Skip to main content

Posts

Showing posts with the label lokching

nak gembirakan tetamu datang bertandang? senang saja

Assalamualaikum semua Aku doakan semua pembaca blog ini dipermudahkan urusan dan diberikan kesihatan yang terbaik. Sibuknya sekarang sebelum bercuti panjang bulan 5 ni dan sebelum puasa. Banyak projek baru nak buat, kemain tak sabar nak announce tetapi kena hold dulu. Aku harap ianya terlaksana by this month jugak. Harini aku nak cerita sikit pasal lokcing. Alhamdulillah, permintaan sentiasa ada cuma selepas ni aku punya fokus pada orang kelantan saja atau sesiapa yang tinggal di kelantan sahaja. dan keutamaan aku kepada yang nak buat event. aku perhatikan setiap kali attend wedding sekarang, sekurang-kurangnya mesti ada hidangan sampingan sebagai pencuci mulut kan. haritu masa cny, orang sebelah rumah aku je, dia punya pencuci mulut memang mewah. ada sira labu, butir nangka, aiskrim, agar-agar dan paling best ayam yang berbentuk sosej. memang heaven la makan. sekarang memang kebanyakan tuan rumah akan bagi pilihan kepada tetamu selain nasi hidangan wajibla. sebab ke...

resepi lokcing yang gebu gebas

Assalamualaikum semua, Aku doakan semua yang membaca status ni dikurniakan kesihatan yang terbaik dan diberikan rezeki yang melimpah ruah. Aku sebenarnya agak sibuk since last two weeks. kena travel perak dan kl disebabkan kerja hakiki dan terpaksa hold pasal lokcing. but now lokcing is back, tapi preorder akan dibuka next week. tapi harini, aku nak bagi satu resepi free pasal lokcing. kalau korang, rajin, boleh je try dan buat kat rumah k B ahan-bahan: 500g isi ikan selayang – dikisar lumat 100gm tepung ubi kayu/ tepung kanji 1 biji bawang besar - dikisar 1 sudu besar garam 1/3 sudu teh serbuk perasa  1 sudu besar baking power Cara memasak: 1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat. 2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan baking powder. 3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil. 4. Panaskan minyak dan goreng sekejap. 5. Cucukkan pada lidi dan bakar. p/s: kalau adunan tu...

PRE PRDER LOKCING DIBUKA SEKARANG U OLSS ( 18/1/2015 - 23/1/2015)

Assalamualaikum u olls, Aku doakan semua yang membaca diberikan kesihatan yang terbaik dan dipermudahkan urusan. Masihkah ko ingat (lagu Kopratasa berkumandang). eceh, pagi-pagi dah jiwang. Ingat lagi tak aku pernah share pasal lokcing dan feveret food aku, kalau tak ingat tekan link bawah ye. feveret food aku    pernah makan lokcing Dalam tu aku dah cerita pasal lokcing ni. Tapi harini aku nak tambah lagi kenapa aku suka benauuu makan lokcing dan kenapa korang PERLU TAHU PASAL LOKCING. 1) tak muak - yeee, makan banyak-banyak dan hari-hari pun tak muak. cuba anda makan kepsi atau maggi hari-hari, muak tak. serius, tak leh telan. kalau anda boleh telan, anda memang power 2) dibuat dari ikan - semua benda benda dibuat dari ikan, aku memang suka. contoh mini karipap, karipap inti serunding ikan (ni jarang jumpa tau tapi kat Terengganu ada jual dan memang power. dia lagi power dari yang biasa like inti ubi, ayam, dll)  atau keropok. Pernah korang bo...

udah-udah la tu

Assalamualaikum semua, Aku doakan semua pembaca blog aku ni dikurniakan kesihatan yang terbaik, diberikan rezeki yang melimpah ruah dan dipermudahkan segala urusan. insyaAllah, amin. dah lama kitteww tak bergossip, nak bergossip la harini. nak gosip kena mood manja-manja skit kan "lempang sedas baru tau". korang minat kpop tak, aku rasa ramai yang minat tapi lagi ramai yang benci. aku tengok cerita korea. serius tak tipu. in fact ramai kawan aku tengok cerita korea. masa aku kat opis lama dulu, kawan aku yg lelaki, tuan muka garang, kalau tengok muka memang tak akan percaya dia minat korea tau. tapi dialah supplier aku mintak citer korea baru. kat opis baru ni, ada seorang akak umur dah 50-an pun peminat tengok cerita korea. so, memang korea ramai peminat. kpop aku tak sure. kalau korang pernah minat personaliti tak kisahla berlakon, menyanyi atau ahli sukan, korang mesti rasa teruja kalau dapat berjumpa. apatah lagi luar negara. keterujaan tu memang akan a...

what is your favorite food?

Assalamualaikum semua, Aku doakan semua pembaca blog aku diberikan rezeki yang berlipat-lipat ganda dan melimpah limpah ruah. Aku tak nak lagi cerita pasal banjir di kelantan, sebab bagi aku ianya sangat menakutkan dan menginsafkan. cukuplah aku kata banjir 2014 bukan banjir tapi mini tsunami yang mana di kuala krai, pam station pun boleh tenggelam. cuba korang bayangkan betapa dalam tuh, ia ibarat lautan. tu belum campur dengan gua musang, rantau panjang, pasir mas, kota bharu. bayangkan jumlah penempatan banjir hampir 200,000.  aku sangat-sangat bersyukur rumah aku tak naik air, hanya di porch saja tupun sikit jah. AllahuAkbar, there is no word can describe the loss and pain they suffered. Apa yang aku mampu bagi hanyalah sikit bantuan tenaga dan duit. Harap ianya dapat membantu mangsa banjir sedikit sebanyak. Eh, aku bukan nak cerita pasal banjir tau tapi nak cerita pasal makanan kegemaran aku. eceh, macamkan orang nak tau dia punya feveret. alaaa, kita share lah ...

pernah makan lokching?

Assalamualaikum, Aku doakan semuanya sihat dan bahagia ye dan juga kaya dan berjaya. tak kisahlah anda makan gaji atau buat bisnes tetap kena kaya dan berjaya sebab kita orang Islam, orang Islam kena lebih kaya dan berjaya dari bangsa lain, barulah kita lebih dihormati, betul takkk. lagipun muslim yang kaya tu 1000 kali lebih baik dari yang miskin, kenapa? cuba pikir sendiri, kenapa? cecece...kemain lagi bagi tazkirah. arini ada masa terluang sikit so aku nak tanya something. siapa kat sini suka makan lokching. apaaaaaaaaa, tak kenal lokcing? ok, satay ikan, kenal? ooooo.. samalah tu. orang kelantan panggil lokching, org luar panggil satay ikan, aku ni memang hantu lokchin, dia jenis yang kalau ko tengok orang jual je, ko nak beli walau perut dah kenyang tapi nak jugak makan sebatang dua. tapi masalahnya lokching ni kalau tak pandai buat, memang turn off sebab pernah aku beli yang di kl, lokching dia dahlah kecik, makan-makan rasa tepung je. sos pun tak sedap, MEMANG TURN O...