Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, Disember 05, 2009

Apa maksudnya??? Abu Kassim kata Ahmad Said tiada kredabiliti dan integriti ke....


Nama dah tukar....dari BPR jadi SPRM........

Ketua pun dah tukar...dari Ahmad Said ke Abu Kassim....

Adakah kredabiliti, Integriti akan bertukar atau masih lagi menjadi sebuah lagi parti komponen BN seperti SPR....sama-samalah kita nantikan........

Abu Kassim Sedia Perancangan Kembalikan Integriti SPRM

PULAU PINANG: Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abu Kassim Mohamed akan menyediakan beberapa perancangan bagi mengembalikan integriti suruhanjaya itu sebaik mengambil alih kepimpinan SPRM berkuatkuasa 1 Januari 2010.

"Saya akan menyusun beberapa perancangan bagi mengembalikan integriti dan kepercayaan orang awam terhadap SPRM," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan integriti 2009 di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata kerjasama daripada pelbagai pihak sama ada agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) juga penting dalam memantapkan SPRM.

"Tanpa bantuan semua pihak dan orang awam, SPRM tidak dapat menjalankan kerja dengan sempurna dan cekap," katanya.

Abu Kassim melahirkan rasa syukurnya kerana diberi kepercayaan untuk mengetuai suruhanjaya itu.

Abu Kassim menggantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan yang memendekkan tempoh perkhidmatannya yang sepatutnya berakhir 25 Mei tahun depan kepada 31 Dis ini.

Sumber : mstar

Inikah caranya umno membela rakyat....

Di kala rakyat akan dibebani dengan jenis cukai, bayaran, yuran dan pelbagai lagi potongan elaun, inilah rupanya umno yang kata membela rakyat.

Masihkah ada lagi harapan pada juak-juak umno ini........















MP umno/bn, Bung Moktar Radin hina rakyat kelantan!!!



KUALA LUMPUR 3 Dis. - Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin menegur kerajaan kerana memberi peruntukan yang besar kepada kerajaan negeri Kelantan biar pun rakyat negeri itu 'masih belum sedar'.

Katanya, sepatutnya perbelanjaan yang besar diberikan kepada kerajaan negeri yang rakyatnya memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) seperti di Sabah.

"Nampaknya, kerajaan telah membelanjakan berbilion-bilion ringgit untuk Kelantan termasuk Kesedar, tapi rakyatnya masih belum sedar.

"Jadi, apakah langkah ini (peruntukan besar) akan dibawa ke Sabah, saya telah bertanya banyak kali jika di Semenanjung pada 2015 bekalan elektrik dan air 100 peratus, di Sabah bila pula tarikhnya?" katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengajukan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu Belaun di Dewan Rakyat hari ini.

Entulu dalam reaksinya berkata, sasaran untuk memastikan seluruh negara dilengkapi kemudahan bekalan elektrik dan air termasuk di Sabah telah beberapa kali diulangi di Dewan Rakyat.

"Sasaran kita pada 2016, 100 peratus (bekalan), manakala pada 2015 untuk Sabah dan Sarawak kalau tidak silap saya sasarannya ialah 90 peratus (bekalan)," katanya.

sumber: kedahlanie

umno rantau panjang lumpuh....500 ahli umno bakal keluar parti....


RANTAU PANJANG, 4 Dis: Krisis Umno Rantau Panjang kini sampai ke kemuncak apabila ramai pemimpin di peringkat cawangan mengancam mahu keluar parti.

Kesemua 36 Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) dan tiga Ketua Penyelia Pembangunan Mukim (KPPM) yang dipecat Ketua Umno Rantau Panjang, Abdullah Mat Yasin tidak teragak-agak meninggalkan parti.

Difahamkan kira-kira 500 penyokong Umno dijangka keluar Umno di Cawangan Baroh Pial di Dun Bukit Tuku, kemudian dikuti 35 cawangan lagi di seluruh bahagian Rantau Panjang.

Bekas ketua cawangan Baroh Pial yang juga bekas PPM, Wan Yaakob Wan Ismail berkata, antara sebab utama mereka berbuat demikian kerana telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti berkenaan.

Katanya, beliau mempertikaikan kesahihan kedudukan Abdullah selaku ketua bahagian kerana dikatakan tidak dipilih melalui mesyuarat agung perwakilan bahagian.

“Begitu juga pelantikan timbalan ketua bahagian, ketua pemuda dan ketua wanita diragui kesahihah jawatan masing-masing kerana penggantungan bekas ketua bahagian, Datuk Mohd Zin Ismail dibuat mendadak ketika tempoh pencalonan peringkat bahagian tamat.

“Peluang untuk ahli mencalon tokoh-tokoh lain yang bersesuaian untuk jawatan ketua bahagian, timbalan ketua, ketua pemuda dan ketua wanita sudah tidak ada lagi ketika itu,” katanya.

Mohd Zin bekas Adun Bukit Tuku digantung jawatannya oleh Lembaga Disiplin Umno selama tiga tahun kerana dikatakan menaja calon bebas di Dun Gual Periok pada pilihan raya umum 2008.

Wan Yaakob berkata, mereka yang memegang jawatan di Rantau Panjang sekarang seolah-olah dilantik Umno Pusat tanpa memberi peluang kepada ahli dari 160 cawangan membuat pemilihan.

Konflik yang berlaku antara Mohd Zin dan Abdullah memuncak ketua bahagian sekarang dikatakan memecat PPM serta KPPM yang dilantik bekas ketua bahagian sebelum ini.

“Ini membuatkan kami rasa panas hati dan harus dicari jalan penyelesaian segera,” kata Wan Yaakob ketika ditemui di majlis sambutan hari raya korban di cawangan Umno Baroh Pial semalam.

Majlis tersebut diadakan di rumahnya dihadiri kira-kira 300 orang termasuk beberapa bekas PPM dan KPPM yang dipecat.

Menurutnya juga kesemua mereka yang dipecat telah meminta jasa baik pengerusi perhubungan Umno negeri, Datuk Mustapa Mohamad menyelesaikan isu tersebut secepat mungkin.

“Saya bersama beberapa rakan telah berjumpa Datuk Pa dan timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussein meminta mereka campur tangan selesaikan perkara ini segera.

“Tetapi sampai sekarang tak ada sebarang tindakan diambil. Ini membuatkan kami merasa tawar hati,” kata Wan Yaakob.

Beliau juga berkata perjumpaan di Baroh Pial itu sebagai asas permulaan untuk tindakan protes selanjutnya.

Menurutnya selepas itu mereka akan majlis serupa di Dun Meranti kemudian dikuti Dun Gual Periok.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuk Mohd Zin, bekas KPPM, Mohd Zin Che Ngah, Zahari Omar (bekas KPPM), Yakob Yunus (bekas PPM dan AJK bahagian), Fauzi Mat Jusoh (AJK bahagian), Wan Aminuddin (AJK bahagian) dan ketua puteri bahagian, Norhayati Mat.

sumber: harakahdaily

Aik melenting nampak...kenapa terasa ke???


'Nik Aziz tidak merujuk pada mana-mana pemimpin'

Ucapan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak merujuk kepada mana-mana pemimpin tetapi hanya mahu menjelaskan bahawa bala Tuhan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, kata setiausaha politiknya, Anual Bakhri Haron.

Beliau berkata, persoalan hukum, hanya Tuhan sahaja yang dapat menentukannya.

"Itu terpulanglah kepada Allah SWT. Tetapi orang yang dizalimi berhak berdoa," katanya menjelaskan kekeliruan berhubung ucapan Nik Abdul Aziz dalam satu perhimpunan di Kota Bharu semalam.


Perhimpunan di Jalan Dato' Pati, Kota Bharu itu, diadakan sebagai membalas bantahan sekumpulan penyokong Umno terhadap Nik Abdul Aziz Selasa lalu.

Dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz dilapor menyifatkan penafian terhadap bayaran royalti minyak yang dituntut kerajaan Kelantan, sebagai "melanggar keadilan asasi".

Beliau yang juga mursyidul am PAS berkata, selagi tuntutan royalti itu tidak diberikan, "kita doa sampai pecah perut".

Ketika dihubungi Malaysiakini malam tadi, Anual Bakhri berkata, perkataan "pecah perut" yang diucapkan Nik Aziz hanyalah analogi dan tidak boleh diterjemahkan secara langsung.

"Itu analogi. Bukan maknanya pecah perut (perdana menteri) Datuk Seri Najib Razak atau (timbalannya) Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi siapa sahaja yang buat aniaya. Dalam konteks ini (penafian royalti minyak), kezaliman berlaku," katanya.

Semalam, Nik Abdul Aziz bercerita tentang bantahan masyarakat bukan Islam yang menentang peraturan kawalan arak di negeri itu ketika beliau baru memimpin Kelantan, 19 tahun lalu.

Mengulas perkara itu, Anual Bakhri berkata, Nik Aziz ingin menegaskan bahawa larangan meminum arak diharamkan kepada orang Islam, tetapi terpulang kepada masyarakat bukan Islam jika mahu menikmatinya.

"Tetapi bukan maknanya kita hendak galakkan orang minum arak," katanya.

Katanya, respons itu diberikan ekoran hasrat beberapa masyarakat bukan Melayu daripada Perak yang mahu datang ke Kelantan untuk minum arak.

sumber : malaysiakini

Aksi tunjuk bontot oleh Datuk Azhar...umno dari penyokong sampai ke pemimpin, sama dua kali lima

skandal terbesar yang patut dan wajib SPRM siasat...


SKANDAL TERBESAR PUAK UMNO/ MCA

Berikut adalah carta yang jelas menunjukkan bahawa projek PKFZ adalah bermotifkan politik yang dirancang dengan begitu teliti oleh UMNO/BARISAN NASIONAL.

Pihak SPRM mengetahui bahawa perjalanan projek ini lebih kepada kepentingan pihak-pihak yang tertentu (personal interest), yang mana UMNO juga terlibat dengan penyelewengan jumlah dana yang bernilai berbilion ringgit.

Nama-nama perseorangan yang terlibat dengan syarikat-syarikat yang mereka wakili jelas menunjukkan mungkin lebih ramai lagi yang terlibat dan juga mungkin ada dikalangan pemimpin-pemimpin yang menjadi dalang.

Mana mungkin pihak SPRM tidak tahu perkara sebenarnya yang berlaku. Atau mungkin pihak SPRM di bawah kuasa UMNO/BN diarah supaya tidak mengambil berat mengenai penyiasatan projek PKFZ dan dibiarkan begitu sahaja disebabkan mereka yang di belakang tabir mempunyai pengaruh yang kuat.

Adalah dipercayai, bukan hanya individu-individu yang terlibat, akan tetapi parti-parti komponen Barisan Nasional juga bersama-sama bersubahat di dalam skandal yang terbesar di Negara kita yang tercinta ini.

Wahai Rakyat Malaysia sekalian, adakah ini yang dinamakan pemerintah yang telus dan bersih, dan adakah kerajaan (kerajaan BN) ini harus disokong untuk terus menghabiskan wang rakyat?

sumber: syedpkr

Kelibat lembaga 'Teoh Beng Hock' kembali ke pejabat SPRM di Shah Alam

                                                                                Pengawal nampak lembaga 'Teoh' di pejabat SPRM


Tiga individu mendakwa mereka ternampak satu lembaga yang menyerupai mendiang Teoh Beng Hock merayau-rayau di ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Plaza Masalam, Shah Alam.

Menurut laporan akhbar China Press, lembaga tersebut dilihat di tingkat lima bangunan tersebut - tempat Teoh ditemui mati dan di tingkat 14, iaitu pejabat SPRM Selangor.

Laporan itu menyebut seorang pengawal keselamatan dan dua pegawai SPRM terserempak dengan lembaga itu sekitar bulan Oktober lalu - lebih dua bulan selepas Teoh ditemui mati.

Pengawal keselamatan tersebut yang enggan namanya disebut berkata, dia tidak nampak muka lembaga itu, tetapi ia berpakaian sama seperti yang dipakai mendiang ketika datang ke pejabat SPRM dulu.

"Saya nampak mayatnya selepas jatuh. Saya pasti ianya Teoh walaupun saya hanya lihat bahagian belakangnya," katanya sambil menambah kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang.

Ketika mencerita semula kejadian itu, pengawal tersebut berkata dia pergi ke bilik air di tingkat lima di mana secara dia tiba-tiba terdengar bunyi orang berjalan. Pengawal keselamatan yang lain tidak bertugas ketika itu.

"Saya rasa pelik. Biasanya pada waktu itu tiada orang lain di situ. Lalu saya berjalan ke arah tandas... kemudian saya nampak seorang lelaki di depan lif, dia memakai kot hitam dan berseluar putih," katanya.

Pada masa itu, tidak terlintas di fikiran pengawal tersebut bahawa ia adalah lembaga yang menyerupai Teoh itu.

"Saya bertanya dia hendak ke mana kerana tiada orang di atas. Dia menjawab "saya nak naik ke atas", lalu masuk ke dalam lif.

"Ketika itulah saya terfikir yang dia nampak seperti Teoh, jadi saya bergegas ke bilik keselamatan untuk melihat CCTV, tetapi tiada seorang pun dalam lif tersebut.

Sumber: Malaysiakini

Jumaat, Disember 04, 2009

Hey brahim ali tengok sini...Ini rupa rakyat yang menyokong bukan macam umno buat...mengampu lebih








Menyokong dan Mendokong Kepimpinan Tok Guru di Kelantan Darul Naim

Gambar puluhan ribu rakyat sokong tok guru....












Puluhan ribu rakyat berhimpun sokong Tok Guru

KOTA BHARU, 4 Dis: Pusat bandar Kota Bharu penuh sesak dengan kebanjiran lautan manusia menghadiri perhimpunan menyokong kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Apa yang jelas ia ratusan kali ganda lebih ramai berbanding demontrasi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan di hadapan Kota Darulnamim Selasa lalu, kata Ketua Penerangan PAS, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Biarpun cuaca redup dengan hujan sekali sekala lebat, ia tidak menghalang puluhan ribu rakyat Kelantan hadir menyatakan kasih dan sayang mereka kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Ada yang datang dari Besut, Gua Musang, Jeli, Kuala Krai dan negeri-negeri lain bagi meramaikan lagi perhimpunan tersebut.

Pelbagai sepanduk dapat dilihat, ada yang bertulis ‘Kita Sayang Tok Guru Kita’, ‘Kami Menyokong Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz’, ‘Royalti bui-builah (bagi-bagilah)’ dan ramai yang memakai lilit kepala bertulis ‘We Love Tok Guru’.

Tidak kurang juga kelihatan ramai anggota polis yang terpaksa berkawal di sepanjang jalan.

Medan Ilmu di Jalan Tok Pati menyaksikan sokongan terhadap kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak pernah surut.

Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat, Ketua-ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud dan penduduk bukan Islam serta pemimpin KeADIlan negeri.

Lebih menarik lagi apabila pemimpin masyarakat Cina, India dan Siam turut berucap di hadapan ribuan yang hadir.

Ah Seng mewakili masyarakat Cina menyatakan kaum tersebut di Kelantan dapat hidup aman damai di bawah pemerintahan PAS yang dipimpinan Tok Guru.

“Masyarakat Cina berdiri teguh di belakang Tok Guru. Kami masyarakat Cina menentang keras usaha-usaha pihak lawan yang mahu menjatuhkan Menteri Besar,” katanya diikuti laungan takbir orang ramai.

Tharuman wakil masyarakat India juga menyatakan masyarakat India di Kelantan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Tok Guru.

Ucapan dalam bahasa Tamil membuat orang ramai menjadi riuh rendah seketika.

Wakil institusi pondok tradisional di Kelantan, Ustaz Awang Yusof dari Pondok Gelang Mas, Pasir Mas secara terbuka meminta rakyat Kelantan tanpa mengira agama dan bangsa memberi sokongan padu kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Wakil KeADILan yang begitu bersemangat berucap berkata, ribuan rakyat yang hadir hari ini tidak dibayar sesen pun untuk hadir menyatakan sokongan kepada Menteri Besar.

“Tidak ada sebuah kerajaan yang bersih di negara ini kecuali Kelantan sepanjang ditadbir Tok Guru hampir 20 tahun,” ujarnya.

Beliau juga mencabar pemuda Umno berdebat pada bila-bila masa untuk membincang isu royalti yang menjadi hak milik rakyat negeri ini cuba dinafikan perdana menteri.

Sumber : Harakahdaily

Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu


Nik Aziz : kita doakan sampai pecah perut

Menjawab bantahan sekumpulan penyokong Umno terhadap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Selasa lalu, ribuan penyokong menteri besar itu hari ini mengadakan demonstrasi besar di Kota Bharu.

Perhimpunan yang diadakan di Jalan Dato' Pati dimulakan jam 10 pagi ini, sebaik sahaja selepas kuliah mingguan tokoh besar PAS itu di depan pejabat perhubungan PAS Kelantan.

Para penyokong Nik Abdul Aziz memakai lilitan kepala warna merah bertulisan putih "We Love Tok Guru" sambil mendengar ucapan beliau sendiri, exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa, pemimpin Pemuda PAS Dr Rosli Alani Abdul Kadir dan beberapa pemimpin lain.

Nik Abdul Aziz berkata penafian bayaran royalti itu melanggar keadilan asasi.

"Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu," kata mursyidul am PAS dengan sorak para penyokongnya.

Ratusan penyokong Umno, yang diketuai seorang pemimpin bahagian Pasir Mas, mengadakan demonstrasi di depan kompleks Kota Darulnaim bagi mendesak Nik Abdul Aziz memohon maaf kepada perdana menteri berhubung ugutan untuk berdoa bala terhadapnya.

Mereka juga mendesak menteri besar melepaskan jawatannya.

Nik Abdul Aziz menyatakan hasratnya untuk berdoa sedemikian berhubung keengganan kerajaan persekutuan meyerahkan bayaran royalti minyak kepada Kelantan, sebaliknya sekadar wang ehsan

sumber: malaysiakini
P/S: Sama-sama umat Islam seluruh Malaysia tak kira dimana kita doakan mereka yang menzalimi dan menganiaya orang ini dikenakan bala setimpalnya.....Takbir

update terkini...Rayuan kes 'gigit polis' tian chua



Sebutan atas Kes "gigit polis" YB Tian Chua ditukar ke 29hb Jan 2010, BN tidak berani menghadapi pengundi kawasan bandar.

Lawan tetap lawan....Membujur lalu melintang patah

Pijak marah...Koyak tak apa...polisi umno/bn yang cacamarba


Inilah umno, bila dipijak gambar ADUN katak-katak, dia punya marah tuhan sahajalah yang tahu tapi dikoyak sekor umat pun tak keluar suara.

Nak kata yang dipijak tu, umno pun bukan, MCA pun bukan MIC pun bukan jugak. Saja-saja nak bakar darah orang. Itulah umno dengan politik perkauman yang tak habis-habis. Sudah-sudahlah tu, rentikanlah........


Ya Allah, Hancurkan dan musnahkanlah orang yang menzalimi dan menganiaya orang lain



Najib telah menzalimi rakyat kelantan. Hak royalti telah bertukar menjadi wang ehsan. Ia merupakan satu pengkhianatan yang berlaku kepada rakyat negeri kelantan.

Di negeri di bawah pemerintahan UMNO, hak royalti ini tidak dinafikan. Sebaliknya, penafian hak ini berlaku, pada negeri dibawah kepimpinan PAS yang mahukan islam menjadi asas pemerintahan.

Memandangkan kezaliman ini dilakukan, menyebabkan Tuan Guru nik Abdul Aziz yang merupakan ketua kerajaan negeri kelantan telah berdoa, agar memberi kebinasaan kepada najib ekoran kezaliman yang dilakukan terhadap rakyat kelantan itu.

Persoalannya, apakah tindakan Tuan guru itu salah?

Bagi memastikan dakwaan itu, dikemukakan hujjah-hujjah berikut;

PERTAMA;

Di awal dakwah, nabi SAW naik atas bukit safa, lalu berucap di atas bukit tersebut untuk menyampaikan kandungan dakwah nabi SAW. Di saat itu, Abu lahab marah dengan dakwah nabi SAW, menyebabkan beliau telah mengambil batu dan membaling ke arah nabi SAW.

Tindakan Abu Lahab tersebut dibenci oleh Allah, menyebabkan Allah menurunkan firman-Nya;

تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ

Maksudnya;
"celakalah kedua tangan abu Lahab, dan sememangnya Abu lahab adalah celaka"

(Surah Al-lahab : 1)

KEDUA:

Firman Allah;

وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِبًا أُولَئِكَ يُعْرَضُونَ عَلَى رَبِّهِمْ وَيَقُولُ الْأَشْهَادُ هَؤُلَاءِ الَّذِينَ كَذَبُوا عَلَى رَبِّهِمْ أَلَا لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ

Maksudnya;
"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat-buat dusta terhadap Allah? Mereka itu akan dihadapkan kepada Tuhan mereka, dan para saksi akan berkata: "Orang-orang inilah yang telah berdusta terhadap Tuhan mereka." Ingatlah, laknat Allah (ditimpakan) atas orang-orang yang zalim"

(Surah Hud : 18)

KETIGA;

Firman Allah;

أُولَئِكَ جَزَاؤُهُمْ أَنَّ عَلَيْهِمْ لَعْنَةَ اللَّهِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

Maksudnya;
"Mereka itu (orang yang zalim), balasannya ialah: bahwasanya la'nat Allah ditimpakan kepada mereka, (demikian pula) la'nat para malaikat dan manusia seluruhnya"

(Surah Al-Imran : 87)

KEEMPAT:

Imam Al-Bukhari ada meriwayatkan hadis, bahawa nabi SAW ada berdoa dalam qunutnya;

اللَّهُمَّ الْعَنْ فُلَانًا وَفُلَانًا وَفُلَانًا

Maksudnya;
"Ya Allah, berilah laknat kepada fulan, fulan dan fulan"

Doa ini dibaca oleh nabi SAW setelah membaca;

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ

Maksudnya;
"telah mendengar oleh Allah terhadap mereka yang memujinya. Wahai tuhan, kepujian itu layak untuk kamu" (Al-Bukhari : 3762)

KELIMA;

Imam At-tarmizi ada meriwayatkan hadis, bahawa Nabi SAW ada berdoa dalam peperangan uhud;

اللَّهُمَّ الْعَنْ أَبَا سُفْيَانَ اللَّهُمَّ الْعَنْ الْحَارِثَ بْنَ هِشَامٍ اللَّهُمَّ الْعَنْ صَفْوَانَ بْنَ أُمَيَّةَ

Maksudnya;
"ya Allah, berilah laknat terhadap Abu Sufyan. Ya Allah, berilah laknat terhadap Al-haris bin Hisyam. Ya Allah, berilah laknat terhadap Safwan bin Umayyah"

Ekoran doa nabi SAW itu, menyebabkan Allah SWT menurunkan firman-Nya;

لَيْسَ لَكَ مِنَ الْأَمْرِ شَيْءٌ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ أَوْ يُعَذِّبَهُمْ فَإِنَّهُمْ ظَالِمُونَ

Maksudnya;
" Tak ada sedikitpun campur tanganmu dalam urusan mereka itu atau Allah menerima taubat mereka, atau mengazab mereka karena sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim."

(Surah Al-Imran : 128)

Kemudian dari turunnya ayat ini, menyebabkan mereka yang nama-nama mereka disebut oleh nabi dalam doa tersebut bertaubat. Dan Allah telah mengampun dosa mereka, bahkan selepas itu, mereka menjadi orang islam yang baik. (At-tarmizi : 2930)

KEENAM;

Imam At-tibrani meriwayatkan hadis. Bahawa nabi SAW berdoa ketika baginda takut/bimbang terhadap sesuatu kaum;

اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُورِهِمْ، وَنَدْفَعُكَ فِي نُحُورِهِمْ

Maksudnya;
"Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung dengan kamu daripada segala kejahatan mereka, dan kami minta pertahanan kamu pada tengkok-tengkok mereka" (Al-Mukjam Al-kabir : 1579)

* maksud dengan doa "kami minta pertahanan kamu pada tengkok-tengkok mereka", adalah doa agar mereka binasa.

ISTIDLAL

Dari Ayat-ayat al-quran dan hadis-hadis nabi SAW ini, dilihat bahawa Allah sendiri membenarkan ungkapan celaan dan laknat diberikan kepada mereka yang zalim. Bukan sekadar itu sahaja, mendoakan agar diberikan laknat kepada mereka terbabit pun dibenarkan dalam islam.

Makanya, terlebih dibenarkan dalam islam apabila mendoakan kecelakaan seseorang itu 'dita'liqkan' dengan sesuatu amalan kezaliman yang bakal dilakukan. Ia sedikit sebanyak, merupakan salah satu cara untuk mencegah seseorang itu daripada melakukan kezaliman.

Sabda nabi SAW;

انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُومًا أَفَرَأَيْتَ إِذَا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ قَالَ تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنْ الظُّلْمِ فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ

Maksudnya;
"tolonglah saudara kamu yang zalim dan yang kena zalim"

Seorang lelaki bertanya, "wahai rasulullah, aku akan menolong seseorang yang dizalimi. Bagaimana pula, hendak menolong orang yang zalim?"

Jawab nabi, "berhentikan dia daripada melakukan kezaliman, maka itu adalah cara kamu menolong dia" (Al-bukhari : 6438)

Dari hadis ini, amat nyata bahawa nabi SAW menyatakan bahawa perlu dilakukan tindakan yang boleh memberhentikan seseorang yang zalim itu daripada dia melakukan kezaliman.

Justeru, jika dengan cara menyebut akan berdoa kebinasaan terhadap orang yang zalim dapat memberhentikan dia dari melakukan kezaliman, maka itu merupakan tindakan yang tidak salah dalam islam, malahan ia adalah sesuatu yang disyariatkan dalam islam.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

Di kedah umno bergolak....di Terengganu pun ikut sama...


KUALA NERUS - Umno Terengganu sebenarnya semakin ‘parah’ menghadapi krisis dalamannya yang melibatkan pimpinan peringkat negeri dalam dua kelompok.

Meski pun, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said masih berada di Mekah bagi menunaikan ibadat haji tetapi ‘seterunya’ bekas pemimpin nombor satu negeri, Dato’ Seri Idris Jusoh belum mahu ‘mengalah’.

Bahkan, Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein yang dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu juga gagal memulihkan krisis ‘dalaman’ tersebut.

Difahamkan, Hishammuddin juga sedikit sebanyak turut terpalit dalam krisis tersebut yang menyebabkan sebahagian pemimpin Umno di peringkat bahagian dan cawangan seolah-olah memboikot majlis yang dihadiri oleh Pengerusi Umno negeri ini.

Tinjauan yang dibuat ke Majlis Qurban Sempena Aidiladha bersama Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein di perkarangan Masjid Kampung Tok Jembal, Seberang Takir pada 28 November 2009, lalu kurang mendapat sambutan rakyat.

Bahkan, pemimpin Umno peringkat negeri, bahagian dan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) juga tidak kelihatan kecuali hanya beberapa orang tertentu sahaja.



Antara wakil rakyat BN Terengganu yang hadir bersama meraikan majlis tersebut iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Ahmad Razif Abd. Rahman, Dato’ Abdul Rahin Said (Teluk Pasu), Din Adam (Bukit Besi), Zakaria @ Ariffin Abdullah (Paka) dan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Mohd Nasir Ibrahim Fikri.

Majlis tersebut merupakan Program Pemimpin Bersama Rakyat yang jumlah kehadirannya hanya sekitar 150 orang sedangkan Umno Bahagian Kuala Nerus sahaja mempunyai 180 buah cawangannya.

Program tersebut bagi menyempurnakan sejumlah 11 ekor sembelihan lembu korban untuk diagihkan kepada orang ramai dan penduduk setempat.

Sumber dalaman memaklumkan selepas majlis tersebut diadakan satu mesyuarat tertutup Umno Bahagian Kuala Nerus di Pulau Duyong.

Menurutnya, Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus, Dato’ Mohd Nasir telah dikecam hebat oleh Dato’ Hishammuddin yang kecewa dengan jumlah kehadiran orang ramai


Sumber : Buletin Online

P/S-Mungkin lembu lebih ramai daripada hadirin yang datang.............

Khamis, Disember 03, 2009

BTN sudah lama terpesong- Bekas Pengarah

Antara kereta mewah dan menunaikan haji...yang mana satu rasuah???


Seorang Setpol Disiasat SPRM, Empat Lagi Menunggu Giliran?

KERIKA percakapan dan perhatian ditumpukan kepada menantu Nik Abul Aziz Nik Mat, Abdul Ariffahmi Abd Rahman yang disiasat oleh SPRM tiba-tiba hari meletus berita seorang Setiausaha Politik kepada seorang menteri sedang disiasat oleh SPRM.

Setiausaha Politik berkenaan yang dikatakan mengumpul wang berjuta-juta ringgit di dalam bank, memilik dua tiga buah kereta mewah dan juga hartanah di Lembah Kelang. Beliau baru berusia awal 30-an.

Wang dan harta itu katanya dipunggut menerusi kedudukannya sebagai Setiasauaha Politik menteri berkenaan yang dipercaya baru dijabatinya sejak awal tahun lalu.

Berita ini menjadi perhatian umum hari ini. Orang ramai juga tertanya-tanya siapakah gerangan Setiausaha Politik berkenaan kerana sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris yang melaporkan tidak menyebut nama Setiausaha Politik berkenaan.

Bagaimana pun dari satu sumber menyebut Setiausaha Politik itu aalah kepada menteri yang berasal dari Pulau Pinang.

Sumber berkenaan yang mengakui banyak mengetahui 'pergerakan' dalaman Umno mengatakan selain daripada Setiausaha Politik itu terdapat tiga atau empat orang lagi Setiausaha Politik yang dalam perhatian pemerhatian SPRM.

Katanya kemungkinan penyiasatan akan dibuat selepas selesai satu satu. Ditanya apakah maksud selesai satu-satu sumber itu hanya menyebut tunggulah... kita tengok nanti.

sumber : msomelayu

Individu yang terkaya, ada kenal tak?

1. Robert Kuok - $10 billion (Kuok Empire, Shangri La, Wilmer International etc)
2. Ananda Krishnan - $7.2 billion (Maxis, Astro)
3. Lee Shin Cheng - $5.5 billion (IOI Group)
4. Teh Hong Piow - $3.5 billion (Public Bank)
5. Lee Kim Hua & family - $3.4 billion (Genting Berhad, widow of late Lim Goh Tong)
6. Quek Leng Chan - $2.4 billion (Hong Leong Group, Guoco Group)
7. Yeoh Tiong Lay & family - $2.1 billion (YTL Corp)
8. Syed Mokhtar AlBukhary - $1.8 billion (MMC, Johor Port, Malakoff)
9. Vincent Tan - $1.3 billion (Berjaya Group)
10. Tiong Hiew King - $1.1 billion (Rimbunan Hijau)
11. Azman Hashim - $700 million (AmCorp Group, formerly Arab-Malaysia)
12. William H. J. Cheng - $660 million (Lion Group, Parkson)
13. Lee Swee Eng - $495 million (KNM Group)
14. Ong Beng Seng - $470 million (Hotel Properties Ltd, Natsteel)
15. Lim Kok Thay - $345 million (son of late Lim Goh Tong, Genting Berhad)
16. Vinod Sekhar - $320 million (Petra Group, known for its Green Rubber Global)
17. Lee Oi Hian - $300 million (Kuala Lumpur Kepong or KLK)
18. Yaw Teck Seng - $295 million (Samling Group)
19. Anthony Fernandes - $290 million (AirAsia, Tune Hotels)
20. Mokhzani Mahathir - $285 million (Kencana, authorized Porsche importer son of former permier Mahathir)
21. Kamarudin Meranun - $280 million (AirAsia, Tune Hotels, Tony Fernandes’s lover *grin*)
22. Jeffrey Cheah - $275 million (Sunway Group)
23. Lee Hau Hian - $250 million (Batu Kawan, KLK, brother of Lee Oi Hian)
24. Chong Chook Yew - $245 million (Selangor Properties, widow – son is MD now)
25. Yaw Chee Ming - $240 million (Samling Group, son of Yaw Teck Seng)
26. G. Gnanalingam - $230 million (Westports Malaysia)
27. Lim Wee Chai - $200 million (Top Glove, world’s largest rubber gloves manafacturer)
28. Kua Sian Kooi - $195 million (Kurnia Asia, insurance)
29. Lau Cho Kun - $185 million (Malaysian Mosaic)
30. Abdul Hamed Sepawi - $180 million (Ta Ann, timber conglomerate)
31. David Law Tien Seng - $165 million (Australian iron ore MidWest, T.S. Law Holdings)
32. Tiah Thee Kian - $163 million (TA Enterprise)
33. Liew Kee Sin - $160 million (SP Setia)
34. Ahmayuddin bin Ahmad - $155 million (Westports Malaysia)
35. Eleena Azlan Shah - $150 million (Gamuda – largest individual shareholder)
36. Lin Yun Ling - $145 million (Gamuda – founder and MD)
37. Ong Leong Huat - $130 million (OSk Group)
38. Lim Thian Kiat - $115 million (former head of Multi-Purpose)
39. Khoo Kay Peng - $110 million (MUI, U.K. retailer Laura Ashley)
40. Nazir Razak - $100 million (Bumiputra Commerce Holdings, brother of deputy PM)



Anak atau adik-beradik sapa la ni?

Selangor bagi beg percuma..kerajaan pusat bagi yuran tambahan


Bayaran tambahan persekolahan

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Kementerian Pelajaran akan mengenakan bayaran tambahan kepada pelajar bagi sesi persekolahan tahun depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, berbeza dengan yuran persekolahan, bayaran tambahan tersebut akan digunakan untuk manfaat para pelajar.

Menurut beliau, yuran persekolahan pula akan digunakan untuk menampung hal ehwal pentadbiran sekolah serta penambahbaikan beberapa kemudahan yang disediakan.

Katanya, jumlah bayaran tambahan itu akan diumumkan kelak dan ia boleh dibayar ketika sesi persekolahan bermula.

"Bayaran tersebut tidak akan membebankan ibu bapa dan para pelajar. Ia juga akan digunakan untuk kemudahan dan aktiviti mereka.[/b]

"Sebagai contoh, duit yuran tambahan itu akan digunakan sebagai insurans dan untuk menjayakan aktiviti kurikulum pelajar sepanjang sesi persekolahan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas [b]hasil perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2010 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Dalam pada itu, Alimuddin berkata, mesyuarat itu kebiasaannya akan diadakan setiap hujung tahun bagi meneliti persiapan persekolahan serta menangani pelbagai isu yang timbul sebelum bermulanya sesi persekolahan baru.

"Dalam mesyuarat tersebut, apa jua perkara berbangkit seperti infrastruktur, perabot, peralatan dan jumlah guru akan diperbincangkan.

"Ini bertujuan agar para pelajar dapat mengikuti sesi persekolahan dalam keadaan selesa serta memastikan segala kemudahan yang disediakan berada dalam keadaanbaik," jelasnya.

Sesi persekolahan baru bermula pada 3 dan 4 Januari ini.


Hidup 1 Malaysia.... rakyat didahulukan....

Perpaduan antara tulen dan retorik........


Kenapa agenda 1malaysia timbul.....


Kenapa Kerajaan perpaduan atau UG tiba-tiba timbul...

Kerana umno/BN melihat PKR,PAS dan DAP tidak lagi mempunyai sempadan bangsa dan agama,

rakyat tak kira bangsa dan agama duduk di bawah satu bumbung tanpa membeza bangsa dan warna kulit.








PKR dengan keadilan untuk semua


PAS dengan PAS for all


DAP dengan Malaysia for Malaysian

membuktikan bahawa ideologi politik tidak membeza bangsa dan agama,
yang penting hormat-menghormati di antara satu sama lain.
Yang susah miskin dibantu tanpa mengira warna kulit, sistem perundangan yang berwibawa.

Perlembagaan dan Rukun negara dihormati tanpa mana-mana rakyat mempersoalkan
kedudukan raja-raja melayu sebagai sistem raja berperlembagaan.

Zaman dan masa berubah, teknik dan taktik pecah dan perintah zaman british
tidak lagi boleh menebatkan lagi boleh digunapakai.

UMNO masih lagi dengan retorik bangsa sedangkan ramai lagi bangsa melayu yang masih ditakuk lama,

Parti anak beranak bak kata mahathir dari ketua bahagian ke ketua cawangan, dari ketua pemuda ke ketua wanita, apa yang dapat kita lihat datuk, bapak,emak,abang, kakak semuanya dikuasai oleh mereka.

Yang kaya merekalah semakin kaya, melayu dikampung digula-gulakan dengan RM50 dan kain batik 5 tahun sekali.

Taktik menakutkan dengan ancaman melayu akan hilang kuasa jika pakatan memerintah sering diwar-warkan.

Tapi yang anehnya politik dan ekonomi masyarakat melayu dikampung-kampung masih tidak berubah.

Yang kaya melayu yang menguasai umno bersama tokey-tokey cina yang ketawa besar dapat memperbodohkan rakyat.

UMNO = parti kaum melayu, masih dengan perkauman dan hasutan untuk kekal berkuasa


MCA = parti kaum cina, tiada apa lagi yang tinggal kecuali yang masih mengharap berkuasa untuk menjadi kaya


Manakala parti kaum india di dalam BN terbahagi kepada 4 hingga 5 parti


MIC sudah tiada lagi, cuma yang tinggal presiden dengan harapan untuk menongkat langit bagi kekal berkuasa


PPP hancur parti berkepala 2 presiden...


IPF tidaklah ketahuan samada masih wujud atau sudah pupus


Makkal Sakhti tajaan Najib berusia 2 bulan pun di ambang barzakh...

Terpulang pada semua untuk menentukan yang mana satu, perpaduan tulen atau retorik...tepuk dada tanya selera...

salam........

parti mee segera tajaan najib akhirnya terburai....

Parti Makkal Sakhti Berpecah!

KUALA LUMPUR, Dis 2 – Parti Makkal Sakthi Malaysia, yang dilancarkan dua bulan lalu oleh Perdana Menteri, menuju perpecahan dengan kumpulan bertelagah mendesak Presidennya R S Thanenthiran melepaskan jawatannya dengan segera.

Kumpulan yang dipimpin oleh Timbalan Presiden A Vathemurthy yang mendakwa menerima sokongan lebih 15 daripada 27 anggota Jawankuasa Pusat (CC) tidak mahu Thanenthiran memimpin parti ini lagi.

“Kami mahu Thanenthiran melepaskan jawatan presiden dan tidak lagi memimpin parti. Usul untuk menyingkirkan sepatutnya dibincangkan hari ini tetapi mesyuarat CC dibatalkan minit terakhir, kami tidak tahu siapa di belakangnya,” kata Vathemurthy pada sidang di sini sebentar tadi.

Mesyuarat CC yang dijadual membincangkan usul menggugurkan Thanenthiran sepatutnya bersidang malam ini.

Tetapi Setiausaha Agung R Kannan telah membatalkan notis mesyuarat tengah malam tadi.

sumber : malaysianinsider

MCA Lunyai

MIC  longlai

PPP lintang Pukang

Makkal Sakhti Terburai

Rabu, Disember 02, 2009

Selangor negeri berkebajikan, sumbangan beg sekolah untuk penduduk miskin


Program ‘Kembali Ke Sekolah’, Selangor Beri Beg Percuma

Kerajaan Negeri Selangor akan memberi bantuan beg sekolah percuma kepada 700 pelajar di setiap Dun di seluruh negeri Selangor.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata agihan beg sekolah percuma itu akan dimulakan tiga minggu lagi melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) masing-masing.

"Kita telah bersetuju untuk mengadakan program ‘Kembali Ke Sekolah ‘untuk keseluruhan negeri Selangor, kita akan belanja dekat 650 ribu ringgit untuk semua Adun,56 adun di Dun Negeri Selangor untuk back to school program dan ini akan disampaikan kepada Adun-adun tempatan dalam minggu yang ketiga di negeri Selangor"

Dr Xavier berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco, di Shah Alam, petang tadi.

Jelasnya lagi, kerajaan telah memperuntukkan RM650,000 bagi program ini yang diyakini dapat memberi rangsangan kepada kanak-kanak untuk ke sekolah.

Beliau berkata pemberian beg sekolah percuma itu adalah bagi meringankan beban pelajar miskin dan keluarga yang berpendapatan kurang RM1,500.

sumber : tvselangor

Tok Guru Nik Aziz penghalang umno hidup semula di semenanjung


Seluruh jentera UMNO diarahkan untuk menjatuhkan Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) kerana dianggap sebagai penghalang kepada BN untuk bukan sahaja menawan Kelantan tetapi adalah sebagai dalang akan kemaraan Umno di Semenanjung.

TGNA yang tegas dan tahu niat jahat Umno walaupun cuba berpura-pura untuk berbaik-baik dengan Tok Guru. Selagi ada TGNA selagi itulah BN buntu.

TGNA paling digerun oleh musuh kerana doanya selalu 'diperkenankan'. Lihat sahaja PRU12 yang lalu Tok Guru bersama 30,000 solat hajat dan bermunajat berdoa distadium Kota Baru dengan mengalirkan air mata didalam hujan renyai-renyai telah 'dimakbulkan' dan jika sekiranya solat hajat dan doa diadakan lagi di stadium bersama 30 ribu umat islam tidak tahulah apa kesudahannya.

Diharap TGNA yang masin doanya itu carilah alternatif lain dahulu saperti berunding dan jika tidak juga berhasil cuba dan cuba lagi dan doa adalah iktiar terakhir atau tangguhkan dahulu untuk PRU13.

Ini bukan pasal taksub tetapi ada banyak bukti. PAS mesti 'jaga' Nik Aziz 24 jam.

Umno ikut cara Amerika iaitu cuba ganggu gugat lawan dari luar dan apabila sudah kucar kacir atau kepalanya sudah lemah mudah untuk jatuhkan PAS dan apabila PAS KO, bermakna parti lain dalam PR akan lemah dan apabila lemah BN akan berkuasa 2/3 lagi di PRU13.

Itulah plan B mereka setelah plan A untuk pujuk pucuk pimpinan PAS gagal (walaupun hampir masuk perangkap). Jika plan B gagal mungkin ada plan C dan D pula menunggu sebelum menjelang PRU13.

Pakciklah, Bukit Kecil

Pulau Pinang selepas Selangor haramkan BTN...


GEORGETOWN 2, Dis: Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengikuti langkah Selangor apabila memutuskan bahawa semua kakitangannya dan pelajar institusi pengajian tinggi milik penuh kerajaan negeri diharamkan dari mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan berkuat kuasa serta-merta.

Pengumuman dibuat Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor Othman dalam sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang tengahari tadi.

"Mulai hari ini Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengikuti langkah Kerajaan Selangor yang mengharamkan BTN kerana tidak melaksanakan modul sebenar bahkan mengisi modul dengan sikap jijik, menghina dan mencemuh kepimpinan Pakatan Rakyat, " jelasnya.

Kerajaan juga sedang mengkaji mana-mana pihak yang menganjurkan kursus serupa kerana ada laporan mengatakan mereka sengaja melemparkan kata-kata nista kepada pihak tertentu yang tidak menyokong Barisan Nasional (BN).

Menurut Dr Mansor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, laporan yang diterima daripada peserta amat mendukacitakan malahan ada yang tertekan dengan tindakan membuli peserta jika mereka tidak memberi kerjasama kepada penganjur.

Walaupun ada usaha kerajaan BN untuk mengkaji semula BTN namun ia sudah terlambat kerana sudah ramai minda peserta telah dirosakan dengan doktrin perkauman dan tidak bertanggungjawab.

Menurutnya remaja sepatutnta dididik dengan modul yang baik bukan memburukan kepimpinan Pakatan Rakyat kerana golongan remaja adalah pemimpin masa depan yang semestinya mempunyai mutu pemikiran yang matang dan tidak terikat dengan kedangkalan fikiran terhadap Umno dan BN sahaja.

"Walaupun ada usaha BN untuk kaji semula namun ia sudah terlambat kerana sudah ramai pemikiran remaja telah diselewengkan dengan melemparkan tuduhan tanpa bukti semata-mata untuk menarik kembali sokongan terhadap BN, " katanya.

25 November lalu, Kerajaan Negeri Selangor, negeri pertama Pakatan Rakyat memutuskan untuk mengharamkan kakitangannya dan pelajar institusi pengajian tinggi milik penuh kerajaan negeri daripada mengikuti kursus atau program dikendalikan BTN.

Sehubungan itu, beberapa buah negeri Pakatan Rakyat yang lain juga sedang menimbang perkara tersebut.

Cop ketua bahagian WAJIB...kalau tak dipersilakan ke longkang


Cop Ketua Umno Bahagian untuk dapatkan projek

KUALA LUMPUR, 2 Dis: Parlimen hari ini 'kecoh' apabila diberitahu bahawa terdapat surat pekeliling arahan untuk mendapatkan cop Ketua Umno Bahagian untuk kontraktor mendapatkan projek.

Perkara ini didedahkan di Dewan Rakyat oleh Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dalam soalan tambahannya kepada Kementerian Kewangan berhubung projek-projek untuk kontraktor kelas A sehingga F.

"Saya dapat tahu ada perjumpaan seorang menteri kabinet yang mengarahkan supaya projek-projek tidak disalurkan kepada penyokong Pakatan Rakyat.

"Malah ada surat pekeliling mengarahkan kontraktor mendapatkan cop Ketua Umno Bahagian untukmendapatkan projek," katanya yang mengundang rasa tidak senang beberapa ahli parlimen BN.

Beberapa ahli parlimen cuba mengganggu Mahfuz seraya menjawab dan melaungkan :"Biasalah kroni."

Menjawab soalan itu, Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Awang Adek cuba memperlekehkan soalan Mahfuz dengan mengatakan ianya tidak berlandaskan fakta dan bukti.

"Ini masalahnya, tidak mahu sebut siapa dan surat yang dikatakan pun tidak ada," katanya.

Lantas, Mahfuz bingkas bangun dan berjanji akan menunjukkan surat tersebut pada sidang Parlimen esok.

"Esok saya bawa surat dan bukti ada arahan itu!" katanya menyebabkan dewan sekali lagi kecoh.

Sebelum itu Awang Adek menjawab soalan Mohd Nizar Zakaria (BN- Parit) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan strategik garis panduan dalam pengagihan projek-projek kepada kontraktor-kontraktor kelas A,B,C,D dan E diberi peluang sebagaimana kontraktor kelas F dan apakah bentuk polisi pihak bank bagi memudahkan pinjaman kepada kontraktor.

Awang memberitahu bahawa pemilihan kontraktor A, B, C dan D bagi melaksanakan projek kerajaan adalah melalui proses tender terbuka atau tender terhad bagi mendapat persaingan yang kompetetif.

"Inilah adalah sejajar dengan matamat kerajaan untuk mewujudkan persaingan yang sihat antara kontrator berdaftar," katanya.

Sebelum itu beliau memberitahu projek berjumlah lebih RM10 juta diberikan kepada kontraktor kelas A, diikuti susunan gred manakala kelas F sekitar kurang RM20,000 sehingga RM200,000 mengikut keupayaan.

Pemindahan wang secara haram sepanjang 2006 hingga 2009...patut la lesap


Sepanjang tempoh 2006 hingga 2009, sebanyak 114 kes pemindahan wang secara haram direkodkan oleh Bank Negara.

Setakat ini cuma 1 kes sahaja yang diambil tindakan,  Bank Negara juga enggan mendedahkan jumlah keseluruhan pemindahan wang secara haram yang berlaku dalam tempoh tersebut.

Kes 1: Mac 2008 melibatkan isteri menteri kanan yang memindahkan RM600 ribu ke Dubai


Kes 2: £3.2 juta pound sterling yang dihantar oleh seorang Tan Sri ke United Kingdom melibatkan seorang  bekas menteri.


dan terdahulu, melibatkan Menteri Besar NS yang memindahkan RM10juta keluar negara.

Sumber: Tian Chua

P/S-hmmm...apa lagi nak dikata, yang kaya makin kaya, yang miskin papa kedana, kita rakyat mengangga tengok duit-duit berterbangan ke sana ke mari sedangkan rakyat marhaen tersepit.

MiG-29 dibeli untuk pameran atau pertahanan???


Pakatan mahu Kementerian Pertahanan beri taklimat dasar kementerian

KUALA LUMPUR, 2 Dis: Jawatankuasa memantau hal ehwal Kementerian Pertahanan di bawah Pakatan Rakyat meminta kementerian berkenaan mengadakan satu taklimat mengenai dasar-dasar pertahanan kepada semua ahli parlimen khususnya jawatankuasa berkenaan.

Ahli Parlimen Machang dari PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, taklimat itu penting kerana isu pertahanan merupakan tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia serta membuka ruang kerjasama yang sihat di antara Pakatan dan kementerian.

Sehubungan itu, jawatankuasa itu akan menghantar satu surat rasmi kepada Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secepat mungkin berhubung perkara itu.

"Sekembali Menteri Pertahanan dari Langkawi, kami akan menghantar surat rasmi kepada beliau dengan segera dan ini bukan permintaan baru. Sewaktu saya bertugas di Kementerian Pertahanan dahulu, kementerian ini pernah mengadakan taklimat kepada Pemuda Umno Malaysia," katanya dalam satu sidang media di lobi parlimen semalam.

Menurutnya juga, taklimat berkenaan tidak bermaksud kementerian berkenaan perlu mendedahkan semua rahsia sulit mengenai kementerian yang sangat penting kepada negara itu tetapi ada perkara yang wajar diketahui oleh rakyat.

"Kita tahu dasar pertahanan terbahagi kepada dua iaitu dasar pertahanan yang sulit untuk kementerian dan pegawai tentera dan dasar pertahanan terbuka yang boleh dikongsi bersama oleh rakyat," tegasnya.

Sebelum itu, Saifuddin membidas kenyataan Zahid dalam sebuah akhbar yang mendakwa isu-isu kementeriannya yang dibangkitkan wakil rakyat Pakatan semasa perbahasan di peringkat parlimen adalah bersumberkan maklumat yang separa benar yang diperoleh daripada internet.

"Saya akui internet menjadi senjata yang lumayan dengan maklumat.Contohnya mengenai ucapan menteri pada bulan sembilan lalu yang dimuatkan dalam laman portal rasmi Kementerian Pertahanan.

"Beliau (Zahid) menyebut sebanyak 16 unit pesawat MIG29 tersadai.Fungsi MIG29 untuk lakukan kerja pemintasan.Tapi kos untuk membiayai operasai MIG walaupun tiada musim perang sekarang ini ialah sebanyak 260 juta setahun.Tersadainya MIG29 akan menjimatkan 260 juta.

"Itu pengumuman rasmi menteri dalam laman portal kementerian pertahanan.Jadi untuk menjimatkan kos tidak perlu menjalankan operasi penerbangan.Bayangkan kalau peperangan berlaku MIG tidak berada dalam siap sedia,"

"Ini sumber sahih yang kami dapat.Adakah sumber dari laman portal itu juga separa benar?"soalnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang dari PAS Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin yang juga ahli jawatankuasa itu mahu nasib bekas perajurit negara dibela kementerian itu.

"Sepanjang sepuluh bulan setengah menjadi Menteri Besar saya didatangi bekas perajurit yang tiada tanah untuk membuat rumah, hanya dapat pencen 300 sebulan dan anak-anak masih bersekolah.

"Kami nak nyatakan bahawa hal ehwal bekas tentera merupakan tanggungjawab kepada kementerian itu sendiri," tegasnya.

Beliau juga berkata, kementerian berkenaan seolah-olah mengabaikan kebajikan bekas pejuang negara.

"Jika diambil perhatian pula, hanyalah kepada pegawai kanan sahaja.Mereka yang dapat manfaat daripada tabungan-tabungan,apa sahaja program yang diadakan. Kakitangan bawahan menanggung penderitaan yang amat dasyat," katanya.

Seorang lagi ahli jawatankuasa berkenaan ialah Ahli Parlimen Bukit Bendera dari DAP, Liew Chin Tong.

Orang kito