[CARILAH KASIH INSAN DEMI CINTA TUHAN] Selamat Datang Ke Blog Seruling Senja. Sebarang komen, cadangan atau apa sahaja boleh dihantar kepada saya di serulingsenja2@gmail.com
Sunday, March 14, 2010
Hikam 4: Rehatkanlah Dirimu Daripada Tadbir
Monday, December 21, 2009
Hikam 3: Mendahulukan Segala Cita-Cita Itu Tidak Akan Mencarikkan Kota Takdir
Ibn 'Ajibah menambah: Pengarang berasa bimbang jika terdapat seseorang menyangka bahawa himmah (cita-cita) dapat menembusi pagar qada'. Justeru itu dipertegaskan dengan hikmah ini:
سَوَابـِقُ إِلْهَمِ لاَ تَخْرِقُ أَسْوَارِ الأَقْدَارِ
Syeikh Ibn 'Ajibah berkata: Musabbab dan Mutajarrid kedua-duanya beramal kerana Allah s.w.t, dan kedua-duanya bertawajjuh dengan benar. Bandingannya seperti dua orang hamba raja seorang disuruh beramal dan makan, manakala seorang lagi dikatakan kepadanya: Dudukklah di sisiku, pasti aku akan mencukupkan segalanya untukmu.
Walau bagaimanapun, kebenaran tawajjuh lebih kuat daripada mutajarrid kerana sedikit rintangan dan pergantungan sepertimana yang dimaklumi.
Sementara هِمَّةُ الْفَقِيْرِ الْمُتَجَرد selalunya benar dan selamat daripada kesilapan sepertimana sabda Rasullah s.a.w:
إِنَّ لِلَّهِ رِجاَلاً لَوْ أَقْسَمُوْا عَلَى اللهِ لأَبَرَّهُمْ فِيْ قَسَمِهِمْ
Ini bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:
رُبَّ أَشْعَتَ أَغْبَرَ مَدْفُوْعٍ بـِالأَبْوَابِ لَوْ أَقْسَمَ عَلَى اللهِ لأَبَرَّهُ
Syeikh kami berkata: Allah s.w.t mempunyai hamba-hamba apabila mereka berkehendakkan sesuatu nescaya mendapatnya dengan izin Allah s.w.t.
Daripada Ibn 'Adi daripada Abi Said al-Khudri, sabda Rasulullah s.a.w:
إِتَّقُوْا فِرَاسَةُ الْمُؤْمِنِ فَإِنَّهُ يَنْظُرُ بـِنُوْرِ اللهِ
Thursday, August 20, 2009
Hikam 2 : Kehendak Untuk Tajrid
Kehendakmu untuk tajrid (beribadat tanpa perlu berusaha dunia), padahal Allah masih menempatkanmu pada golongan orang yang harus berusaha (kasab) untuk mendapatkan keperluan seharian, maka kehendak itu adalah daripada syahwat hawa nafsu yang tersembunyi. Sebaliknya kehendakmu untuk berusaha, padahal Allah telah menempatkan dirimu pada golongan orang yang beribadah tanpa perlu berusaha, maka kehendak yang demikian bererti menurun daripada cita-cita yang tinggi.
Mafhum Hikmah:
Kehendakmu berlepas diri daripada sebarang sebab yang Allah s.w.t wujudkan bagimu untuk mendampinginNya, seperti mencari rezeki yang halal dan mencari ilmu yang zahir merupakan keinginan hawa nafus yang tersembunyi.
Hal ini adalah kerana syahwat atau hawa nafsu tidak terlepas daripada kehendak Tuhanmu sekalipun bermaksud untuk segera bertaqarrub dengan tajrid kepada Allah s.w.t yang menciptakanmu.
Sebaliknya kehendakmu kepada asbab atau usaha untuk mendampingi Allah s.w.t yang masyghul (menyibukkan) kamu daripadaNya yang mulia. Sedangkan Allah s.w.t telah menetapkan kurniaanNya kepadamu tanpa desakan dan usaha merupakan kecundang daripada himmah (cita-cita) yang tinggi kerana kembali daripada Hak (Allah) kepada makhlukNya merupakan serendah-rendah martabat. Justeru, akurlah dan redhalah dengan kehendak Allah s.w.t terhadapmu.
Dipetik dari kitab Ahasinul Kalimi karangan Dr. Mohd. Zulkifli al-Bakri.
Friday, August 7, 2009
Hikmah 1: Antara Tanda Bergantung Kepada Amal
Mafhum Hikmah:-
Awasi diri daripada bergantung kepada redha Allah s.w.t dan balasan yang dijanjikan kepadamu seperti solat, puasa, zakat dan lain-lain tetapi bergantunglah kepada rahmat Allah s.w.t dan kemuliaanNya. Ibn 'Abbad berkata bahawa bergantung kepada Allah merupakan sifat orang Arifin yang bertauhid, sebaliknya bergantung kepada yang lain merupakan sifat orang jahil yang lalai.
Dipetik dari kitab Ahasinul Kalimi karangan Dr. Mohd. Zulkifli al-Bakri.