Skip to main content

Posts

Showing posts with the label anakku

BIRTH STORY NAUFAL

Assalamualaikum, Harini ialah first day aku kerja setelah 3 bulan cuti. Wohooo, kemain lagi excited, malas, sedih dan macam-macamlah but life must go on right since cuti dah abis. Kemain aku enjoy my maternity leave, macam fully housewife. Since dah balik kerja and my boss tak ada, aku ada masa terluang sikit. Nak ceritalah pasal second pregnany eh second delivery. Biarlah adil ye dok? Aku beranakkan Naufal pada 27/8/2016. Tepat-tepat hari edd aku. HADIF     - EDD 27/6/2013 LAHIR 25/6/2013 NAUFAL - EDD 27/8/2016 LAHIR 27/8/2016 Lebih kurang kan dia punya cycle. Aku teruslah bekerja sehingga 40 minggu. Last hari Khamis, 25/8 tu memang aku niat dah tak akan datang opis dah walau tak beranak. Hari Jumaat sempat lagi berjalan ke AEON Mall dan makan-makan. ni masa hari jumaat 26/8, esoknya beranak Malamnya aku tak rasa sakit pun tapi aku perasan time kencing keluar darah. mula-mula kaler gelap, pagi tu kaler merah. Terus lepas Subuh, bagitau mama dan s...

jaundice tips

Apabila anak jaundis. Pengalaman keempat empat anak saya prolonged jaundice (dekat 2 bulan) membuatkan saya mahu mencari ilmu sebenar di sebalik isu ini. Berm ula kisah Fathi (2009) apabila hari kedua dimasukkan ke Nicu. Semasa itu saya masih naif tidak tahu betapa susahnya menyusukan anak di saat badan masih lagi sengal sengal belum dapat balik ke rumah lagi. Bersalin di sebuah hospital kerajaan, tidur di Nicu dengan kerusi lipat jadi katil, barang keperluan yg tidak cukup, sejuk aircond malam, toilet yg jauh, makanan bungkus polisterin dan paling menyentapkan apabila staf nurse shift malam yg mengejutkan kami bangun setiap 2 jam dengan perkataan yg menghiris jantung ibu dalam pantang yg kepenatan ini. "Bangun bangun! Susukan anak! Mesti habis 2oz ni. Jangan ngelat! Saya tahu siapa ngelat. Kita dah penat penat buatkan susu dia buang pulak!" "Siapa tak susukan anak habis 2oz ni nak anak mati ke? Tak payahlah susu badan kalau takde susu." "Awak ni ...

WAN ARJUNA HADIF turns 2

Assalamualaikum, Aku doakan pembaca blog ni kaya dan berjaya dunia dan akhirat. Alhamdulillah, jumpa lagi kita dengan Ramadhan. dalam kta sibuk nak gandakan pahala, nak sembahyang terawih 20 rakaat, nak khatam Al-Quran, nak sembahyang dhuha dan tahajud setiap hari tapi jangan dilupa benda yang haram harus ditinggalkan. Kadang-kadang kita (akulah tu) suka buat benda yang sunat tapi benda yang wajib agak kurang dijaga manakala benda yang  haram masih dibuat. Sebabnya kebaikan tu bukanlah diukur semata-mata dengan banyaknya amalan kebaikan yang dilakukan oleh seseorang tetapi ianya diukur dengan banyaknya dosa dan amalan jahiliyah yang ditinggalkan. Astagfirullah Tapi harini aku bukan nak jadi ustazah sebab aku pun banyak kekhilafannya cuma nak sama-sama berpesan ke arah kebaikan. Harini sebenarnya aku nak cerita pasal hadif. Alhamdulillah, harini dia 2 tahun.  ingat lagi time pregnantkan dia, time beranak sorang-sorang, doc pulak orang negro hitam. sakitnya hany...

cukai wajib

Assalamualaikum Aku doakan semua pembaca aku dirahmati olehNya. harini nak citer pasal cukai tapi bukan pasal GST ye. nak muntah aku baca pasal GST kat timeline fb. setau aku, yang dah beberapa kali pergi seminar GST ni GST ni ada 3 kategori iaitu , raw food atau barangan asas ialah zero rated  GST tapi tetap ada kenaikan harga. top up lagi best, mula-mula ada, lepas tu batal, lepas tu ada pulakk. apa-apalahh, kita hanya boleh redha jelah kan. selingan dari website GST 36. Adakah mana-mana negara yang melaksanakan GST berjaya mengurangkan jurang antara kaya-miskin? Tiada kajian sedemikian pernah dibuat. 37. Sila terangkan apakah manfaat GST pada jangka masa pendek untuk isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan. Penambahan amaun BRIM sebanyak RM300 memberi kesan yang besar kepada tanggungan isi rumah yang berpendapatan rendah. (-___-) ni aku nak cerita, cukai wajib dari anak aku. sekarang ni kalau keluar je mesti kena cukai. hamboiiih dia pan...

happy 1 year 6 months my baby

Assalamualaikum semua, Aku doakan semoga pembaca blog dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan diberi kebahagiaan bersama keluarga tersayang. Satu lagi, jangan lupa bersyukur, bila bangun pagi, sebut alhamdulillah, bernyawa lagi harini, dan tengok orang sebelah pun masih lagi bernyawa. Tu nikmat paling besar, betul tak? harini aku nak cerita pasal hadif. takkan nak cerita pasal kek oren coklat je kan. Alhamdulillah, setiap hari memang ada orang beli. sekarang aku dalam proses nak luaskan pasaran ke kedai runcit, petrol station dan juga restoran. aku kena pilih-pilih jugak yang popular dnn dikunjungi ramai barulah cepat laku kan. once dah confirm, aku akan announce. 25 disember ni hadif akan setahun 6 bulan. tak percaya kan, betapa cepatnya masa berlalu. kadang-kadang apabila aku tengok hadif, rasa macam tak percaya dia dah besar. masih lagi tak boleh bercakap secara fasih, sekadar mama, daddy (daddy boleh pulak dia sebut tapi kalau suruh pan...

YUHUUUU.........IM BACK

Assalamualaikum u olls, Semalam dapat computer baru, alhamdulillah. Lepas ni akan mula aktif berblogging, insyaAllah. Ko jangan cakap saja shida, buatnya tak, baiklah. Mula-mula nak cerita pasal hadif, kesian dia sejak demam haritu, dia agak cranky. tak tau kenapa, tapi asyik merengek dan menangis. bagi makan pun nangis, mandi pun nangis, dukung pun nangis, main pun nangis. which is not his attitude. Hadif anak yang amat menyenangkan sejak lahir sampailah sekarang, Alhamdulillah. dari berpantang sampai sekarang memang senang nak jaga dia, bawak dia keluar, bagi makan. sebab hadif hanya akan menangis kalau dia nak tidur dan tak sihat. selain itu, dia boleh main sendiri atau main dengan abang adam (sepupunya). kalau suap makan, memang dia akan buat muka cheeky sambil mulut berdecit-decit bunyi, memang kelakar gila cuma lately dia tetap makan tapi nangis. sampai kena marah dengan tokki (abah aku) sebab asyik merengek. masa demam tu oklah sebab dia tak sedap badan, tapi ni d...

hadif 10 months,cepatnyaaa masa berlalu

Assalamualaikum u olls, Baru je update pasal hadif 9 months, minggu ni hadif dah 10 months. nampak nauu kemalasan update blog aku begitu terserlah. Harini ada masa sikit, jom aku update pasal hadif.  aku happy sekarang kat kelantan, dok ngan parents, mauuu tak happy . oh, btw adik aku munira yang mengajar di sabah dah boleh trf ke kelantan. start sekolah baru semalam. semua terkejut kenapa adik aku cepat sgt dapat balik kelantan, walhal tak sampai 2 tahun dia mengajar di sana. ntahle, rezeki dan of course adalah guna orang dalam...hahaha setiap minggu pasti aku akan jalan-jalan ngan hubby and hadif. kalau tak jalan-jalan, hubby aku akan mengamuk (-__-). last week, aku pegi di taman tengku anis. first time pegi, yes im such a noob. taman tengku anis tu taman permainan. memang besar dan happening. ada kereta kuda, ada kereta/motor mainan bergerak, ada haiwan, boleh main air ( tak besar pun tapi cukup buat kanak-kanak happy). kalau ada anak-anak yang 1 tahun ke atas ata...

hadif 9 months

Assalamualaikum u olls Dari sehari ke sehari semangat nak update blog kian berkurang. bukan tak ada masa tapi pemalas...hahaha. tapi aku akan gagahkan diri jugak nak update since nak update pasal anak kesayangan. hadif makin aktif lepas sembuh demam last week. hadif ni jenis budak baik (puji anak sendriri boleh kan, kalau bukan mak dia yang puji, saper lagi), dia jarang meragam like menangis sesuka hati. mamatok panggil dia * budok tok bunyi soro * (budak tak ada suara) sebab suara dia jarang berbunyi. dia gelak ke, dia joget ke tapi mulut tak berbunyi...hahaha sebenarnya dia berbunyi jugak tapi mostly depan daddy n mommy dia je. tak kisahlah kan. dia still tak gagah lagi nak berjalan, kalau berjalan sambil pegang-pegang boleh tupun tak lama. hadif kuat makan, kuat minum susu tapi badan still kurus. cukup suka suapkan dia makan sebab dia telan je apa saja.  mula-mula suap breakfast, lepas tu bagi bubur, lepas tu bagi minum petang ( benda lembik like akok, pulut, apa ...

gambar hadif

ni random pics hadif since 8 months until latest one yesterday piccas tesco kb meriah hari jumaat masa shopping di jakel for baju raya hunting cuddling time with daddy ni baru bangun, time for brekkie

anakku 9 bulan dahhh

Assalamualaikum semua, Minggu ni macam minggu berkabung untuk rakyat Malaysia dan muslim. Aku malas nak ulas panjang cuma aku nak semua orang sedekahkan AL-Fatihah kepada semua penumpang dan petugas #MH370, penyokong Morsi #IM529 dan yang terbaru pagi tadi one of the favorite blogger amischaheera. AllahuAkbar, darinya kita datang, darinya jugak kita kembali :( Aku tak sanggup nak ulas panjang sebab hati akan sebak. Hidup perlu diteruskan cumanya harap kita mengambil iktibar supaya diri kita lebih dekat kepadaNYA. Amin Hadif dah 9 bulan kelmarin, oh how time flies. Tapi dia dapat hadiah tak best iaitu chicken pox, awal kan. Mula-mula hari Jumaat haritu, die demam, memang panas demamnya. tapi aku dah tak nak jadi mak yg kalut, demam je pegi jumpa doc. dulu masa dia first time demam (aku macam orang gila nangis-nangis sampai kena marah ngan husband...hahaha) sebab kalau jumpa doc pun dia tak bagi ubat sebab baby tak elok makan ubat. so, aku banyakkan bagi susu, setiap sej...

yes, miracle do happen sometimes

Assalamuualaikum dan selamat malam u olls, how's everyone life? hopefully everything is great. korang percaya pada miracle tak? aku percaya tapi jarang benar berlaku kat aku. ke selalu jadi kat korang? aku nieh tak pernah mengharapkan sesuatu yg ajaib berlaku like tiba-tiba jumpa duit tepi jalan dalam jumlah yg banyak (-__-)) atau apa-apalah yg mustahil coz im very realistic person. bagi aku, kalau nak kaya dan berjaya, kena berniaga bersungguh-sungguh tak boleh sekadar kerja makan gaji unless your salary is 5 figure income. itu oklah kan. tapi sekali miracle do happen to me. mungkin bagi orang lain, ianya biasa saja tapi bagi aku ianya cukup luar biasa. tahun ni company aku have major changes whereby contract not been renew and the place will be close down. all the staff will be seperated by 2 places and 2 different companies. so, memang banyak speculation, rumors, changes and bla..bla. sebagai pekerja kompemla kitaorg takut kan kot-kotla apa yg dinikmati sekarang m...

dugaan itu hikmah

Assalamuaikum u olls, Sihat tak, hadif tak sihat sangat since balik tambun sebab die kena cirit- birit. Tadi dah jumpa doc, die bagi air garam tu je. Haraplah hadif cepat okay sebab banyak kali die berak dalam sehari, hampir 10 kali jgklah aku tukar pampers die. Punggung pun dah merah :( Lepas tu ada dua kali barang shaklee aku ada masalah sampai banyaklah masa, tenaga, minyak aku terbuang. Tapi aku percaya setiap kesusahan harini akan dibayar di masa akan datang. Alhamdulillah, shaklee punya produk tak perlu diperkenalkan lagi, sebut saja orang dah kenal. Mmg hari-hari ada org pm, whatsapp aku. Paling best ramai mommy dah mula nak fully breastfed lps aku share pengalaman aku. Apa yg aku share semuanya dari pengalaman sendiri atau cust ye. Nati aku akan keep sharing n update. InsyaAllah Chinese New Year haritu kami satu family pegi Perak, main air kat the lost world of tambun. Malas cakap banyak, jom layan gambar

phone update yawww

Hi u olls Ni update guna phone, gigil la jugak but since lappy aku memang dah rosak so nak tak nak aku kena update guna phone. Harini pendek je, hikhik. Gila banyak nak cerita Kita mulakan dengan gambar hadif dulu okeh. Hadif dah 7 bulan tau Ni semalam punya cerita, nak beli baju renang utk hadif.