Bowling.. salah satu sukan kegemaranku. Walaupun tak berapa handal sangat main.
Hidup ini, ibaratnya seperti bowling. (Ini dari perspektif saya; seorang manusia yang biasa, yang tidak punya ilmu yang hebat. Sesiapa yang tak bersetuju bolehlah menegur atau memberi pendapat :) )
Bismillahirrahmanirrahim...
Begini... permainannya...
Markah paling tinggi dalam bowling ialah apabila si pemain berjaya menjatuhkan kesemua sepuluh pin, dipanggil STRIKE.
Untuk mendapat strike, bukanlah mudah. Paling penting ialah bola itu ditujukan pada pin yang paling dahulu dan ditengah, kemudian ia akan menjatuhkan pin yang lain. Jika bola itu sedikit terpesong, hanya sebelah saja yang mampu ia jatuhkan, kecuali jika pin di belakang melantun dan menjatuhkan pin di depan.
Balingan tangan mestilah lurus.. Agar tepat
aimnya. Semuanya bergantung kepada cara pemain membaling bola tersebut.
STRIKE berbeza dengan SPARE. Spare itu ialah apabila kita gagal meng'
clear the pins' pada cubaan pertama, tetapi berjaya pada yang kedua.
Terkadang mungkin pada cubaan pertama, kita tersilap, bola ter
slip dari tangan lalu menuju ke longkang.
Terkadang, bola kita kurang laju, maka hanya sesetengah sahaja yang mengena.
Peluang untuk mendapatkan strike terlepas begitu sahaja.
Tidak mengapa, kerana disebalik kesilapan itu kita diberi peluang kedua; untuk
spare.
Mendapatkan spare juga bukanlah mudah. Perlu strategi untuk menjatuhkan yang selebihnya. Lebih lagi jika kita mendapat
split.
Begitu juga hidup ini..
Strike kita adalah untuk mendapat redha Allah serta SyurgaNya yang abadi, itulah STRIKE dalam hidup kita.
Pin-pin hidup adalah perkara-perkara yang mendekatkan kita kepada matlamat hidup; ibadah, melawan nafsu, akhlak, menyeru orang berbuat baik.
Jadi, untuk mendapatkan strike, perjalanan kita mestilah lurus, seperti lurusnya bola itu bergolek untuk mendapatkan strike. Iaitu dengan mengikut panduan yang telah Allah berikan, melalui Al-Quran dan Rasulullah s.a.w.
Kenapa kita harus menjatuhkan kesemua pin? Kerana.. Islam itu bukan setengah-setengah, tetapi menyeluruh.
Tapi terkadang, hidup kita terpesong, mungkin sedikit, mungkin langsung terus... terus masuk ke longkang.
Kerana kita manusia biasa. Bukan maksum seperti Rasulullah. Terkadang susah untuk kita tajarrud (mencabut segala kejahatan dan jahiliyah yang bukan Islam). [[Astaghfirullah]]
Tidak mengapa. Masih ada harapan.
Kerana itu disediakan peluang kedua,
spare, iaitu wasilah taubah yang Allah telah sediakan.
SubahanAllah... Bukan setakat dua, dalam hidup ini, beribu-ribu kali Allah berikan kita peluang untuk mendapatkan
spare. Supaya kita berpeluang mendapatkan yang terbaik.
Lihat betapa Ar-Raheemnya Allah pada kita,
Diriwayat dalam hadis Qudsi:
"Dari Anas b Malik r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda,
"Allah swt berfirman, 'Wahai anak Adam, sepanjang engkau memohon kepadaKu dan berharap kepadaKu akan Aku ampuni apa yang telah kamu lakukan, Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta ampunan kepadaKu akan Aku ampuni. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang kepadaKu membawa kesalahan sebesar dunia kemudian engkau datang kepadaKu tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatu pun, pasti Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula.'"
(HR Tirmidzi - Hadis 42 - Hadis Arbain An-Nawawiyah)
Saya pernah bawakan hadis ini dulu. Favourite saya.
Terkadang, saya sendiri rasa seperti malu, malu untuk meminta ampun setiap kali tersilap langkah. Tapi ternyata, Allah itu Maha Pengasih kepada hamba-hambaNya yang beriman.
Kalau kita bergaduh dengan kawan pun, hati tak tenang. Apatah lagi bila ada 'masalah' dengan Allah. Erghh, tak tenang betul hati. Kawan, tak semestinya memaafkan kita. Tak semestinya melupakan kesalahan kita. Tapi Allah, SubhanAllah, Al-Ghafur wa Al-'Afuw, Maha Pengampun dan Maha Penghapus Dosa.
So.... kalau pergi main bowling, bayangkan pin-pin itu adalah nafsu kita, atau pun ibadah kita. Berjaya tak kita jatuhkan seberapa banyak pin-pin itu, berjayakah kita mendapat strike, atau spare?
Jangan hanya masuk longkang saja setiap cubaan... Belajar dari kesilapan, betulkan strategi, betulkan power, betulkan hati......
Mujahadah mendapatkan SyurgaNya.
Allahua'lam
p/s: entry ni pening sikit...sebab dah lama...