Pada hari ni sebenarnya takder mood nak menulis entri... Kebetulan malam tadi saya ada uploadkan satu Video pendek ke Youtube berkenaan anak saya Adam..
Jadi kalau anda sudi nak tengok video tersebut boleh lah klik play pada video di bawah...
Selamat bercuti di hujung minggu... dan luangkanlah masa di hujung minggu anda untuk bersama keluarga tercinta...
Pada pagi ini saya ingin mengajak anda untuk menonton sebuah video pendek sebagai satu hiburan.. Diharapkan dengan menonton video pendek ini akan dapat menyegarkan minda anda pada pagi Sabtu ini...
Bagi pendapat saya orang yang menghasilkan video ini sememangnya seorang yang kreatif... Hanya bermotifkan banana (pisang) telah menjadikan ianya sebuah cerita yang ringkas yang menarik...
Jom sama-sama kita saksikannya...
Pengajaran yang dapat diperolehi daripada cerita ringkas ini ialah jangan bersikap tamak...
Disebabkan tamak, maka Banana yang sepatutnya boleh dikongsikan secara sama rata dengan dua orang menjadi rebutan semua orang... Sehingga akhirnya tiada seorang pun yang berpeluang merasai keenakan banana tersebut...
Seandainya mereka berkongsi banana tersebut sejak dari mula lagi, tentu banana tersebut telah selamat berada dalam perut mereka...
Ini yang dikatakan orang... rezeki belum tentu menjadi kepunyaan kita walaupun ianya telah berada dihadapan mata dan dalam pegangan kita.. Ianya hanya akan sah menjadi rezeki kita bila telah berada di dalam perut kita... Wallahualam...
Jadi cukuplah setakat ini sahaja perkongsian saya pada pagi Sabtu ini... Semoga anda ceria-ceria selalu dalam menjalani kehidupan anda seharian di samping insan tersayang..
Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita berada di Bulan Ramadhan.. Saya percaya pada ketika ini semua orang dah tak sabar menunggu masa untuk pulang ke Kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri...
Selamat Pulang ke Kampung dan Selamat menyambut Hari Raya buat sekuruh rakyat Malaysia yang meraikannya..
Bagi anda yang tidak pulang ke kampung, Jangan bersedih.. Walau di mana jua kita berada, hari raya tetap dapat disambut dengan meriah.. Ialah kita kan satu Malaysia.. Suasana kemeriahan menyambut hari Raya turut sama dirasai oleh seluruh masyarakat berbilang kaum di Malaysia..
Jadi raya dekat mana-mana pun.. Asal sahaja di Malaysia.. Kita tetap berpeluang menyambutnya dengan suasana yang meriah..
Sambil bercerita tentang hari raya ni, izinkan saya berkongsi sesuatu untuk pembaca blog ini...
Saya tertarik untuk memuatkan video ini ke dalam blog sembang hari2 sekadar untuk rekriasi minda...
Video ini saya tonton di YouTube sewaktu beristirehat melayani kerenah anak sulung saya Haikal.. yang sangat meminati Ultraman..
Walaupun ianya sekadar sebuah permainan video game... Mungkin ada satu pengajaran yang dapat diselitkan di sini.. Pengajarannya ialah besar tak semestinya hebat dalam semua perkara.. Dan kecil tidak semestinya lemah..
Jadi kepada anda yang mempunyai tubuh fizikal yang kecil, janganlah merendah diri.. Anda juga mempunyai potensi untuk mencapai lembaran demi lembaran kejayaan dalam hidup anda..
Setiap orang yang bersungguh-sungguh dalam mengerjakan sesuatu.. Insya Allah akan ada sinar kejayaan menanti mereka.. walaupun mungkin pada mulanya perkara tersebut kelihatan agak mustahil untuk disempurnakan..
Walaupun mungkin video ini tidak sesuai untuk menjadi satu contoh terbaik untuk entri ini.. Tetapi Semoga mesej yang cuba disampaikan dapat menjadi satu dorongan motivasi buat kita semua untuk memulakan hari baru..