Tahniah diucapkan kepada Nuffnang!!!
Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia (SPR) juga turut menggunakan perkhidmatan pengiklanan nuffnang untuk mengajak orang ramai supaya mendaftar untuk mengundi...
Nampak gayanya selepas ni berkerlipanlah iklan berwarna kuning kepunyaan SPR pada ruangan iklan nuffnang yang terdapat pada blog-blog di Malaysia...
Jadi kepada anda yang berumur 21 tahun ke atas, jangan lupa untuk mendaftar sebagai pemilih sempena Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 ini.. Undian anda akan menentukan masa hadapan negara...
Nampak gayanya macam dah dekat sahaja tarikh Pilihanraya ini akan diadakan.. Tapi setakat ini tak tahu lagi bila??.. Sebab SPR belum mengumumkan tarikh rasmi pilihanraya sebenar akan diadakan..
Harap-harap Pilihan raya pada kali ini dapat berjalan dengan lancar.. Kepada yang telah mendaftar, selamat menunaikan tanggungjawab anda untuk mengundi pada PRU ke 13 nanti..
Read more...
Thursday, December 8, 2011
Persamaan di antara Menulis Blog dan memancing Ikan..
Syukur Alhamdulillah... Tinggal beberapa hari sahaja lagi, genap 2 tahun saya berkecimpung dalam bidang penulisan Blog.. Pastinya banyak pengalaman berharga yang berjaya saya timba dalam tempoh tersebut.. Disamping itu, saya juga berjaya memperolehi ilmu-ilmu baru dalam dunia internet dan mendapat ramai rakan baru dari kalangan Blogger-blogger tanah air...
Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pengunjung yang sudi datang ke blog ini.. Walaupun blog ini hanyalah sebuah blog peribadi biasa-biasa sahaja.. Terima kasih di atas kesudian anda membaca Artikel (entri), meninggalkan komen, serta memberikan idea, kritikan dan pendapat yang berguna pada ruangan yang disediakan..
Sokongan yang telah anda berikan telah memberikan satu semangat kepada saya untuk terus menulis dengan lebih baik lagi pada masa akan datang... Insya Allah..
Sepanjang saya terlibat dalam penulisan Blog ini dapat saya rumuskan bahawa, bidang penulisan blog ini mempunyai persamaan dengan memancing ikan di sebuah lautan yang luas..
Gambar Hiasan hasil pencarian di laman web Google
Seorang penulis blog akan memperolehi kepuasan apabila semakin ramai pengguna internet membaca artikel atau entri yang ditulis di blog mereka.. Seorang kaki pancing pula akan memperolehi kepuasan apabila umpan yang digunakan dijamah ikan dan berjaya mendapat hasil tangkapan yang banyak...
Internet diibaratkan sebagai lautan ilmu yang mempunyai jutaan Keyword di dalamnya dan sedang menunggu pengguna internet mendapatkan keyword tersebut. Ianya iibaratkan seperti laut yang mengandungi berjuta ekor ikan di dasarnya, dan sedang menanti umpan yang dihulurkan oleh para pemancing..
Gambar Hiasan hasil pencarian di laman web Google
Google diibaratkan sebagai sebuah lautan ilmu..
Adakah anda tahu, Berapa juta ekor ikan yang terdapat dalam sebuah laut yang luas???
Adakah kita mempunyai statistik yang menunjukkan bilangan ikan tersebut semakin bertambah ataupun berkurang???
Adakah kita mempunyai statistik yang menunjukkan bilangan ikan tersebut semakin bertambah ataupun berkurang???
Setakat ini belum ada satu alat lagi yang dapat membantu kita mengira bilangan ikan di dalam laut yang tersangat luas... Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui apa sahaja yang terkandung didasar laut dan berapa bilangan ikan yang terdapat di dalamnya... Subhannallah..
Tetapi dalam dunia internet, kita dapat mengetahui bilangan pengguna internet dari masa ke semasa samada ianya semakin bertambah ataupun berkurang.. Statistik tersebut boleh diperolehi melalui laman web berikut:
Statistik di bawah menunjukkan bilangan pengguna internet di seluruh Dunia yang bilanggannya telah melebihi 2 billion pengguna.. 932 juta Daripada nilai tersebut merupakan pengguna internet dari Asia..
INTERNET USERS AND POPULATION STATISTICS FOR ASIA | ||||||
ASIA REGION | Population ( 2011 Est. ) | Pop. % World | Internet Users, Latest Data | Penetration (% Population) | Users % World | Facebook Subscribers |
---|---|---|---|---|---|---|
Asia Only | 3,879,740,877 | 56.0 % | 932,393,209 | 24.0 % | 44.2 % | 152,957,480 |
Rest of World | 3,050,314,277 | 44.0 % | 1,178,372,601 | 38.6 % | 55.8 % | 557,771,240 |
WORLD TOTAL | 6,930,055,154 | 100.0 % | 2,110,765,810 | 30.5 % | 100.0 % | 710,728,720 |
Statistik di bawah pula menunjukkan Pengguna internet di Malaysia telah bertambah sehingga mencapai 16.9 juta pengguna pada 31 Mac 2011.. Ini menunjukkan satu petanda yang sangat positif buat usahawan-usahawan internet dan juga penulis-penulis blog seperti saya..
Pengguna internet semakin bertambah dari masa ke semasa.. Tetapi bagaimana untuk menarik pengguna internet tersebut supaya datang beramai-ramai ke blog anda??
Dalam aktiviti memancing, umpan yang kita gunakan mempengaruhi hasil tangkapan yang berjaya kita perolehi.. Begitu juga halnya dengan penulisan blog. Seorang penulis blog perlu mencari umpan yang berkualiti untuk menarik pengunjung datang ke blog mereka..
Gambar Hiasan hasil pencarian di laman web Google
Umpan yang digunakan oleh seorang penulis blog adalah "keyword" ataupun perkataan... Umpan yang baik terdiri daripada "keyword" atau perkataan yang berkualiti dalam penulisan artikel di blog mereka..
"Keyword" tersebut perlu sepadan dengan "keyword" yang dicari oleh pengguna internet melalui engine-engine pencarian seperti google, yahoo, MSN dan sebagainya..
Bagaimana hendak memastikan samada keyword yang kita gunakan sepadan dengan keyword yang dicari oleh kebanyakan pengguna internet??
Terdapat satu tools kepunyaan google yang dapat kita gunakan untuk menganalisis keyword-keyword yang berkualiti.. Anda boleh menggunakan Tools tersebut dengan klik pada pautan di bawah:
Melalui Tools ini anda dapat mencari "keyword" yang biasa di cari oleh pengguna-pengguna internet di seluruh dunia..
Sebagai contoh saya menaip perkataan "photography" pada ruangan yang disediakan seperti dalam rajah di bawah..
Keyword yang digunakan sama seperti umpan yang digunakan oleh kaki pancing..
Lihat hasilnya.. terdapat 30.4 juta pengguna internet mencari perkataan ini dalam tempoh satu bulan sahaja.. Perkataan-perkataan lain yang mempunyai perkaitan dengan Photography juga tidak kurang hebatnya.. Statistik menunjukkan semua perkataan yang dicari mempunyai lebih daripada 10 ribu pencarian sebulan...
Sekiranya anda berjaya menggunakan "keyword" yang baik dalam hasil penulisan artikel anda, ia akan dapat memberikan trafik yang banyak kepada blog anda.. Secara tidak langsung ianya dapat memberi kepuasan kepada anda sebagai seorang penulis blog...
Tapi sebelum itu... Anda perlu tahu bagaimana caranya untuk memastikan artikel anda berada pada muka surat pertama dan terletak dalam kedudukan yang baik supaya boleh mendapat klik yang tinggi hasil daripada pencarian sesuatu "keyword"...
Untuk memastikan artikel anda boleh berada pada kedudukan yang baik dalam pencarian sesuatu "Keyword", anda perlu mahir dalam dua perkara iaitu:
1) Search Engine Optimization (SEO)
2) Search Engine Result Page (SERP)
SEO dan SERP merupakan cabaran utama yang perlu dikuasai oleh seorang Blogger untuk menjadi seorang Blogger yang berjaya.. Sehingga ke hari ini saya masih dalam proses mempelajari kedua-duanya.. Terdapat tiga tips asas yang dapat saya kongsikan untuk berjaya mengoptimumkan SEO iaitu:
- Memilih nama Domain yang mempunyai "keyword" yang ramai orang cari
- Menentukan Tema blog
- Menentukan "keyword" yang ramai orang cari pada setiap artikel (entri)
Setakat ini blog sembang hari2 cuba memberi fokus kepada tips yang ketiga sahaja... Agak sukar untuk saya mengikuti tips Pertama dan kedua disebabkan blog ini mempunyai isi kandungan yang agak caca merba... Saya cuba untuk berkongsikan pelbagai info yang dirasakan menarik kepada pembaca blog saya tanpa sebarang tema... ;)
Akhir kata, Menulis Blog dan memancing ikan mempunyai banyak persamaan.. Kedua-duanya mempunyai cabaran dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi..
Cuma yang berbeza.. Seorang penulis blog menerokai lautan ilmu yang luas dihadapan komputer untuk mendapatkan trafik.. Sedangkan seorang kaki pancing menerokai lautan yang luas dengan bot dan peralatan memancing untuk memperolehi hasil tangkapan yang banyak...
Read more...
Labels:
Blog,
Blogger,
Keyword,
Memancing Ikan,
Menulis Blog,
Panduan untuk Blog,
SEO,
SERP,
Tips SEO
Doktor kena tumbuk gara-gara tak bagi MC 2 Hari..
Kasihan dekat Doktor ini.. Gara-gara tidak memberi cuti selama 2 hari kepada seorang wanita, dia telah ditumbuk oleh teman lelaki seorang wanita...
Ini antara kandungan berita menarik yang sempat saya baca di akhbar harian Metro pada pagi ini.. Kejadian ini berlaku di sebuah klinik milik mangsa di Gohtong Jaya, Hulu Selangor, kira-kira jam 4.00 petang semalam..
Menurut sumber polis, seorang wanita berumur 25 tahun meminta doktor yang berusia 30-an mengeluarkan sijil cuti sakit (MC) untuknya bagi tempoh dua hari dengan alsan tidak berdaya pergi bekerja pada keesokan harinya..
Gambar Hiasan Dari Google..
Bagaimanapun Doktor memberitahu dia hanya boleh memberikan cuti sakit selama satu hari sahaja kerana berdasarkan pemeriksaannya, wanita tersebut sudah pulih daripada demam dan layak bekerja pada hari berikutnya..
Wanita tersebut tidak berpuas hati dengan penerangan Doktor berkenaan, lalu keluar daripada bilik pemeriksaan dan memaklumkan perkara tersebut kepada teman lelakinya..
Teman lelaki wanita terbabit terus masuk ke bilik rawatan lalu memaki hamun doktor tersebut kerana tidak mahu memberikan cuti sakit selama 2 hari seperti yang diminta oleh teman wanitanya..
Doktor tersebut cuba menerangkan keadaan sebenar untuk mengelakkan daripaad terus dikasari.. Namun penerangan doktor tersebut langsung tidak diendahkan oleh lelaki berkenaan..
Apabila melihat keadaan sudah tidak dapat dikawal, doktor berkenaan memanggil pengawal keselamatan dan mengarahkan lelaki yang menyerangnya di bawa keluar dari bilik rawatan..
Namun sebelum sempat pengawal keselamatan membawa lelaki tersebut keluar, lelaki tersebut telah terlebih dahulu melakukan tindakan ganas dengan menumbuk doktor tersebut sehingga terjatuh dan mengalami kecederaan dihidung dan kepalanya...
Berikutan kejadian itu, doktor tersebut telah membuat laporan polis berhampiran..
Untuk maklumat lanjut tentang berita ini, anda boleh klik di sini
Susah jugakan jadi Doktor ni.. Lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan kerenah orang awam seperti dalam laporan akhbar ini.. Dahlah tak sabar, lepas tu tak ada adab sopan dan berbudi bahasa..
Dapat MC satu hari pun dah kira bersyukur... Dapat juga MC.. Bolehlah menggunakan masa cuti selama sehari untuk berehat di rumah... Kalau ditakdirkan tak sembuh juga lagi, pergi lagi ke klinik pada keesokan harinya..
Tapi bila dah jadi kes tumbuk menumbuk ni panjang pula ceritanya.. Heboh satu Malaysia dibuatnya.. Semoga ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku.. wallahualam...
Read more...
Subscribe to:
Posts (Atom)