Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka Telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka). Maka janganlah kamu jadikan di antara mereka penolong-penolong(mu), hingga mereka berhijrah pada jalan Allah. Maka jika mereka berpaling, tawan dan Bunuhlah mereka di mana saja kamu menemuinya, dan janganlah kamu ambil seorangpun di antara mereka menjadi pelindung, dan jangan (pula) menjadi penolong, (an-Nisa’ : 89)
Negara kita dikejutkan dengan pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri mengenai penubuhan Jawatankuasa Antara Agama yang diletakkan di bawah bidang kuasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr . Koh Tsu Koon serta di pengerusikan oleh Datuk Ilani Isahak.
Akibatnya banyak pihak yang mempertikaikan penubuhan jawatankuasa tersebut termasuklah PERKASA, ABIM, Mufti Perak dan beberapa pertubuhan NGO lain. Objektif penubuhan tersebut kelihatannya amat kabur dan mirip kepada interfaith commissions (IFC) yang pernah mendapat bantahan tahun lalu sewaktu dicadangkan penubuhannya oleh pihak-pihak tertentu.
Maka Timbalan Perdana Menteri muncul memberikan penjelasan bahawa penubuhan jawatankuasa tersebut hanyalah membincangkan mengenai perhubungan antara kaum di Malaysia sahaja. Oleh itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Dato' Jamil Khir Bin Baharom untuk memberikan penjelasan mengenai objektif penubuhan jawatankuasa tersebut kepada rakyat.
Daripada pengamatan saya, penubuhan jawatankuasa tersebut tidak pernah mendapat pandangan daripada orang yang mahir dalam bidang agama seperti Majlis Fatwa Kebangsaan dan para Mufti. Kerajaan seolah-olah cuba mencari alasan bagi memberikan penjelasan kepada rakyat untuk mengelak dari dipersalahkan.
Sekiranya jawatankuasa tersebut hanyalah untuk membincangkan mengenai perhubungan antara kaum di Malaysia , kenapa perlu dinamakan sebagai ‘Jawatankuasa Antara Agama’? Seharus dan sepatutnya ia dinamakan sebagai ‘Jawatankuasan Antara Kaum’! Kesilapan pertama kerajaan terbongkar menunjukkan ianya idea yang dibuat secara tergesa-gesa tanpa mendapatkan pandangan pakar mengenai kebolehan serta implikasinya di masa hadapan.
Masyarakat Islam amat risau akan kembalinya peristiwa cadangan IFC yang lalu kerana ia boleh merendahkan martabat agama Islam sebagai agama tertinggi negara dengan perlbagai permintaan dan syarat yang dikemukakan oleh agama-agama lain.
Sebagaimana ayat 89 surah an-Nisa’ diatas, Allah sw.t melarang hambanya daripada mengambil orang-orang kafir sebagai penolong atau pembantu sehinggalah mereka itu meyakini sebagaimana yang kita imani serta mereka sentiasa mahukan kita mengikuti kehendak mereka.
Apakah kita mahu mengambil orang-orang kafir sebagai penasihat dalam agama atau mengenai agama kita sendiri? Adakah kita yakin dan pasti bahawa nasihat yang bakal diberikan itu selari dengan landasan syara’?
Berdasarkan pengalaman lalu, amat mustahil untuk berlaku demikian kecuali segala-galanya adalah atas kehendak Allah s.w.t.