Sunday, November 22, 2009

Capek....

Dalam seminggu ni, dah masuk kali ke-5 saya ke airport. Esok, sekali lagi... Lusa, saya pula yang berangkat... Kemudian seminggu kemudian muncul kembali, insha Allah. Airport dari Clayton (kampung saya) mengambil masa 45minit - kalau lancar. Kalau dibuatnya ada traffic, boleh juga sampai 1jam lebih.
Oh oH...kerja sebagai supir... menyeronokkan..tapi terkadang, sangatlah meletihkan. Lagi2 kalau jam.. memang terlelap. Pernah dah kot, dalam perjalanan balik dari City, sambil menunggu lampu menghijau, tidur sekejap.. Nasib baik Radin ada di sebelah menyekang mata. Itu kira dah tak larat sangat... Dua-dua pun tak larat. Tapi, alhamdulillah Allah masih pelihara dari sebarang kecelakaan setakat ini.. Alhamdulillah.

Seminggu yang akan mendatang ni pun, saya mesti kuatkan diri.
Ada tugasan yang perlu dilaksanakan, dan mungkin masa untuk memanjakan diri terpaksa dikurangkan. Tak apa, memang suka bila sibuk. Tak lalai, tak manja. Kalau tak, aisshhh, malas tu memang membukit.
Susah betul nak mulakan momentum kebaikan tu kalau kita tak beri tugasan yang serius kepada diri kita.

Penat tu, memang penat. Penat berkorban masa bermanja. Tapi, rasa berbaloi. Rasa, best sangat bila penat buat benda yang kita tahu, insha Allah perkara yang boleh menjadi kunci dan penambah berat timbangan baik kita di Akhirat nanti.
Pernah rasa tak? Beza antara penat buat penat, dengan penat buat kerja.
Daripada duduk saja, tengok cerita, bercerita entah apa2..isk...Memang tak boleh lari kan?
Mungkinkah juga perasaan itu adalah kerana keberkatan Allah pada cara kita menggunakan masa?... Masha' Allah.

Compass-setting :

++ Betulkan niat, istighfar + aamantu billah = Ikhlas, Insha Allah.
++ Revise the aims.
++ Bismillah.....
++ Tawakkal.
++ Redha, sabar.

Moga amalan diterima! Taqabbal minna ya Allah.
Harapnya masa kita digunakan sebaiknya.... dan semoga Allah permudahkan urusanmu dan urusanku, Insha Allah, ameen.
Inna ma'al 'usri yusra.. [[Al-Inshirah]]
La Tahdzan, innallaha ma'ana..

time to sleep, tomorrow morning got to send another friend to the airport....
...Bye stars...

No comments: