakillah Mama.. Moga sihat selalu Baba. Fi amaanillah.

Thursday, August 20, 2009

Perang..


Ketika umat Islam di tempat lain berperang mempertahankan Deen Allah, aku yang lemah lg kerdil ini hanya berperang dengan diri. Arggghh..malunya!!

Jihad! Jihad! Berhabis2an sehingga ke kudrat terakhir. Tapi, sukarnya. aaa..belum lagi perang angkat senjata, ni baru perang dengan buku pun dah tewas.
Aduh..lemahnya hambaMu ini ya Allah.
aaaaa..

Studying is fun! EnjoyablE! besT!! hueee..paksa paksa!
(adehh..sorry la..bg org yg belum kenal. Inilah saya. Seorang yang susah nak mulakan ulangkajinya. sesiapa blh tlg..silakan.....).
Teringat kat Cikgu Maimun, cikgu add math. Uhuk2...
Suatu hari tu kena tegur sbb malas buat add math.. hehe.
"Iman, tgk si fulanah ni, jadi la rajin macam dia". Baik Cikgu...
Bila dah dapat result SPM, Cikgu Maimun orang yang first saya jumpa. Dia pun terkejut. "Tak sangka Cikgu, selalu tak pergi sekolah pun dapat jugak...." hue. Alhamdulillah. Mama punyalah gembira Cikgu puji (sbb dia tau anak dia mmg malas..). >_<

next week xm~ n i've not done my best yet! ohhh ya Allah..
k k..focus!
maybe I need to go to the library as usual..

Korg yg diluar sana jangan la jadi macam saya ye..
Rajin2lah kamu...
Usaha ni dapat pahala. Cuma diri saya yang kena hebat berperang. Astaghfirullah. *sigh*
Tapi, ingat... Rezeki tu Allah yang beri. Jangan kecewa2 ye.. :)

biTtaufiq wannajah!

Tuesday, August 11, 2009

Pesanan istimewa..

"unt iman.selamat kembali teguhkan tekad....tabahkan HATI...jgn berbelah bagi....teruskan bekerja, sbb MUSLIM tak pernah kenal erti PUTUS ASA...bile ALLAH xbg sesuatu lagi, makanya...ALLAH nak kite usaha lebih sikit lagi....so, HATI kena KUAT...same2 kite usaha,.,insyaALLAH...jaga hubungan dgn ALLAH"

Jzkk ya ukhti...
Uhibbuki fillah...

Siapakah beliau?
Kami mungkin pernah bertemu hanya 2/3 kali, namun ukhuwwah itu terasa indah sekali. Walau berjauhan..
Moga Allah thabatkan kami di jalan ini. Ameen

,././.,,


rindunya...
rindu waktu bersendirian bersama.
rindu mengadu.
tak dapat diluahkan perasaan hati ini.

Ya Allah, aku rindu padaMu.
Ampuni segala dosaku...
Berikan aku petunjukMu.
Berikan juga petunjukMu kepada mereka yang aku sayangi.
Kekalkan kami di dalam hidayahMu, ya Allah.

Sungguh Engkaulah yang Maha Kuasa membolak balikkan hati manusia.

Ampuni kami ya Allah.
Tunjukilah jalan yang benar.
Jauhkan kami dari mengikut hasutan Syaitan.
Peliharalah kami dalam rahmatMu.
Sabarkan hati kami, perbaiki akhlak kami.
Ampuni kami ya Allah.
Rabbana taqabbal minna du'aana.
ameen ya Rab.

Sunday, August 9, 2009

A day in Pompeii and The Museum.


A day in Pompeii...
Berdating bersama roomate ;)
Sabtu semalam, Allah berikan cuaca yang sangat indah, Alhamdulillah.
Kami berjalan sepuas2nya. Tanpa terikat dengan sebarang jadual. Sampai bengkak2 kaki.. Waduh. Tp subahanAllah, seronok sangat!

Pukul 9.30 kami bertolak dari rumah. Tersesat sekejap dalam City, dan akhirnya berjaya sampai ke Nicholson St. Lepas parking, kami bergerak menuju Melbourne Museum. Tujuan kami ke sana, nak tgk pameran Pompeii.


Lepas beli tiket Museum, kami teringin pula nak tgk 3D di IMAX. Jadi kami bergegas ke kaunter, sbb dah nak pukul 11. Ada satu cerita, 'Under The Sea'.
Sebelum masuk, kami diberi cermin mata 3D.
First time agaknya saya merasa.

Masuk saja kami ke hallnya, sangat kosong, ada beberapa keluarga sahaja. Bersama anak2 kecil mereka. Oh yes, we are kids too okay? Hehe.
Filem yang ditayang adalah berkisarkan kehidupan lautan. SubahanAllah. Betapa kreatifnya manusia dengan otak dan ilmu yang diberikan Allah dapat mencipta siaran 3D. Memang nampak real! Ikan2 bagaikan menuju ke arah kami. Ada kanak2 yang cuba menyentuhnya. Ada pula yang takut, kerana melihat ikan2 besar memakan ikan kecil di depan mata. SubahanAllah... Mmg hatiku tak kering mengucapkan kalimah2 memuji Tuhan kerana penciptaanNya yang sangat indah!

Di akhir siaran itu, ia menyatakan bahawa hidupan laut semakin pupus dek kerakusan dunia. CO2, global warming semuanya memusnahkan coral dan membunuh sea lion dsbnya.
Buat aku terfikir...Bukankah para Malaikat pernah menyatakan bahawa manusia ini hanya akan memusnahkan dunia (2:30). Tapi, sungguh ilmu dan perancangan Allah itu lebih baik dan sempurna.
Sebagai seorang Mukmin, kita pun sepatutnya fikir pasal ekosistem. Bukan sewenang2nya melakukan kerosakan. Even orang kafir pun fikirkan ttg kesejahteraan dunia, inikan kita yang faham bahawa Allah telah pertanggungjawabkan untuk menjaga Dunia ini.

Jadi, janganlah sewenang2nya membuang sampah, membakar, berbuat dosa..yang semuanya menambahkan kerosakan kepada Dunia dan Bumi ini.
Jagalah segala nikmat yang Allah beri kepada kita.

Pasal Pompeii pula, akan diceritakan kemudian..
Sementara itu... Siapa yang belum pergi, I recommend you to go!
Best... Bukti Al-Quran itu sangat benar!

Wallahua'lam

Saturday, August 8, 2009

A week in winter...


Seminggu yang bermakna... [[14/07 - 22/07]]

Kenapa? Sebab dalam seminggu, berjuta perkara yang saya buat di Malaysia. Alhamdulillah.. tak seperti dulu, balik rumah...buang masa. Huee..

Bila saya beli tiket? Semasa sedang belajar di library. Ada promo flight, apa lagi, kautlah! Biarlah org katakan saya membazir duit. Tapi, hanya Allah yang tahu betapa bermaknanya kepulanganku kali ini. (walaupun sbnrnya agak bazir...sbb dlm ms sebulan lg saya akan pulang semula ;p)

Sesampai di LCCT, saya terus ke hotel tempat Mama bermesyuarat di KLIA. Tapi untuk sebentar sahaja. Setelah rehat, kami bersiap2 pulang ke Seremban untuk menjenguk Wan. Alhamdulillah, beliau nampak sihat sahaja. Malamnya kami ke LCCT, menaiki flight utk ke Langkawi. Selama 3 hari di sana..



Ini adalah Pulau Dayang Bunting. Tgk betul2..Boleh nmpk semacam kepala, dada, tangan dan perut. Menarik.. This is what u'll see if u go island hopping in Langkawi!



Paling bermakna lawatan ini ialah kerana ia mengingatkan waktu saya di tingkatan 4 dan 5.. Menjadi 'anak tunggal' yang mengikut segala tempat Baba dan Mama bermesyuarat atau conferencing. Itu sajalah waktunya untuk bercuti bersama.
Satu lagi kenangan best, saya dapat bawa kereta manual!! Oh oHh.. best! Hehe. Tapi kena tahan dek JPJ ;p. Lajukah? Agak laa..Tapi bukan sbb tu kena tahan. Yang geramnya pak cik JPJ tu kata 'tayah la wat muke terkejut dik'. Daaa..mana la org tak terkejut. Huhh..pastu panggil mak cik2. Sabo je laa.. Anyway, sebab utama kena tahan ialah kereta tu tak de permit kereta sewa. Huhuhu... So bukan salah kami, syarikat tu yang kena saman.
Apa lagi program kami di Langkawi? Shopping! Chocolate paradise kot~ Lagi2 ferrero rocher. Erghh.. Tapi tak best bila dah sampai OZ. Sejuk, choc jadi beku! Huhu.

Hmmm. B4 dapat berjumpa in real life, ber3G dulu dengan budak kecik ini~.... Masa tu rindu dah tak tertahan...
Akhirnya dapat juga bertemu dengan si dia ini... Pakai baju istimewa utk tantinya. Hehehe. Sian dia..terjaga tengah malam sbb kami baru sampai.. Lps tu tak boleh tidur. Yang penting, suka sangat dia tak nangis dan dapat menerima tantinya dengan gumbiree ^_^. (cuma dia kepenatan sikit sbb ramai sgt pengacaunya ie mama n baba toknya)
Setelah 4 hari tiba di Malaysia, akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke rumah sendiri..
Malamnya my best friend from Kedah tiba di Kelantan. Hanisah.. Ohoh..gembira tak terkata. Setelah 4 tahun tak berjumpa, akhirnya Allah pertemukan jua. Dan mmg lebih manis rasanya ukhuwwah itu ;). We had a blast girls' night! Hehe. Makan kat Syam then merayau2 di Pasar Wakaf Che Yeh. Tapi agak menyesal sbb kurang manis untuk anak2 dara keluar sampai pukul 12 tgh malam sebenarnya. Ulps! Ibu2 pun dah mula risau. Ampun sih, terutama kpd P.Cik Wan Anuar. Hehe.

Kemudian esok paginya saya dan Hanisah bertolak ke Jaiputra. Oh, alangkah terkejut dan gembiranya dapat berjumpa pula dengan Wanie n Bee. Ya Allah! Mmg menjerit dalam hati. Tapi terpaksa disorok kerana sedang ada pengisian. Para kader dari seluruh dunia datang berkumpul. Seronok tak terhingga. Republik Czech, Polland, Mesir, UK, Ireland, France, Jordan, dll, (termasuklah seorg dari OZ ;)). Hihihi..tersesat. Mmg menaikkan semangatku! Baru tahu saya bukanlah keseorang sebenarnya... dan Alhamdulillah dapat berjumpa sahabat2 baru dan berkongsi pengalaman.

Hari pertama program saya dah buat hal. Uhukk..maaf akak...
Apa saya buat? Melarikan 5 orang peserta (dalam gmbr tu) ke PCB untuk minum air kelapa yang sedap ini. Bee la ni teringin sangat nak keluar tengok pantai kat Kelantan. Kesian, org kelate yg dah pindah ke KL... huhuhu. So, saya pun bawalah mereka2 ini.. Alasannya saya nak balik dah lusa ke OZ. BTW, Wanie n Bee tu kawan Naimian, Hanisah tu kawan Amanian, dan 2 org lagi tu kawan Pollanian.
So inilah kenangan terakhir kami bersama...
Air kelapa yang menjadi saksi ukhuwwah fillah kami, insha Allah.
Moga bertemu lagi. (itu pun kalau sy balik winter lagi! Insha Allah....)


Dedikasi khas...
Selamat jalan teman, tetaplah berjuang, semoga kita bertemu kembali...
Kenang masa indah kita, sebiru hari ini.... ;;)

Wednesday, August 5, 2009

Kitaran Selasaku...

Inilah cerita kitaran Selasaku... Tapi, setiap Selasa, pasti ada pengalaman dan cabaran baru yang kami hadapi.

Setiap hari Selasa dalam tahun ke-2 perubatan di Monash ni, kami kena pergi ke 'community placement'. Panggilan formalnya ialah CBP, 'community-based placement'.
Awal tahun dulu saya, Radin dan Mai buat preference and choice sama2... Dgn harapan dapat tempat yang sama. Tapi, akhirnya hanya Radin dan Mai bersama, saya terpisah jauh... Namun, alhamdulillah, jalan ke tempat placement kami masih sehala. Mereka di Waverly (10minit), saya di Nunawading (20min) atau Ringwood (30min).

Jadi, setiap pagi Selasa, saya akan menghantar Radin dan Mai dulu ke tempat mereka, Wavlink. Seronok tempat tu..Setiap pagi buat aktiviti dengan orang2 yang kurang upaya. Tolong lukis, cat2, main pot dsb. Tapi penat juga..
Kemudian perjalanan diteruskan ke Nunawading. Mmg radiolah yang menjadi sahabat sepanjang perjalanan. Traffic light pula banyak...jenuh. Dalam perjalanan pun ada dugaannya tersendiri.

Placement saya namanya 'EACH = Eastern Access Community Health' bahagian Youth & Family. Kononnya minat sebab ada youth mentoring. Nak belajar bercommunicate dengan 'remaja'. Hurmmm.. Partner saya adalah seorang local girl, Niki. Bershukur dapat dengan dia.. Sepatutnya dengan seorang budak laki, Ken, tapi Niki minta tukar.. Sbb dia lebih minat dengan remaja. Alhamdulillah. Lebih selesa buat kerja bersama. Kami diberi tugas untuk meng'evaluate' youth mentoring program mereka. Banyak pengalaman... Ethic's approval was a challenge! Fiuhh..but finally we went for the low risk ethic. Maknanya, tak ada temuduga remaja2 bawah 18 tahun.

Semalam, kami pertama kali berjumpa dengan Grace, coordinator mentoring program tu. Sebelum ni dia bercuti selama 6 bulan setelah service yang lama. Ada seorang lagi coordinator baru yang turut bantu dan menemani kami, Catrina. Seketika saya terpana, perbualan mereka memang seperti perbualan para da'ie. Berbincang tentang kerosakan remaja. Bagaimana hendak memikat hati mereka...Membantu membetulkan cara hidup mereka.
Alcohol, drugs, behaviour, relationships? Semuanya dah ada garisan dalam Islam.. SubahanAllah, bagaimana fitrah manusia itu memang selari dengan ajaran Islam. Of course! Bukankah Islam ini dari Allah? Pencipta manusia.

Nak cakapnya kat sini... Terpikat benar dengan usaha 'dakwah' mereka. Menjadi profession. Mentoring, consulting, program, seminar. Menariknya lagi, ada manusia yang rasa diri mereka 'sesat' datang mencari pertolongan2 ini.
Alangkah bestnya kalau umat Islam ramai yang begini? Menyerahkan diri mereka untuk ditarbiyah, dibentuk mengikut acuan Islam yang sebenar.
Tapi, manusia itu ego. Tak rasa mereka salah, tak mahu mengaku orang yang mahu menunjukkan jalan itu lebih baik darinya. Memang tiada yang sempurna. Tapi, bukankah tanggungjawab kita untuk menyampaikan kebaikan? Lagi2 setelah kita mendapat hidayah Allah.
Sepertinya juga mentoring program itu. Tak semestinya mentors tu lebih baik dari mentees? Tapi at least, mereka lebih berjaya, lebih terurus dan tidak bermasalah. Begitulah juga kita...

Ada juga yang menceritakan masalah dengan mentee mereka. Risau mereka tidak menjadi mentor yang baik... Tapi, coordinators tu nasihat, jangan putus asa. Walaupun tak nampak sekarang, tapi boleh jadi beberapa tahun akan datang nasihat kita akan dikenang... Dan membuatkan hatinya ingin kepada kebaikan. Wow!

Tak sabar nak placement lagi! Walaupun depressing... Dikelilingi oleh cerita2 yang menyedihkan...Namun, ia adalah pengajaran yang terbaik untukku!

Ya muqalliba alqulub, thabbit qalbi 'ala dinik wa 'ala to'atik.. [[Wahai Yang Membolak balikkan hati, tetapkan hatiku di atas agamaMu dan di atas ketaatanMu]] Ameen

Friday, June 19, 2009

Exam.Broadband.Umar.SwineFlu.Menanti.

Banyaknya benda!
Menyesakkan dada.
Moga Allah beri kelapangan. Dan kekuatan.
Exam. Bakal menjelang. Entahlah..tawakkal.
Broadband. Geram. Geram dgn kepala ini. Moga dapat yang lebih baik. Tawakkal.
Umar. Allah yashfik.. Umar kuat. Insha Allah.
Swine Flu. Kenapa Melbourne? Kenapa Malaysia? Mask. Tawakkal.
Menanti. Aku bingung. Moga terbalas. Tawakkal.

Benarkah aku tawakkal? Entah. Kepala *ngak betul*.

Thursday, June 11, 2009

Kehilangan seorang pejuang.

Baru sahaja selesai mock OSCE. Alhamdulillah.
Ku rasa bersalah. Kerana setelah habis OSCE (clinical test), kami dikurung di dalam sebuah dewan, dan disajikan dengan tontonan DVD. Aku turut menontonnya. Kemudian, setelah dibebaskan, aku dan sahabat pergi mencari makan. Ketika itu aku mendapat SMS dari kak Sue,

"Iman! kenal tak ammar zulkifli? Bdk sri yg amik medic kat mesir. Accident n meninggal..".

Seketika aku mencari nama itu di dalam fikiran. Oh, dia! Aku kenal. Inna lillahi wa inna ilahi raji'un. Terkesima, sehinggalah mak cik cafe menegurku. Dia adalah sahabatku di SRI Aman. Sama umurnya dengan ku. Telah meninggalkan dunia yg fana' ini di usia mudanya. Astaghfirullah. Mungkinkah aku juga bakal dijemput olehNya? Astaghfirullah. Sedih dan menginsafi. Terus kurang seleraku untuk makan. Moga dia digolongkan dengan para shuhada'. Bagaimana aku ketika saat kematianku nanti?

Kemudian sahabatku yg lain di Mesir pula menghantar msg. Baru ku tahu, dia meninggal setelah pulang dari melihat tempat untuk berprogram. Alhamdulillah. Perjalanan yang baik. Insha Allah, ku yakin Allah akan memberinya ganjaran yang baik.

Ku kenali allahyarham ketika di bangku sekolah. Pertama kali ku kenal rasanya ketika penyampaian hadiah. (kami kelas yang lain ketika darjah 2 & 3). Tapi dia adalah antara top 5 dalam batch kami. Dan kemudian dinobatkan sebagai Ketua Murid tahun 2000. Kemudian kami berpisah. Paling terakhir terserempak di INTEC, mungkin. Bila baca tribute yang dibuat oleh sahabat2, aku akui ketinggian akhlaknya, kerana sejak dahulu dia begitu.

Kematiannya sangat memberi kesan. Awal tahun ini juga ada sahabahiah dari INTEC (yang belajar di Tasmania) meninggal dunia akibat kemalangan. Tapi mungkin kerana tidak begitu mengenalnya, jadi taklah begitu terasa.

Hummm..sudahlah aku juga seorang driver yang agak reckless. uwah!! Bahaya. Tapi, itulah, hanya Allah yang Maha Kuasa atas segalanya. Mungkin kita sudah berjaga, tapi pemandu lain pula yang berbahaya. Perlu bertawakkal setelah keluar rumah. Supaya sentiasa dijaga. Cuma, jika sudah tiba masa kita, apa lagi perlu dikata. Sentiasa istighfar dan ingat padaNya. Jangan, jangan sesaat engkau lupa padaNya, Iman! Hmmm...

Moga bila saat rohku diambil kembali, ia diambil sebagai syahidah.

-- Allahumma aghfirlahu wa arhamhu wa 'afihi wa'fu 'anhu --

p/s: umur kita bukanlah pasti akan menjangkau 50an, 60an, 70an. Jadi, beramallah selagi boleh. jadilah pejuang terhebat untuk berjumpa denganNya. Tazkirah untuk diriku yang sering lalai.
Maafkan daku andai pernah tersalah..

Cerita dari mereka di Mesir: http://ayuamiza.blogspot.com/
Dibawah blog beliau..(sayunya..)
Allahyarham akhi ammar

Wednesday, June 10, 2009

My dearie...

My dearie?
A hermm..who's that? or more correctly, what's that?
Hehe.. It's my beloved car! (Well, ours actually. Mine and Radin's)
I bought it from a Muslim brother in Coburg. It's a 3rd hand car. When we went to look at it, it was night. So not much we can see in that dark night. But after a test drive, Baba said it was good (well, he's a bit bias cuz he loves Toyota cars).
Then the next morning after cashing out some money $$$, we went back to fetch the car. We went into the car and were surprisingly disappointed that it was not in a very good condition after all (the interior). I think the previous owners were smokers. Warghh, to be honest, I did feel regret buying it. But Baba reassured me that it was a good choice. He then brought me to Bunning's and we bought all the shampoos it needed. We then worked on it all afternoon. Fuh! What a hard work! Finally, it became a beautiful shining white horse! *_*
Now, it has been giving its best service to us for about 6 months now. Love that car! You've been a very good horseyy..
Here's a pic of it..


We then brought it for servicing to Br. M in Dandenong after reaching its 5000 kilometres. Bro M is a very good mechanic, and many Muslims around Clayton & Dandenong like to send their cars to him because he is honest. We waited at his workshop. After a few minutes, his friends came.

An interesting story was that one of them was a Christian. He came and talked to us. He said that Bro M loves to tell stories about the Prophet and the Quran to his friends. He said he also reads the Quran, had even bought a CD of Al-Quran with French translation, and agrees with it except the Syariah. His reason was that he doesn't like the way how Afghanists treat their women; not letting them go out, working and so forth. It is sad to be blinded by a simple reason, which is not even the imperfect or lacking of the Deen, but its followers. Just because of one particular group, he closed his heart for Islam although he sees the truth and the purity of this religion. May Allah one day give him guidance to revert to Islam. I know Bro M surely is hoping for it too.


"Verily, therein is indeed a reminder for him who has a heart or gives ear while he is heedful"
(Qaf:37)

That is why it is very important for us, the Muslims, to be good ambassadors of Islam.
How to be a good Muslim? By following the Quran. Not by taking some parts out, but taking it as a whole. By being moderate in everything, following the Prophet, being fair, not too harsh and not too lenient. The not-yet-reverters are always looking for good qualities in us, and who knows one day we could be the reason they revert to Islam. And Masha Allah, would that be such a big reward for us in the Hereafter. If they cannot see how special a Muslim is, then they would think that it would be just the same; Muslim or not, except for the additional religious rituals. How pity is that...


Are you proud to be a muslim?

Show it! Prove it! Be proud of IT!