Tengah sibuk mencari video untuk membuat ucapan selamat hari raya di Youtube... terjumpa pula video-video pasal Cicak Tokek ni..
Mungkin ramai anda pun dah tahu pasal cicak tokek ni... Dan kenapa pada satu ketika, baru-baru ni ramai orang mencari cicak tokek???. Dan ada juga yang berangan-angan nak jadi jutawan segera dengan memiliki Cicak Tokek ini..
Tapi bukan senang nak dapatkan cicak tokek ini... Kena pergi ke kwasan-kawasan tertentu, baru boleh jumpa... Kalau dapat pula, ada syarat-syarat yang dikenakan pembeli, sebelum mereka bersetuju untuk membeli cicak tokek yang anda berjaya perolehi...
Apa yang menariknya Cicak Tokek ni, sehinggakan ianya boleh dijual dengan harga jutaan ringgit sekilogram?
Cicak tokek sekarang ni dikatakan sedang dicari di kebanyakan negara-negara maju.. Kononnya dalam badan Cicak tokek ini terdapat satu bahan yang boleh mengubati penyakit Aids... Ini berdasarkan maklumat yang saya perolehi melalui internet dan hasil perbualan dengan kawan-kawan...
Bahan tersebut terdapat pada bahagian-bahagian tertentu pada badan cicak tokek seperti pada ekor, bawah ketiak, dekat leher dan sebagainya... Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang bahan tersebut dan dimana ianya boleh didapati pada badan Cicak tokek ini, anda boleh tonton video di bawah:
Sebab tulah cicak tokek ni mahal harganya.. Cicak tokek ni dibeli untuk dibunuh bagi mendapatkan cecair berupa merkuri tersebut... Dulu saya pernah dengar ada buyer yang sanggup beli cicak tokek ni dengan harga RM1 juta /kilogram...
Baru-baru ini, adik ipar saya beri tahu beliau ada mengenali seorang buyer yang sanggup membeli cicak tokek ini dengan harga yang jauh lebih mahal daripada nilai tersebut... Bagi saya nilai sejuta tu pun dah terlalu banyak..... Inikan pula kalau dapat lebih daripada sejuta... huhuhu...
Tapi bukan senanglah nak cari cicak tokek ni.. Kalau senang tentu dah ramai rakyat Malaysia ni dah jadi jutawan segera... Antara tempat yang dikatakan mudah nak cari cicak tokek ini adalah kawasan hutan, pedalaman atau di kawasan-kawasan yang sunyi...
Semasa saya berada di Mukah dahulu... ada kenalan saya yang pergi mencari cicak tokek ini di kawasan pedalaman Sarawak... Dengar ceritanya dapat lebih kurang 2 kilogram... Tapi tak tahulah apa kesudahannya..
Samada beliau berjaya menjual cicak tokek tersebut atau pun tidak... Maklumlah semasa urusan nak menjual cicak tokek ni pun ada kriteria-kriteria tertentu yang pembeli mahukan... Antara kriteria tersebut seperti keadaan kesihatan, berat badan, jenis cicak tokek, jenis makanan yang diberikan dan lain-lain..
Pernah saya dengar, ada orang tu dah dapat cicak tokek... Tapi disebabkan "demand" nak cari buyer yang sanggup bagi harga tinggi, akhirnya cicak tersebut mati... Jadi melepaslah orang tersebut dari mendapat sebarang imbuhan hasil penat lelah mencari tokek....
Jadi pengajarannya janganlah terlalu tamak... kalau dapat cicak tokek tu, segeralah jualkannya... Kalau dapat beberapa ribu ringgit pun jadilah... Daripada tak dapat langsung....
Sekian dahulu perkongsian saya pada kali ini tentang Cicak Tokek.. Kalau ada rakan-rakan yang berjaya memperolehi Tokek bolehlah tinggalkan nombor telefon di blog ini atau email kepada nuargto@gmail.com
Manalah tahu, boleh dapat rezeki yang tidak disangka-sangka...
Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/
Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...
Showing posts with label Jutawan Tokek. Show all posts
Showing posts with label Jutawan Tokek. Show all posts
Monday, August 29, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)