Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, Mei 09, 2009

hidangan tengahari

Sekadar hidangan tengahari, selamat beristirehat di petang sabtu.

takut malu & tutup malu

Setelah dicongak-congak dan dihitung-hitung, jika sekiranya ADUN kota alam shah meletak jawatan dan byelection diadakan, jumlah majoriti mungkin lebih besar lagi dan memandangkan isu Perak yang tidak pernah tenang dan semakin bercelaru,rasanya BN tidak sanggup lagi menghadapi kekalahan demi kekalahan dan menjadi ironinya, najib sendiri adalah Pengerusi UMNO negeri selangor. Mana mungkin najib berani menghadapinya.


Sementara di Penanti, Umno masih lagi mencari-cari alasan untuk tidak bertanding di situ. Keadaan memaksa UBN untuk memikirkan siapa bakal menjadi kambing hitam untuk dikorbankan di sana nanti. Keadaan sebegitu rupa sambil Najib ditekan oleh che det untuk meletak calon sambil Najib tidak sanggup mengambil risiko...kalah lagi ,walhal berbuih-buih sudah mulut mencanangkan konsep 1malaysianya tetapi rakyat tetap menolak.

Dalam keadaan najib tidak mahu piliharaya kecil, beberapa lagi YB Pakatan Rakyat di beberapa negeri sedang dipantau perkembangan prestasi mereka dan jika tidak ada perubahan dan keadaan semakin teruk, kemungkinan berlaku byelection tetap ada dan ini amatlah memeningkan kepala najib.
Pada pakatan rakyat, kepimpinan yang ada hendaklah berada dalam keadaan siap siaga menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku serta memantapkan parti masing-masing dalam melalui ranjau liku dan musuh di dalam selimut yang menjadi anai-anai meruntuhkan semangat ukhuwah yang dijalinkan selepas PRU12.

pagi sabtu

Sekadar renungan pagi sabtu

Dia ingat dia masih berkuasa
tanda-tanda kejatuhannya semakin jelas,
Ia tak nampak
ingat dia, dia manusia mahal,
tapi rakyat tengok dia macam orang gila
rakyat semakin marah dia tak peduli
ulama tegur dia, ulama dia hina
dia bukan lagi manusia biasa
ingat dia, dia maha kuasa
tapi rakyat tengok dia, macam org gila
dgn islam hadhari itu, dia ingat dia maha bijaksana
tapi rakyat tgk dia macam orang gila
tanda2 kejatuhannya semakin ketara
dia tak peduli
dia terlupa fitrah manusia
ingat dia, dia boleh terus berkuasa
tapi rakyat tengok dia macam orang gila
dan akhirnya
rakyat tengok dia betul-betul gila

Sajak oleh Dinsman

kronologi ragut

Kronologi kes-kes ragut

· 5 Mei 2009 - Wanita mengandung dua bulan, Jamilah Selamat, 31, meninggal dunia selepas koma tiga hari akibat terjatuh daripada motosikal, diragut dua lelaki, 70 meter dari rumahnya di Johor Bahru.

· 29 April 2009 - Pelajar Tingkatan Dua, Lee Chee Wai, 14, hampir kehilangan dua jari tangan kiri selepas dilibas pisau peragut di Subang Jaya kerana mahu merampas kembali alat permainannya.

· 28 April 2009 - Dua pelajar sekolah menengah yang lengkap berpakaian seragam sekolah memukul seorang wanita sehingga cedera sebelum meragut beg tangannya di Desa Setapak, Kuala Lumpur, kelmarin.

· 29 Mac 2009 - Nurul Fatimah Ali, 19, koma selepas nekad menunggang motosikal melawan arus untuk mengejar motosikal dinaiki dua lelaki yang meragut beg tangannya di bawah Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

· 21 Februari 2009 - Wanita warga Singapura cedera di lutut dan rugi kira-kira S$5,300 (RM13,000) selepas beg tangannya diragut dua lelaki di Kuantan.

· 2 Februari 2009 - Nor Hanani Ibrahim, 21, dari Taman Sena Indah, Kangar nekad mengejar dua penjenayah yang meragut beg tangannya sehingga kedua-dua lelaki itu berjaya diberkas orang ramai.

· 4 Januari 2009 - Seorang pembantu tadika dalam perjalanan menghantar laporan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan menunggang motosikal patah kedua-dua kaki dan tangan kanannya selepas diragut di Jalan Pusara, Kuala Terengganu.

· 10 Disember 2008 - Seorang wanita warga emas maut digilis lori selepas diragut dua lelaki bermotosikal sebaik selesai membeli barang harian di Pasar Awam Bukit Mertajam.

· 22 November 2008 - Seorang wanita berusia 65 tahun cedera ringan selepas terjatuh dalam kejadian cubaan meragut beg tangan di hadapan masjid Kampung Gerai, Jertih, Besut.

· 13 November 2008 - Seorang wanita, Khoo Lee, 38, cedera dalam kejadian cubaan ragut berhampiran lokasi program pencegahan jenayah, di Pusat Perniagaan Pesta Baru, Jalan Bakri, Muar.

· 29 Oktober 2008 - Hasrat seorang pelajar Tingkatan Lima cuba menolong sepasang kekasih yang menjadi mangsa ragut berakhir dengan tragedi kerana maut apabila motosikalnya terbabas diterajang rakan peragut yang mengekorinya.

· 11 September 2008 - Seorang wanita kerugian kira-kira RM1,200 selepas beg tangannya diragut seorang gadis yang membonceng motosikal seorang lelaki di Jalan Air Putih, Kuantan.

· 11 Ogos 2008 - Jururawat, Israha Ismail, 29, parah selepas diragut ketika menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Jalan Seriab, Kangar.

· 20 Jun 2008 - Seorang wanita yang koma tujuh hari selepas bergelut dengan seorang lelaki yang meragut beg tangannya berhampiran pusat beli-belah Melaka Mall, Melaka, meninggal dunia.

· 12 Mei 2008 - Isteri seorang kakitangan Berita Harian yang mengandung tiga bulan cedera diragut dua penunggang motosikal di Jalan Walter Grenier, Kuala Lumpur.

· 10 Mei 2008 - Penjual nasi lemak, Siti Zubaidah Ismail, 41, parah manakala anaknya, Noorhasniza Mat Tahir, 14, cedera selepas jatuh dari motosikal apabila seorang lelaki meragut beg tangan dari dalam raga motosikal yang mereka naiki di Simpang Kuala, Alor Setar.

· 20 April 2008 - Penghantar surat sambilan, Mohd Atiff Afifi Omardin, 22, cedera ditikam dengan pisau rambo, ketika cuba menangkap dua lelaki yang meragut seorang warga emas dekat Pintu Geng, Kota Bharu.

· 10 Februari 2008 - Pelajar Universiti Malaysia Perlis, Nur Amalina Abu Bakar, 20, cedera di kepala selepas motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan kereta ketika cuba mengejar lelaki yang meragut beg tangannya di Alor Setar.

· 28 Disember 2007 - Guru, Norlidah Misran, 36, patah tulang belakang selepas terjatuh ketika menarik beg tangannya daripada diragut di Muar.

· 30 Oktober 2007 - Ketua Meja Jenayah akhbar Nanyang Siang Pau, Steven Chiew, 44, cedera di mulut dan hidung terjatuh selepas beg yang disandangnya disentap penjenayah di Kelana Jaya

Jumaat, Mei 08, 2009

terlatest dan terkini

Kerajaan sebentar tadi memgumumkan pembebasan tahan ISA
Uthayakumar, Manoharan, Vasantha dan 10 yang lain,
namun itu tak meredakan kemarahan rakyat terhadap rampasan kuasa di Perak.
hmm bunyi semacam jer.....ada apa-apa ke ni?

bogel dan dibogelkan








Di dada-dada akhbar arus perdana sibuk dipaparkan larian bogel di sebuah pulau di Johor tetapi apabila demokrasi dibogelkan di Perak, media tiba-tiba diam seribu bahasa, senyap sunyi tanpa bicara. Itulah maksudnya kot kebebasan akhbar atau kebebasan bersuara tajaan BN.
Tiada tanda-tanda perubahan ke arah kebaikan seperti yang diwar-warkan semasa pengumuman PM baru cuma yang nampak tanda-tanda jelas makin menghampiri ke arah pemerintahan kuku besi dan undang-undang rimba. Semoga kita ditempatkan bersama golongan orang-orang yang bersabar.

india, malaysia atau thailand????

Ingatkan parlimen India sahaja macam tu, rupa-rupanya di malaysia pun serupa.
Tak payah kita nak pergi jauh-jauh.
Patutlah zambry beria-ria tak benarkan media datang buat liputan.
Sekarang 1 malaysia dan 1 dunia dah tahu...so mana nak sorok muka, malu besar kita dibuatnya

Klik disini untuk melihat sepanjang persidangan DUN Perak

Subjek Pengajian Am




Selamat datang ke alaf baru.
Nampaknya kementerian Pendidikan kena tukarlah silibus dalam buku teks Pengajian Am. Bagaimana cara-cara untuk menukar speaker dewan dalam peraturan dan undang-undang di dalam dewan negeri. Nampaknya kena ulang cetak balik la buku teks ni sebab dah ada ralat.

Khamis, Mei 07, 2009

yang terlarang.....

1.Tak boleh pakai baju kaler kuning
2.Tak boleh pakai baju kaler hitam
3.Tak boleh sebut nama al.........
4.Membawa atau menghantar kek di khalayak ramai
5.Tak boleh buat pondok panas masa mengundi
6.Tak boleh datang ramai-ramai untuk penamaan calon
hish....makin lama makin pelik jadinya
Syabas dan tahniahlah pada yang berkenaan.....
macam-macam ada........

Mutakhir Black Thursday

Perkembangan terkini di Perak:

4.10 Petang - Pengarah Strategi KeADILan Tian Chua ditahan di perkarangan Dun Perak.
Sementara itu, Raja Nazrin bersalaman dengan semua Adun Pakatan Rakyat seterusnya dengan Adun BN selepas itu Pengerusi Dap Perak Ngeh Khoo Ham berkata Nizar dititah untuk mengadap Raja Nazrin di kamar diRaja.

4.05 Petang - Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah menamatkan titah ucapan baginda dalam perasmian pembukaan sidang dewan setelah menyampaikan ucapan kira-kira setengah jam.
Sidang Dun Perak hari ini ditangguhkan.

4.00 Petang - Zuraida Kamaruddin sekali lagi dihalang memasuki dewan walaupun memegang kad jemputan. Beliau dihalang masuk kerana diundang oleh Speaker V. Sivakumar. Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar Mohd Akin mengutuk kejadian ini.

3.50 Petang - Menurut Tian Chua Mat Sabu juga sudah dibebaskan

3.40 Petang - Seramai tahanan pagi tadi dibebaskan termasuk Wanita KeADILan Zuraida Kamaruddin dan Adun Teratai Janice Lee.

3.20 Petang - Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah telah memasuki dewan dan sedang bertitah.

2.45 Petang - Kekecohan dalam sidang Dewan berterusan selepas sidang bersambung semula
sebentar tadi apabila wakil -wakil Pakatan Rakyat dan BN bergelut sesama mereka.
Menurut sumber, 20 orang anggota polis memasuki dewan. Kerusi Speaker bersama Sivakumar dan membawa keluar dewan.Keadaan bertambah rumit. beberapa orang wakil Pakatan Rakyat dipukul di dalam dewan.
2.15 Tengahari - Dewan kembali kecuh apabila keadaan tolahk-menolak untuk menghalang Ganesa memasuki dewan. Kelihatan polis memasuki dewan untuk menenangkan keadaan. Wakil Pakatan Rakyat menyuruh polis keluar dewan.

2.05 Tengahari - Seramai hampir 70 orang ditahan di Balai Polis Sungai Senam setakat ini. Juga hampir sepuluh peguam Pakatan Rakyat sudah berada di balai termasuk Karpal Singh, Kulasegara, Madzi Hasan dan lain-lainnya. Sementara itu, di hadapan balai, penyokong-penyokong Pakatan Rakyat menunjuk perasaan dengan mempamirkan slogan 1Black Malaysia.

Sumber : Suara Keadilan

antara dua mat

Yang satu mat rempit...tak reti membaca atau tak paham undang-undang jalan raya, berlumba dan jadi samseng jalan raya, kalau nak mati tu mati sorang-sorang sudahlah, ini tidak menyusahkan orang ramai.

Yang satu lagi mat sidang, tak reti membaca jugak dan tak paham perlembagaan, adun bersidang main hentam kromo aje lepas tu jadi samseng dewan, main langgar aje perlembagaan negeri, pakai suka hati lantik satu lagi speaker dewan, speaker yang dok ada pun tak ke mana, hidup lagi dan masih duduk di kerusi speaker.

Apa bezanya? tak ada beza....sama aje...

mat sidang kata mat rempit....mat rempit kata mat sidang
pi mai pi mai tang tu jugak la
Yang pening siapa? Polis jugak......kesian kat diorang ni, mat rempit nak kena jaga, mat sidang pun nak kena jaga

terkini!!

Speaker Sivakumar mengarahkan Zambry dan 12 Adun BN keluar dari dewan kerana penggantungan masih sah.
BN melantik speaker baru, Ganesan (bekas ADUN Sungkai) sebagai speaker baru,
dan kini Perak mempunyai 2 MB dan 2 speaker dan 2 barisan exco. tahniah!!! Malaysia Boleh.
TANGGAL 7 MEI 2009- HARI INI DALAM SEJARAH
SIDANG BEREHAT DAN DITANGGUHKAN SELAMA 1 JAM
Semua ADUN tidak meninggalkan kerusi masing-masing. .

liputan terkini dari luar dan dalam DUN Perak

Sila ke link di bawah untuk liputan terkini

1.Idham Lim -versi melayu

2.Anilnetto - versi english
Terkini
YB Zuraida (MP Ampang) dan puluhan penyokong dan pemimpin PR ditangkap di Ipoh.
Sementara semua ADUN sedang memasuki dewan sekarang ini.

Wamakaru wamakarallah wallahu khairulmakirin

Sesungguhnya benarlah Ya Allah.. hanya perancangan Engkau sahaja yang berjaya
Mereka merencana, Allah juga merencana, sesungguhnya Allah sebaik-sebaik Perencana.

Sama-samalah kita tunggu kesudahan kemelut krisis politik di Perak pagi ini.

Rabu, Mei 06, 2009

Setakat jam ini

Seorang ditahan di Cheras dan kemudian di Putrajaya dan seorang lagi di KL. Sebab musabab tangkapan masih lagi belum dikenalpasti....
Antara yang ditahan, Wong Chin Huat, Badrul Hisham dan Mohamad Sabu.
Berita-berita terkini akan dilaporkan dari semasa ke semasa.

Kuliah Maghrib


Add Video

ULANGTAHUN KE-10 PKR


Selasa, Mei 05, 2009

Harapan Baru atau 1Malaysia

Antara janji atau retorik....antara DSAI atau Najib....persoalannya disini, apakah ikhlas tindakan yang dilakukan UBN sekarang atau cuma political mileage semata-mata. Pada PRU12, DSAI menjanjikan keadilan untuk semua, maksudnya keadilan pada semua bangsa tak kira melayu,cina,india,iban dan kadazan dan berbeza dengan 1malaysia yang cuma retorik dan kosmetik pada satu pemerintahan ala pecah dan perintah, konsep pada zaman penjajahan british yang diamalkan UBN, dulu...kini dan selamanya.
Apa hebatnya Najib menjadi PM jika acara pengumuman PM sama dan tiada perubahan...setiap kali PM baru,tahanan ISA dilepaskan, kemudian rombakan kabinet dapurnya yang seperti tikus membaiki labu, apa agendanya 1malaysia....menghapuskan 30 peratus kuota bumiputra, liberisasi bank tempatan, menutup MECD cuma dan hanya kerana untuk memancing sokongan bukan melayu yang dilakukan secara tidak ikhlas seperti melepas batuk di tangga sahaja.
Apakah janji DSAI dan bukan sekadar retorik sebagaimana didakwa sesetengah pihak yang sekarang sudah terlaksana dalam negeri-negeri pakatan rakyat. Contohnya di negeri selangor, terlaksananya satu demi satu manifesto PRU12 dari rakyat dan untuk rakyat seperti Mesra Usia Emas, Tabung Anak negeri Selangor, Bekalan air 20 meterpadu percuma, menaiktaraf pendidikan rakyat selangor dan berbagai lagi program khususnya untuk rakyat dan dalam pada itu DSAI juga menjanjikan dalam menjaga kepentingan semua kaum dan pada masa yang sama, orang melayu diberi keutamaan untuk bersaing dengan bangsa lain dalam mengharungi masa depan yang lebih mencabar. Kata orang, 'duduk sama rendah, diri sama tinggi'.
Di kala Najib melafazkan retorik 1malaysia, ironinya tiada pula kedengaran atau analisa penganalisa politik tempatan yang menyuarakan komen pada retorik Najib itu, apatah lagi cara perlantikan Najib sebagai PM seperti rampasan kuasa secara halus dari Pak Lah yang memusykilkan seluruh negara dan dengan berbagai masalah dan skandal yang masih tidak terjawab.
Kesimpulannya, Malaysia amat mendahagakan sentuhan kepimpinan yang dinamik dalam memacu negara ke arah bangsa yang gemilang tanpa menyisihkan mana-mana bangsa. Harapan Baru masih menjadi harapan rakyat dan semoga harapan menjadi kenyataan satu hari nanti.
Bak kata DSAI,
'Kalau bukan hari ini.....esok'
'Kalau bukan minggu ini......minggu depan'
'kalau bukan bulan ini.......bulan depan'
'kalau bukan tahun ini.......tahun depan'
tapi.....
LAWAN TETAP LAWAN
Salam Reformasi

Isnin, Mei 04, 2009

Syirik, adu domba dan duit

PERAK
Nampaknya MB haram sudah mula hilang pedoman...dah mula gelabah sehingga sampai gunakan 'kerajaan langit' untuk mempertahankan kerajaan kudetanya, apa rasionalnya mengaitkan mufti Perak, sedangkan dalam islam pun dah jelas, jangan menyekutukan Allah hukumnya syirik. Entahlah belalang dunia dah terbalik, pihak berkuasa dah digunakan tak jalan...gunakan istana pun tak jalan...mahkahmah pun tengah pening sekarang...kejap sana...kejap sini...SUK pun diperkudakan...apa lagi lepas ni pun tak tahu lah....nasib kau lah belalang. Apa-apa pun kita doakan kemenangan pada Pakatan di Perak. Insya'allah

KELANTAN
Lain pula di pantai timur, media-media pengampu dah mula kerja-kerja iblis diorang, dah mula mencucuk dan melaga-lagakan pimpinan pakatan rakyat, patutlah tok guru tak mahu baca sinar harian, lagi-lagilah utusan...wah tajuk utama pulak hari ini...ish ish ish dah habis cerita ke ameno ke nak tutup pekung, TV3 pun mesti tak habis-habis lagi mengampu...eloklah tu makin buruk cerita pasal PR makin ramailah orang benci kat UBN. tak habis-habis....sudah-sudahlah tu.

PAHANG
Dengar-dengar cerita Pi Yem baru tengah sibuk tabur duit kat orang kampung dan orang felda,
mentang-mentanglah jawatan baru, ye lah dunia tak iktiraf kenalah gi beli jiwa orang kampung,
almaklumlah duit hasil komisen banyak tu hasil ehem ehem tahun-tahun dulu, tambah-tambah dapat jawatan lagi besar, hmm 1malaysia lagi nak dijualnya. Pada pakcik2 dan makcik2 di kampung, kalau dia bagi duit ambil, bagi kain ambil tapi undi bagi pakatan...insya'allah lagi ramai kita undi pakatan lagi banyaklah duit turun dari langit....paham-paham sudah la.

wassalam

Tribute pada ibu tersayang...

Selamat Hari ibu pada semua ibu-ibu yang melahirkan dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang....

Ahad, Mei 03, 2009

dahulu dan sekarang














Dari utara ke pantai barat dan kemudian ke selatan tanah air....

Nampaknya makin tak lena lah tidor pak ajib dan suaminya, kak rosemah....by election dimana-mana sampailah ke PRU13....kemungkinan ada di kedah dan kemudian ke selangor dan lepas tu ke johor....seronoklah masyarakat setempat, masa ni lah boleh menjana pendapatan lebih sedikit. Kegembiraan pada penyokong PR dan kedukaan pada Bee End sebab nak kena keluar duit lagi....isk isk isk duit habis lagi....hmmm tak sempat nak berjoli duit rakyat, dah nak kena keluar lagi duit. Yea lah kan....untuk polis dah berapa juta lagi habis lepas ni tak tahulah, pengundi hantu lagi....duit hotel...duit belanja....duit untuk melobi lagi....hmmm makin botak la kepala pak ajib....nampak Malaysia meriah dengan by election sehingga ke hujung tahun...pada peniaga semua selamat berniaga, prepare la stok banyak-banyak takut tak cukup pulak, rugi pulak nanti.....masa ni lah nak cari duit raya.
Selamat berpilihanraya dan selamat berniaga.
ok,chow.....

Orang kito